Wednesday 26 July 2017

PERMUKIMAN MENTERI BESAR PERAK DI PARLIMEN TANJONG MALIM

18 hingga 22 Julai 2017 yang lepas, Tanjong Malim meriah dengan pelbagai events sempena program Permukiman MB Perak Di Parlimen Tanjong Malim.

Program permukiman ini mudah kata satu program di mana YAB MB akan melawat setiap daerah dalam negeri Perak dan akan bermukim selama dua tiga hari. Ini memberi peluang kepada rakyat untuk bersua mata dengan YAB MB, dan juga membuka ruang kepada YAB MB untuk melihat kehidupan rakyat di peringkat akar umbi.

Antara program yang diadakan sempena permukiman YAB MB di Tanjong Malim adalah;

1. Hari Mengemas dan Melestarikan Alam Sekitar
2. Mini Karnival Teras Keselamatan
3. Jamuan Rakyat
4. Karnival Jualan Daerah Muallim
5. Fit Perak 2017 peringkat daerah Muallim - Fun Ride & Run 

...... dan banyak lagi aturcara yang tak sempat aku sertai. Lately Tanjong Malim makin lama makin meriah, lebih-lebih lagi semenjak digazetkan sebagai Youth City.

Sebelum ini, aku jarang ambil tahu akan program-program sebegini, tapi semenjak dua menjak ini makin seronok pula rasa hati kalau dapat turut serta. Walau pun umur tak berapa nak youth dah, tapi jiwa hati batin tetap youth forever hellllyeah !!!!


Fun ride and run antara yang sempat aku sertai. Nak ride aku tak ada basikal, jadi aku masuk acara lari-larian. Lari-lari santai sahaja, dan aku antara yang tercorot sampai ke garisan penamat muahahaha ! Nampak sangat aku tak fit, tak sampai 500 m berlari aku dah mengah separuh mati.

Memang sudah agak lama aku tidak bersukan. Zaman belajar dahulu, tiap-tiap petang turun padang. Tapi selepas memulakan kerjaya, riadah aku adalah ternak lemak di perut. Ini menyedarkan aku dan menaikkan semangat aku untuk kembali active bersukan dan juga bersosial.

Fun ride and run ataupun Fit Perak 2017 @ Muallim ini berlangsung di Tasik Embayu Proton City. Tasik yang menjadi tumpuan penghuni Proton City dan Tanjong Muallim untuk beriadah saban hujung minggu.

Serentak dengan Fit Perak 2017 @ Muallim, di lokasi yang sama turut dianjurkan Karnival Pendidikan Tinggi & Kerjaya @ Muallim. Karnival ini memberi ruang dan peluang kepada anak-anak Muallim untuk mendapatkan informasi berkaitan pengajian tinggi dan juga peluang kerja.


Selain daripada itu, pada lokasi dan hari yang sama, Karnival Jualan Usahawan Muallim turut berlangsung. Ramai usahawan-usahawan Muallim membuka booth untuk memperkenalkan produk masing-masing. 

Beberapa agensi kerajaan turut sama membuka kaunter bergerak, antaranya Suruhanjaya Pilihanraya. Lepas mengah berlari dan mendapat antara yang tercorot, aku singgah kaunter SPR untuk semak daftar pemilih. Nama ada tapi belum update alamat terbaru bermastautin. 


Kebetulan pada minggu tersebut aku solat Jumaat di Masjid Behrang 2020, sempatlah juga aku meninjau Mini Karnival Teras Keselamatan yang dilangsungkan di perkarangan Masjid Behrang 2020. Antara agensi kerajaan yang mengambil bahagian polis sudah tentu, ada juga JPJ serta agensi-agensi yang terlibat dengan perkhidmatan kesihatan dan sosial.

Usai solat Jumaat pula, berlangsung Jamuan Rakyat sempena permukiman YAB MB di perkarangan Masjid Behrang 2020. Kali ini aku mampu tengok sahaja, perut memang berbunyi minta diisi tapi que panjang sangat. Makan nasi kat rumah sajalah kata anak aku hehehehe.

Itu antara yang sempat aku sertai, ada banyak lagi tapi aku tak berpeluang nak turut serta. Hari-hari mendatang banyak lagi events yang direncanakan untuk berlangsung di Youth City Tanjong Malim. 

Kalau aku dapat sertai segala macam events tersebut, aku update kat sini. Sekian.

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment