Saturday, 1 February 2014

Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu - Tebus Mata Ganjaran Agoda

Biasa kalau kita menginap dimana-mana hotel, mesti perkara berikut kita akan titik beratkan..... kannnn!!!

a) Harga bilik - kena ikut kemampuan isi poket.....
b) Lokasi hotel - supaya senang kita nak bergerak nanti.....
c) Ketatasusilaan staf - supaya mood percutian tak jahanam.....
d) Kebersihan dan keselesaan bilik - ini memang wajib.....
e) Kualiti sarapan - bangun pagi mestilah nak makan sedap2.... hehe

Kalau ambo dan HM check-in mana-mana hotel, memang benda-benda kat atas itulah yang sering kami perhatikan kemudian report kat DSKB..... hehehe. 

Jadi bagaimana  pula dengan Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu?

Adakah menepati piawaian di atas?

Alhamdulillah kami puas hati dan tak ada nak complaint apa sangat..... 

Kami booked bilik standard melalui Agoda dengan rate RM138.63 semalaman. Itu harga selepas ambo tebus mata ganjaran Agoda, sekitar RM80 dan rate tersebut tanpa breakfast. Murah atau mahal, susah nak kata sebab bila kami include breakfast (bayar on site) harga total jadi dekat RM200 juga..... tapi kalau tak gatal kaki turun sarapan, rasanya harganya dah murah sangat dah tu...... kena pula peak season sempena Christmas dan hujung tahun.

Ekcelli, ini kali kedua ambo menginap di Grand Borneo Hotel. Apa yang membuatkan ambo kembali sekali lagi adalah kerana lokasinya yang strategik. Lebih-lebih lagi kalau anda berhajat untuk meluangkan sedikit masa di 1Borneo Hypermall atas urusan-urusan tertentu. Senang beb..... sebab Grand Borneo Hotel memang terletak di dalam IBorneo Hypermall. Nak shopping senang, makan-makan ada banyak eateries dan nak tengok wayang pun ada cinema.

So far, staf dia pun semua ok. Memang ramah tamah...... machiam kami ari tu, tiba agak awal jadi memang bilik belum ready. Jadi pihak hotel tolong simpan dulu beg-beg kami without extra charges..... memang begitu pun sepatutnya. Cuma nak habaq the way their staff treat us masa tu memang priceless..... good for us!!!

Machiam biasa..... kita tepek-tepek picca sikit untuk dapatkan lebih penghayatan.....

Ini entrance dari dalam 1Borneo Hypermall. Kalau dari luar ambo tak sempat nak snap picca. Ada niat tapi asyik bertangguh. Entrance ini cuma dibuka sehingga jam 11 malam kalau tak silap, lebih dari itu kena guna main entrance.

Ini ada satu group dari Brunei sedang bercuti di Kota Kinabalu. Saja ambo snap picca mereka buat penghias blog DSKB... hehehe!!! Masa ni masih belum boleh check-in sebab baru jam 11.30 pagi. Jadinya kami lepak-lepak lobby kejap kemudian tawaf satu 1Borneo sementara menunggu jam 2 pm.

Masa untuk check-in... terlupa nak bawa salinan voucher Agoda. Staf hotel minta email tapi sampai sekarang ambo belum email... hehehe.

Check-in sudah..... jom ikut ambo naik bilik..... bilik standard je pun maklumkan hanya dengan HM..... kalau bebudak kenit ada sama kompem kena booking family room.

Dah sampai depan pintu dah... mana kunci, kunci mana? Alamak, sekali kad bilik tak boleh guna. Terpaksa pinjam kad staf housekeeping yang kebetulan ada kat situ.

Rupanya key card boleh tahan sensitipnya. Kalau tersentuh dengan henpon boleh menyebabkan memori key card tersebut hilang. 

Itulah yang terjadi dengan kami, lepas receptionist serahkan key card, ambo masukkan dalam poket bersama henpon. Sekali bila sampai bilik, scan punya scan pintu bilik tak boleh buka. Lampu merah dok lip lap lip lap!!!

Nasib baik ada staf house-keeping dekat-dekat situ. Mohon jasa baik dia tolong bukakan pintu. Tengkiyu deq..... kalau ikutkan kena turun balik ke reception untuk aktifkan kembali key card..... tapi malas ambo nak turun..... tingkat 11 tu der!!!

Masa nak aktifkan balik key card tersebut, receptionist akan tanya nama penuh dan nombor bilik. Sekadar untuk pengesahan keselamatan.....


Masa masuk kan... tetiba terfikir kenapa dulu bilik besaq, la ni jadi kecik? Kemudian baru terpikiaq, dulu opis tolong booking bilik deluxe, la ni guna duit sendiri jadi dapat bilik standard sajalah.... hehehe.

Tak nampaklah apa yang tertulis.... hehehe. Maklumlah guna camera henpon je pon!!!

Konsep hitam putih kehidupan... ada la kaler hijau menyelit sikit-sikit.... hehehe.

Saiz bilik memang kechik dan sempit sikitlah..... maklumlah bilik standard je pun. Tapi ok sebab cuma kami berdua, nak berguling jauh mana sangat ye tak..... hehehe. Kebersihan bilik tip-top, no complaints.

Toilet..... toilet..... jamban pun nak tengok gak?

Memang..... sesetengah orang cukup sensitip dengan kelestarian jamban hotel..... di Grand Borneo Hotel KK tak perlu risau.... jambannya cukup lestari bersinar-sinar!!!

Ok kan?

Depan belakang dinding bilik mandi adalah see-thru.... maknanya kalau binik mandi boleh nampak dari katil. Kalau tengah berak tolong kasi turun itu blinds!!!

Ada yang suka kumpul buat souvenier. Ambo zaman belajar dulu pun buat jugak tapi la ni.... buat menyemak rumah je kalau angkut bawa balik.

Kemudahan lain yang ada di Grand Borneo Hotel.....

Nak swimming boleh, nak layan gym angkat bosi pun boleh!!!

Kalau bebudak kenit berdua ikut, kompem kena turun kolam renang..... swimming pool di Grand Borneo Hotel kami singgah-singgah sekadar untuk meninjau.....


Tak ramai orang masa ni sebab masih awal pagi.

Ingat tak ambo habaq awal-awal tadi..... rate bilik kami tanpa voucher untuk sarapan. Tapi esok paginya gatal pula tekak nak merasa untuk bersarapan di Grand Borneo Hotel..... maknanya kena top-up lebih lah..... dari total kos penginapan yang murah dan jadi machiam asal balik..... huhuhu. Tak apalah sesekali manjakan tekak sendiri.

Nama coffe house di Grand Borneo Hotel, Soul Out Restaurant.... 

Dah tak ingat berapa kena bayar.... tapi rate standardlah kalau nak bersarapan di hotel seperti Grand Borneo.

Tiga beradik sedang bersarapan... ambo capture picca ini sebab suka tengok the girl treat adik-adik dia. 

Picca makanan lain tadak, makan dan makan sampai lupa nak snap picca makanan banyak-banyak. Tapi honestly pilihan menu dia tak banyak mana, rasa menyesal pun ada sebab sarapan kat sini. Tapi shodap tetap shodap cuma pilihan agak kurang.

As usual telur masak separuh wajib ada depan mata kalau ambo bersarapan di hotel. Amazingly, staf hotel memang handal dalam menyediakan telur separuh masak.... perfect!!! 

Lepas breakfast, kami memang terus balik bilik untuk kemaskan apa yang patut sebab nak check-out secepat mungkin. Jadi tak dapatlah ambo nak review kemudahan-kemudahan lain yang ada di Grand Borneo Hotel.

Machiam nak check-in, urusan check-out pun cukup ringkas. Serah kunci, receptionist buat apa yang patut (resit etc)..... dan anda boleh terus berjalan keluar dari hotel untuk mencari teksi. 

Nak dapatkan teksi amatlah senang, minta saja bellboy lambai teksi yang sememangnya sering menunggu di depan 1Borneo Hypermall.

Amachiam..... ok tak pengalaman kami di Grand Borneo Hotel?

Kalau anda ke Kota Kinabalu, bolehlah cuba menginap di Grand Borneo Hotel..... anda pasti tak akan menyesal.

Roger and out!!! 

No comments:

Post a Comment