Monday, 10 March 2014

Doa Buat Anak Kapal dan Penumpang MH370..... Kita Doakan Yang Terbaik Buat Mereka

Mashaa Allah..... berderau darah bila mendengar kejadian yang menimpa pesawat MH370 milik MAS menuju Beijing dari KL. Agak lewat sebenarnya kami megetahui berita gempar tersebut kerana sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan salah seorang ahli keluarga terdekat.

Semasa bersiap-siap di bilik hotel sementara menunggu pengantin di'make-up'kan oleh mak andam, kami dipegunkan dengan berita gempar tersebut menerusi siaran TV3 sekitar jam 10 pagi. 

Masing-masing sukar mempercayai berita tersebut, lebih-lebih lagi memang terpahat di pemikiran bahawa MAS adalah antara airlines terbaik dan paling selamat dalam dunia. Mana mungkin kejadian seumpama ini boleh berlaku kepada mana-mana pesawat milik MAS. Tapi kita semua sebagai hamba Allah hanya mampu merancang, Ilahi jua yang menentukannya. Malang sememangnya tidak berbau. 

Buat makin berderau darah kami kerana keesokkan harinya (Ahad 9hb) kami akan bertolak balik ke KL dari Kota Kinabalu juga menggunakan perkhidmatan MAS (we are loyal customer of Penerbangan Malaysia). Masa itu hanya mampu tawakkal dan Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pelbagai teori muncul berkaitan kehilangan pesawat MH370 tetapi kehilangannya masih menjadi misteri sehingga kini. Spekulasi yang muncul tetap tinggal sekadar spekulasi.

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat crew dan penumpang pesawat MH370. Walau apa berlaku, kita doakan yang terbaik buat mereka dan redho dengan segala kemungkinan.

Doa kami rakyat Malaysia sentiasa bersamamu duhai crew & penumpang pesawat MH370.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment