Tuesday 23 June 2015

ReVieW HoTeL KHaLiFa iNN, WaKaF CHe YeH, KeLaNTaN 2015

Khalifa Inn
No. 1, Tingkat Atas Bazar Lot Niaga,
Jalan Kuala Krai,
Zon Komersial Wakaf Che Yeh,
15100 Kota Bharu
Kelantan
Tel: +609-746 1777


Review ini berdasarkan pengalaman peribadi ambe menginap di Khalifa Inn selama 2 malam pada 3-5 Jun 2015.

Parking Awam - Hotel Khalifa Inn letaknya di kawasan komersial, jadi kawasan ini akan sentiasa dipenuhi dengan pengunjung. Pada waktu siang, sibuk dengan urusan komersial manakala malam pula meriah dengan pasar malam. 

Isu parking mungkin boleh menimbulkan sedikit kesulitan.

Parking awam ada banyak, tapi jika anda tidak bernasib baik, terpaksa parking kereta agak jauh dari hotel. Pada waktu malam pula, disebabkan kawasan ini akan dibanjiri pengunjung pasar malam, lagilah susah untuk mencari tempat parking. Ditambah pula dengan pengunjung yang dibenarkan untuk double atau triple parking.

Jika anda menginap di Khalifa Inn, anda tidak perlu bayar untuk letak kereta. Menariknya, bayaran parking cuma berkuatkuasa mulai 5 petang sehingga lewat malam, sama waktu dengan pasar malam. 

Parking khas Khalifa Inn - Memang ada, tapi berdoa sajalah ia sentiasa available. Kadang kala pengunjung ke zon komersial Wakaf Che Yeh main hentam sahaja. Walaupun mereka bukan pelanggan Khalifa Inn, asal ada kosong mereka terus masuk. Tak ada yang pantau pun. Selama ambe bermalam di Khalifa Inn, tak sekali pun parking hotel available. Papan tanda khas sekadar jadi perhiasan.

Harga bilik - sesungguhnya kami dalam kerugian selama 2 malam di sana!!! Ini kerana kami tempah melalui Agoda pada harga RM150++ semalaman. Rupanya harga walk-in lagi murah, cuma RM137 semalaman plus 6 peratus GST. Kesemua bilik di Khalifa Inn adalah Family Room, ada 2 queen bed bagi setiap bilik.

Wi Fi - percuma tapi amatlah siput sedot, terlalu perlahan. Dapat connect tapi tempoh masa menunggu untuk browse satu-satu website membuatkan kami give-up. Terpaksa on data sendiri.


Persekitaran hotel

Zon komersial Wakaf Che Yeh selain menempatkan blok pejabat dan kedai, turut memiliki beberapa buah hotel termasuklah Khalifa Inn.

Khalifa Inn letaknya di blok pertama, sebelah kiri sebaik sahaja anda melepasi pintu gerbang zon komersial WCY.

Tingkat bawah adalah unit kedai manakala tingkat 2 diubahsuai untuk menempatkan Khalifa Inn. 

Staf Khalifa Inn memang bagus, very helpful. Tapi mereka bukan 24 hours available. Jadi ada baiknya sebelum check-in, anda telefon hotel dan maklumkan masa ketibaan anda.

Lobi Khalifa Inn

Laluan ke bilik. Setiap bilik, di luarnya diletakkan kerusi kayu kecil untuk lepak-lepak atau sak kok lu kepada kaki perokok tegar.


Family Room Khalifa Inn

Penginapan kami selama 2 malam, unit 14.

Bilik cukup luas, ada 2 queen bed, senang-senang muat 4 orang. Jika ramai, boleh ke Rantau Panjang dan beli TOTO. Hampar TOTO dan tidur ramai-ramai kat lantai pun masih lagi selesa. Mohon abaikan model veteran yang sedang buka stokin, itu bukan pemilik blog!!!

Bilik cukup ringkas tapi selesa. Chanel TV agak terhad tapi tak ada masalah, bukan sepanjang masa anda dibilik kan? Seterika kena minta dengan staf hotel. Cerek air bilik ambe tidak berfungsi pada mulanya, tapi cepat saja mereka hantar yang baru.

Bilik air tidaklah berkilat-kilat tapi bersih.

Dimaklumkan juga Khalifa Inn tidak menyediakan sarapan. Untuk makan minum tidak perlu risau. Untuk bersarapan, ada beberapa kedai berhampiran hotel, begitu juga untuk makan tengah hari. Malam pula, ada pasar malam dan banyak gerai tomyan di sekitar Khalifa Inn.

Pendek kata, anda tak perlu risau soal makan. Jika berkenderaan sendiri lagi memudahkan. Lagi panjang langkah anda untuk jalan-jalan cari makan.

Final verdict - Khalifa Inn menyediaakan penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan. Sekadar untuk tidur sajakan? Highly recommended, tapi jangan pula dengan harga bajet anda harap yang lebih-lebih pula.


Hotel-hotel lain di zon komersial Wakaf Che Yeh.

Hotel & Apartment Sireh. Contact number +609-743 0012.

Hotel Polyland Inn. 

Aman Homestay. Contact number +6019-993 3829 dan +609-959 5198.

Ridel Boutique Hotel
PT 762 Blok H
Pasar Awam Wakaf Che Yeh
15100 Kota Bharu, Kelantan
Contact Number: +609-743 4888

Tadi cuma papan tanda, ini gambar hotel Polyland.

Hotel Polyland
Jalan Kuala Krai
Zon Komersial Wakaf Che Yeh
15150 Kota Bharu, Kelantan
Contact Number: +609-743 9090

Holiday Villa Kota Bharu, bukan di zon komersial WCY tapi cuma di seberang jalan by walking distance.

Holiday Villa
PT698 Jalan Kuala Kerai
15150 Kota Bharu, Kelantan
Contact Number: +609-747 4004


No comments:

Post a Comment