Thursday 28 March 2013

Apa Komen Anda Berkenaan Aircond Mitsubishi?

Mitsubishi Motor Corporation memang dah biasa dengar..... lebih2 lagi bagi peminat performance car keluaran MMC, Mitsubishi Evo. Cikai2 pun product usahasama MMC-Proton. Tapi bila dengar Mitsubishi Electric, terpegun sekejap..... bila masa Mitsubishi pasarkan produk elektrik mereka kat pasaran Malaysia?


Made in Thailand tu..... aircond Mitsubishi dikilangkan di Thailand rupanya. Kalau dahulu bila dengar barangan Thailand aka ayam Siam.... mesti cikai habis, panas telinga kena kutuk.... gi sekolah pakai baju Crocs Siam memang sial kena kutuk punyalah. Tapi sesuai dengan peredaran zaman bak kata Kathijah Berahim dan Ramli Sirap, produk Thailand mula diterima ramai terutama mid & high tech product seperti electrical items etc.... Isuzu D-Max pun Made in Siam wei!!!!!

Push stop kat situ pasal Siam dan productnya.... ini N3 pasal kami tukar aircond bilik minggu lepas. Seblom tu dah ada aircond York, kami beli seken edward scissors hand punya je sebab nak save bajet. Awalnya memanglah sejuk menggelupur tapi makin lama makin bising pula enjin aircond kat belakang tu.... sampai mengganggu jejiran nak berjimak tido.

Baru dua tiga bulan lenjan tapi dah barai... aduyai!!!! Dah la warranty tak ada, nak ngadu kat sapa. Nak panggil mamat hindi yang jual pada kami untuk baiki? Buang duit lagi... entah berapa ratus ribu hengget terbang nanti.

Dari dok buang duit repair barang seken hand, baik beli yang baru... baru puas hati. Rosak awal pun masih ada warranty. Maka berkunjunglah kami ke kedai elektrik Uncle Lupa Nama Kedai kat Tg Malim.... tak jauh mana pun dari rumah kami.

Asalnya nak ligan portable air-cond sajork sebab senang nak angkut balik kampung nanti.... sekali achi salesgirl cakap kalau jedi master bedroom memang tak terasalah sebab kuasa kuda ku lari gagah berani tak berapa nak power. Disajeskan oleh achi tersebut aircond Mitsubishi dan York plasma.... ingat TV je ada plasma, aircond pun hade gak rupanya.

Belek punya belek, kelebek sana kelebek sini.... kami hangkut Mitsubishi, sebabnya warranty yang ditawarkan melangkaui warranty York. Harganya RM1680 dengan kuasa kuda ku lari gagah berani 1.5 memang ngam untuk jedi master bedroom.


Bebudak Crystal Aircond (kontraktor pasang aircond kepada pengusaha kedai elektrik saentero Tg Malim) tengah godek2 nak pasang aircond Mitsubishi kami.... geng2 ni juga yang jual aircond seken hand York pada kami dulu.... nak saja sekeh kepala sorang satu....


Tu tengah pening paler kembang semangkuk macam mana nak sumbat segala jenis wire kat dinding.... siap ngadu susah nak install aircond Mitsubishi ni... hep hep lu pikir la sendiri dah memang keje ko kan........


Berjaya sangkut aircond kat dinding dan pasang segala jenis wire.... masa ni tengah testing. Kepala interprem tu kepunyaan MHD.

Bila dah siap pasang bini aircond baru.... apa jadi dengan bini aircond lama? Kami kasi buang sajalah bai, simpan pun buat menyemak saja. Buang pun tak ke mana juga, sebab bebudak Crystal Aircond minta nak bawa balik bengkel. Nak jual kat orang lain la tu.... patutnya kami minta duit sikit, dalam 50 hengget ke hasil jualan aircond York kami tu. Entah rumah sape la dia hinggap nanti.

Macam mana prestasi aircond Mitsubishi? Setakat hari ini (dah masuk 3 malam dah guna) amat memuaskan cuma lambat sejuk saja.... enjin kat belakang pun senyap saja tapi tak tahulah kalau dah berbulan lenjan. Tunggu saja N3 saya berkaitan aircond Mitsubishi ini dalam dua tiga bulan yang akan datang!!!!

UPDATE 4 SEPTEMBER 2018

Jika dihitung-hitung, sudah 5 tahun lebih penyaman udara Mitsubishi ini berkhidmat untuk kami. Apa yang boleh dikatakan, sehingga kini masih berfungsi dengan baik kecuali pada malam-malam yang terlampau panas (1.5 hp dan master bedroom kami agak besar). Hanya rosak sekali tahun lepas, tukar kapasitor dengan kos RM70. Servis pun saya cuma buat sekali sepanjang 5 tahun. Setakat cuci filter saya cuma buat sendiri.

UPDATE 19 FEBRUARY 2023

Akhirnya kami menamatkan perkhidmatan penyaman udara Mitsubishi model MS-FF13VC 1.5 hp selepas genap 10 tahun menabur budi. Puncanya, penggunaan tenaga elektrik tidak lagi efisien dan juga masalah trip, tiba2 mati sendiri.

Kami malas nak baiki, maka tamatkan perkhidmatan dan cari pengganti. Pengganti telah dipinang, jenama Mitsubishi juga, dengan kuasa kuda 1.5. Kami juga beli satu lagi model dengan kuasa kuda 1.0 untuk diletakkan di bilik tamu.

Regards; Ketam Batu

45 comments:

  1. cikda pun guna mitshubishi aircond 2hp for dining n 1.5 for master bedroom. dah setahun lebih..memang puas hati.

    ReplyDelete
  2. bagus.... bagus.... hehehehe :)

    ReplyDelete
  3. Tgh duk tunggu org pasang aircond ni. Ambik branc Cool Man jer janji sejuk dan murah hihi...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. sudah masuk 4 tahun, Alhamdulillah tiada masalah sangat. cuma baru2 ini tiba2 jadi tidak sejuk. rupa2 nya capacitor rosak. tukar capacitor baru, terus ok kembali. kos tukar capacitor tak berapa ingat, kalau tak silap 80 ringgit.

      Delete
    2. Hai sy pun guna mitsubishi aircond dh 5 tahun ni baru tengh nk problem, lamp dier yg green tu asik blinking je then dier cut off power terus padam. Ingt hr tu sebb habuk dh bersihkan mula2 ok pastu jadi semula. Ada idea ke sebb apa

      Delete
    3. Saya pon baru guna 7/9/2019

      Delete
  5. pnh guna bli ekon sekehen..mmg tak thn lma,kjap dh rosak..rugi duit ja..huhu..bru taw brand ni dri siam..haha.
    ni ada inverter model ke?sy tgh cari ekon inverter yg brand okay,ingt nk tukar satu lam bilik ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang saya guna model yang ada inverter. so far so good.

      Delete
  6. saya suffian293@gmail.com
    h. phone 019 3237316
    dah 20 tahun pasang aircond insyaallah selamat...

    ReplyDelete
  7. aircond installer phone 0193237316 taman sungai besi blok28 ground floor

    ReplyDelete
  8. saya punya sgt mengecewakan (mitsubishi heavy duty) 1.5hp master bedroom sy kecik je..dia punya sejuk kena buka kipas..klu x buka kipas mmg xtdo lena la si baby n anak2 yg lain..frust x terkata..sejuk tu sejuk tp x sesejuk yg sy harapkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya selepas 5 tahun, ikut keadaan. Kalau hari panas, memang tak terasa sejuk aircond. Kalau cuaca biasa2 saja, Alhamdulillah aircond masih berfungsi dengan baik.

      Delete
  9. Skrg berpuas hati x dengan mitsubishi? Bil elektrik mcm mana pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan dah masuk 5 tahun saya guna, Alhamdulillah masih sejuk kecuali pada hari yang terlampau panas. Hanya sekali rosak, kapasitor (saya tukar dengan kos RM70). Service pun jarang, sekadar top-up gas sekali dan saya cuci sendiri filter. Berkenaan bil elektrik, tak ada beza dengan masa saya pakai jenama York dahulu.

      Delete
  10. Saya guna jenama Mitsubishi ni dah 9 thn (Jul 09-Nov 18). Ni baru jahanam.... Jahanam la kali ni duit aku!. Berbaloi la jgk. Mgkn rezeki aku baik. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok dah kot 9 tahun guna. Kira berbaloi dah tu.....

      Delete
  11. Aircond ni kalo servis ikut jadual filter selalu cuci.. Apa brand pun ok.. Sy ada 2 aircond Sy pakai york & Midea je...midea murah..sejuk lg dr brand York . So far ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini saya setuju, maintenance penting. Berapa harga Midea?

      Delete
  12. saya syurkan guna 3 brand je ACSON, HITACHI, Mitsubishi,,,, yang lain semua ada kekurangan siap ada gambar sampai sekarang saya simpan yang tak guna Daikin, york, carrier, haeir, lagi dahsyat LG, SAMSUNG jangan beli

    ReplyDelete
  13. selalu angin keluar sikit sebab masa cuci masih ada baki kotor tak keluar dari cooling coil sebab tu air flow reduced

    ReplyDelete
  14. Hitachi ok ke?baru plan nk beli 1.5 hp..acson dgn daikin bukan kilang n syarikat sama?

    ReplyDelete
  15. Satu post yang menarik berkaitan aircon Mitsubishi guna dlm ofis tapi boleh komen berkaitan ac maintenance.

    ReplyDelete
  16. Aku sarankan amik Daikin Or Gree cepat sejuk selama aku pasang takde masalah cutomer puas hati😘

    ReplyDelete
  17. Aku pakai 6 thn dah, ni baru dia dh mula nk tunjuk minta servis,kekadang dia restart, kena on off on off, pastu jadi cm biasa , sejukkk je , iiiituu aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tahan kan.... puas hati guna sbb tak ada masalah timbul.

      Delete
  18. Sy punya dh guna dr 2013...sampai skrg 2020..baru2 xsejuk snagat..baru nak overhaul..kejam betol tau pakai je..hehhehee..tapi puas hati lah..dekat 8taun xde rosak...cuma tambah gas je 2 kali...kalau sy ikut jadual overhaul mesti okey je...memang baik lah brand mit ni.

    ReplyDelete
  19. Bil bile pkai econ mitsubishi eletk intver jimat x? Sb sy bukk econ 24 jam.. Hehehe

    ReplyDelete
  20. Aircond ni kuat tarik current ke biasa² je?? bill electrik naik mendadak tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kenaikkan tapi tak lah banyak sangat, kira boleh lah...

      Delete
  21. Sy pkai econ mitsubishi 24jam agk2 jimat x..? Sb sy bru pkai econ nie xsmpi sbln

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu 24 jam tak pasti tuan, sebab saya guna waktu malam je..... itupun klu dah sejuk saya off kan aircond.

      Delete
  22. Econ mitsubishi nie jimat eletik ker? Pkai 24 jam mmg naik mcanak bil nye.. Cmner nk pkai utk jimatt pdhal sy bli inveter.. Tlg la bos bntu mslahh sy.. Sy bru pkai sbln...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pendapat saya sahaja, inverter atau non-inverter memang akan menyebabkan kenaikkan bil elektrik. Cuma inverter lebih menjimatkan berbanding non inverter. Jika dipasang 24 jam, memang tak boleh elak, bil akan mencanak naik :)

      Delete
  23. Nak tanye.. Kalau beli mitsubishi electrik non inverter bagus tak? Ape beza non inverter dgn inverter utk pemakaian yg lame?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dikatakan inverter menggunakan kurang tenaga berbanding non inverter. Jadi untuk penggunaan lama, inverter lebih bagus.

      Delete
  24. Nak tanye.. Sya nak beli mitsubishi elektrik non inverter..ok ke x? Mane lagi ok atau bagus..non inverter atau inverter.. Utk pemakaian yg lame?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya mana2 pun ok. Cuma dikatakan inverter lebih menjimatkan berbanding non inverter.

      Delete
  25. Salam.geng.nak tanya.acc sy mitsubishi heavy duty.1.0hp.baru pasang 2 hari lepas.baru..pasang malam sahaja.bila on je komp jalan.dengungnye kuat.pintu cermin sliding smpi boleh bergegar.apa sebabnya ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, kita tunggu reply rakan2 yang ada pengetahuan berkenaan perkara ini. Mohon rakan2 bantu ye.

      Delete
  26. Btul.. mmg sejenis xbrp nk sejuk ke mcm mane...dh tu bile naikkan kipas smpai 4 punyela kuat bunyi kipasnye...stress..

    ReplyDelete
  27. Brand mitsubishi ni ada peminat yg trsendiri..trmsuk saya..katanya tahan lasak..bru cadang nk beli inveter 2.5hp..tp bila baca komen2 ada 2 3 org kata lmbt sejuk..outdoor bising..mcm2 lg..konfius la..

    ReplyDelete