Thursday, 14 June 2012

Review Hotel Anggerik Desa Tanjong Malim

 Hotel Anggerik Desa

Intro
Hotel Anggerik merupakan sebuat hotel budget di Tanjong Malim, tidak jauh dari kampus lama Universiti Pendidikan Sultan Idris. Harga bilik biasanya di antara RM50 sehingga RM120 tapi boleh mencapai dua atau tiga kali ganda di waktu puncak... eg: konvokesyen UPSI.


Lorong kecil menuju ke bilik2 penginapan.

Check-in & check-out
Hanya serahkan IC dan bayaran kepada petugas kaunter dan soalan lazim beliau adalah "Perlu towel ka emcik?"........ untuk makluman saya merupakan pelanggan setia Hotel Anggerik sejak 10 tahun yang lampau.... dan setiap kali saya check-in, beliau akan mengutarakan soalan yang sama. Masa check-out hanya tinggalkan kunci di atas kaunter.


Dinasihatkan anda membawa tuala anda sendiri.

Kebersihan & kemudahan dalam bilik
Bilik agak kecil, hanya memuatkan sebuah katil, almari pakaian dan kerusi serta sebuah meja kecil. Bilik senantiasa bersih, tapi bagi mereka yang amat memerlukan ruang... saya tidak galakkan anda menginap di sini kerana saiz biliknya yang terlampau kecil. TV masih model lama (saya peminat LED TV) dan siaran sering terganggu.... antena pun dah patah2.

Lokasi
Amat dekat dengan kampus lama UPSI. Sekitar hotel ada banyak kedai makan, juga tidak jauh dari masjid dan pekan Tanjong Malim (dengan syarat anda ada kenderaan sendiri).




Susun atur perabot memang agak sesak. Silap2 mahu terhantuk kepala ke dinding masa tidur.


Old fashioned television.




Old but clean bathroom.

No comments:

Post a Comment