Thursday 4 January 2018

CATATAN PERJALANAN KE RANAU (KUNDASANG) SABAH - DISEMBER 2017

Perjalanan balik hari yang dirancang sejak berbulan nan lalu melalui WA group keluarga. Sebenarnya idea ini udah bertahun, tapi kesuntukan masa dan timing selalu tak kena dikalangan ahli keluarga, menyebabkan perjalanan ini senantiasa tertangguh.

Akhirnya terlaksana jua hatta tak semua Legasi Aki Pangawai yang dapat turut serta. Aku sekeluarga, adik ipar sekeluarga dan juga orang tua kami. Lain-lain ahli keluarga masih sibuk dengan sambutan Christmas, New Year dan juga persediaan sesi baru persekolahan.


Kami memilih laluan Penampang - Telipok - Tamparuli - Kundasang. Perjalanan sehala sejauh kira-kira 100++ km mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 jam pemanduan. Laluan yang penuh berliku dan berbukit-bukau menyajikan pemandangan yang indah, sejauh mata memandang.


Kamera kami tak berhenti berdetak sepanjang pemanduan, kerana pemandangan desa dan juga faktor cuaca yang cukup cerah, menyebabkan Gunung Kinabalu tidak malu-maluan untuk memunculkan diri.

Persinggahan pertama kami adalah pekan Nabalu, Kota Belud. Di pekan kecil ini, disediakan pelantar dan menara untuk pelancong bergambar dan menikmati pemandangan dengan Gunung Kinabalu sebagai latar belakang. Awesome !


Jika tidak kena timing, kawasan ini memang akan penuh sesak dengan pelancong. Tapi kami bernasib baik, sewaktu tiba, segerombolan pelancong dari Tanah Besar baru sahaja selesai berswa-foto. Jika tidak, maka berebut-rebutlah kami untuk mendapatkan angle yang terbaik.

p/s : Aisemen, lama tak menulis di blog, membuatkan ayat2 aku menjadi semakin skema !

Seterusnya perjalanan kami dilanjutkan menuju Desa Dairy Farm, ladang tenusu yang terletak di kaki Gunung Kinabalu. Pemandangan bak kata orang kampung aku, awesome and breathtaking !

Tak percaya, cuba tengok pic yang aku sempat snap;



Ini aku capture pakai smartphone saja, kalau sape yang guna DSLR pasti lebih marbeles. Untuk masuk ke sini, ada sedikit bayaran, RM5 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak, manakala bawah 7 tahun adalah FOC.

Ramai yang berkira-kira untuk masuk, maklumlah jika di darab harga tiket dengan jumlah ahli keluarga, mungkin agak besar bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku alang-alang dah sampai, rugi kalau tak menjengah hingga ke dalam.

Apa aktiviti boleh dibuat di Desa Dairy Farm?

Bagi peminat photography, memang berbaloi sebab kita boleh snappy2 dan berswa-foto dengan latar belakang Gunung Kinabalu yang awesome, lebih-lebih lagi jika cuaca menyebelahi kita dengan langit membiru.

Selain daripada itu, ada aktiviti bagi anak lembu minum susu guna botol susu (RM1.50 sebotol) dan juga bagi kambeng makan rumput (RM1.00 untuk seikat rumput). Nak tengok aktiviti memerah susu dari nenen ibu lembu pun ada, tapi tengok dari jauh sajalah. Setakat ini belum ada pengunjung dibenarkan mencabul kehormatan nenen ibu lembu menggunakan jari-jemari sendiri !

Paling awesome selain snappy2, makan eskrem dan yogurt yang dibuat dari tenusu fresh dari ladang. Memang sedap dan segar. Tapi awas, jika kebetulan pengunjung ramai, memang longgar kepala lutut beratur panjang di kaunter. Banyakkan bersabar dan jangan berputus asa, produk mereka memang berbaloi untuk anda pecah kepala lutut !

Timbul sayang nak tinggalkan Desa Dairy Farm sebab viewnya yang cukup awesome ! Tapi kena blah juga, bukan boleh tumpang tido situ pun. Tambahan pula cuaca mula berubah sikap, rintik-rintik hujan mula menitik dan Kinabalu pun mula malu-maluan bersembunyi si sebalik awan/kabus.

Destinasi kami yang seterusnya adalah Hot Spring Poring, Ranau. Tarikan utama di Poring Hot Spring adalah;

1. Kolam air panas
2. Canopy walk
3. Air terjun Kipungit
4. Air terjun Langanan
5. Gua Kelawar
6. Orchid Garden
7. Tropical Garden
8. Butterfly Garden

Tiket masuk atau lebih manis dipanggil yuran konservasi adalah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.


Nampak lengang saja kan tapi sebenarnya machiam ulat hurung bangkai. Berkerumun berteduh di bawah pondok kerana pada masa tersebut hujan makin lebat. Mujur kami dapat menumpang satu bahagian kecil pondok yang agak padat. Dapat juga lindungi baby dari terkena hujan.

Kami makan-makan bekal yang dibawa dalam keadaan berdiri kerana kekurangan ruang. Main telan sahaja kerana lapar dan kesejukan. Selesai makan, kami ambil keputusan untuk redah balik sahaja. Cuaca tidak bagus untuk kami explore Poring's bersama anak-anak kecil.

Bincang-bincang dalam kenderaan, kami membuat keputusan untuk singgah di Sabah Tea. Kira machiam Cameron Highland kalau di Semenanjung. Ada kebun teh, dan juga cafe untuk hirup teh panas.


Teh panas dihidang dalam teko untuk 8-10 orang. Gula dan susu dalam bekas berlainan. Jadi kalau mahu teh tarik, kena bancuh dan tarik sendiri hehehehe ! Nak makan berat pun boleh sebab ada buffet sekitar RM24++. Tapi kami tak jenguk sangat apa menunya. 

Nikmatnya hirup teh O pekat likat harum setelah kesejukan ditimpa hujan. Berkepul-kepul asap keluar dari muncung teko dan dari mulut sendiri.

Minum-minum sambil berbincang tempat mana lagi perlu dituju. Tetapi keputusan drastik diambil untuk balik sahaja ke KK kerana cuaca makin meragam. Kalau diikutkan banyak lagi tempat yang boleh disinggahi seperti Kinabalu Park, War Memorial dan fish massage.

Kalau semua rombongan dewasa memang kami akan redah, tapi ada pula baby dan kanak-kanak yang turut sama, baik call off sahaja.

Sebelum bergerak pulang ke KK, sempat juga singgah ke Masjid Jamek Kundasang untuk solat jamaa'. 


Masjid ini dahulu memang terkesan dari gegaran gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun 2015. Kubahnya dikatakan runtuh tapi kini telah dibaik-pulih semula. 

Perjalanan pulang ke KK dari Ranau sedikit mencabar kerana hari telah gelap dan hujan pula turun tanpa henti. Sama sekali berbeda dengan perjalanan ke mari. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat dan kami tiba di KK sekitar jam 9 malam.

Sekian.

6 comments:

  1. Menarik... Teman sendiri pun tak pernah sampai ke Kundasang nie lagi... Ada plan, tapi setakat plan lagi... mmm...

    ReplyDelete
  2. Cantik.. tp nampak crowded, rmai orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan cuti sekolah, christmas dan new year.

      Delete
  3. wahh chantek gunung kinabalu tuuu., ;p

    ReplyDelete