Friday, 18 December 2015

BaTeRi PiLiHaN uNTuK YaMaHa FZ150i

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Setelah berkhidmat dengan penuh cemerlang selama 1 tahun 8 bulan, mileage lebih kurang 38,000 km, tamatlah riwayat GS Battery iaitu bateri asal yang dibekalkan oleh Yamaha untuk melengkapi FZ150i ambe.

Kisah penamatan riwayat ini agak sadis juga, ini semua berpunca dari kelalaian sendiri yang lupa untuk turn off ignition switch. Agaknya lampu menyala sepanjang malam, tenaga dari bateri diperah sampai kering.

Esok pagi baru perasan ignition switch belum turn off, itu pun sebab ternampak kunci motor masih melekat cantik pada ignition switch. Cuba turn off kemudian turn on balik, semua indicator light tak menyala, hon pun tak ada bunyi, sah2 bateri sudah kong !

GS GTZ5S iaitu bateri asal FZ150i yang baru keluar dari kilang.

Nak bawa bateri ke bengkel untuk charging masih awal pagi, mana ada bengkel buka seawal jam 7 pagi. Terpaksa bawa kereta ke tempat kerja, dan angkut bateri yang kong tadi sekali. Cadangnya petang nanti singgah bengkel untuk charge bateri.

Petangnya, sembang2 dengan mekanik, dia advise tukar sahaja bateri baru, sebabnya dah nak masuk 2 tahun usia bateri asal. Lagi pun dikhuatiri bateri asal gagal untuk menyimpan tenaga walaupun selepas proses charging dilakukan.

Time to choose : Yuasa atau Koyoko?

Kalau tinjau di forum atau group, jenama bateri ini sahaja yang sering disebut oleh pengguna FZ150i. Berkualiti dan berdaya tahan.

Secara peribadi, ambe lebih berminat dengan Koyoko atas dua sebab - teknologi nanogel dan intelligent capacity detector indicator pada setiap bateri Koyoko.

Koyoko Nano-Gel YTZ5S-BS.

Kelebihan teknologi nano-gel secara teorinya, mampu memanjangkan hayat bateri dan membekalkan tenaga dengan lebih konsisten. Tambahan pula free maintenance, maksudnya tak perlu check dan tambah air bateri.

Manakala inovasi capacity detector pada bateri memudahkan kita sebagai pengguna untuk mengetahui hayat atau prestasi bateri dengan lebih mudah. Tekan sahaja butang 'TEST' pada bateri, indicator tertentu akan menyala.

Inovasi capacity detector pada bateri keluaran Koyoko.

Jika lampu hijau yang menyala selepas butang 'TEST' ditekan, ini bermaksud bateri dalam keadaan baik. Tetapi jika lampu kuning atau merah yang menyala, ini menunjukkan tenaga bateri berkurangan dan pengguna perlu charge bateri secepat yang mungkin.

Mudah bukan, dan ini juga satu inovasi yang cukup bijak dari pihak Koyoko !

Harga Koyoko nano-gel untuk FZ bergantung kepada bengkel dan lokasi. Ada pengguna FZ yang dapat harga serendah RM60, ada yang kena sembelih sehingga RM90. 

Kalau dapat harga dalam range RM65 ke RM75 kira ok dah tu. Ambe pun dapat dengan harga RM68, ngam2 ! Tak murah dan tak juga mahal.

Sekian. 

26 comments:

  1. Thanks for info.
    Silap pulak x baca sebelum tukar.
    Melayang 60ya

    ReplyDelete
  2. Koyoko useless battery don't buy, I bought only last 4 months but the price is very high rm198 ytx12a-bs.. No warranty

    ReplyDelete
  3. Tak tahan langsung no value for money.. Buy other brand such as yuasa..etc

    ReplyDelete
  4. Tak tahan langsung no value for money.. Buy other brand such as yuasa..etc

    ReplyDelete
  5. Koyoko useless battery don't buy, I bought only last 4 months but the price is very high rm198 ytx12a-bs.. No warranty

    ReplyDelete
  6. Errr... Betul ke koyoko... Useless? Lc saya pakai 3 thn no problem... Just masuk 3 thn 3 bln bru rosak itu pun psal kepala bateri hancur... Kdg2 hairan jugak dengar byk org bising ckp koyoko x bgus.... Misteri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin terkena yang tiruan atau kena main dengan penjual. setakat ini Alhamdulillah koyoko saya masih ok.

      Delete
  7. Replies
    1. beli di bengkel dekat rumah je, Tg Malim. tapi mana-mana bengkel biasanya ada jual.

      Delete
  8. Macam mana nak cari refill die?

    ReplyDelete
  9. bateri motor r25 ad x???
    wassuup 0189074293

    ReplyDelete
  10. Nak cari bateri motor original KOYOKO sila wassap saya 012-3830595

    ReplyDelete
  11. Yg tutup getah hitam tu kena buka ke bila pakai bateri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang mana ye, bulat-bulat warna hitam tu ke? kalau yang tu tak perlu.

      Delete
  12. Koyoko baru blo td untk yamaha lc 135 v2. Alhamdullilah rm60 + rm3 (gst)

    ReplyDelete
  13. Dekat dalam lazada ada jual..siap bgi stiker 2 keping...rsanya original tu

    ReplyDelete
  14. mana mana kedai boleh charge ke bateri?

    ReplyDelete
  15. Fz saya guna koyoko nano gel sejak 23 feb 2017 dan baru tadi riyawatnya tamat.. beli dgn harha rm75.. memang puas hati dan sangat berbaloi.. sy guna moto hari2 pegi kerja

    ReplyDelete