Monday 4 August 2014

Riders Down @ Susur Ke Rawang Arah Selatan Lebuhraya Plus

As-Salam dan Salam 1Malaysia,

Amachiam, semua suda balik ke habitat asal selepas seminggu berchuti sempena Aidilfitri? Ada yang dah masuk opis pun ari ni, ye dok? Tapi khen pagi tadi masa den nak ke opis tak adalah bz mana jalan raya, agaknya masih ada yang sambung chuti, nak relax2 kat rumah setelah berjam-jam memandu dari kampung semalam.

Setelah sebulan den gantung helmet sebab bulan pose den naik keto ke opis, pagi ni den kembali menyarung helmet dan segala mak nenek riding gears. Gian sehhh nak ride semula ke opis. Semangat memang berkobar-kobar, api menyala-nyala keluar melalui lobang hidong den. Berkobar machiam mana pun, machiam biasa den tetap beringat, SAFETY FIRST bak kata ketua kampong den.

Kekadang bila kita terlebih excited, kita hilang kita punya common sense. Jadi kita pelan2 kayoh. Tadi pun den bawak motor memang syahdu abes, 60-80 km/h. Janji den selamat sampai opis, bukan nak kejar apa pun. Lagi pun Alhamdulillah opis den bukan jenis kena masuk tepat jam 8, asal jangan melampau lewat sudah lah.

Nak dijadikan cherita pagi tadi, sebelum sampai ke susur masuk ke Rawang, sekali dua biji motor tergolek kat depan den. Den tak perasan sangat awal ceritanya, sedar2 dua2 sudah tergolek atas highway. Cepat2 den bagi signal, jeling side mirrors dan dengan sedikit skills yang sempat den berguru dengan Randy Mamola, den mengelak ke kanan. 

Selamat den parking motor den tepi jalan, den huluq la tangan bantu mana yang patut. Rupa-rupanya berlanggar sesama sendiri sebab salah faham masa nak masuk susur ke Rawang. Salah seorang rider shantek terbaring kat tengah jalan, naseb baik masa jatuh tak ada kereta kat belakang. Lepas tengok dua2 ok tak ada kecederaan yang serious, den terus start motor dan teruskan perjalanan ke opis. Lagipun ramai riders lain yang turut sama berhenti hulurkan bantuan.

Cuma satu yang den perasan, kalau motor yang eksiden, jarang bebenor kereta nak berhenti hulurkan bantuan. Kita sesama riders sajalah yang pepakat tolong angkat dan tepon ambulans kalau dah serious sangat. Den tak kata semua pemandu kereta cham gitu, tapi kebanyakkan lah yang den perasan. 

Berbalik kepada kisah eksiden tadi, den pun tak tahu kisah asal. Malas den nak tanya lelebih, dah kawan tu tengah sakit jatuh motor tak kan kita nak soal siasat punca pulak ye tak.

Tapi pada pendapat peribadi den, kekadang kita hilang kita punya common sense bila dah lama tak bawa motor. Mungkin sebulan kita gantung helmet sebab bulan pose kita drive kereta ke opis. Mungkin juga cuma seminggu kita gantung helmet sebab cuti raya. Tak kisahlah seminggu ke, sebulan ke, memang kena berhati-hati lebih masa hari pertama bila kita mula tunggang motor semula. 

Biar jari jemari, tangan, kaki, pancaindera dan segalanya pada tubuh badan kita kembali serasi dengan jentera tunggangan. Lagi kan penunggang profesional pun boleh tergolek, ini kan pula kita yang amatur ni. Pulas minyak pelan2, esok lusa baru kita pecut kaw2, kepada yang suka meroketlah. Den machiam biasa, syahdu dan sendu saja, dah tak reti nak meroket naik motor. Asal sampai sudah.

Pesan2 buat diri sendiri, dan juga rakan2 riders yang lain; tunggang cermat jiwa selamat; ingat orang yang tersayang.

Pin pin..... Rock and ride Nohhhhhh!!!!

Roger and out.

No comments:

Post a Comment