Pelancaran edisi sulung Liga Badminton Profesional Malaysia atau akan lebih dikenali sebagai Malaysia Purple League semalam mencetuskan satu dimensi baru dalam pembangunan sukan tersebut di Malaysia. Menariknya, liga tersebut diasaskan oleh individu awam, Datuk Jack Koh melalui MPL (M) Sdn Bhd.
Ini juga merupakan julung kalinya Malaysia memiliki liga badminton profesionalnya sendiri, sementelahan negara-negara kuasa badminton yang lain seperti China, Indonesia, Denmark dan sebagainya sudah lama menubuhkan liga masing-masing sebagai asas untuk mengekalkan kedudukan sebagai kuasa dunia dalam sukan badminton.
Diberitakan edisi sulung Malaysia Purple League akan bermula pada September 2014 dan berakhir pada Februari 2015. Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM2 juta. Dijangkakan sebanyak 12 kelab tempatan akan beraksi di mana setiap kelab dibenarkan mengambil pemain dan jurulatih import.
Menurut pengasas MPL, beberapa nama tersohor dunia dalam sukan badminton sedang cuba dirisik untuk dibawa masuk ke MPL. Antara pemain yang termasuk dalam radar MPL adalah Lin Dan, Markis Kido, Leen Hyun Iil dan Fu Haifeng. Manakala jurulatih yang sedang diusahakan termasuklah Li Yongbo dan Park Joo Bong.
Semoga langkah ini mampu mengembalikan kekuasaan Malaysia dalam sukan badminton dan juga pembangunan pemain-pemain pelapis. Sepatutnya kita sudah ada pengganti kepada Datuk Lee Chong Wei tapi hakikatnya?
Lu pikiaq la sendiri BAM!!!!!!!
Roger and out.
No comments:
Post a Comment