Thursday 28 March 2013

TOYOTA VIOS : Misi Upgrade Vios J Kepada Vios TRD Sportivo Fasa 1

Diam tak diam dah masuk 8 bulan Vios J menjadi sebahagian daripada keluarga Si Ketam Batu. Memang banyak jasanya walau belum sampai setahun.... tugas hakikinya bawa AT pergi keje dan hantar MHD & QM pergi sekolah. Sesekali balik kampung dan bawa kami cuti2 Malaysia. 

Bila dah lama kat tangan, duit pun ada lebihan sikit..... mulalah datang anasir wahab untuk mencantikkan dan memolekkan rupa paras Vios J kami. Lebih2 lagi bila mana kat highway tetiba berdesup Vios Sportivo dan Vios G-Limited memotong Vios J kami yang togel tanpa sebarang aksesori... hehehehe.

Berkaitan dengan bab memasang aksesori bagai ni, mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa tak angkut terus Sportivo atau G-Limited awai2 lagi.... lagi senang tak perlu bersusah payah nak pasang spoiler, skirting dan lain2 aksesori sendiri sebab semuanya datang sebagai package. 

Jawapan stendet mendet saya.... masa kami beli Vios J dulu, hanya itu harga yang kami mampu bayar sebab baru balik dari sambung belajar. Harga Vios J dalam 70k plus manakala Sportivo pula 90k plus. Nampak tak betapa jauh beza harganya, maknanya kami kena bayar lebih untuk prestasi enjin yang hampir sama.... juga bayaran bulanan Sportivo juga jauh lebih tinggi membuatkan kami tak mampu. 

Lagi pula saya memang suka make-up kereta.... tambah sana tambah sini. Kalau terus sambar Sportivo apa lagi yang saya mahu godek? Maka tiadalah hobi saya menjelajah ke segenap ceruk kedai aksesori kereta..... hehehehe

Fasa 1 menaik taraf Vios J kami kepada Sportivo jelmaan bermula minggu lepas dengan pemasangan TRD Sportivo body skirting and visor pada tingkap. TRD Sportivo body skirting kami tempah melalui Toyota Service Centre di Tg Malim dengan harga RM1400.... sedikit mahal berbanding jika kami berurusan terus dengan pihak vendor, Tint-Shop Rawang. Mungkin kami boleh jimat dalam RM100-150 jika terus ke kedai Tint-Shop.... pengajaran berguna untuk kami. Tapi sebab utama kami tempah melalui Toyota SC adalah untuk mendapatkan jaminan kualiti serta kekangan masa untuk ke Rawang.

Sedikit panduan, kalau nak pasang TRD Sportivo body skirting gred A.... maksudnya genuine dari Toyota Motor akan memakan belanja RM2900++, dekat RM3k juga tu. Jadi saya pilih body skirt gred B dengan harga RM1400. Gred B bukan bermakna kualiti cikai cuma sedikit kurang berbanding gred A. Lagipula disebabkan keluaran genuine Toyota yang menyebabkan harganya sedikit mahal. Ukur baju di badan isteri sendiri, itu yang paling penting.


Kasi tempek pix sikit... Vios J kami. Walau lepas pasang TRD Sportivo body skirting kami masih belum tanggalkan emblem J. Rasanya nak biarkan saja kat situ.... mungkin tambah 1.5 kat depan J @ mungkin kalau jumpa emblem TRD Sportivo baru tukar.


Tokey dan pekerja Tint-Shop tengah pasang skirting kanan. Bagus workmanship diaorang ni... Toyota SC memang rekomen mereka sebagai vendor. Saya sendiri amat puas hati dengan hasil kerja mereka.... nampak kemas dan bersih.


Solosai kanan dia pasang belah kiri pula. Masa pasang skirting depan dan spoiler tak sempat nak snap pix sebab tetiba hujan turun dengan selebatnya. Kalau tengok cermin Vios kami tu masih belum gelap mana kan? Kena pergi tinted selapis lagi kot.... ***kechingssssss****

Lengkap proses naik taraf fasa 1 selepas pergi pasang visor kat Tint-Shop Rawang (ada masa pulak...) dengan harga RM65. Jadi apa yang akan dinaiktaraf untuk fasa 2.... antaranya adalah sepot rim 16 atau 17 inchi beserta adjustable tapi kos untuk pasang adjustable melampau sangatlah.... mungkin sekadar tukar spring sepot sama ada Eibach atau Tanabe. Nak kasi lowered sikit tapi tak bolehlah lowered sangat sebab kereta family.... kalau dah ramai2 naik tu mahu kena heret segala mak nenek kat jalan raya tu nanti.

Tunggu saja laporan Fasa 2 nanti ~ tungguuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment