Dah apply cuti 3 hari, nak balik kampung. Tapi kereta kena service dulu. Hantar pergi bengkel di Sec 25 Shah Alam, awal pagi dah sampai jadi 1st customer. Niat asal cuma nak tukar minyak hitam, tapi melalut sampai kena tukar power steering belt, aircond belt dan entah apa nama belt satu lagi. Noted, pemilik KIA dan NAZA memang azab kalau ada spare parts kena tukar... mahal dah satu hal, nak cari spare part lagi satu hal.... like me, masuk awal pagi, tengah hari baru siap.... dah rugi separuh hari cuti. Datang bil $400++ sigh!!!!
Nak bertolak balik kampung dah lewat... selesai servis kereta dan sedikit urusan pejabat (kata cuti....) dah jam 4ish, balik Tg Malim dululah. Singgah kat satu restoran tomyam nama Soltam kalau tak silap untuk dinner... order nasi putih 2 pinggan, tomyam campur dan kangkung goreng belacan... sedap tak terkata.
Dah kenyang baru gerak cari hotel untuk tidur... cuba check in Anggerik Desa, fully booked. Jenguk sebelah, nampak signboard Hotel Cahaya atas restoren mamak. Panjat naik tangga untuk tanya kalau ada bilik kosong.. yippee ada dengan harga RM60 semalaman... Oklah untuk mandi dan rehatkan badan.
Esok pagi lepas check out dan breakfast kat mamak bawah Hotel Cahaya, terus gerak balik kampung. Bergegar-gegar bunyi bawah kereta... ada benda nak kena ganti lagi lah tu... tawakkal sajalah sepanjang 8 jam perjalanan. Alhamdulillah selamat sampai, dan selamat kembali ke Tg Malim semula 2 hari kemudian... nak baiki kat kampung mana nak dapat spare parts.... tawakkal sajalah drive kereta rosak balik KL semula.
restoran ni kat mane>......nak tau....
ReplyDeletekalau dari pekan Tg Malim, selepas deretan kedai yang ada pejabat Pos Laju.... sebelum Taman Malim, opposite Taman Bernam. Tapi saya dah lama tak ke sana, last time saya lalu selalu je tutup.
Delete