Thursday 24 July 2014

TOYOTA VIOS : Tukar Tayar Baru Untuk Toyota Vios

Den pagi tadi tengah buat check-list, prepereshen kenderaan sebelum bertolak balik kampung sempena Aidilfitri. Maklumlah nak jalan jauh, kenalah pastikan kondishen kereta berada pada tahap maha tip top.

Antara yang terinklud dalam check-list den adalah;

1. Regular service - done
2. Bateri - done, sudah tukar baru minggu lepas
3. Insurans - done, renew minggu lepas
4. Road tax - done, buat sekali masa renew insurans
5. Tayar - hukalloh, yang ni belom

Machiam mana den tahu tayar kereta den dah masuk hukum wajib untuk di tukar ganti?

Achi senior edviser Toyota masa den servis kereta minggu lepas dah sound awal2, tayar dah kena ganti sebab tinggal 0.4 mm saja pun dia punyer bunga. Lagipun dah masuk 2 tahun, kira dah sampai hayatlah tayar tersebut dibersarawajibkan.

Nampak bunga machiam masih ok je kan?


Tapi sebenornya dah haus dah. Nak tahu senang saja, letak coin 2 posen kat celah2 bunga tayar. Kalau tak nampak perkataan SEN, kira tayar tersebut masih boleh digunapakai kerana bunganya masih tebal. Kalau terang lagi bersuluh perkataan SEN tersebut, memang bunga dah haus sangatlah. Hukum wajib ditukar dah tu!!!

Kiranya dia nak tukor le le tu jugak, tayar stendet mendet kilang untuk model Toyota Vios, Bridgestone Potenza RE080 saiz 185/60R15. Malangnya dalam stok cuma ada dua, dia suruh pasang dua dulu, lepas raya baru tambah lagi dua. 

Den malas sebenarnya nak datang dua tiga kali. Lagipun nak dabel-cek harga kat luar dulu. Kalau tak silap den harga dia nak bagi dalam 200++, kalau den tak silaplah. Memang harga di serbis senter agak mahal sikit, tapi kompem tayar ori dan baru beranak. Risiko beli kat luar, kalau kurang pengalaman kompem kena sembelih dengan apek kedai tayar, nak malang lagi kena beli tayar yang hampir ekpaiyed.

Machiam mana nak tahu code usia tayar?

Senang saja, cuba belek kelebek pada tayar akan ada nombor 4 digit. Dua digit pertama menunjukkan pada minggu keberapa ianya diproduksikan manakala 2 digit terakhir merujuk kepada tahun. Contoh machiam gambaq dibawah;


Sumber: Google Image.

Jadi dengan gegehnya pagi tadi den drive ke Taman Sri Muda, sana memang banyak bengkel. Den singgah di Hoong Fatt untuk cek belek tayar2 yang berkenan di hati. Tayar stendet mendet kilang memang susah nak cari kat luar, jadi den ambil keputusan untuk guna size 195/55R15. Nak cuba try test tayar yang lebar sikit dan sedikit nipis berbanding stendet.

Ekcelli den dah survey kat internet, size tayar yang sesuai untuk rim sukan stendet Toyota Vios. Ramai yang lepas lunyai tayar stendet kilang size 185/60R15, depa duk belasah size 195/55R15 pula. Ada pula yang mengadu nasib dengan 195/60R15. Tapi dalam banyak2 ramai yang sakjes guna 195/55R15. Tayar lebih menchongkam dan lebih bagus dia punya FC.

Jadi den pun carilah stok 195/55R15, tapi pasai apa mekanik duk bingit suruh den amik 195/60R15? Den buat keras hati nak 195/55R15 jugak hehehehehe. Brand den amik Bridgestone jugalah, sesuai untuk kereta keluarga dan selalu ulang alik long disten kata omputeh. Lebih tepat lagi Bridgestone Ecopia EP200 size 195/55R15.

Harga setelah diadu-dhomba, RM170 sebijik. Den nak tukar kesemua jadi matematiknya RM170 x 4 biji tayar, total RM680. Kemudian tambah sikit untuk rubber valve, seketul dia caj RM5, kali dengan 4 jadi RM20. Balancing FOC tapi alignment kena RM25. Ok ka dengan itu harga?

Umuq tayar pun kira shantek gak, code 2314. Maknanya dikilangkan pada minggu ke 23 pada tahun 2014. Kira-kira dalam bulan Jun ari tu lah. Baru sebulan dia punya umuq, kira baby lagi lah ni hehehehe!!!

Ada lagi yang murah, Falken tapi den dah serik guna Falken. Murah tapi lembut sangat. Kereta binik den guna Falken, cepat benor haus dia punya bunga. Kendian manja yang amat, pernah sekali tergesel dengan divider jalan terus koyak. Ayooooo amaaaaa!!!!!

Proses penukaran tayar Toyota Vios den dari Bridgestone Potenza 185/60R15 kepada Bridgestone Ecopia 195/55R15;

Den punya Toyota Vios beraya pakai kasut baru ini tahun hehehehe!!!

Kira tayar stendet kilang Vios boleh tahan jugalah lasaknya. Masuk 2 tahun tanpa sebarang masalah, mileage masa tukar pun dah masuk 72862. Bulih kata hari2 belasah ulang alik kerja sejauh 180 km (ini sebelum den beli motor). Lepas raya nanti den buat review pasai Bridgestone Ecopia, kiranya dari sudut simetri pengalaman pemanduan den lah.

Sekian dulu, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin. 

Pandu cermat jiwa selamat.

Roger and out!!!!

15 comments:

  1. Cmne pkai ecopia? Dgr kata tyr copet haus.. Den nk tau pndpt demo.. Ok dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambe nak komen cepat haus pun tak berani, tapi memang nampak lusuh walau baru 3 bulan pakai. ambe ulang alik kerja 180 km pergi balik 5 hari seminggu.

      Delete
    2. update : kompem cepat haus, tayar agak lembut.

      Delete
  2. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
    Ada 20 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
    Terima kasih tuan tanah.

    ReplyDelete
  3. yang aku tahu, sekarang ni pasaran ada pelbagai jenis tayar dengan harga yang berpatutan macam viking tau..lagipun viking tayar ni berkualiti bagus berbanding dengan brand tayar yang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. semestinya nak pilih tayar yang berjenama economy tu sebab kadang kadang harga yang mahal dan xdapat ditanggung oleh penilik kereta tau

      Delete
  4. kualiti viking tayar ni agak bagus untuk guna lagipun harga tayar ni murah berbanding dengan harga tayar yang berjenama

    ReplyDelete
  5. haaha tukar tayar ni memang nak tengok buget seseorang tu memang xsemua orang dapat guna brand tayar yang sama tau ..

    ReplyDelete
  6. viking memang baik sbb under continental

    ReplyDelete
  7. Hi Bang, nk tnye sikit ye, kalo abg dh tukar tayar dari 185/60r15 kpd 195/55r15, kete ada rasa rendah sikit x? and masa lalu bump, ok x? tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha memang rasa rendah.lalu bump lepas je, tapi kalau muatan lebih kena menyerong sikit masa lalu bump.

      Delete
  8. cara cek tayar tgok indicator je, klau sma level bunga ngn indicator tu kira botak la tu.

    ReplyDelete