Tuesday 24 November 2015

RoNDa-RoNDa HuJuNG MiNGGu - LaTa SuNGai BiL, TaNJoNG MaLiM DaN KoLaM aiR PaNaS uLu SLiM, SLiM RiVeR

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Lama tak ronda-ronda dengan motor, jadi Sabtu lepas bawa BMP (FZ150i) keluar jalan-jalan. Kasi BMP relax dan santai sikit selepas hari-hari kena lenjan pergi balik kerja.

Cadang nak ronda-ronda sedikit jauh, Fraser Hill pun dah lama tak panjat, Cameron Highland dah lama tak dijenguk, Genting - Karak tak pernah pula BMP sampai.

Tapi bila direnung balik, la ni musim hujan la noh ! Sana-sini tanah runtuh, bala jangan kita cari, mahu enjoy risiko kena selidik dahulu.

Lagi pun masa agak suntuk kerana pada hari yang sama kena jemput anak2 dari Kem Bistari Solat.

Jadi kita ronda dekat2 sahajalah.

Mula-mula bawa BMP ke Sungai Bil, Tanjong Malim. Guna jalan lama Behrang - Slim River. Jalan agak berliku tapi menyeronokkan. Tak boleh nak laju sangat, sebab jalan berpasir. 

Hujan lebat sejak beberapa hari yang lepas menghanyutkan pasir ke atas jalan raya. Silap langkah, bersepai cium jalan raya.

Kena fokus, simpang masuk ke Lata Sungai Bil agak mengelirukan, akan terlepas simpang jika tidak biasa.

Kem dan chalet !

Jika diikutkan ini bukan kunjungan pertama ambe ke Sg Bil, tapi cuma pada kali ini baru perasan ada kemudahan chalet di Lata Sg Bil.

Kelihatan beberapa orang pengunjung, pada usia penuntut kolej sedang melakukan aktiviti. Mungkin program anjuran kolej mereka.

Kaunter cukai !

Entah atas izin siapa yuran masuk ini dikenakan. RM2 untuk kereta dan RM1 untuk motosikal. Pondok kutipan ini dibina tepi jalan kampung menuju Lata Sg Bil.

Jika tidak silap pondok kutipan ini jarang beroperasi, mungkin pada musim cuti umum atau ketika pengunjung berpusu-pusu datang sahaja ianya dibuka. 

BMP, nak mandi tak?

Sampai sahaja ke Lata Sg Bil, hanya deruan air dan kicau burung kedengaran. Tiada umat manusia kelihatan, biasanya pada hujung minggu tempat ini akan hingar bingar dengan suara pengunjung.

Agaknya semua malas nak ber 'picnic' sebab sekarang ini kan musim hujan. Sejuk dan mungkin juga risaukan fenomena kepala air.

Pernah dengan fenomena kepala air?

Fenomena kepala air adalah keadaan di mana ombak atau air deras tiba-tiba muncul. Keadaan ini berlaku di hilir sungai, dan disebabkan hujan lebat di kawasan hulu sungai.

Borink duh !

Tak sampai setengah jam, Lata Sg Bil kami tinggalkan.

Pacu BMP ke destinasi kedua iaitu Kolam Air Panas Ulu Slim. Kena lalu jalan kampung, kiri kanan banyak lembu kambing, tengah jalan sah2 penuh dengan tahi lembu.

Kolam Air Panas Ulu Slim tidak jauh dari SK Ulu Slim, jadi jika guna Waze boleh set SK Ulu Slim jika Waze tidak dapat detect Kolam Air Panas Ulu Slim.


Nampak tak wap panas berhamburan naik?

Area Ulu Slim ini sebahagiannya dihuni oleh masyarakat orang asli. Jadi tidak hairan jika ramai dikalangan mereka berselisih dengan anda, muka bengis tapi hati ada taman de !

Paling tak boleh blah, terserempak dengan sekumpulan anak muda orang asli, style rambut punk dan mohawk. Ala yang jenis macam trojan rambut pacak2, siap kaler merah kuning segala lagik.

Nak gelak pun ada, nak kesian pun ada. 

Pencemaran budaya sungguh.


Agaknya dulu tempat ni lagi cantik.

Tiada bayaran masuk, percuma de. Tapi bila benda free ni, kena redha sajalah dengan kemudahan yang ada. Tiada toilet, nak terkuchil pancut saja tepi semak berhampiran.

Kawasan sekitar pun seperti tidak terjaga, rumput2 tumbuh subur dan sebahagian laluan telah diselaputi lumpur.

Nak rebus telur seperti di KLAH Hot Spring pun ada rasa geli de !


Rebus telur ke?

Homestay pun ada sekitar sini, kut la nak lepak2 bermalam kat Ulu Slim. Pemiliknya nama Hajah Rogayah tapi tak sempat kowtim mintak nombor.

Lepak2 jap tapi tak tahan, tercium bau taik lembu !

Potong shetim sungguh. 

Apa nak buat lagi? Balik rumah tido lagi baik !

Sekian.

Thursday 12 November 2015

Mee GoReNG ZuRaZRiN @ RnR eLMiNa aRaH uTaRa (LeBuHRaYa GuTHRie)

Tayang moto Yeop!

As-Salam dan Salam Sejahtera,

RnR Elmina merupakan my peberet spot untuk menyinggah, sama ada untuk solat Asar, berteduh dari hujan atau mengisi perut yang kelaparan.

Yes, memang ambe pengguna setia Lebuhraya Guthrie. The one and only laluan terdekat dari TM untuk ke Shah Alam.

Di sini Hj Samuri ada buka cawangan, jadi kalau tetiba datang rindu akan sate Kajang, RnR Elmina inilah tempatnya.

Selepas renovasi.

RnR Elmina ini ditutup agak lama sebelum ini untuk kerja2 renovation. Kini ia berwajah baru dan kembali remaja! Remaja bermaksud kelihatan lebih kemas dan berseri berbanding sebelum kerja2 renovation.

Selain kiosk Hj Samuri, kiosk lain yang kerap ambe singgah adalah Oakleaf Venture kalau nak makan nasi kukus ayam berempah dan bakso. Satu kiosk lagi adalah Xurazrin Food Station, biasanya nasi lemak ayam berempah atau mee goreng ayam.

Mee goreng @ RM5.00, ayam goreng berempah @ RM3.50

Mee goreng Zurazrin ini kadang kala superb, kadang kala biasa2 sahaja. Ikut siapa yang menggoreng atau ikut mood tukang masaknya. Kadang kala sedikit basah, ada masanya hampir kering.

Ambe secara peribadi sukakan mee goreng yang sedikit basah dan lebih sos. Kali terakhir singgah, mee goreng Zurazrin agak kering, jadi tak berapa nak kick, sebelum2 itu ok saja.

Sekian TQ.

Wednesday 11 November 2015

NiKMaTi SuP SeDaP Di SauDaGaQ SuP JuNioR @ TaNJoNG MaLiM


As-Salam dan Salam Sejahtera,

Bandar atau pekan lain meriah dengan Ani Sup Utara, di Tanjong Malim pula pakat berpusu-pusu ke Saudagaq Sup Junior kalau tetiba teringin nak pekena sup.

Berpusu-pusu memang kena dah, sebab tiap kali ambe lalu depan Saudagaq Sup Junior, cukup meriah cukup ceria, pelanggan tak putus-putus datang menjamu selera.

Itu juga yang membuatkan ambe rimas nak masuk, tak biasa makan kat tempat penuh sesak de.

Sehinggalah cuti sempena Deepavali semalam, Tanjong Malim seakan dilanggar garuda senyap sepi. Saudagaq Sup Junior pun nampak sedikit lengang, jadi terus ambe sekeluarga singgah untuk makan lewat tengah hari.

Deko dalaman Saudagaq Sup Junior.

Susun atur kerusi meja Saudagaq Sup Junior agak rapat dan padat. Imagine saja kalau pelanggan penuh sesak, sah2 berlaga montot kalau nak keluar masuk. Biasanya restoran ini sentiasa dipenuhi oleh siswa-siwi UPSI. Main gesel montot dengan siswi memang lumayan, tapi kalau dengan siswa memang kena mandi bunga 40 hari 40 malam.

Kalau pergi mana-mana kedai sup, servis memang pantas dan cargas. Waitress laju saja ambil order dan laju pula makanan sampai. Sama jualah keadaannya dengan Saudagaq Sup Junior. Jadi kalau dah kebuluq, terjah saja kedai sup, lebih2 lagi sewaktu tak ramai pelanggan.

Menu di Saudagaq Sup Junior sah2 berasaskan sup semata. Rasanya tomyam dan menu bergoreng haram nak jumpa.

Minum-minuman pada harga stendet mendet.

Nasi ayam @ RM4.50 sepinggan.

Sup perut @ RM5.50 semangkuk, portion untuk seorang.

Sup tulang @ RM6.00 semangkuk, portion untuk seorang.

Sup di Saudagaq Sup Junior memang padu baq ang! Memang sedap dan pekat likat tapi kalau jenis ada darah tinggi, agak2 lah nak hirup. Sebab sup dia kaya dengan garam, agak sedikit masin tapi sedap. Ajinomoto entah ada ke tak, sebab ambe tak reti nak beza masakan ditambah Aji ataupun tidak.

Portion sup pun kira banyak juga, semangkuk sebenarnya portion untuk seorang tapi kalau untuk berdua pun dah kira banyak melainkan untuk kaki melantak.

Nasi ayam pun lepas ISO anak-anak. Hampir licin depa makan kira sedap dah tu. Ambe rasa pun memang mencanak ibu jari naik ke atas tanda sedap!

Harga kira stendet tak mahal dan tak murah. Lagi pun dekat dengan UPSI, kira harga kowtim sajalah.

Alamat:
Saudagaq Sup Utara
Jalan U1, Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak.

Landmarks;
UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Hotel Malim dan Hotel Taman U.

Sekian.

Monday 9 November 2015

CeNDoL PuLuT aiSKRiM MoM'S KaY @ BeHRaNG 2020 TaNJoNG MaLiM


As-Salam dan Salam Sejahtera,

Lama bebenor rasanya tak menyondol menyendol. Rindu akan cendol tidak terperi.

Kelazatan, keenakkan dan kenikmatan sewaktu ketulan2 cendol menerobos salur penghadaman, hanya penggemar tegar cendol sahaja yang memahaminya.

Muahahaha melampau intro!

Memperkenalkan, Cendol Pulut Aiskrim Mom's Kay.

Clap! Clap! Clap!

Pestaim nampak jenama Mom's Kay, gerainya dibuka di luar pasaraya TF Tanjong Malim. Pada pahaman ambe, cendol pulut aiskrim maksudnya cendol ditambah pulut kemudian di top-up pula dengan aiskrim.

Pestaim juga jumpa cendol siap taruk ais-krim.

Fuhhhh mesti meletop dia punya rasa agaknya.

Jadi apa komen?

Hmmm tak leh nak komen sebab belum ada rezeki nak rasa cendol pulut aiskrim.

Tukang beli cuma order cendol biasa! No special-special katanya, next time.

Hukalloh!!!

Harga ais cendol biasa RM2 untuk cup sederhana. Kira murah dah tu, kalau yang special up sikit le kut harganya.

Cendol Mom's Kay kira sedap jugalah, boleh buat penghilang haus tekak. Kalau dapat cendol pulut aiskrim lagi lumayan duh!

Cendol pulut aiskrim Mom's Kay, mung tunggu ambe maghi!

ABuYa SaTe HouSe @ TaNJoNG MaLiM


As-Salam dan Salam Sejahtera,

Jika Kajang famous amos dengan sate Hj Samuri, Tanjong Malim juga kini boleh berbangga dengan sate Abuya.

Baru beroperasi kurang dari setahun, bertempat di Taman Berop Idaman Tanjong Malim, tidak jauh dari Petronas dan Syarikat Chong Motor.

Memenuhi tanggungjawab sebagai warga TM yang prihatin, kami sekeluarga mengunjungi Abuya Sate House untuk menguji rasa kehebatan sate mereka.

Ahlan Wahsalan! Speaking A-reb beb!

Pada namanya sahaja sate house, tapi pilihan makanan tidak terhad pada sate. Makanan goreng2 pun ada, sup laksa segala. Tiba2 semua orang jadi tamak haloba, sebelum datang kata nak makan sate semata, kini sate sudah jadi appetizer sahaja.

Maka ter 'order' lah laksa penang, bihun sup utara, nasi goreng biasa dan nasi goreng USA.

Pelanggan pada petang tersebut tak ramai, jadi kami congak2 pasti tidak perlu menunggu lama untuk pesanan sampai. 

Sambil menunggu makanan tiba, julingkan mata tinjau2 keadaan dalaman kedai.

Pelanggan boleh dikira dengan jari kaki, tak ramai.

Beberapa sudut kedai diletakkan rak yang dipenuhi dengan produk2 keluaran Global Ikhwan. Global Ikhwan ini memang terkenal dengan kemandirian mereka dalam berbisnes.

Kenal siapa itu Global Ikhwan kan? 

Emcek Google pun kenal dengan Global Ikhwan, cer tanya Emcek Google siapa sebenarnya Global Ikhwan.

Pekerja Abuya Sate House sedang membakar sate yang kami order.

Pesanan kami yang paling awal tiba adalah 20 cucuk sate ayam dan minum-minuman. Masing2 tengah lapar sebab lunch tadi pulun maggie sahaja. Dua bungkus maggie kongsi ber-4, tak ke kebuluq semua.

Bila kebuluq menguasai diri, sate 20 cucuk sekelip mata tinggal lidi. Nasib baik sempat snap gambar untuk tatapan semua.

Sate ayam @ RM0.80 satu cucuk.

Minum-minuman!

Saiz sate sedang-sedang, tak kurus dan tidak juga gemuk serta bebas dari lelemak. Rasa agak manis dan lembut, sedap bila dicicah dengan kuah kacang yang secukup rasa.

IMHO sedap memang sedap cuma sate terlalu lembut. Ambe lebih suka daging yang sedikit kenyal, baru ada umph dalam mengunyah, tak gitu?

Kuah kacang acceptable, tak berminyak dan ada rasa. Mungkin tak sehebat kuah kacang sate Hj Samuri, tapi berbaloi untuk dicuba.

Air sirap pula ok tapi teh ais yang kami order kurang kick, terlalu cair dan kurang teh. Kalau pekat sikit memang terangkat ibu jari tak mo turun2.

Laksa Penang @ RM3.50

Bihun sup utara @ RM3.00

Makanan seterusnya yang tiba adalah laksa penang dan bihun sup utara. Kuah laksa memang terasa, pekat likat dan tak kedekut ikan. Cuma tak panas, suam-suam kuku gitu. Laksa penang ni lagi kick kalau makan masa tengah berasap, baru aroma keluar menyucuk hidung.

Bihun sup utara pun sama, hilang kick sebab tak panas. Rugi sebab makan tak habis, amalan syaiton nirrojim membazir.

Makanan paling lambat sampai adalah nasi goreng kampung dan nasi goreng USA. Nasi goreng USA kami paham sebab jauh tu de nak sampai, USA nun. Tapi nasi goreng kampung agak2 le de nak lambat pun.

Nasi goreng kampung.

Nasi goreng USA.

Selepas sekian lama mendengar klekung klekang senduk dan kuali bersilat di dapur, tiba juga nasi goreng kampung dan nasi goreng USA untuk anak-anak.

Seperti diduga, nasi goreng USA paling lambat sampai, maklumlah jauh le katakan, nasi goreng import tu de!!!

Apa kata pakar akan prestasi nasi goreng kampung?

Mengecewakan!!! Next time datang Abuya Sate House jangan ngengada nak order nasi goreng kampung.

Bagaimana pula dengan nasi goreng USA?

Unsangkarable!!!

Bak kata Vanessa Williams, Save The Best For Last.

Sometimes the snow comes down in June
Sometimes the sun goes round the moon
I see the passion in your eyes
Sometimes it's all a big surprise

Cause there was a time when all I did was wish
You'd tell me this was love
It's not the way I hoped or how I planned
But somehow it's enough

And now we're standing face to face
Isn't this world a crazy place
Just when I though our chance had passed
You go and save the best for last

All of the nights you came to me
When some silly girl had set you free
You wondered how you'd make it through
I wondered what was wrong with you

Cause how could you give your love to someone else
And share your dreams with me
Sometimes the very thing you're looking for
Is the one thing you can't see

And now we're standing face to face
Isn't this world a crazy place
Just when I though our chance had passed
You go and save the best for last

Sometimes the very thing you're looking for
Is the one thing you can't see

Sometimes the snow comes down in June
Sometimes the sun goes round the moon
Just when I though our chance had passed
You go and save the best for last

You go and save the best for last

Curless ko jah, makan nasi goreng USA sambil Vanessa Williams dok terhegeh-hegeh kat sebelah mintak nak rasa sama.

Muahaha gila barnabas punya imaginasi.

Tapi memang nasi goreng USA Abuya Sate House memang sedap, lepas ni boleh tukar nama kedai jadi Abuya Nasi Goreng USA!!!

Melampau recommendation!!!

Final verdict, kira ok lah singgah Abuya Sate House kalau tetiba mengidam nak makan sate. Rasa pun sedap dan harga amatlah berpatutan. Tak yah drive jauh2 ke Kajang, buat bazir tol dan petrol saja.

Singgah jah, jangan tak singgah!

Alamat:
Abuya Sate House
No. 21 Jalan Idaman 1
Taman Berop Idaman
35900 Tanjong Malim
Perak.

No telefon : +6013-636 4733 @ +6010-213 2313

Friday 6 November 2015

Bro Char Kuey Teow by Bro Framestone @ TaNJoNG MaLiM

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Bro Framestone sedang beraksi. Mohon maaf atas kualiti gambar yang tidak seberapa.

Rasanya telah ramai yang tahu bahawa blogger tersohor iaitu Bro Framestone telah melebarkan lagi pintu punca rezekinya dengan membuka gerai char kuey teow.

Menggunakan jenama Bro Char Kuey Teow, gerai Bro Framestone dibuka setiap petang, lokasinya hanya bersebelahan dengan Lampuneon Cafe Tanjong Malim.

Lebih tepat lagi alamatnya seperti berikut;

Lot 8138
Jalan Ketoyong
35900 Tanjong Malim
Perak.

Kalau guna Waze set sahaja Lampuneon Cafe atau stesen komuter Tanjong Malim. Bagi yang datang dari luar Tanjong Malim dan malas untuk memandu sendiri, boleh datang dengan menaiki komuter atau ETS.

Keluar sahaja dari stesen komuter Tanjong Malim, gerai char kuey teow Bro Framestone dan Lampuneon Cafe cuma di seberang jalan. Nak mudah, cari signage Elite Futsal, ketiga-tiga ini hanya bersebelahan.


Char kuey teow special.

Setakat ini telah dua kali ambe dan keluarga menikmati char kuey teow hasil air tangan Bro Framestone. Pertama kali order char kuey teow special dan kali kedua char kuey teow biasa.

Hasilnya memang tidak mengecewakan. Sedap dan sedikit berlainan berbanding char kuey teow yang pernah ambe nikmati. Secara peribadi, keunikan rasa Bro Char Kuey Teow letaknya pada cili jeruk dan satu lagi bahan yang tidak ambe kenal pasti.

Harganya pula amat berpatutan dan berbaloi dengan rasa.

Ambe sudah merasa kehebatan Bro Char Kuey Teow, anda bila lagi?

Sekian.

Thursday 5 November 2015

SePaGi Di SuNGai PaGi - PeRTaNDiNGaN PaNCiNG iKaN KoLaM

As-Salam dan Salam Sejahtera,


Hujung minggu yang lepas, pihak surau taman perumahan ambe telah menganjurkan pertandingan memancing bertempat di kolam pancing Sg Pagi, Behrang Station.

Sebagai sokongan kepada pihak penganjur, ambe dan anak2 telah memberanikan diri untuk mendaftar masuk sebagai peserta. Sejumlah wang penyertaan bertukar tangan, untuk membiayai kos penganjuran termasuklah sarapan pagi dan bayaran masuk kolam.

Jujurnya ambe dan anak2 langsung tiada pengalaman memancing. Kalau setakat memancing ala kampung zaman kanak2 dahulu ambe adalah. 

Batang joran pun tak ada, untuk pertandingan ini ambe terpaksa meminjam dari jiran2 yang ada lebihan joran. Alhamdulillah ada yang bermurah hati untuk meminjamkan.

Apabila pertandingan bermula, dah jadi episod memalukan. Nak masukkan umpan ke mata joran pun ambe terkial-kial. Nasib baik kebanyakan peserta senasib dengan ambe, pestaim memancing, jadi tak adalah segan sangat.

Nak baling umpan satu episod lagi, silap baling batang joran masuk kolam, bukannya umpan. Mujur juga pihak penganjur bersiap sedia dengan marshal yang berpengalaman. Merekalah yang membantu menyediakan umpan, memasang umpan pada mata joran dan membaling umpan.

Kami pemancing amatur atau pestaimer ini cuma perlu menunggu umpan diragut ikan.

Tapi nan hado, mungkin sebab kurang pengalaman atau sememangnya tiada rezeki. Berjam-jam pertandingan berlangsung, tiada seekor ikan pun sangkut pada mata joran ambe dan anak2.

Peserta lain agak bernasib baik, bertali arus pancing mereka mengena. Ambe dan anak2 cuma memerhati dari jauh, serta berkongsi kegembiraan bila melihat mereka beraksi untuk menaikkan ikan.

Anak2 lah paling seronok.

Sememangnya sudah lama mereka ingin mencuba keseronokan memancing. Tapi ambe kadang kala terlalu sibuk untuk melayan permintaan mereka, tambahan lagi ambe langsung tiada minat dalam arena memancing.

Tapi bila sekali mencuba, datang pula rasa seronok. Harap-harap tidaklah mendatangkan ketagihan sepertimana kaki2 pancing yang lain.

Hujung minggu ini cadangnya nak survey beberapa kedai pancing, nak beli joran. Beli yang murah je pun, dalam harga dua puluh atau tiga puluh ringgit.

Sekadar nak berseronok dan menghabiskan masa dengan anak2. Father and sons bonding orang kampung ambe kata.

Sekian.

Wednesday 4 November 2015

SeLaMaT MaJu JaYa CaLoN SPM 2015


Selamat menjawab soklan dengan jayanya buat kesemua adik2 yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2015. 

Usaha bersungguh pasti jaya, doa dan restu ibubapa dilupa jangan, akhiri dengan tawakkal kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Inshaa Allah kejayaan pasti dalam genggaman adik2 semua.

p/s : Dijemput untuk menyekodeng my new blog, Surau Taman Segar

Tuesday 3 November 2015

oLDToWN WHiTe CoFFee @ TaNJoNG MaLiM

As-Salam dan Salam Sejahtera,


Dah perasan lama kopitiam ini wujud, tapi tak pernah masuk. Kalau Oldtown White Coffee kat tempat lain tu memanglah kerap juga pergi, cuma kat pekan sendiri saja buat sombong badak tak nak masuk.

Ape curless masuk Oldtown kat pekan sendiri ye tak?

Namun sifat sombong badak itu tak kekal lama, tanggal 11/10/2015 terjejak juga kakiku di Oldtown White Coffee Tanjong Malim.

Semuanya kerana gara-gara kelaparan dan kesejukan, lantaran pada masa itu hujan lebat sering menggila di Tg Malim. 

Asal sejuk je mesti perut lapo giler!

Terus angkut anak bini ke jalan-jalan cari makan.

And the only tempat makan yang menggamit selera pada tika itu adalah Oldtown White Coffee. Apokobondo ko ni Jang?

Customer lain semua berbungkus kat rumah sebab hujan lebat, tapi kami redah ke Oldtown sebab perut tengah lapo minta diisi.

Berasap-asap kopi dia!

Menu-menuan!

This is my peberet kalau ke Oldtown.

Peberet anak2, chicken chop je manjang.

Wife punya, makanan sihat katanya.

Masing-masing makan macam tak cukup sudu sebab dah lapo bebenor. Bukannya kami tak lunch pada tengah hari, tapi bila hujan waktu petang lapo dia lain machiam.

Kemudian anak bongsu order aiskerim, pencuci mulut katanya. Bersih sangat lah mulut ko tu nak oiii!!!

Sedap berkrim disukai ramai.

Hujan lebat kat luar, sejuk bukan main, alih2 ko order float nak?

Failed buat kesekian kalinya, nak order kopi panas tapi terorder kopi ais, haukkkkkkk!!!!!

Things can happen de, tapi Oldtown memang sesuai kalau nak ber 'chill' sesama keluarga atau rakan2. Itu pun kalau tak penuh sesak, kalau dah ramai hauk juga.

Food and drinks memang ok lah no comments. Price pun kira affordable, sebab tu student pun suka lepak sini.

Weekend tempat ini akan penuh sesak, not recommended unless telinga ko tahan dengan bunyi bising kaki sembang kencang. 

Weekdays best rasa machiam ini restoran aku yang punya hahahaha Ahmad Albab!

Bye.