Kejadian berlaku seawal pagi tadi, sekitar jam 7, sebuah motosikal sama ada dilanggar@terlanggar@digilis oleh sebuah kereta@lori di Lebuhraya Guthrie (banyak sangat @ sebab masih belum tahu kejadian sebenar). Ngam-ngam selepas plaza tol kedua kalau tak silap.
Sejurus keluar dari plaza tol ambo ternampak mangsa sudah terbaring di lorong tengah, bersama-sama motosikal. Itu pun nasib baik ambo sempat mengelak dari turut sama menggilis mangsa. Dari jauh memang tak berapa nampak sebab keadaan masih kelam.
Memang baru sangat berlakunya, pemandu lori dan kereta pun baru berhenti di tepi jalan dan berlari ke arah mangsa untuk memberikan pertolongan. Ambo berharap sangat mangsa masih selamat, tapi masa ambo lalu memang mangsa langsung tak bergerak.
Kalau masa muda-mudi dulu memang ambo akan berhenti tepi jalan kalau ada kemalangan (lebih kepada sibuk nak menengok), tapi la ni semangat tak berapa nak ada (takut trauma aka lemah semangat). Jadi tanpa berhenti ambo teruskan perjalanan ke tempat kerja.
Agaknya memang mangsa dalam perjalanan menuju ke tempat kerja. Kalau tak silap memang ada berselisih dengan motor mangsa sebelum masuk ke Lebuhraya Guthrie tadi. Memang dah ditakdirkan mangsa bertemu musibahnya di situ.
Lebuhraya Guthrie sememangnya tidak sibuk tapi kalau awal pagi memang lori dan kereta seperti akan berlumba-lumba untuk masuk ke laluan utama selepas membayar tol. Jadi machiam bottle neck, dari selebar-lebar plaza tol (mungkin 6 lorong), masing-masing akan memecut ke arah lebuhraya 2 lorong (boleh korang imagine dia punya scenario, tak reti ambo nak explain detail).
Ambo perhatikan juga, penggguna motosikal pun turut sama berkongsi laluan tol, malah mencilok di celah-celah kenderaan lain semasa melintasi plaza tol kemudian memecut sakan ke arah lebuhraya. Tak sayang nyawa namanya tu.....
Memang malang tak ada bau, tapi pihak penyelenggara lebuhraya memang menyediakan laluan untuk motosikal di sepanjang lebuhraya (Lebuhraya Guthrie dah ada, Federal pun ada laluan motosikal, bila agaknya Plus pun nak buat laluan motosikal demi keselamatan riders). Memanglah laluan motosikal tak berapa nak selesa dan tak berapa nak luas, tapi demi keselamatan, gunakanlah kemudahan yang telah disediakan.
Sampai la ni ambo berharap sangat mangsa masih selamat. Kalau mangsa maut, entah machiam mana perasaan keluarga beliau menerima perkhabaran tersebut. Pagi keluar untuk pergi kerja, cium anak bini tup tup terkorban di jalan raya.
Nauzubillah, berhati-hatilah di jalan raya.
Semoga arwah ditempat dalam golongan orang beriman...
ReplyDeleteAl Fatihah buat mangsa kalau terkorban, tapi saya masih harapkan beliau selamat sebenarnya.
DeleteArwah adalah adik ipar saya...arwah meninggalkan dua orang anak...yang sulong 3 tahun dan yang bongsu 1 tahun...
DeleteMashaa Allah, Al-Fatihah buat arwah & semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Kesian, anak-anak arwah masih kecil rupanya. Ketentuan takdir.....
DeleteTerima kasih diatas ingatan dan ucapan....anak2 arwah masih rindukan ayah mereka...kami cuba untk mengisi kerinduan anak2 arwah supaya cepat recovery balik semangat...
Delete