Tuesday 25 March 2014

Kos Tukar Starter Kia Rio Model 2005

Masuk tahun ke-9 bersama kami, enjin Kia Rio buat perangai pertama kali. Nak start machiam semput sangat, pendek kata enjin susah nak hidup. Kena cuba dua tiga kali, kemudian rehat sekejap, cuba lagi dua tiga kali baru nak hidup.

Memang sepanjang 9 tahun lepas, Kia Rio kami tak pernah buat hal. Setakat bateri kong, plug tak berapa nak masuk api tu adalah. Lain-lain cuma maintenance sekadar tukar minyak hitam, oil filter, air filter etc. 

Bila dah banyak kali susah nak hidupkan enjin hatta di waktu siang hari, kami bawa ke bengkel untuk tanya duduk perkara. Ada yang kata alternator, ada yang kata komputer box, ada pula yang kata starter ada masalah. 

Disebabkan kami pun harem tak tahu sangat pasal enjin, kami pakat2 ambil keputusan majoriti. Ramai mekanik yang kata ini masalah starter, kena tukar...... okied.

Bila sudah kompem apa masalahnya, kena cari spare part. Masalah utama bagi pengguna kenderaan Kia Rio adalah untuk mendapatkan spare part lebih-lebih lagi kami yang duduk di luar Lembah Klang. Spare part kena order dari Petaling Jaya atau KL. Kedai spare part sekitar tempat kami di TGM memang tak simpan stok, sebab tak ramai yang guna Kia Rio katanya.

Maksud tersiratnya, kalau duk luar Lembah Klang jangan memiang nak pakai Kia Rio...... hehehehe.

Inilah bendanya dinamakan starter.

Dua tiga kedai spare part di TGM kami rayau semua tak ada spare part, kecuali ada satu kedai nak jual starter Kia Rio recond @ second hand. Murah memang murah, RM120 sahaja dia mahu tolak. Pikiaq punya pikiaq, baik cari yang baru terus, memang kompem mahal tapi biaq puas hati. 

Bila tanya mekanik, dia pun tak sure ok ke tak masuk starter Kia Rio recond, jadi kami ambil keputusan nak turun Shah Alam. Nak baiki di TGM pun boleh tapi kena tunggu sehari untuk spare part sampai.

Kenapa Shah Alam?

Ada satu dua kedai di Seksyen 25 memang selalu jadi tempat kami service Kia Rio. Spare part kompem ada on the dot...... paling lama pun kena tunggu dalam sejam dua dan bukannya berhari-hari. 

Mekanik tengah godek nak masukkan starter yang baru.

Bila tanya-tanya harga, original starter Kia Rio RM500 lebih. Kalau tak ori tapi masih Made in Korea dalam RM400 lebih. Upah pasang RM65. Total memang kopak juga dibuatnya. Tapi nak tak nak memang kena tukar juga. Kami amik yang tak berapa nak ori, mekanik pun kata ok, biasanya tahan lima nam tahun..... tawakkal sajalah.

Minta-minta lepas ini Kia Rio akan kembali well behave..... Inshaa Allah.

Roger and out.

12 comments:

  1. Salam bang. saya beli kia rio ni 2nd. sebijik colour macam bro punya. nak minta ilmu sikit bang. boleh bagitau minyak hitam brand apa? servis bila? selalu servis apa?minyak gear auto pakai brand apa? paham2 la bang, bila pakai kereta 2nd ni, lepas 6bulan pakai macam2 bunyi dia keluar.hehe. mohon jasa baik share sikit ilmu. kedai kat shah alam/kl yg biasa pergi tu boleh share jugak tak? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan. Ada juga geng Rio, susah nak jumpa biasanya. Berapa harga masa beli, tahun berapa?

      Saya tak memilih sangat brand minyak hitam atau minyak gear auto, asalkan brand yang kita tahu dah established seperti Petronas atau Shell. Dari dulu dari sekarang saya cuma guna minyak hitam semi-synthetic, orang kata bagus untuk jangka masa panjang. Nak guna fully synthetic rabak poket pula nanti :)

      Terbaru saya cuba minyak hitam semi-synthetic Castrol dan minyak gear auto (ATF) juga dari Castrol. Setakat ini Alhamdulillah, tiada masalah.

      Nak kata dari performance, saya tak layak sebab bila drive memang saya ikut had laju kebangsaan :)

      Bengkel Shah Alam nanti saya share address, business card bengkel ada dlm kereta.

      Delete
    2. minyak hitam saya tukar setiap 8-10 ribu km kalau guna semi-synthetic. minyak gear auto (ATF) pula setiap 20 ribu km.

      Delete
    3. salam tuan. terima kasih banyak-banyak sebab sudi jawab. baru je beli tuan. dalam bulan 12 tahun lepas, hujung tahun lepas. beli kereta ni buat isteri pakai pergi ulang alik sambung study.

      Panjang cerita saya dan wife dengan Rio ni. Dulu, wife (masa belum kahwin) memang pakai kereta ni tapi warna oren. lepas tu jual sebab kat dashboard dah naik lampu ABS kat dashboard. Nak baiki sampai 3k, so ayah mentua saya suruh jual.

      Ni beli lain warna biru sebab kami memmang suka kereta ni. rasa berat dia tu sedap. kalau bawa ford fiesta rasa macam melayang je. hehe

      Saya pun baru tukar minyak hitam semi synthetic. tadi baru lepas pergi bengkel, nak tukar minyak gear auto dengan sekali dia punya filter. kedai tu quote RM387. terus tak jadi buat. haha. apa pendapat tuan? itu standard ke? hehe

      terima kasih sekali lagi tuan sebab sudi kongsi pengalaman

      Delete
    4. Hong Fatt Auto, Tyres and Exhaust Service Centre, No 1-5 Jalan gigih 25/41, Taman Sri Muda Shah Alam. No phone 03-5121 8888/8118

      Delete
    5. Satu lagi milik bumiputera, AMR Service Centre, No 2 Jalan Tekun 25/43, Taman Sri Muda Shah Alam. No phone 03-5122 4521

      Delete
  2. Boleh tuan share yang mana tuan pakai untuk kereta tuan? terima kasih

    https://www.castrol.com/en_my/malaysia/products/cars/automatic-transmission-fluids.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Saya tidak pasti pula mekanik guna yang mana. Cuma saya bagitau depa, ATP Castrol yang bagus, mahal tak apa. Janji gear auto tak meragam.

      Delete
  3. Salam tuan...boleh tau tak nama workshop seksyen 25 tu...terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hong Fatt Auto, Tyres and Exhaust Service Centre, No 1-5 Jalan gigih 25/41, Taman Sri Muda Shah Alam. No phone 03-5121 8888/8118

      Delete
    2. Satu lagi milik bumiputera, AMR Service Centre, No 2 Jalan Tekun 25/43, Taman Sri Muda Shah Alam. No phone 03-5122 4521

      Delete
  4. Salam nk otai pasal kia rio ni
    Gear auto ,sekarang ni masalah nya gear 2 dgn 4 x jadi kenapa ya

    ReplyDelete