Saturday 20 July 2013

Tok Jah Homestay Langkawi


Tok Jah Homestay
Pantai Cenang Langkawi
Contact: +6017-542 2470 (Kak Eshah) 

Lokasi Tok Jah's memang strategik..... opposite dengan Underwater World. Nak pergi Pantai Cenang cukup dekat, boleh jalan kaki saja.

Kalau malam2 kawasan sekitar memang happening...... gerai2 cenderamata dan restoran dibuka sampai lewat malam.

Tok Jah's ada beberapa jenis penginapan..... banglo yang boleh memuatkan berbelas-belas orang, rumah 2 bilik dan juga hostel.

Tak pasti berapa harga untuk banglo. Tapi untuk rumah 2 bilik, Kak Eshah bagi harga RM350 untuk 2 malam. Kalau nak hostel dia letak harga RM60 untuk satu malam.

Macam mana rupa rumah 2 bilik di Tok Jah's?

Ni dia..... depan rumah..... masa kami pergi kaler hijau.....


Ini laluan masuk ke Tok Jah's..... terserlah kedesaan...... tak nampak ayam itik saja.....


Kelapa nan sebatang depan rumah.....


Jemput masuk..... jemput2...... buat macam rumah sendirik.... hahahaha


Nak lepak boleh..... nak tidur kat ruang tamu pun boleh.... cukup selesa.....


Hauslah..... kita masuk dapur dulu bancuh kopi atau teh.....


Kalau rajin boleh memasak...... peti ais periuk belanga cukup lengkap disediakan.....


Dah masak boleh makan2 kat sini......


Bilik tidur cukup selesa..... siap ada aircond......


Bilik air pun bersih..... kalau bilik air pun bersih..... area lain apatah lagi..... bak kata Tun Madet, nak tahu sesuatu tempat itu terjaga atau tidak kita jenguk saja bilik airnya.....


Final verdict, ambo amat berpuas hati dengan Tok Jah's. Kalau ahli keluarga besar memang sesuai menginap kat sini. Menjimatkan.... nak sewa hotel sudah tentu kena sewa banyak bilik..... kat Tok Jah's rasanya Kak Eshah tak kisah mana pun berapa ramai nak sumbat masuk satu rumah.

Dah namanya tengah bercuti..... bilik jadi tempat tidur dan mandi sahaja. Selebihnya masa banyak terluang kat luar...... orang kaya saja bercuti terperap kat bilik..... hehehehe

Selamat berkunjung ke Tok Jah's.......

12 comments:

  1. hai ketam batu :D

    elok sgt tinggalkn komen, sy dtg singgah....

    Insyallah hujung tahun ni ke Kuala Perlis (jenguk mak angkat) dan terus ke Langkawi...homestay ni macam best je...lokasi pon menarik. boleh la tido semalam dua :)

    ReplyDelete
  2. InshaAllah akan mnginap kt sini esok....enjoy the holiday with family....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat becuti bersama keluarga tersayang. Tq sudi singgah sini.

      Delete
  3. Assalam.. Maaf bertanya, ada kemudahan wifi tak dekat homestay tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. As-Salam, seingat saya tak ada tapi trip saya tu dah lama, tahun 2013.

      Delete