Tuesday 4 June 2013

Trip Ke Krabi 2013 - Part IV: Aonang Tour

Ni sambungan cerita N3 sebelumnya.... ambo mula dari seawal kami jejakkan kaki ke Amorn Mansion.

Hari Pertama, 29/5/2013


Kalau ikutkan, jam 2 pm baru kami boleh check-in..... kira standard le tu mana2 hotel kat atas muka bumi ni. Tapi kan kami amik flight awal, pukul 8 am lebih sikit dah terpacul kat muka pintu hotel. Kami dah bajet dah... kalau tak dapat check-in awal, kami cadang nak tinggalkan dulu segala macam beg yang dibawa dari Malaysia kat hotel.... kemudian teruskan dengan tour sekitar Aonang.

Tapi Alhamdulillah.... mungkin disebabkan bulan Mei dah masuk low season, ada banyak bilik kosong jadi kami dibenarkan check-in awal tanpa caj tambahan.

Seperti yang ambo cerita dalam N3 terdahulu.... ambo booking Amorn Mansion melalui booking.com.... tak perlu bayar deposit dan tak perlu dedahkan maklumat kad kredit. Maknanya kalau tak ada kad kredit pun tak pe, sebab pembayaran untuk penginapan akan dibuat masa check-in hotel nanti. Ini berbeza dengan Agoda.com dimana anda perlu membuat pembayaran penuh masa tempahan menggunakan kad kredit.

Masa tempah bilik dengan booking.com dulu.... ambo hanya terima pengesahan tempahan melalui email dari booking.com tapi bila contact Amorn Mansion untuk buat double check, langsung tak ada reply. Debor juga masa tu... manalah tahu kot sampai2 bilik tak ada...

Namun Alhamdulillah.... masa sampai Amorn Mansion, tunjuk saja print out dari booking.com dan nama kami memang ada dalam senarai tempahan Amorn Mansion..... legaaaaa!!!!! Kalau tak ada pun tak apa sebenarnya, ada banyak bajet hotel sekitar Aonang. Belakang Amorn Mansion pun ada satu bajet resort dan beberapa buah banglo.... kalau datang waktu low season memang tak perlu risau pasal penginapan.

Ini masa check-in..... tengah isi form untuk pembayaran...


Total kami kena bayar untuk 2 bilik standard THB3600 untuk penginapan selama 3 malam... maknanya THB600/nite untuk satu bilik standard.... dah murah tu kot!!!


Bilik dah selamat.... kemudian kat tepi kaunter check-in Amorn Mansion tu ada banyak pamplet dan info berkaitan tour yang ada. Amik je.... free dan bukan kena bayar pon. Nak amik package tour baru kena hulur ongkosnya.....

Nak booking tour melalui Amorn Mansion pun boleh, nak amik melalui travel agent yang bersepah sekitar Aonang Beach pun boleh. Orang kata nak murah, cari kat pekan Aonang tapi sebab kami nak mudah... kami amik je melalui Amorn Mansion.... walau pun begitu bargain tetap bargain untuk dapatkan harga serendah mungkin.

Sebelum tu mari kita naik bilik dulu.... nak gosok gigi dan mandi segarkan badan....

Ini la bilik kami untuk 3 malam yang seterusnya... tak besar mana pun 15 x 15 kaki tapi ambo suka sebab bersih..... tapi sedikit kacewa sebab tuala kat atas katil tu tak digubah menjadi gajah!!! Bukan kat Thai tuala hotel mesti digubah jadi gajah ke?


Toilet pun bersih.... wife ambo aka AT amatlah sukooooo!!!! Dia ni kalau nak berak, toilet kena bersih berkilat... kalau tak kurang lazat katanya meneran.... huhuhuhu


Dah segar badan lepas mandi dan buang apa yang patut... baring2 kejap sambil belek2 pamplet nak cari info pasal tour yang bakal kami ikuti nanti....


Tengah golek2 atas katil sekali perut ambo berbunyi daaaaaa!!! Tanya AT dia pun dah mula kebulur, AAR pun sama.... rombongan Cik Kiah pun turun ke bawah untuk carik sarapan.

Singgah jap kat reception untuk tanya arah ke kedai makan Muslim. Alang2 kat situ terus tanya pasal tour untuk hari pertama... nak amik package pulau tak boleh sebab semua packages untuk Island Hopping start jam 8.30 am.


Pilih punya pilih.... untuk hari pertama kami amik package naik gajah semata-mata.... nak combine dengan kayaking & white water rafting, ada ahli rombongan yang takut air.... nak main ATV ada yang tak reti main gear.... dan bermacam lagi alasan khurafat.... huhuhu!!!!!

Ini receptionist tengah deal harga dengan travel agent.... comel tak budak Siam ni? Lalalalala.... comel tak Kak Tonnnnn.... comellllll....


Bargain punya bargain dapat la THB650 seorang untuk naik gajah selama sejam.... tak murah mana rasanya sebab ada bloggers yang dapat THB500 sewaktu low season.....


Nanti akan ada van yang datang pick-up jam 1 pm. Masih banyak masa lagi ni sebab tengok jam baru 9.30 am. Kita jalan-jalan cari makan dulu der......

Ambo and the gang gerak menghala ke McD dan Masjid Krabi sebab budak Siam tadi cakap belah2 sana banyak kedai muslim. Kiranya lokasi Amorn Mansion ni strategik jugalah, turun ke jalan besar dan pusing kiri untuk ke McD.... nak ke Aonang Beach pula pusing kanan.

Orang kata nak mudah amik saja tuk-tuk.... nanti suruh saja dia hantar ke kedai makan halal. Tapi kami ambil keputusan untuk menapak sahaja... sambil pusing2 cuci mata... lagipun masih awal pagi dan tenaga masih banyak walau perut dah berbunyi tanda minta diisi.....

Jumpa CIMB Thai, senang nak cucuk duit ni.... tapi sila aktifkan dulu bankcard kat Malaysia....


Kalau jalan depan lagi akan jumpa McD.... tapi jangan masuk taw sebab tak halal.... dah balik Malaysia baru teringat ambo tak amik gambar dengan statue McD Thailand yang tunjuk tangan style sawadekappppp!!!!

AT masih tak puas hati dengan duit baht yang ada dalam wallet, jadi singgah money changer kejap sebab katanya banyak dia nak shopping nanti.....


Boleh tahan tukar duit RM kat Siam.... dapat THB100 dalam RM9 lebih.... kalau kat Malaysia ambo tukar ari tu THB100 dapat dalam RM10.60.... jauh bezanya tu.... 

Kalau datang Thailand, tak sah kalau tak snap gambar wayar letrik dia.... bersimpang siur der.....


Sepanjang jalan bersepah massage parlour.... memang heaven, murah2 lagi tu.... 200 baht ~ 20 hengget sejam dah boleh Thai Massage.... kat KL mana nak carik!!!!


Nak manjakan diri kat tempat mahal pun ada der.... tapi tak tahulah bape sejam.... Vogue Resort and Spa.


Jalan punya jalan.... jumpa gerai macit ni... Assalamualaikum macit....  dia boleh speaking sikit2 tapi langsung tak tahu bahasa Melayu.... 


Singgah kejap untuk beli ice-blended untuk alas perut.... alas perut dengan ice-blended? Poyo bonar bunyi nyer.....

Harga memang marbeles.... murah banget der....


Sambil hirup ice-blended AT tunjuk sign kat macit tu dia tengah lapar giler.... siap suap tangan kat mulut.... kah kah kah!!! Tapi macit tu paham la pulak.... dia suruh jalan ke depan lagi ada banyak kedai makan Muslim katanya...

Jadi kami teruskan kembara untuk mencari sesuap nasik di bumi Aonang.... jumpalah Masjid Krabi yang masih belum siap sepenuhnya tapi telah mula beroperasi. Kata driver tuk2 yang ambo temui kemudian harinya, umat Islam dah boleh solat Jumaat kat situ....


Bila lihat masjid ni.... terasa beruntungnya kita jadik rakyat Malaysia.... Alhamdulillah....

Dari masjid ni dah boleh nampak satu kedai makan Muslim, Salameyah 2.... pemiliknya boleh cakap melayu, tapi isterinya macam tak berapa nak faham bahasa melayu, bila speaking faham pula dia.... hehehehe!!!!!


Breakfast kat sini memang style pantai timur.... heavy metal punya breakfast. Nasik dengan lauk pauk bagai.... tapi ambo memang suko!!!

Tiap kali makan, ulam-ulaman dan sambal belacan akan dihidangkan secara percuma.... ke kena charge? Rasanya tak kot.....


Kebulur punya pasal.... langsung tiada pix makanan yang kami sental. Dah jadik pinggan kosong baru teringat nak amik pix.... huhuhu

Kos breakfast.... macam kat Malaysia juga.... ambo amik nasi + ikan goreng + sayur + teh ais, tak sampai 60 baht. Masa bayar, wife tuan kedai main tunjuk2 pakai kalkulator saja.... hehehe sambil senyum2.

Perut dah kenyang.... moh kita angkat montot cargaskan diri. Tapi kan bila dah kenyang, kemalasan mahu menapak mula menular. Jika tadi tu-tuk hon banyak kali pun buat bodooooo je. La ni lepas kenyang, tuk-tuk hon sekali terus semua lambai tangan tahan tuk-tuk.

Naik tuk-tuk sekitar Aonang tambang dia sekitar Baht 20 saja... tapi driver tuk-tuk offer kami jalan2 pusing Aonang naik tuk-tuk dia selama sejam.... dia bukak harga Baht 400, kami mintak Baht 300 dia tak nak kasi.... last2 dapat Baht 350 untuk sejam. Entah murah atau kami sudah kena ketuk? Redha sajalah bila kembara ke bumi asing....

Macit dua orang ni dah fefeeling turis asing naik tuk tuk.... hahahaha


Jaket rasmi driver tuk-tuk kat Aonang....


Dibawanya kami masuk segala ceruk kampung..... kampung kat Krabi ni sebijik macam kat Malaysia, cuma rekabentuk rumah kadang kala sedikit berlainan. 

Kemudian singgah kat Noppharat Tara Beach, tempat bot untuk island hopping menunggu pelancong, sebelum kami kembali ke pekan Aonang semula. Tengok jam belum cukup sejam ni, ada 20 minit lagi untuk pusing2 tapi kami rasa macam dah tak ada apa nak ditengok lagi.... jadi minta driver tuk-tuk turunkan kami kat pekan Aonang, berhadapan dengan Aonang Beach.

Dari Aonang Beach kami jalan kaki menuju hotel.... sambil tu singgah2 juga kat kedai yang berderetan sekitar Aonang Beach. Memang Krabi ni kaya dengan massage parlour, kedai cenderamata, travel agent, 7Eleven dan pharmacy. Lagi poyo bayak giler kedai buat coat & jacket.... milik Bangla, Pakistan dan warga India. Siap boleh speaking melayu tu.....


Keluar sana masuk sini, jumpa Walking Street.... kalau kat Pattaya, Walking Street dia memang heaven giler.... kat Krabi biasa2 saja mungkin sebab ramai penduduk Muslim. Tapi bilamana senja mula melabuhkan tirai, jari menongkah langit juga walau tak sehebat Pattaya.


Apa ada kat Walking Street Krabi di siang hari (malam kita sembang dalam N3 yang lain...)?

Ada kedai2 jual sobenier dan pakaian.... AT dan AAR sembat rembat blouse sorang satu kat satu kedai ni.... siap pegang kalkulator sebab nak bargain serendah mungkin, juga sebagai pemudah cara untuk berkomunikasi!!! Kadang2 tunjuk angka kat kalkulator lagi mudah berbanding berunding secara verbal.....


Kami juga jumpa ni haa, pahlawan silam kita ni kat dalam Walking Street.... tegak je dia dok tenung Aonang Beach....


Disebabkan esok cadangnya nak buat island hopping.... jadi macit berdua ni singgah satu kedai untuk beli topi yang macam Queen Elizabeth dok pakai masa buat lawatan rasmi ke Africa.... huhuhu poyo je....


Lepas dari kedai jual topi ni, kami singgah lagi beberapa buah kedai tapi sekadar window shopping. Sekadar survey harga sebab cadangnya malam terakhir nanti baru nak shopping kaw2.... lagi satu nak bandingkan dulu dengan harga kat Krabi Nite Market nanti.

Last place yang kami singgah sebelum balik ke hotel adalah 7Eleven. Nak habaq mai.... Aonang-Krabi memang kaya dengan 7E... kat ceruk mana pun ada 7E.... harga pun murah berbanding Malaysia.

Kami borong minuman, kopok2 dan roti untuk bekalan kat bilik nanti. Tapi awas ye.... bila beli roti kat 7E sila pastikan ada tanda HALAL.... tak pun sila tengok dulu dia punya ingredients, buka mata luas2 kot terambik roti yang ada pork shredder macam member sorang tu.... kah kah kah.....

Habis sesi borong memborong kat 7E.... masing2 balik bilik untuk rehat kejap... sebab jam 1 pm nanti akan turun balik untuk layan elephant trekking pula.

Tapi nak habaq mai juga.... WiFi kat Amorn Mansion laju giler.... memang dah termasuk dalam harga bilik. Terus tak jadi nak tidur kejap, asyik dok surfing je sampai jam 1. Tak rugi dok sini.... receptionist pun sweet.... hehehe!!!!

p/s: Next N3 masih pada hari yang sama, tapi kita sembang pasal elephant trekking dan nite scene kat Aonang pula.

No comments:

Post a Comment