Monday 18 May 2015

BeRCuTi 2 HaRi 1 MaLaM Di ToK aMaN BaLi BeaCH ReSoRT, PaSiR PuTeH, KeLaNTaN



Kena habiskan juga entri Tok Aman Bali Beach Resort. Makin ditangguh, makin banyak entri yang tertunggak. Sepertimana tertunggaknya kerja-kerja hakiki di opis.

Jadi kita rewind balik apa yang berlaku pada cuti Hari Pekerja yang lalu. Buat pertama kalinya, ambe sekeluarga berkesempatan untuk bercuti di resort paling terkini dan paling meletop di negeri Kelantan Darul Naim.

Tok Aman Bali Beach Resort, aku maghi doh ni!!!


Urusan tempahan bilik, ambe selesaikan melalui Agoda. Bilik yang ditempah adalah Deluxe Triple Bed, dengan kadar RM280++ untuk semalaman. Kadar bilik tersebut termasuk tax dan breakfast voucher untuk 3 orang.

Resort ini terletak di Pantai Bisikan Bayu, Mukim Tok Bali, Bachok/Pasir Puteh, Kelantan. Kepada yang suka pantai, memang kena sangatlah menginap di sini.

Urusan check-in cukup lancar kerana tidak ramai orang. Sebenarnya seawal jam 2 petang sudah boleh check-in tapi disebabkan kami ada urusan lain yang perlu diselesaikan, sekitar jam 4 petang baru kami tiba diperkarangan resort.


Ini lobi Tok Aman Bali Beach Resort, cantik bukan? Resort ini bertunjangkan senibina moden, tidak banyak unsur-unsur tradisional Kelantan diterapkan. 


Sementara anda check-in, ahli keluarga lain boleh hilangkan dahaga tekak dengan welcoming drink. 

Self-service barangkali, sebab tiada staf hotel yang pelawa minuman semasa kami check-in. Masa ambe bercuti di Grand Lexis dulu, siap ada waiter yang bawakan welcoming drink.

Jadi jangan malu-malu, dah tertulis 'WELCOME DRINK" jadi buat macam rumah sendiri ye. Sendiri tuang dan sendiri minum.


Dah dapat kunci, jom kita jenguk bilik. Ada beberapa blok penginapan, menariknya semua dibina menghadap kolam renang. Mudah kata, kolam renang dibina ditengah-tengah, di sekeliling kolam renang adalah blok penginapan.


Memisahkan lobi resort dengan kolam renang adalah satu taman kecil. Ringkas tapi cukup cantik, kolam kecil diisi dengan tumbuhan akuatik dan ikan kap Jepun.


Susur pejalan kaki, ini laluan merentasi taman untuk ke blok penginapan. Jika hari tidak hujan bolehlah guna. Jika hari hujan, guna saja laluan seperti gambar di bawah.


Lobi resort dan blok penginapan bersambung di antara satu sama lain. Jadi tak perlu risau jika hari hujan, anda pasti tidak akan basah, melainkan hujan datang bersama angin ribut.


Bilik kami letaknya di Blok C. Blok ini, depannya adalah kolam renang manakala belakang pula muara dan hutan pokok bakau.


Sape pegang access card? Si bambam sibuk nak buka pintu. Manakala abangnya si perasan  enchem relax dan santai as usual.


Nombor bilik pada pintu, ada unsur tradisional Kelantan di situ, iaitu wau bulan. e wa bule, e wa buleeeeee!!!!!


Tarraaaaaaa!!!! Luas kan?

Ada satu queen size bed, satu single bed dan satu sofa yang boleh dijadikan tempat tidur. Jika bawa TOTO, boleh hampar di atas lantai dan boleh muat lagi 4 atau 5 orang.


Ini pandangan dari dalam bilik. Perasan tak wardrobe di sebelah kanan gambar?


Pada pintu wardrobe ada ukiran seperti di atas. Walau bukan ukiran kayu, tapi nampak cantik juga.


Meja kerja, itu pun jika anda datang sini untuk buat kerja. Ambe pun siap bawa laptop, just in case boleh siapkan kerja. Tapi dah namanya bercuti, balik rumah sendiri baru on laptop.


Ambe cukup suka dengan frame yang digantung atas kepala katil. Cukup unik dan cukup cantik, mana mau beli ye? Ingat nak gantung pada dinding rumah.


Anak-anak seperti biasa, langsung tidak boleh berpisah dengan Astro Ceria. Fox Movies ini ambe sempat tengok sekejap sahaja, bila ambe berpaling saja hatta sesaat, terus berubah kepada Astro Ceria.


Tea and coffee set, serta air mineral. Ada orang buat koleksi air mineral hotel tak?


I can see you berak, u can see me kencing hahahaha. Moment untuk saling kenal mengenali sesama pengantin baru, romantik tak? 

Cuba lihat bahagian kiri gambar di atas.

Cermin lut sinar memisahkan bilik air dan katil, see thru lagi. Tapi tak nak tengok pasangan berak pun tak pe, boleh turunkan blind hehehehe.

Bagusnya ada cermin lut sinar sebegini, kita senang nak perhatikan anak-anak yang suka berendam dalam bath tub. Kut-kut la lemas ke hape. Kita perhati saja dari luar tanpa perlu membasahkan diri, bebudak kan suka main simbah-simbah air.


Bilik air memang bersih, ada chop SIRIM di situ. Mengingatkan ambe akan kebersihan bilik air hotel-hotel di Thailand. p/s: rindu pulak dengan Krabi.


Anak-anak cukup suka, tapi ambe jarang benarkan anak-anak berkubang dalam bath tub mana-mana hotel, melainkan jika yakin akan kebersihannya. Pernah ada cerita, sesetengah pelanggan hotel suka bersuci dalam bath tub, lebih-lebih lagi jika tandas bilik hotel tersebut tiada pili air. Yuck!!!!!


Belakang bilik kami adalah muara dan paya pakau. Boleh mancing kalau minat. 


Ada beranda kecil menghadap muara, petang-petang boleh lepak sementara menunggu sunset.

Itu cerita pasal bilik, bagaimana pula dengan kemudahan yang ada di Tok Aman Bali Beach Resort?

Jika tak silap ambe, gym ada untuk mereka yang suka bersenam. Spa urut juga ada. Tapi keduanya, gym dan spa ambe tak sempat untuk jenguk atas kekangan waktu.

Aktiviti untuk anak-anak cukup banyak.


Nampak tak, berbagai-bagai outdoor activities yang anak-anak dan anda juga boleh cuba. Nak berbasikal, berkayak, juga paint ball. Harga kira affordable jugalah. Aktiviti ini bermula seawal 9.30 pagi dan berakhir 5 atau 7 malam. 


 Basikal yang boleh disewa oleh pengunjung.


Apa nama basikan sebegini ye?


Kelengkapan untuk berkayak.


Inilah tempatnya untuk anda berkayak dan bermain pedal boat.


Lapang sasar untuk aktiviti paint ball.


Pool attendant, masa kami tinjau-tinjau, brade kita ini sibuk baiki pedal boat. 

Swimming pool..... swimming pool.....swimming pool. Si bambam dan si enchem memang tidak boleh dipisahkan dengan swimming pool. Jadi jika bermalam di hotel, wajib bawa swimming suit.


Swimming pool di Tok Aman Bali Beach Resort agak besar juga, sebelah kiri untuk anak-anak manakala sebelah kanan untuk dewasa. Waktu gambar ini diambil, masih awal, sekitar jam 8.30 pagi. Masih belum ramai orang, jadi anak-anak ambe perasan kolam ini depa yang punya.


Vuvuzuela tu memang tak adalah, tapi ini pun dah cukup bagus untuk anak-anak.


Menjelang 10 pagi, swimming pool menjadi riuh rendah dengan pekikan si cilik. Tiba-tiba suasa jadi meriah, swimming pool penuh dengan anak-anak pengunjung.

Sebelum turun kolam, sebenarnya kami bersarapan dulu di cafe milik resort. Pada mulanya kami ingatkan sarapan di Sutera Bayu Cafe, tapi rupanya telah dipindahkan ke Thai Restaurant. Jenuhlah kami menunggu depan Sutera Bayu, ingatkan belum buka, rupanya tempat sarapan dipindahkan kerana pengunjung yang terlalu ramai. Itu pun nasib kami tanya receptionist.


Kebiasaannya disinilah para pengunjung bersarapan. Tapi jika kebetulan pengunjung agak ramai, terutamanya pada musim cuti persekolahan dan public holidays, tempat bersarapan akan dipindahkan ke Thai Restaurant.


Lobi hotel dan Thai Restaurant dipisahkan oleh Butterfly Garden. Tapi kami tak nampak pula butterfly, kupu-kupu malam masih nyenyak tidur kut!!!


Sebelah Butterfly Garden adalah Tok Aman Bali Spa. Nak breakfast dulu ke, massage dulu?


Thai Restaurant, dibina di atas air. Bersarapan sambil menikmati panorama muara dan hutan paya bakau.


Voucher mana voucher?

Tiada voucher, kena bayar RM20 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Kira murah juga le kan?

Kami berempat, ambe + wife + si bambam + si enchem. Voucher cuma ada 3. Tapi ketiga-tiganya tertulis voucher untuk orang dewasa. 


Akhirnya kena bayaran tambahan untuk satu lagi voucher, RM12. Pada mulanya kena bayar RM20, tapi ambe sempat runding dengan restaurant manager, bebudak makan banyak mana pun. Akhirnya dia bermurah hati untuk charge cuma RM12.

Agaknya sesetengah hotel, mengkategorikan kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas sebagai dewasa.


Ada naga emas, dah rasa macam bersarapan di hotel cina pula. Kalau letak replika wau bulan lagi ok kut, baru nampak identiti Kelantan Darul Naim. Agaknya pemilik mahu ong lebih.


Pilihan makanan agak terhad bagi resort yang mengkategorikan mereka sebagai hotel 4 bintang. Ada nasi lemak, mee goreng, roti, kuih muih yang tak banyak pilihan dan buah-buahan.

Entah kenapa, ambe hilang pula selera untuk bersarapan. Jadi tak boleh nak komen makanan di sini sedap atau tidak. Ambe cuma sentuh sedikit kuih dan minum kopi. 

Usai bersarapan, ambe temankan anak-anak mandi kolam sekejap sementara my wife dan in-laws kemaskan barangan. Agak awal kami check-out iaitu sekitar jam 10.30 pagi. Rasa rugi dan rasa sayang untuk tinggalkan resort. 

Tapi nak buat macam mana, perjalanan kami untuk balik agak jauh. Anak-anak belum puas mandi kolam pun, terpaksa ambe perambat naik hehehe. Lain kita datang lagi ye anak-anak, tapi bukan dalam masa yang terdekat.

Ambe tak suka repeat tempat yang sama dalam masa yang terdekat, melainkan terpaksa ataupun tempat tersebut betul-betul unik. Lagi pula dunia milik Allah ini terlalu luas untuk kita nikmati dan kita jelajahi. Kalau boleh dengan rezeki yang Allah kurniakan, ambe cuba gunakan sebaiknya untuk menerokai setiap sudut alam, Inshaa Allah.

Jika anda berminat untuk bermalam di Tok Aman Bali Beach Resort, sila berkunjung ke Agoda ataupun website milik Tok Aman Bali Beach Resort.

Tok Aman Bali Beach Resort
Pantai Bisikan Bayu
16700 Pasir Puteh
Kelantan

Tel: +609-691 8899
Fax: +609-691 8787
Email: sales@tokamanbali.com.my
Website: http://www.tokamanbali.com.my/



14 comments:

  1. Assalam ketam batu,
    bestlaaaaaaaa bilik resort ni
    rege dia pun iols ghaser murah untuk 3bedded kan3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira murah jugalah, la ni kan susah nak cari hotel yang best pada harga kurang 200.

      Delete
  2. tok amanbali mmg best.. banyak aktiviti boleh buat kat sana.. kat luar pun ada pantai yg cantikk

    ReplyDelete
  3. Best, banyak aktiviti menarik

    ReplyDelete
  4. Mandi kolam tuu wajib Ke pkai swim suit...kalau pakai bju T-shirt biase jee boleh kee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu saya pergi dulu ok je pakai t shirt.

      Delete
  5. Harga 1 bilik rm berapa ekk..bilik untuk 2 org sbb anak2 kecik2 3 org ank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu depan dah mula cuti sekolah, harga di Agoda di antara 300-400 semalaman.

      Delete
  6. boleh buat bbq ke kt dalam tu

    ReplyDelete
  7. kalau nak masuk swimming pool tanpa bermlm kena bayaran berpaa eh

    ReplyDelete