Colmar Tropicale Day 1
Kali pertama saya sampai ke Colmar Tropicale adalah pada 2005, maknanya sudah 13 tahun Bukit Tinggi atau Berjaya Hills Resort tidak saya kunjungi. Kunjungan terdahulu pun atas sebab urusan kerja, jabatan mengadakan bengkel selama 3 hari. Manakala bagi AT dan anak2, MHD dan QM ini merupakan kunjungan pertama mereka. Kunjungan sempena musim cuti sekolah setelah trip kami ke Legoland Johor terpaksa dibatalkan.
Bertolak usai solat Jumaat menyusuri jalan lama menuju Ipoh dari teratak kami di Proton City. Singgah sejenak di Bandar Baru Batang Kali untuk membeli hidangan makan malam, minuman serta kudapan memandangkan harga makanan dan minuman di Colmar Tropicale sudah pasti berlipat kali ganda harganya.
Dari Batang Kali kami mengambil jalan menuju Genting Highland sebelum turun mengambil laluan Lebuhraya Karak hala ke Kuantan. Tidak jauh dari RnR Genting Sempah, kami ambil pula susur keluar dari Lebuhraya Karak menuju Berjaya Hills Resort. Memandu merentasi hutan malar yang masih segar dan bersih dari pencemaran amat mendamaikan. Kami menyusuri laluan berliku secara santai menuju puncak, lantaran tidak banyak kenderaan memandangkan hari hampir lewat petang.
Pondok pengawal dan pondok tiket masuk ke Colmar Tropicale kami lewati menjelang jam 5 petang. Harga tiket masuk adalah RM12 untuk dewasa dan RM8 bagi kanak2, meliputi bayaran masuk ke Colmar Tropicale itu sendiri, Japanese Garden dan juga Botanical Garden. Manakala untuk ke Animal Park setiap pengunjung akan dikenakan bayaran RM3 tidak kira usia. Lantaran sudah melangkaui jam 4.30 petang, kami tidak dikenakan sebarang bayaran masuk kerana Japanese Garden dan Botanical Garden telah ditutup untuk hari tersebut. Kedua tempat berkenaan hanya dibuka dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang. Jika anda menginap di Colmar Tropicale, bayaran masuk boleh dituntut semula sewaktu daftar keluar.
Pengunjung ke Colmar Tropicale biasanya diarahkan oleh pengawal keselamatan untuk memarkir kenderaan mereka di La Chevalier iaitu bangunan berbentuk kota lama benua Eropah, letaknya bertentangan dengan Colmar Tropicale. Jika anda menginap di Colmar Tropicale anda boleh teruskan pemanduan ke Colmar Tropicale dan parkir kenderaan anda di aras bawah Colmar Tropicale....... ruang parkir yang sememangnya dikhaskan untuk pengunjung yang menginap di sana. Jika anda ditahan oleh pengawal keselamatan, kebanyakkannya berbangsa Nepal..... beritahu saja yang anda akan menginap di sana, lebih baik lagi kalau anda boleh tunjukkan salinan pengesahan tempahan hotel. Salinan tersebut amat membantu lebih2 lagi jika petugas keselamatan tersebut tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris. Kebanyakkan petugas di sana adalah bangsa asing..... pengawal keselamatan bangsa Nepal, petugas hotel kebanyakkan Filipino dan Bangladesh.......
Proses daftar masuk bagi saya sedikit perlahan.... walaupun tidak ramai pengunjung yang daftar masuk bersama kami. Staff front desk kebanyakkannya Filipino dan ada juga Melayu tempatan, amat membantu dan mesra pelanggan... saya sendiri bertanyakan beberapa soalan berkaitan dan mereka amat berhemat dalam menjawab setiap persoalan pelanggan. Sewaktu membuat tempahan melalui Agoda, saya menempah family room namun pihak resort bermurah hati untuk menaik taraf bilik kami kepada 2 bedrooms suite memandangkan kesemua family room masih berpenghuni.
(2 bedroom suite yang akan saya review dalam N3 seterusnya)
Bilik kami letaknya di tingkat 5 blok Dahlia, hanya selang satu blok dari kaunter daftar masuk. Hanya perlu berjalan kaki sahaja memandangkan Colmar Tropicale itu sendiri tidaklah besar mana. Dibilik kami berehat seketika, makan malam dan solat. Cadangnya selepas solat Maghrib kami akan mula meneroka setiap ceruk rantau resort yang bercirikan bandar Colmar di negara Perancis.
Keheningan malam di Colmar Tropicale..... disinari cahaya neon yang bersinar indah. Setiap ceruk lorong kami susuri..... sambil berekperimentasi dengan fungsi black and white pada Samsung S3.... DSLR Nikon D3100 pun ada bawa tapi hasil amat tidak memuaskan setelah lupa segala teknik asas penggunaannya.
Sementara AT sibuk memilih barangan cenderahati untuk dibawa pulang, saya sempat menoleh seketika ke front desk.... receptionist Filipino yang menguruskan daftar masuk kami pada waktu petang tadi masih bertugas.
Kemudian kami menjenguk pula sepasang angsa putih dan angsa hitam yang masih gigih berenang dibawah limpahan lampu neon..... bila guna fungsi black and white terus tak nampak pasangan angsa hitam.... hehehehe
Angsa putih dibawah limpahan neon.... kasi tambah warna sikit. Baru perasan saya lupa ambil pixs angsa hitam. Bukan diskriminasi tapi angsa hitam langsung tidak menoleh ke arah kamera saya.....
Di kala siang memang ramai yang menunggu giliran untuk berposing bersama Tour de L'Horloge clock tower.... bila malam menjelang, pengunjung pun ramai yang beransur pulang.... nak berposing selama mana pun tak ada masalah.
Sedang saya terkial-kial mencari fungsi terbaik pada Nikon D3100 untuk mengambil pixs malam.... MHD dan QM menarik baju saya menuju ke arah.....
Pusat hiburan keluarga.... yang mana tokennya berharga RM2, sekali main 2 token bermaksud RM4.... sekali ganda berbanding harga di luar Colmar Tropicale.
Mula2 main yang ni......
Kemudian yang ni.... tapi MHD dan QM masih buat muka tak puas hati. Rupanya budak berdua ni lebih suka yang ni......
Game lumba kereta.....
Main baling2 bola......
Layan superbike..... dan akhir sekali......
Pancing itik kuning..... bergantungan patung beruang sebagai hadiah tapi jarang sekali yang dapat. Marketing strategy to optimise the profits.
Puas memujuk MHD dan QM yang masih belum puas memancing itik kuning selagi patung beruang masih belum dalam genggaman..... gigih sungguh tapi langsung tak kena dengan tempat. Disertakan dengan muncung panjang sedepa, MHD dan QM kami bawa balik ke bilik.... jika tidak entah berapa banyak RM yang bakal melayang....
Setelah menidurkan MHD dan QM, saya turun kembali menyusuri segala ceruk Colmar Tropicale untuk mengasah kembali kemahiran fotografi yang semakin dangkal.... juga untuk menikmati persembahan sekumpulan akrobat dari negara China......
Saya tiba bila persembahan hampir sampai ke penghujung..... berdiri pun jauh dari pentas dan dibelakang orang ramai.... masa ni seorang akrobat menunjukkan kemahiran bermain dengan gelung rotan.... bukan satu tapi berbelas gelung rotan jugalah....
Terserempak juga dengan penghibur warga Filipino yang mampu menyampaikan lagu dalam berbagai bahasa.... lagu Anak Kampung Jimmy Palikat pun hado......
Lepak seketika untuk mendengar beberapa buah lagu nyanyian mereka, saya melangkah ke bilik untuk berehat dan tidur........
Sebelum tidur sempat menelan segelas jus anggur.... jus dan air mineral memang kami beli sebelum sampai di Colmar Tropicale kerana harga di luar memang jauh lebih murah.
Sedang saya terkial-kial mencari fungsi terbaik pada Nikon D3100 untuk mengambil pixs malam.... MHD dan QM menarik baju saya menuju ke arah.....
Pusat hiburan keluarga.... yang mana tokennya berharga RM2, sekali main 2 token bermaksud RM4.... sekali ganda berbanding harga di luar Colmar Tropicale.
Mula2 main yang ni......
Kemudian yang ni.... tapi MHD dan QM masih buat muka tak puas hati. Rupanya budak berdua ni lebih suka yang ni......
Game lumba kereta.....
Main baling2 bola......
Layan superbike..... dan akhir sekali......
Pancing itik kuning..... bergantungan patung beruang sebagai hadiah tapi jarang sekali yang dapat. Marketing strategy to optimise the profits.
Puas memujuk MHD dan QM yang masih belum puas memancing itik kuning selagi patung beruang masih belum dalam genggaman..... gigih sungguh tapi langsung tak kena dengan tempat. Disertakan dengan muncung panjang sedepa, MHD dan QM kami bawa balik ke bilik.... jika tidak entah berapa banyak RM yang bakal melayang....
Setelah menidurkan MHD dan QM, saya turun kembali menyusuri segala ceruk Colmar Tropicale untuk mengasah kembali kemahiran fotografi yang semakin dangkal.... juga untuk menikmati persembahan sekumpulan akrobat dari negara China......
Saya tiba bila persembahan hampir sampai ke penghujung..... berdiri pun jauh dari pentas dan dibelakang orang ramai.... masa ni seorang akrobat menunjukkan kemahiran bermain dengan gelung rotan.... bukan satu tapi berbelas gelung rotan jugalah....
Terserempak juga dengan penghibur warga Filipino yang mampu menyampaikan lagu dalam berbagai bahasa.... lagu Anak Kampung Jimmy Palikat pun hado......
Lepak seketika untuk mendengar beberapa buah lagu nyanyian mereka, saya melangkah ke bilik untuk berehat dan tidur........
Sebelum tidur sempat menelan segelas jus anggur.... jus dan air mineral memang kami beli sebelum sampai di Colmar Tropicale kerana harga di luar memang jauh lebih murah.
Colmar Tropicale Day 2
Hari kedua kami mulakan dengan bersarapan di Le Blason. Tidak banyak pilihan walaupun Colmar Tropicale bertaraf hotel 4 bintang. Ada nasi lemak, yee mee goreng, bubur nasi, segala macam jenis roti (tidak banyak kuih muih atau pemanis mulut) dan buah-buahan.
Sarapan saya dimulai dengan sepinggan nasi lemak.... agak sedap juga beserta sebuku pau pandan yang agak kering.....
Disusuli dengan semangkuk cereals yang dicampur dengan buah laici dan potongan nenas.... Anak2 tidak makan mana.... mungkin tidak menepati citarasa mereka.
Segala jenis roti ada........ tapi satu pun saya tidak cuba.... langsung tiada keinginan untuk mencuba.
Usai sarapan secara ala kadar, kami naik ke bilik untuk mengemaskan barang2. Semua beg kami angkut ke dalam kereta walau masih awal pagi. Agar mudah untuk proses daftar keluar nanti, tambahan pula kami bercadang untuk melawat Japanese/Botanical Garden dan juga Animal Park sementara menunggu jam 12 tengah hari......
Walau perkhidmatan shuttle disediakan oleh pihak Colmar Tropicale untuk kemudahan pengunjung, kami memilih untuk memandu sendiri ke Japanese/Botanical Garden kerana perkhidmatan shuttle hanya bermula jam 9.40 pagi. Dari Colmar Tropicale kami menyusuri mendaki laluan berliku dan berbukit menuju Japanese/Botanical Garden. Kiri kanan laluan masih menghijau dengan hutan hujan khatulistiwa, masih belum tercemar..... lebih tepat lagi separuh tercemar dengan pembangunan.
Tidak susah untuk kemana-mana walau memandu sendiri kerana signboard cukup lengkap. Ruang parkir juga disediakan untuk pengunjung yang menggunakan kenderaan sendiri.
Kami tiba agak awal di Japanese/Botanical Garden yang hanya dibuka pada jam 10 pagi. Masih banyak ruang parkir yang kosong...... menjelang tengah hari akan dipenuhi kereta pengunjung terutamanya hujung minggu.....
Dari tempat parkir, pengunjung perlu mendaki puluhan anak tangga.....
Disusuli dengan laluan yang agak curam menuju puncak di mana letaknya Japanese/Botanical Garden...... kira mengah jugalah untuk sampai. Pastikan anda memakai kasut yang selesa dan sila bawa bekalan air mineral.
Amaran oleh pihak pengurusan melarang pengunjung memberi makan kepada monyet2 liar.... tapi seekor monyet pun tidak kelihatan pada hari tersebut.....
Akhir kami berjaya mencapai klimaks puncak.... 3500 kaki dari aras laut.... patutlah tidak sejuk mana......
Laluan menuju Botanical Garden dan kedai cenderamata yang masih belum dibuka.... petugas belum tiba kami sudah terpacak untuk meneroka Japanese Village......
Terserempak dengan sekumpulan photographer yang sedang menembak.... meleleh air liur saya melihat aksesori mereka yang berharga belasan dan puluhan ribu........
Beraneka spesis flora terdapat di sini... salah satu bukti Malaysia merupakan salah sebuah lokasi megabiodiversiti di dunia.... salah satu spesis flora adalah 'pulai penipu bukit'..... sapa tipu siapa ni?
Disamping flora dan fauna..... Japanese Village dilengkapi dengan air terjun dan kolam tadahan........
Ikan koi bebas berenang mengisi kolam tadahan........
Deruan air memecah keheningan pagi......
Japanese Tea House.... nak minum teh jepun boleh, nak sewa kimono pun boleh. Tapi sewaktu ke sini tiada minah Jepun kelihatan sebab masih awal pagi.
Nak masuk kena buka kasut.... lepas itu tertunduk-tunduk macam orang Jepun......
Nak massage pun boleh di Japanese VIllage.... ada Tatami Spa untuk memanjakan diri....
Tapi harganya.... aduyai RM400 paling murah untuk sesi selama satu setengah jam. Baik ke Bandar Klang untuk urut badan batin tak sampai pun RM100 sejam.......
Kalau ada duit lebih dan berkemampuan bolehlah menginap di Umetatami Suite.... riban juga semalaman......
Laluan untuk kembali ke tempat di mana kami bermula.... kiri kanan dipenuhi dengan rimbunan yang menghijau.....
Kelihatan pisang hutan..........
Juga fauna kecil.... cuba teka apa nama serangga di atas?
Serta tanda kenangan mereka yang pernah berkunjung di sini.... Suqie dari Kedah, nama hang masuk blog Si Ketam Batu!!!!!!
Ridzuan dan Hasifah pun pernah 'membuat cinta' di sini rupanya.... moga benih cinta mereka mekar bercambah!!!!!!
Bukti chenta Ema dan Azman..... hahahahaha!!!!!
Akhirnya kami tiba di Botanical Garden tapi kami malas nak masuk.... kena turun ke bawah kemudian kena panjat tangga balik.... masing2 dah semput dan kehausan.....
Vios Sportivo dari Singapore... parkir baik punya depan pintu masuk ke Botanical garden...
Saya beritahu AT inilah pewarna semulajadi untuk nasi kerabu biru Kelantan.... mati2 dia gelakkan saya.... huhuhuhu!!!!!!
Kereta kotak kata MHD dan QM.... Mercedez kena panggil kereta kotak?
Kembali ke pangkal jalan.... kelihatan segerombolan pengunjung baru tiba. Termengah-mengah mereka memanjat tangga......
Hentian bas di Japanese/Botanical Garden.....
Sedikit panduan untuk mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan shuttle....
Jadual perjalanan shuttle dari Japanese/Botanical Garden-Colmar Tropicale-Animal Park....
Dari Japanese/Botanical Garden kami menuju pula ke Animal Park. Tapi dalam perjalanan ke Animal Park kami singgah sekejap di Adventure Park untuk bergambiran.....
Track untuk mereka yang meminati aktiviti lasak........
Wall climbing ada.... kelihatan seorang amoi menuju tandas untuk melepaskan hajat!!!!
Flying fox ada.... laluan merentasi kanopi pun ada.....
Laluan berliku dan berbukit menuju Japanese/Botanical Garden jika dilihat dari arah Adventure Park.
Tiket masuk ke Animal Park adalah RM3 untuk setiap kepala tanpa mengira usia.... tapi kalau bayi atau 3 tahun ke bawah rasanya tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Apa yang anda dapat dengan bayaran RM3?
Bermain dengan arnab...... beri arnab makan tapi makanan arnab kena beli juga dengan harga RM3 sepaket......
Dan juga bermain dan memberi makan rusa.... tapi mana arnab dan rusanya? Kelihatan pondok tempat rusa berteduh dan juga tempat pembiakan arnab..... Terdapat taman permainan untuk kanak2.....
Closed-up baru nampak arnab.... tapi kebanyakkan seperti sedang kekenyangan dan malas untuk bergerak.....
Anak rusa meragut pucuk2 muda......
Bapak dan mak rusa pula gegeh bermain chenta.... tak lama lagi dapat adik la anak rusa kat atas......
Ini pula anak rusa Timor bersama anak2 saya..... amat jinak mereka ini!!!!!
Puas bermain dengan arnab dan rusa, boleh terjah pula ke dalam kolam takungan bola berwarna-warni.....
Sementara MHD dan QM asyik dengan bebola berwarna-warni saya sempat menjengah kandang keldai.... biasanya keldai dibawa keluar untuk ditunggang oleh kanak2 tapi pada hari ini hanya terperap di dalam kurungan......
Berjiran dengan Sang Keldai adalah seekor rusa Jawa..... entah apa yang ditanduknya sehingga cedera parah sedemikian rupa......
Menjelang jam 11.30 pagi kami beransur kembali ke Colmar Tropicale untuk urusan daftar keluar dan juga untuk menyaksikan persembahan pentas yang sepatutnya bermula jam 12 tengah hari.
Sebagai makluman, untuk kembali ke Colmar Tropicale dari Animal Park anda terpaksa melalui pondok tiket.... tapi tak perlu risau, tunjuk saja kad hotel anda akan dibenarkan masuk tanpa sebarang bayaran. Tapi jika anda tidak bawa kad hotel mungkin agak rumit untuk membuktikan anda adalah pelanggan/penginap Colmar Tropicale.
Begitu juga sewaktu kembali ke Colmar Tropicale anda mungkin ditahan oleh pengawal dan meminta anda untuk parkir kenderaan di La Chevalier. Tunjuk saja kad hotel anda dan anda akan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke ruang parkir bawah tanah Colmar Tropicale. Macam kami bila pengawal keselamatan meminta kami masuk ke La Chevalier terus saja saya lambaikan kad hotel dan beliau dengan tabik hormat meminta saya meneruskan perjalanan.... hehehehe mudah kan.....
Berbanding daftar masuk, proses daftar keluar amat pantas. Serahkan saja kad bilik, serta sahkan no bilik anda..... segalanya selesai. Resit penginapan pun tidak diberi, mungkin prosedur standard bila tempahan dibuat melalui Agoda. Selesai urusan daftar keluar, terus saya menuju ke pentas untuk menyaksikan persembahan yang dijadualkan bermula pada pukul 12 tengah hari. Kami antara pengunjung terawal sampai dan dapat tempat di barisan kedua.
Persembahan bermula sedikit lewat.... berpeluh2 MHD dan QM menunggu di bawah khemah. Acapkali bertanya bila persembahan akan mula.... bingit telinga saya diasak dengan soalan yang sama..... hehehehe. Akhirnya persembahan bermula lewat 15 minit dari jadual, juga oleh akrobat dari negara China. Agaknya sepanjang minggu ini atau bulan ini merekalah penghibur di atas pentas.
Berbagai gaya dan aksi dipertontonan.... cukup lembut dan lentur badan mereka....
Kemahiran selepas melalui latihan keras bertahun lamanya......
Menunjukkan kemahiran beraksi dengan gegelung rotan.... senyuman terukir dibibir tapi siapa tahu kepahitan yang ditanggung sepanjang latihan untuk menjadi seorang akrobat.
Merantau jauh dari tanah air pada usia yang masih muda. Akrobat termuda yang membuat persembahan pada hari tersebut. Tetiba saya teringat akan dokumentari di Astro berkaitan sekolah akrobatik di China. Penuntutnya dilatih pada usia yang amat muda.... mungkin seawal usia 5 tahun. Mereka akan melalui latihan yang cukup keras dan berdisiplin, dilatih oleh jurulatih yang amat tegas dan kadang kala melampau batas. Kebanyakkan pelatih adalah anak2 yatim, anak2 gelandangan dan mungkin juga anak2 petani miskin yang berasal dari pedalaman China. Mereka dibawa ke sekolah akrobatik dengan harapan mampu mengubah nasib keluarga........
Tamat persembahan mereka, masih ada sedikit masa untuk saya mengabadikan keindahan Colmar Tropicale dari sudut lensa Nikon D3100 dan Samsung S3..... inilah hasil yang tak seberapa......
Nampak macam tak ramai orang kan? Mana semua orang bersembunyi.......
Senibina Peranchis di bumi Malaysia.......
Dari arah menara peninjau.... Colmar Tropicale tidaklah besar mana. Cuma terdiri dari beberapa buah blok penginapan.
Eksperimentasi hitam putih kehidupan kembali lagi......
Dari sudut yang lain pula.......
Akhir sekali dari arah pintu masuk ke Colmar Tropicale.....
Menjelang 2 petang kami meninggalkan Colmar Tropicale dengan seribu satu kenangan dan cerita yang sudah pasti akan dimuatkan ke dalam Diari Si Ketam Batu. Tambahan pula MHD sudah mengadu lapar yang amat sangat.... nak makan di Colmar Tropicale hanya ada makanan barat yang langsung tidak menepati selera MHD.
Sudahnya kami singgah di RnR Genting Sempah untuk makan tengah hari..... sedap juga lebih2 lagi dalam keadaan perut hampir kosong.....
Masa singgah untuk beli pau, QM tercari2 tanda halal..... hehehehe sekurang-kurangnya ada juga ajaran cikgunya di sekolah dipegang sepenuh hati.....
Perut masing2 sudah terisi, kami meneruskan pendakian ke Genting Highland dalam perjalanan pulang ke teratak kami. MHD dan QM amat berharap kami singgah seketika di Genting Highland tapi hari telah beransur petang. Terpaksa membuat janji manis akan bawa mereka di musim cuti sekolah yang akan datang.
Keluar saja dari pekan Batang Kali sempat singgah untuk beli ayam golek.... lokasinya tidak jauh dari Masjid Batang Kali, betul2 tepi jalan.
Sampai rumah hampir jam 4 petang, mandi dan terus tertidur kepenatan.......... termasuklah MHD dan QM.
menarik.
ReplyDeletebelom pernah sampai lagi
* semoga dapat membantu ye ..
menarik.
ReplyDeletebelom pernah sampai lagi
* semoga dapat membantu ye ..
QasehnyaRania.... Inshaa Allah
Deletesalam en ketam.. hihihi.. cikda dah pergi colmar ni lepas baca n3 en ketam ni. kih3.. thanks alot byk info cikda dapat dari n3 ni..
ReplyDeletebagus.... bagus.... hehehehe
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTeman ada jugak berkunjung ke Bukit Tinggi, tapi belum berkesempatan untuk bermalam disini.
ReplyDeletemalam tak banyak aktiviti sangat.... rehat2 kat bilik saja....
DeleteBaru nak pegi bermlm kat sini....byk juga info yg dpt disini....tqs
ReplyDeleteTQVM for visiting my humble blog, selamat bercuti :)
Deletehai..nak tahu cost bermalam brapa ye?
ReplyDeleteFamily room (4 persons) RM550++ pernite, booking melalui Agoda.com
Deletekalau bukan waktu cuti umum, harganya jauh lebih murah.
Delete