As-Salam dan Salam Sejahtera,
Panduan ringkas untuk mereka yang bakal bercuti atau jalan-jalan makan angin ke Ipoh.
Lost World of Tambun (Google Image)
Taman tema ini adalah saudara dekat kepada Sunway Lagoon. Komponen utama Lost World of Tambun adalah Water Park, Amusement Park, Petting Zoo, Tiger Valley, Tin Valley, Adventure Park dan Hot Spring & Spa. Maklumat lanjut sila kunjungi website Lost World of Tambun
Taman Rekreasi Gunung Lang (Google Image)
Letaknya di Jalan Tunku Abdul Rahman (Kuala Kangsar Road), Ipoh. Dibuka setiap hari, dari jam 8 pagi hingga 7 malam. Ditutup awal pada hari Jumaat (4 petang) dan cuti umum (6.30 petang). Untuk ke sana perlu naik bot dari jeti dengan harga tiket RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak. Maklumat lanjut sila kunjungi website Ipoh Tourism Board
Ketam Batu
Muzium Geologi
Muzium ini mula dibuka pada tahun 1957 dan mengumpul koleksi unik pelbagai jenis fosil, batuan, mineral dan permata. Dibuka pada waktu pejabat sahaja (Isnin - Jumaat, 9 pagi - 4.30 petang). Masuk adalah percuma. Maklumat lanjut sila layari Muzium Geologi Perak
Taman Dr Seenivisagam & Taman Jepun
Kedua-dua taman ini berada dalam kawasan yang sama. Menjadi tumpuan untuk warga Ipoh bersantai bersama keluarga. Ada kemudahan untuk kanak-kanak bermain sambil ibubapa santai bercengkarama. Info selanjutnya di Taman Jepun Ipoh
Fantacy House Trick Art (Google Image)
Letaknya di Jalan Market Ipoh. Terdapat beberapa koleksi lukisan 3D dan sesuai untuk sesi fotografi yang unik. Bayaran masuk RM15 untuk dewasa warga Malaysia dan RM10 untuk kanak-kanak seperti yang tertera di Trick ArtKetam Batu
No comments:
Post a Comment