Saturday, 1 February 2014

Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu - Tebus Mata Ganjaran Agoda

Biasa kalau kita menginap dimana-mana hotel, mesti perkara berikut kita akan titik beratkan..... kannnn!!!

a) Harga bilik - kena ikut kemampuan isi poket.....
b) Lokasi hotel - supaya senang kita nak bergerak nanti.....
c) Ketatasusilaan staf - supaya mood percutian tak jahanam.....
d) Kebersihan dan keselesaan bilik - ini memang wajib.....
e) Kualiti sarapan - bangun pagi mestilah nak makan sedap2.... hehe

Kalau ambo dan HM check-in mana-mana hotel, memang benda-benda kat atas itulah yang sering kami perhatikan kemudian report kat DSKB..... hehehe. 

Jadi bagaimana  pula dengan Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu?

Adakah menepati piawaian di atas?

Alhamdulillah kami puas hati dan tak ada nak complaint apa sangat..... 

Kami booked bilik standard melalui Agoda dengan rate RM138.63 semalaman. Itu harga selepas ambo tebus mata ganjaran Agoda, sekitar RM80 dan rate tersebut tanpa breakfast. Murah atau mahal, susah nak kata sebab bila kami include breakfast (bayar on site) harga total jadi dekat RM200 juga..... tapi kalau tak gatal kaki turun sarapan, rasanya harganya dah murah sangat dah tu...... kena pula peak season sempena Christmas dan hujung tahun.

Ekcelli, ini kali kedua ambo menginap di Grand Borneo Hotel. Apa yang membuatkan ambo kembali sekali lagi adalah kerana lokasinya yang strategik. Lebih-lebih lagi kalau anda berhajat untuk meluangkan sedikit masa di 1Borneo Hypermall atas urusan-urusan tertentu. Senang beb..... sebab Grand Borneo Hotel memang terletak di dalam IBorneo Hypermall. Nak shopping senang, makan-makan ada banyak eateries dan nak tengok wayang pun ada cinema.

So far, staf dia pun semua ok. Memang ramah tamah...... machiam kami ari tu, tiba agak awal jadi memang bilik belum ready. Jadi pihak hotel tolong simpan dulu beg-beg kami without extra charges..... memang begitu pun sepatutnya. Cuma nak habaq the way their staff treat us masa tu memang priceless..... good for us!!!

Machiam biasa..... kita tepek-tepek picca sikit untuk dapatkan lebih penghayatan.....

Ini entrance dari dalam 1Borneo Hypermall. Kalau dari luar ambo tak sempat nak snap picca. Ada niat tapi asyik bertangguh. Entrance ini cuma dibuka sehingga jam 11 malam kalau tak silap, lebih dari itu kena guna main entrance.

Ini ada satu group dari Brunei sedang bercuti di Kota Kinabalu. Saja ambo snap picca mereka buat penghias blog DSKB... hehehe!!! Masa ni masih belum boleh check-in sebab baru jam 11.30 pagi. Jadinya kami lepak-lepak lobby kejap kemudian tawaf satu 1Borneo sementara menunggu jam 2 pm.

Masa untuk check-in... terlupa nak bawa salinan voucher Agoda. Staf hotel minta email tapi sampai sekarang ambo belum email... hehehe.

Check-in sudah..... jom ikut ambo naik bilik..... bilik standard je pun maklumkan hanya dengan HM..... kalau bebudak kenit ada sama kompem kena booking family room.

Dah sampai depan pintu dah... mana kunci, kunci mana? Alamak, sekali kad bilik tak boleh guna. Terpaksa pinjam kad staf housekeeping yang kebetulan ada kat situ.

Rupanya key card boleh tahan sensitipnya. Kalau tersentuh dengan henpon boleh menyebabkan memori key card tersebut hilang. 

Itulah yang terjadi dengan kami, lepas receptionist serahkan key card, ambo masukkan dalam poket bersama henpon. Sekali bila sampai bilik, scan punya scan pintu bilik tak boleh buka. Lampu merah dok lip lap lip lap!!!

Nasib baik ada staf house-keeping dekat-dekat situ. Mohon jasa baik dia tolong bukakan pintu. Tengkiyu deq..... kalau ikutkan kena turun balik ke reception untuk aktifkan kembali key card..... tapi malas ambo nak turun..... tingkat 11 tu der!!!

Masa nak aktifkan balik key card tersebut, receptionist akan tanya nama penuh dan nombor bilik. Sekadar untuk pengesahan keselamatan.....


Masa masuk kan... tetiba terfikir kenapa dulu bilik besaq, la ni jadi kecik? Kemudian baru terpikiaq, dulu opis tolong booking bilik deluxe, la ni guna duit sendiri jadi dapat bilik standard sajalah.... hehehe.

Tak nampaklah apa yang tertulis.... hehehe. Maklumlah guna camera henpon je pon!!!

Konsep hitam putih kehidupan... ada la kaler hijau menyelit sikit-sikit.... hehehe.

Saiz bilik memang kechik dan sempit sikitlah..... maklumlah bilik standard je pun. Tapi ok sebab cuma kami berdua, nak berguling jauh mana sangat ye tak..... hehehe. Kebersihan bilik tip-top, no complaints.

Toilet..... toilet..... jamban pun nak tengok gak?

Memang..... sesetengah orang cukup sensitip dengan kelestarian jamban hotel..... di Grand Borneo Hotel KK tak perlu risau.... jambannya cukup lestari bersinar-sinar!!!

Ok kan?

Depan belakang dinding bilik mandi adalah see-thru.... maknanya kalau binik mandi boleh nampak dari katil. Kalau tengah berak tolong kasi turun itu blinds!!!

Ada yang suka kumpul buat souvenier. Ambo zaman belajar dulu pun buat jugak tapi la ni.... buat menyemak rumah je kalau angkut bawa balik.

Kemudahan lain yang ada di Grand Borneo Hotel.....

Nak swimming boleh, nak layan gym angkat bosi pun boleh!!!

Kalau bebudak kenit berdua ikut, kompem kena turun kolam renang..... swimming pool di Grand Borneo Hotel kami singgah-singgah sekadar untuk meninjau.....


Tak ramai orang masa ni sebab masih awal pagi.

Ingat tak ambo habaq awal-awal tadi..... rate bilik kami tanpa voucher untuk sarapan. Tapi esok paginya gatal pula tekak nak merasa untuk bersarapan di Grand Borneo Hotel..... maknanya kena top-up lebih lah..... dari total kos penginapan yang murah dan jadi machiam asal balik..... huhuhu. Tak apalah sesekali manjakan tekak sendiri.

Nama coffe house di Grand Borneo Hotel, Soul Out Restaurant.... 

Dah tak ingat berapa kena bayar.... tapi rate standardlah kalau nak bersarapan di hotel seperti Grand Borneo.

Tiga beradik sedang bersarapan... ambo capture picca ini sebab suka tengok the girl treat adik-adik dia. 

Picca makanan lain tadak, makan dan makan sampai lupa nak snap picca makanan banyak-banyak. Tapi honestly pilihan menu dia tak banyak mana, rasa menyesal pun ada sebab sarapan kat sini. Tapi shodap tetap shodap cuma pilihan agak kurang.

As usual telur masak separuh wajib ada depan mata kalau ambo bersarapan di hotel. Amazingly, staf hotel memang handal dalam menyediakan telur separuh masak.... perfect!!! 

Lepas breakfast, kami memang terus balik bilik untuk kemaskan apa yang patut sebab nak check-out secepat mungkin. Jadi tak dapatlah ambo nak review kemudahan-kemudahan lain yang ada di Grand Borneo Hotel.

Machiam nak check-in, urusan check-out pun cukup ringkas. Serah kunci, receptionist buat apa yang patut (resit etc)..... dan anda boleh terus berjalan keluar dari hotel untuk mencari teksi. 

Nak dapatkan teksi amatlah senang, minta saja bellboy lambai teksi yang sememangnya sering menunggu di depan 1Borneo Hypermall.

Amachiam..... ok tak pengalaman kami di Grand Borneo Hotel?

Kalau anda ke Kota Kinabalu, bolehlah cuba menginap di Grand Borneo Hotel..... anda pasti tak akan menyesal.

Roger and out!!! 

Thursday, 30 January 2014

Bercuti Ke Sabah 2013/2014: Mana Satu Pilihan Hati..... AirAsia @ MAS?

Kami kalau bercuti ke mana-mana biasanya tiada pilihan yang khusus... janji dapat tiket murah..... hehehehe..... sifat tipikal umat Malaysia. Tapi kalau travel siap bawa barang berdozen-dozen memang MAS jadi keutamaan. Kebiasaannya kami cuma travelling lite, setakat bawa baju sehelai dua..... jadi tiket murah menjadi target utama tak kira airlines.

Machiam kami ke Sabah baru-baru ini, on the way ke Kota Kinabalu dari KL memang kami naik AirAsia sebab bila ditolok banding harga, memang Airasia jauh lebih murah (yang sebenarnya kurang mahal berbanding MAS..... hehehe). Maklumlah masa tu dah nak masuk hujung tahun dan Christmas, ramai orang mahu bercuti bah!!! Lagi pun kami tak perlukan check-in luggage service. Melenggang kangkung sahaja masuk pesawat.

Tapi masa nak balik KL dari KK..... MAS pula jadi pilihan sebab dapat elaun luggage 20 kg. Balik dari KK mana boleh lenggang kangkung lagi der..... segala machiam barang mahu diangkut balik KL.

Situasi di atas kalau guna duit poket sendiri lah. Bila mana guna duit gomen @ waran tahunan, kompem akan pilih MAS..... sanggup to-up duit sendiri semata-mata nak merasa duduk kat business class..... hehehe buruk pangai!!!

Anda pula machiam mana?

Tepek sikit gambaran masa kami kat airport dan dalam pesawat menuju Kota Kinabalu.....

Kalau musim cuti janganlah lewat ke airport. Barisan nak ke departure hall memang panjang. Ada satu family sampai kurang 10 minit sebelum masa berlepas, kesian der.... merayu sakan mahu potong que... tapi nak buat machiam mana... orang lain pun nak cepat juga der... rasanya terlepas flite mereka ari tu... kesian!!!


Ambo kalau dah ada kat depan gate baru rasa lega!!! Leh tarik napas dalam-dalam sebab kompem tak terlepas flite.


Ini dia Pak Tony punya Airbus yang akan bawa kami ke Kota Kinabalu!!!


Nikkichu... comel je nama flite attendant AA.... Pinay.


Agaknya dah kaya raya Pak Nasser kita ni... asal naik AA saja kita pasti terpikat dengan nasi lemak beliau. Rasanya? Tak adalah awesome sangat sebenarnya tapi dah perangai, nak juga makan-makan kat atas tu walau pun harganya... Masha Allah.


Ini something new for me... tak pernah pun choba Uncle Chen punya nasi ayam sebelum ni!!! Ini first time ni, nasi dia biasa-biasa saja tapi ayam dia agak shodap!!!


Ada yang mahu bikin harta ka? Kasi malu umat saja!!!


Welcum To Sabah, sampai KK suda!!! Sila abaikan mamat yang interprem dalam foto di atas. Beliau tiada kene mengena dengan ini cherita... hehehe.


Menunggu luggage yang tak kunjung tiba. Eh!!!! Ada check-in luggage ka? Kata travelling lite kalau ke Sabah!!!


Tamat kisah ke Kota Kinabalu, ini pula adegan on the way balik ke Kuala Lumpur.....


Airport KK memanglah tak segah KLIA, tapi bolehlah kalau sekadar nak cuci mata sambil beli cokelat.


Kedai sebegini kompem tak ada di KLIA... datang Sabah mesti borong seafood punya. Jangan risau, siap packaging sekali... dijamin tiada bau yang kurang menyenangkan.


Trademark DSKB, foto FA memang wajib ada hatta yang kelabu ashap sebegini. FA MAS memang montel-montel berbanding Airasia ye?


Makan-makan time... nasi beriyani!!!


Eh.... kenapa bas interprem ni? Haaaaa.... sebabnya kalau ke mana-mana destinasi kami akan parking di LCCT. Ada feeder bas yang menghubungkan LCCT ke KLIA. Tambang cukup murah, nasib baik budak kenit berdua tu tak kena tambang... TQ pak cik drebar, lu memang rock!!!


Next time mungkin nak choba pula Malindo..... tapi dia punya tiket promosi selalu cepat habis bah!!! Machiam goreng pisang panas gitu!!!

Roger & out!!!

Wednesday, 29 January 2014

Bercuti Ke Sabah 2013/2014: D'Lengkuas Kota Kinabalu, Sabah..... Wajib Datang Makan Kalau Kami Ke Kota Kinabalu!!!

D'Lengkuas...... nama pun dah tangkap leleh der!!! 

Apa ke bondo nyer D'Lengkuas tu? 

Ianya bukan tempat berwisata tau tapi tempat makan-makan. Restoran yang menyajikan masakan asli Kelantan. Owner pun memang anak jati Kelantan tapi mungkin sudah lama menetap di Sabah bah!!!

Sedap sangat ke makanan kat D'Lengkuas der?

Ontah lah... ambo nak kata sodap karang selera kita berbeza-beza ye tak? Tapi dia punya menu dan taste memang kena  sangatlah dengan halwa tekak ambo.

Itu yang buat kalau turun KK saja mesti singgah di D'Lengkuas, biasanya untuk lunch... paling chokia pun untuk minum petang.

Ambo tepek picca sikit untuk memberi sedikit gambaran berkaitan D'Lengkuas.....

Ini belum masuk waktu lunch hour ni.... kalau time umat opis keluar makan, beratur lah jawabnya.

Ini baru sikit... ada banyak lagi lauk pauk.... shodap!!!. Kalau tengah kebuluq rasa machiam semua mau terkam.

Gulai kawah di D'Lengkuas memang power, bertambah nasik dibuatnya.

Tak mo makan nasi putih boleh choba nasi kerabu D'Lengkuas... shodap atau tidak ambo sendiri pon masih belum menchoba.

Apa machiam? Ada terkecuq ayaq liuq?

Kat mana D'Lengkuas ni der?

Lokasinya di Sembulan, lebih tepat lagi Grace Court.... ada dua tiga restoran sekitar situ tapi hanya D'Lengkuas yang selalu ambo singgah.

Choba la der.... mana la tau kena dengan selera anda semua!!!

Selamat menjamu selera..... roger & out!!!

Monday, 27 January 2014

Bercuti Ke Sabah 2013/2014: Pasar Filipina..... Tak Sah Datang Sabah Kalau Tak Singgah Sini!!!!!

Pasar Filipina memang sudah sinonim dengan tema percutian ke Sabah... pendek kata kalau pergi Kota Kinabalu tapi tak singgah Pasar Filipina dah jadi machiam... betul ke ko pegi KK der? Haaaa gittew!!!! Nak tak nak memang kena singgah... paling tidak jalan-jalan cuci mata.

Apa ada di Pasar Filipina yang havoc sangat tu der?

Haaaaa.... apa lagi, kan ke Pasar Filipina turut dikenali sebagai Pasar Kraftangan? Jadi kebanyakkan bahan jualan adalah kraftangan asli Sabah, paling famous amous adalah mutiara asli Sabah. Sembang pasal mutiara asli, khabarnya ada kekdah tertentu untuk mengenali mutiara tersebut asli atau tidak.... paling mudah kena perhati shape mutiara tersebut, kalau bulat shantek je pasti mutiara belaan (bukan pelesu ye cuma bukan yang secara aslinya terbentuk secara alamiah). Lain-lain ambo tak berapa nak tahu... hehehe!!! Kena rujuk pakar dan peminat tegar mutiara asli Sabah.

Apa lagi der.... hmmm, makanan ringan dan segala machiam kuih muih asli Sabah. Ini memang wajib beli sebagai buah tangan untuk kekawan dan keluarga yang setia menunggu di Semenanjung... sepaket sorang pun jadi der.

Kalau nak rasa seafood yang murah-murah pun boleh datang Pasar Filipina... ada gerai seafood. Seafood dia memang murah dan fresh!!! Masih ada bau laut kata orang Sabah, lepas tu makan dengan nasi panas yang masih berasap... fuhhhhh!!! Sedap der....


Shodap-shodap dan murah-murah. Manis mulot siap boleh mintak bungkusan extra.


Tidak tahu mana mahu beli.... boleh choba rasa dulu bah!!!!. Nak rasa sampai kenyang pon tiada siapa mau marah.



Sampai ada yang tertido!!!


Kami dulu-dulu kalau pergi KK memang wajib beli mutiara tapi kini tak berapa sudah. Tapi segala machiam kuih-muih dan keropok mesti borong. Boleh buat kudapan sambil layan Asteruk!!!

Kalau kamu perasan... di Pasar Filipina juga ada ramai pendatang Pilaks buat biznes ubahsuai pakaian di kaki lima pasar. Berbekalkan mesin jahit Singer yang jenis manual, bangku kecil... duduk-duduk lah mereka menunggu pelanggan.

Ambo pun pernah dapatkan khidmat mereka, minta potong kaki seluar kasi pendek. Murah juga bah kalau kau boleh cakap Sabah. Boleh tawar menawar lagi.

Juga kalau kamu perasan ada ramai juga pengemis yang terdiri daripada kanak-kanak Pilaks. Bikin rimas bah, tapi bikin kesian juga... umur machiam anak-anak ambo mengemis demi sesuap nasi. Kadang kadang boleh jumpa anak-anak Pilaks jalanan ini hanya tidur beralaskan lengan di kaki-kaki lima.... bikin pilu bah!!!

Oklah... kita berhenti di sini dulu. Nanti kita sambung lagi sembang-sembang Sabah!!!

Sekian.

Friday, 24 January 2014

Bercuti Ke Sabah 2013/2014: 1Borneo Hypermall..... Destinasi Wajib Kunjung Kalau Kami Ke Kota Kinabalu

As-salam buat semua readers DSKB yang dimuliakan...

Ada beberapa entri lagi berkaitan percutian kami ke Sabah yang masih belum dipublish..... kita selow-selow dayung lah ye. 

Entri yang lepas kita dah sembang pasal tempat-tempat yang boleh dilawati di Tenom, Sabah. Kali ini kita sembang pasal Kota Kinabalu pula.

Opkoz sudah banyak info berkaitan percutian di Kota Kinabalu kan... nak sembang panjang pun rasanya macam tak guna juga. Jadi kita sembang ringkas-ringkas sajalah kan...  

Anyway, kenapa kami suka suki sangat ke 1Borneo Hypermall?

Tak ada alasan khusus sebenarnya... cuma kebetulan rasa seronok sebab semuanya dibawah satu bumbung. Hotel, shopping mall, eateries, cinema etc.... alasan tak blehh blahhhh!!!

Ok kalian... kita mulakan penceritaan dengan bagaimana mahu ke 1Borneo dari airport..... nak mudah ambil saja teksi!!! Kalau dah biasa boleh juga jalan kaki keluar dari area airport kemudian cari bas..... 

Keluar dari airport kami terus cari teksi untuk ke 1Borneo Hypermall. Tambang teksi Airport KK-1Borneo RM50 sehala. Kalau ambil dari pusat bandar untuk ke 1Borneo, RM30++ sehala.

Nak habaq juga, kami dah booking bilik penginapan di Grand Borneo Hotel. Nak check-in awal memang tak boleh sebab baru jam 11.30 pagi. Jadi kami tinggalkan dulu luggage di Grand Borneo kemudian keluar jalan-jalan cuci mata dan cari makan.

Masa jalan-jalan cari makan jumpa boutique kegemaran ambo... G2000... yippeee!!! Shopping dulu apa yang patut. Kenapa G2000... ekcelli ambo suka cutting baju dan seluar di G2000. Rasa muda remaja dan encem bila ambo memakainya ke opis... hehehe!!!

Antara yang sempat ambo sambar, 4 helai seluar kerja. G2000 punya marketing, kalau beli dua helai baru dapat discount 50% untuk item kedua. Jadi kena beli dengan bilangan genap kalau mahu harga murah.

Chumil tak Kak Tonnnn..... chumil!!!!!! Pandang atas nampak sales lady G2000 yang chumil dan bila pandang bawah nampak kaki ambo dan HM yang tidak kurang juga chumilnya... hehehehe.

Kalau ikut hati nak saja borong beberapa helai baju kerja tapi.... kontol... kontrol... kontrol.... perbelanjaan berhemat beb!!! Tunggu baju kerja di gobok rumah lunyai baru kita beli baru. Seluar kerja memang keperluan mendesak... jadi dimaafkan bila borong 4 sekali harung.

Okied... sebelum lebih banyak duit mengalir keluar masuk poket towkey G2000... jom maknya kita cari makan dulu. Perut dah lapor minta diisi ni...

Ada banyak pilihan eateries di 1Borneo.... tapi kami explore yang ini.....

Chinese foods... ambo dan HM memang suka banget. Menu dia shodap dan paling penting halal toyyiban!!! Jangan ragu-ragu ye...

Nampak biasa-biasa je kan... tapi serius shodap!!! Malay dishes yang ada sentuhan chinese food.

Dap.... dap.... sehingga menjilat jari kaki der. Memang nampak simple dan poyo je, tapi bila masuk ke mulut... fuhhhh!!!!!

Dulu masa belajar sekitar Kajang, ambo dan HM sering lepak-lepak di The Mines. Food Court sana ada satu nyonya buka kiosk makan, dia punya menu.... fuhhhh mengancam qolbu, masakan melayu tapi ada sentuhan chinese food!!!

Lepas dari situ ambo dan HM tak jumpa dah kedai yang sajikan hidangan sama. Kalau ada pun ragu-ragu pula kami nak terjah, entah halal atau tidak... huhuhu!!!

Alang-alang dah sebut The Mines Food Court, nak habaq mai juga di situ ada juga satu uncle Cina tua... jual claypot chicken rice dan sizzling noodles. Dia punya sentuhan, meleleh air liur beb!!! Tapi malang lepas uncle Cina tu pencen dan anak dia ambil alih, dia punya claypot chicken rice dah tak sesodap dulu. Meroyan den!!!! 

Hahahahaha..... rindu lak dengan claypot chicken rice yang shodap!!!

Okied... perut dah kenyang kita jalan-jalan dululah sambil tengok wayang...

Masa kami ke sana, Christmas bakal menjelang. Jadi Santa Claus dan Santa Rina ada di mana-mana. 

Layan movie di 1Borneo tapi tak ingat cerita apa. Tapi kan seat di GSC memang tak best lah berbanding TGV!!!

Audition Skool of Lawak.... layanzzzzz!!!!

Tengok wayang sudah.... jadi penonton audition Skool of Lawak pun sudah.... perut kembali lapor la der. Jom kita gi makan-makan dulu maknya.

Secret Recipe... here we cum!!!!!


Kelabu ashap la pulop!!!! Tapi deco dalaman Secret Recipe di 1Borneo memang santai... relax je.


Seafood curry laksa/noddles.... terasa hingga ke ari-ari dia punya shodap. Memang kena repeat. HM order yang atas tu, apa namanya ntah.... tawaq habaq tapi kalau diet oklah.

Menchongkam qolbu sungguh seafood curry laksa/noodles di Secret Recipe. Portion dia pun banyak... memang malam tu lena sungguh ambo tidoq....

Lepas lepak-lepak di Secret Recipe.... kira ending untuk aktiviti pada hari pertama di KK.... balik bilik dan tidoq.....zzzzZZZZZ!!!!

Sekian.