Thursday, 5 November 2015

SePaGi Di SuNGai PaGi - PeRTaNDiNGaN PaNCiNG iKaN KoLaM

As-Salam dan Salam Sejahtera,


Hujung minggu yang lepas, pihak surau taman perumahan ambe telah menganjurkan pertandingan memancing bertempat di kolam pancing Sg Pagi, Behrang Station.

Sebagai sokongan kepada pihak penganjur, ambe dan anak2 telah memberanikan diri untuk mendaftar masuk sebagai peserta. Sejumlah wang penyertaan bertukar tangan, untuk membiayai kos penganjuran termasuklah sarapan pagi dan bayaran masuk kolam.

Jujurnya ambe dan anak2 langsung tiada pengalaman memancing. Kalau setakat memancing ala kampung zaman kanak2 dahulu ambe adalah. 

Batang joran pun tak ada, untuk pertandingan ini ambe terpaksa meminjam dari jiran2 yang ada lebihan joran. Alhamdulillah ada yang bermurah hati untuk meminjamkan.

Apabila pertandingan bermula, dah jadi episod memalukan. Nak masukkan umpan ke mata joran pun ambe terkial-kial. Nasib baik kebanyakan peserta senasib dengan ambe, pestaim memancing, jadi tak adalah segan sangat.

Nak baling umpan satu episod lagi, silap baling batang joran masuk kolam, bukannya umpan. Mujur juga pihak penganjur bersiap sedia dengan marshal yang berpengalaman. Merekalah yang membantu menyediakan umpan, memasang umpan pada mata joran dan membaling umpan.

Kami pemancing amatur atau pestaimer ini cuma perlu menunggu umpan diragut ikan.

Tapi nan hado, mungkin sebab kurang pengalaman atau sememangnya tiada rezeki. Berjam-jam pertandingan berlangsung, tiada seekor ikan pun sangkut pada mata joran ambe dan anak2.

Peserta lain agak bernasib baik, bertali arus pancing mereka mengena. Ambe dan anak2 cuma memerhati dari jauh, serta berkongsi kegembiraan bila melihat mereka beraksi untuk menaikkan ikan.

Anak2 lah paling seronok.

Sememangnya sudah lama mereka ingin mencuba keseronokan memancing. Tapi ambe kadang kala terlalu sibuk untuk melayan permintaan mereka, tambahan lagi ambe langsung tiada minat dalam arena memancing.

Tapi bila sekali mencuba, datang pula rasa seronok. Harap-harap tidaklah mendatangkan ketagihan sepertimana kaki2 pancing yang lain.

Hujung minggu ini cadangnya nak survey beberapa kedai pancing, nak beli joran. Beli yang murah je pun, dalam harga dua puluh atau tiga puluh ringgit.

Sekadar nak berseronok dan menghabiskan masa dengan anak2. Father and sons bonding orang kampung ambe kata.

Sekian.

No comments:

Post a Comment