Friday, 6 November 2015

Bro Char Kuey Teow by Bro Framestone @ TaNJoNG MaLiM

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Bro Framestone sedang beraksi. Mohon maaf atas kualiti gambar yang tidak seberapa.

Rasanya telah ramai yang tahu bahawa blogger tersohor iaitu Bro Framestone telah melebarkan lagi pintu punca rezekinya dengan membuka gerai char kuey teow.

Menggunakan jenama Bro Char Kuey Teow, gerai Bro Framestone dibuka setiap petang, lokasinya hanya bersebelahan dengan Lampuneon Cafe Tanjong Malim.

Lebih tepat lagi alamatnya seperti berikut;

Lot 8138
Jalan Ketoyong
35900 Tanjong Malim
Perak.

Kalau guna Waze set sahaja Lampuneon Cafe atau stesen komuter Tanjong Malim. Bagi yang datang dari luar Tanjong Malim dan malas untuk memandu sendiri, boleh datang dengan menaiki komuter atau ETS.

Keluar sahaja dari stesen komuter Tanjong Malim, gerai char kuey teow Bro Framestone dan Lampuneon Cafe cuma di seberang jalan. Nak mudah, cari signage Elite Futsal, ketiga-tiga ini hanya bersebelahan.


Char kuey teow special.

Setakat ini telah dua kali ambe dan keluarga menikmati char kuey teow hasil air tangan Bro Framestone. Pertama kali order char kuey teow special dan kali kedua char kuey teow biasa.

Hasilnya memang tidak mengecewakan. Sedap dan sedikit berlainan berbanding char kuey teow yang pernah ambe nikmati. Secara peribadi, keunikan rasa Bro Char Kuey Teow letaknya pada cili jeruk dan satu lagi bahan yang tidak ambe kenal pasti.

Harganya pula amat berpatutan dan berbaloi dengan rasa.

Ambe sudah merasa kehebatan Bro Char Kuey Teow, anda bila lagi?

Sekian.

No comments:

Post a Comment