Friday 21 November 2014

Bercuti Ke Cairns, Queensland, Australia | Episod 04 : Kuranda Village

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Tibalah kita ke episod terakhir epik pengembaraan ambe dan mam besar ke Cairns. Jadi ke mana kami pada detik2 terakhir di bumi Cairns?


Ye, kami akan menjejakkan kaki kami yang cumil ini ke Kuranda Village. Apa yang istimewanya Kuranda Village?

Kuranda Village ini letaknya 25 km ke barat daya Cairns dan ianya dikelilingi oleh hutan hujan khatulistiwa yang telah diwartakan sebagai salah satu warisan dunia - tak tahu oleh sapa, United Nation atau Komanwel Australia sendiri.

Kuranda Village ini menjadi tarikan pelanchong kerana keunikkan hutan hujannya juga kerana perkampungan ini juga merupakan penempatan utama kaum aboriginal Australia dari suku Djabugay.

Ada banyak benda kita boleh buat atau lawat di Kuranda Village. Antaranya adalah;

1. Kuranda Riverboat Cruise
2. Bird World
3. Butterfly Sanctuary
4. Koala Garden
5. Australian Venom Zoo
6. Aboriginal Cultural Performance
7. Local markets - ini pergi mana2 memang wajib singgah
8. World Heritage Rainforest 

Itu antaranyalah - boleh kaver semua ke dalam 1 hari?

Buleh, Inshaa Allah buleh. Rancang perjalanan anda bebetul Inshaa Allah buleh.

Jadi bagaimana mahu ke sana?

Ada 3 cara;

1. Memandu sendiri - kena sewa kereta, tak pasti ambil masa lama mana.
2. Kuranda Scenic Railway
3. Skyrail

Ambe dan mem besar beserta member lain ambil kata putus untuk ke Kuranda Village kami akan naiki Kuranda Scenic Railway manakala perjalanan balik dari Kuranda Village kami akan gunakan perkhidmatan Skyrail.

Tour ini ambe tak pasti berapa kos pada masa tersebut, dah lupe der cherita 3 tahun lepas. Tapi kami beli tour ini dari salah satu travel agent di bandar Cairns.

Pada hari yang dijanjikan, awal2 pagi lagi pemandu dan van dari travel agent dah menunggu depan hotel penginapan kami. Punctual depa ni, jarang terawal atau terlewat tiba.

Van tersebut akan membawa kami ke terminal keretapi di mana kami akan menaiki Kuranda Scenic Railway ke Kuranda Village.

Inilah rupa paras keretapi yang akan bawa kami menyusuri hutan hujan Cairns menuju Kuranda Village (photo ehsan Google).

Unik kan keretapi dia. Ambe terpikiyor, kat Sabah pun buleh buat lagu ni. Keretapi yang bawa penumpang ke pedalaman Sabah buat cantek2 macam photo kat atas. Buleh bah kalo kaou!!!!

Keadaan dalam keretapi memang dibuat machiam zaman kauboi. Sentuhan klasik, chuba tengok gambirun di bawah.

Ni dia panaurama dalam Kuranda Scenic Railway, klasik sakan machiam kita nampak dalam cherita cheriti Wild Wild West kan?

Kebanyakkan penumpang memang warga Mat Salleh dan warga samurai Jepun. Kami bertiga saja hidung tak berapa nak manchung kaum Nusantara yang ada dalam keretapi.

Jadi keretapi ini akan bawa kami menyusuri hutan hujan yang tak terkata indahnya. Nak gebang lebih pun tak tergambir akan kehenseman alam dia, memang kena alami sendiri.

Detik2 awal meninggalkan stesen keretapi Cairns. Mata dijamu dengan ladang2 yang seluas saujana, background dia pula gunung ganang yang membiru.

Ada juga lalu perkampungan dan pekan2 kecil.

Tak tahu apa nama bandar kecil ini - dikelilingi gunung ganang yang indah. 

Ini dah masuk area Cairns Rainforest. Masa nak sampai sini pilot keretapi akan buat announcement - masing2 akan get ready dengan kamera untuk ambil gambar air terjun ini.

Keretapi tak berhenti kat sini, cuma lalu sechara perlahan-lahan. Jangan risau akan ada cukup masa untuk ambil gambar. Lagi pun kita yang Asia ni je kalut dengan kamera, Mat Salleh sekadar jeling2 manja gitu.

Kemudian keretapi akan berhenti sekejap di satu lokasi - ambe tak hengat apa nama stesen perhentian ini. Tapi lokasi ini menariknya kita boleh lihat satu tasik kecil di nun bawah sana - bawah gaung der. Ayor dia hijau - lumut ka hapa.

Ambe lupa la nama tempat ni. Keretapi akan berhenti lebih kurang 10 minit kat sini. Perhatikan, kebanyakkan pelancong sama ada Mat Salleh ataupun Selipar Jepun. Bak kat staf hotel tempat kami menginap, Jepun akhirnya berjaya menjajah Cairns setelah gagal dalam cubaan pertamanya sewaktu Perang Dunia Ke-2 dulu - penjajahan dari segi ekonomi dan pelancongan.

Inilah tasik yang ambe ceritakan tadi. View dia Mashaa Allah memang marbeles. Jadi tak berapa marbeles dalam gambirun je sebab ambe bukan jurugambir propeshenel.

Aktiviti utama kat sini memang bergambirun lah. Bergilir-gilir ambik turn sebab view yang cantik memang kat situ je pun.

Pon pon!!!!

Pilot dah tekan hon suruh naek keretapi balik. Dah tiba masa untuk teruskan perjalanan.

Pejam celik, celik pejam sampai pun kita ke Kuranda Platform. Echecheche sempat pulak brader ni menjeling.

Kedatangan dialu-alukan. Merasa gak melancong ke negara atas angin, Alhamdulillah - atas angin ke?

Skyrail kita sembang kemudian. Kita menapak ke Kuranda Village dulu.

Nak ke Kuranda Village kena lalu denai kecil, tak jauh tapi berpeluh jugalah ketiak - nasib baik juga kami datang pada musim luruh, kalau summer memang cari nahas.

Uncle ni lupa dia jerit apa, suruh singgah makan kut!!! Kekadang ascent Aussie pedalaman memang susah kita nak faham - pekat bebenau.

Akhirnya tiba di blok kedai pertama Kuranda Village. Lepak2 rehatkan diri kejap. Tak jauh tapi pesal mengah huh, kurang stamina der. Ini kedai opal, kalau minat batu permata boleh masuk dan pilih, keluarkan ongkos saja jika mampu.

Ini nama blok tersebut - Kuranda Tourism Complex. Kompleks ini ada beraneka ragam kedai yang menjual barangan cenderahati kepada pelancong.


Panaurama pekan kecil di tengah belantara tropika yang menjadi tarikan pelancong. Bandar kecil dan simple tapi bersih. Nak jumpa puntung rokok seketul pun susah. Mentaliti penduduk dunia pertama - bila kita akan capai tahap tersebut?


Jual anyaman dari daun kelapa - terserlah ketropikaan Cairns. Ambe rasa bandar2 lain susah kita nak jumpa anyaman sebegini. Ini kerana iklim di Cairns sedikit berbeza berbanding wilayah Australia yang lain. Lebih kepada tropika berbanding Mediterranean.


Kuranda Village Centre - lebih kurang dengan Kuranda Tourism Complex juga. Penuh dengan kedai2 yang menjual cenderahati. Kalau kocek penuh bolehlah beli seketul dua, ambe sekadar cuci mata saja. Lagipun kalau beli, buat sesak rumah saja - poket yang sesak sebenarnya.

Kemudian kami jalan2 lagi - kira main ikut sedap kaki saja menapak. Jalan2 musim luruh memang layan geng, angin sepui2 bahasa, antara dingin dan hangat bersilih ganti. Namun cuaca tropika tetap membuatkan ketiak kami berbau. Jalan punya jalan kami tiba di Butterfly Sanctuary.

Nak masuk ke idok?

Pikiyor punya pikiyor, kita bergambirun depan pintu masuk sajalah. kat Malaysia pun banyak rama2 ye tak? Hehehehe, bukan itu sebenarnya, sebab utama setelah jenguk2 poket rasa rugi pula bayar tiket masuk sekadar nak tengok rama2. Kalau dah iklimnya tropika, spesis rama2 Cairns lebih kurang sama le kut dengan kupu2 malam kat Malaysia.


Tak jadi ke Butterfly Sanctuary, kami melangkah ke Kuranda Heritage Markets. Bersebelahan je pun Butterfly Sanctuary dengan Kuranda Heritage Markets. Jum kita jenguk apa ada di sana!!!


Menariknya Kuranda Heritage Markets, dipenuhi dengan hasil2 seni dan kerastangan masyarakat Aboriginal Australia. Berbagai bentuk berbagai rupa. Ini katak puru betul ye, bukan jadi-jadian. Ambe beli ke tak? Uik ambe memang pobia dengan katak ini semua.


Mohon abaikan betis2 gebu awek Aussie. Ambe bukan nak tunjuk betis depa tapi batang2 buluh kat sebelah depa tu. Batang2 buluh kekadang kayu tersebut adalah alat music masyarakat Aboriginal Australia. Nama dia DIDGERIDOO - lupa dah nak pronounce macam mana. 

Kalau kat National Geography memang kerap benar tayang kisah Aborigina Australia dan didgeridoo depa. Bunyi dia memang best - kalau tak pandai tiup memang tak keluar bunyi. Nak beli satu tapi malas nak bawa masuk kargo. Kira beli dalam kenangan sajalah.


Chup chup!!! Ada Koala Garden la, jum tengok. Eksited kami sebab dalam Kuranda Heritage Markets ada Koala Garden.

Tapi nan-hado, nama saja Koala Garden tapi dua tiga ekor je pun. Nak riba tak boleh nak dukung tak boleh. Main usap2 bulu kepala saja, kemudian bergambirun. Nak tengok gambirun ambe dengan koala? Tak payah le kut, karang terkonpius mana satu ambe mana satu koala hehehehe.


Tulun!!! Tulun!!! Dino nak makan ambe!!! Hahahaha. unik dan kretip betul pemilik galeri seni ini. Ada statue dino solo kat pintu masuk. Bergilir-gilir kami bergambirun seolah-olah di 'lunch' kan oleh sang dino.


Dino yang satu ni tinggal tulang saja. Daging dah kena makan, kulitnya dah dijadikan beg, kasut dan jaket kulit hehehehe. Jum kita teroka lagi apa yang ada di galeri ini.


Kalau tak silap ada mitos berkaitan tengkorak sebegini. Lupa la apa cerita sebenarnya. Ini cuma replika tapi mana le tau kut tetiba muncul cahaya aneh hehehehe.


Phoenix pun ada!!! Burung syurgawi ni - amachiam best lepak kat Cairns?


Ko ni kenapa? Koala jantan kesunyian kami jumpa di luar galeri.


Sang bedal - bukan di galeri tapi kami jumpa di salah satu kedai sobenier yang menjual barangan berasaskan kulit buaya.


Kuranda Skyrail Terminal - dah tiba masa untuk balik ke Cairns. Jika datang kami naiki Scenic Railway, baliknya kami guna Skyrail pula. Skyrail ini machiam gondola di Genting juga. Ia ambil masa 1.5 jam untuk tiba ke Smithfield Terminal, Cairns. Di antara Kuranda dan Cairns, Skytrail akan berhenti di dua hentian, Red Peak Station dan Barron Falls Station. 


Gondola Skyrail, sama je kan dengan gondola di Genting. Tapi mana2 gondola kat dunia ni tak berhenti kan? Kita kena bergegas untuk naik, ngeri gak kut2 tak sempat nak melangkah masuk. Tapi sebenarnya timing dah ok, kita je yang gayat ni takut2. Satu lagi kalau nak naik gondola, pakaian kenalah sesuai, kalau dah melibas-libas takut tersadung masa nak melangkah masuk.

Apa rasa naik gondola Skyrails?

Ala, sama je machiam naik gondola kat Genting tu. Tapi paling penting dapat view keindahan Cairns Rainforest dari atas. Jika masa datang ke Kuranda, kami nikmati keindahan hutan Cairns dari bawah dan sisi, kini dalam perjalanan balik dapat nikmati dari atas pula. 


Besau de dia punya sungai - dah ada yang buat muka cuak masa gondola melalui sungai. Sungai2 di utara Australia memang terkenal dengan alligator dan buaya. Kalau gondola jatuh ke dalam sungai, datang pula alligator nak ngap kami. Mashaa Allah tinggi sungguh imaginasi.


Kalau berselisih dengan gondola menuju Kuranda, kami siap lambai2 tangan lagi. Kemudian saling berbalas amek gambirun, ko snap aku, aku snap gondola ko. Tapi bila dah petang ni, kebanyakkan gondola ke Kuranda dah kosong, sebijik dua je ada penumpang.


Antara yang wajib dibuat - amek gambirun air terjun ni. View amat cantek tapi bila masuk kamera ambe dah jadi nan-hadoo.


Ini hentian di Barron Falls Station. Skyrails akan berhenti di dua stesen, Red Peak Station & Barron Falls Station. Tak ada pilihan, sama ada kita dari Kuranda mahupun Cairns, wajib turun di kedua2 stesen persinggahan ini. Kalau tak turun gondola tersebut akan kembali berpusing ke stesen asal sama ada di Kuranda atau Cairns.

Machiam kami asalnya malas dah nak singgah dipertengahan stesen tapi dah terpaksa, turun le jugak. Apa yang ada di Red Peak Station & Barron Falls Station? Kalau minat nak susuri denai hutan boleh juga. Kalau malas machiam kami, turun gondola dan beratur untuk naik gondola seterusnya ke Smithfield Terminal, Cairns.


Smithfield Terminal, Cairns nun jauh di hujung sana. Jika dah hampir sampai, make sure hang pa lap peluh semua ye, kemas apa yang patut, kasi rapi rupa paras. Kenapa ye?

Sebabnya sebaik sahaja sampai di Smithfield Terminal, sebelum turun dari gondola ada staf Skyrails minta anda pandang kamera dan 'say chisssssssszzzzzea'. Depa pukuq gambaq daaaaaa. 

Nanti kalau rasa rupa paras dalam gambirun tersebut nampak hensem atau come lotey, hang pa buleh beli. Kalau nampak kertu tapi masih buleh diterime sebagai ole2 buat kenangan, pun hang pa buleh beli hehehehe.

Ambe memang beli sebab muka ambe memang nampak hensem tengah kontrol macho dalam photo tersebut hehehehe.

Terjejaknya kaki kami di Smithfield Terminal, Cairns maka secara tak rasminya berakhirlah misi penjelajahan ambe dan mem besar di Cairns. Esoknya tak ada apa benda dah, check-out dan terus ke airport untuk balik ke sarang.

Maka dengan itu juga berakhirnya entri DSKB berkaitan Cairns. Semoga anda semua terhibur dan diharap juga info2 yang diutarakan dapat membantu kepada sesiapa yang berhajat untuk meneroka keindahan Cairns.

Ketemu kita di destinasi yang lain, Yoshhhhhhhh!!!!

4 comments:

  1. Replies
    1. As-Salam, salam perkenalan juga. TQVM sudi singgah sini.

      Delete
  2. As salam...kawan2 dok ajak p kutip buah kat sana..ceritanya bole buat duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang boleh buat duit. bukan setakat keje kutip buah, jadi cleaner pun lumayan. tapi kena ada visa keje lah kalau nak aman. ada juga masuk visa pelancong tapi balun kerja, kena tangkap imigresen memang naya.

      Delete