Tuesday, 12 August 2014

Bercuti Ke Port Dickson 2014 | Hari 02 : Corus Paradise Lagoon, Baitul Hilal, PD Ostrich & Pantai Teluk Kemang

As-Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Uarghhhhhhh!!!! Semua pakat bangun awai pagi ni, semangat nak teruskan penerokaan bumi Port Dickson. Semalam (Hari 01) dah terokai Muzium Tentera Darat, Tanjung Tuan dan Pantai Tanjung Biru. Ari ni cadangnya nak sambung balik carik extreme park, rewang2 di PD Ostrich dan nak jenguk tempat skodeng anak bulan milik MAINS, Kompleks Baitul Hilal.

Disebabkan hari masih awai, ambo bawa dulu si Sulung dan si Bongsu jejalan sekitar Corus Paradise Lagoon. Lagoon ini letaknya dibelakang Corus Paradise Resort, jalan kaki seminit boleh sampai dari private apartment yang kami sewa. Cuaca shendu sikit pepagi ni, tapi udara amatlah nyaman ya ampun.

Tekan punat lensa sana-sini.....

Corus Paradise Resort - Mantop!

Blok apartment persendirian - Sendu!

Blok milik Corus Paradise Resort dan milik persendirian letaknya cuma bersebelahan. Blok tengah milik Corus Paradise Resort manakala blok kiri dan kanan milik persendirian. 

Machiam jauh panggang dari api, makan kambeng panggang pun sedhap juga!!! Blok milik Corus Paradise Resort memang well-menten kata ketua kampung ambo, tapi milik persendirian shendu der!!! Itu view dari luar, dalam moga2 chun melechun haueber, apartment persendirian yang kami dapat hukallohhhhhh, malaslah nak chiter!!!!

Teruskan menekan punat kamera.....

Corus Paradise Lagoon.

Berminat nak main sukan air tak machiam naik pisang, jet ski, para-sailing etc? Kalau minat boleh rikki kat belakang Corus Paradise Resort, ada kompeni yang sedia membantu anda untuk menggapai impian;

Anda shuker naik pisang?

Jet ski pun hado - tapi buruk2 semua.

Kena dengan selera poket anda?

Sila abaikan!!!

Ngam2 kami bertiga selesai menghirup udara pagi di Corus Paradise Lagoon, ahli rombongan yang lain dah get ready untuk menchari sarapan. Apa2 hal kondishen perut perlu diambil berat, dah kenyang baru senang hati nak jalan2. 

Memudahkan keadaan, kami singgah saja di warung tepi jalan, Batu 4 Si Rusa. Sebelah je pun dengan tempat kami makan tengah hari semalam. Agaknya kami sedikit terlewat atau hujung minggu ramai turis, nasi lemak idaman qolbu sudah sold-out, yang tinggal cuma mee/bihun sup, dan sedikit kueh mueh. Bedal sajalah labuuuuuuuuu!!!!! *adamukamonyoksebabsupbanyakminyak.

Kendian ke Teluk Kemang untuk chari Kompleks Baitul Hilal, terchari-chari jugalah sebab pestaim masuk sini. Memang ada papan tanda tapi kekadang termiss juga.

Akhirnya.....

Jumpa!!!

Konpius jap!!!

Konpius kejap, bukan sebab apa tapi kerna Kompleks Baitul Hilal machiam terletak dalam kawasan persendirian milik hotel. Ambo berhentikan kereta dan cuba sembang dengan pak sekuriti, peramah orangnya.

Ambo: Encik, boleh saya masuk? Nak lawat Baitul Hilal.
Sekuriti: Boleh masuk cik, silakan. Nanti saya bukakan gate.
Ambo: Toche..... toche......

Rupanya Kompleks Baitul Hilal terletak dalam kawasan yang sama dengan Klana Beach Resort Port Dickson. Kedua-duanya milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. 

Jom kita tengok siapa yang kenaaaaaa......

Baitul Hilal.

Disebabkan kami datang hujung minggu memang selamat la, pintu masuk ke galeri Baitul Hilal dimanggabesikan, tertutup kukuh. Skodeng sajalah kami melalui pintu chermin.

View dari Baitul Hilal cukup chun, seaview kata tok sidang kampung ambo. Laut jernih membiru, kekadang menghijau, marbeles. Kompleks ni masih baru, pokok2 dan rumput pun masih belum habis tanam.

Bangla sibuk mengecat.

Work in progress.

Pantai Teluk Kemang dari arah Baitul Hilal.

Opozit kepada Baitul Hilal adalah Klana Beach Resort Port Dickson, resort milik MAINS. Masih baru dan fresh, terus ambo gugel untuk tengok harga di Agoda;

Superior non-seaview - RM198.28
Deluxe non-seaview - RM215.52
Superior seaview - RM219.83
Deluxe seaview - RM229.31
Deluxe double seaview - RM269.83

Harga bilik nampak chun, resort pun masih baru, hehehehe, boleh masuk senarai.

Klana Resort Port Dickson.

Lelaki tak bley campur sama perempuan.

Chup..... chup..... area Baitul Hilal dan Klana Resort ada pantai kan? Terus meroyan si Sulung dan si Bongsu nak mandi pantai. Seumur hidup depa memang tak pernah mandi laut sebab maternal genetic depa memang phobia ayor. Belah ambo pulak hantu ayor sebab rumah kat kampung belakangnya ada sungai.

Tak pe lah, bagi depa merasa mandi laut, baju mandi pun memang dah pripe siap2 dalam bonet keta. Tukar baju pun dalam keta, jom kita terjun laut yiehuuuuuuu!!!!

Lupa nak habaq, ke dah habaq tadi? Habaq mai sekali lagi lah, pantai di belakang Baitul Hilal sebenarnya sebahagian daripada pantai awam Batu 8 Teluk Kemang cuma sedikit pribesi. Kalau area Batu 8 nun memang krauded tapi sini relax je. 

Tak caye?

Relax je.

Nun jauh hujung sana memang krauded umat.

Baitul Hilal dari arah pantai.

Tumpang guna kemudahan milik Klana Resort.


Suke kau kan dapat peluang mandi laut, jenuh pujuk untuk naik ke darat. Janji kejap saja, dah berjam-jam duk berendam. Dah la tu nak, banyak lagi tempat kita nak singgah ni kalau buleh. Cepat bilas badan dengan ayor paip, ehsan Klana Resort, TQVM.

Ke mana lagi kite? Ukies, PD Ostrich dekat je pun dengan Baitul Hilal, moh kita skodeng burung unta!!! Nak masuk PD Ostrich dewasa kena bayaq RM13, kanak2 (3-12 tahun) serta warga emas 60 tahun ke atas chuma kena bayaq RM6. Makanan haiwan RM3 sepeket atau seikat daun - uik bagi makan ko punya haiwan pun kami yang kena bayaq?

Welkam, welkam!!!

Beratuq dan beli tiket dulu.

Kena ikat di pergelangan tangan.

Bagi makan ostrich.

Unta solo - kesian.

Taiming salah - tiada show.

Pestaim naik kude, manyak syiok tak mo turun!!!

Ada bran?

10 tahun ke atas sahaja - posing sajalah nak!!!

Pijak telur harga RM100 sebiji.

Kalau anda nak merasa satay ostrich pun hado, ada cafe kecil milik PD Ostrich yang jual satay daging ostrich dan telur dadar ostrich. Harga ambo tak tanya, musti mahal, dah kalau teluq pun RM100 sebijik!!!!

Sepatutnya taman dinasour pun ada di PD Ostrich tapi kini dah ditutup dan machiam dah terbiar pun. Lain2 ektibiti selain machiam gambirun di atas adalah bagi kambeng makan, bagi arnab makan, bagi ayam makan dan ada kedai sobinier kut ada yang nak beli FM ke. Cikai punya FM dalam RM10 untuk 3 keping FM, ok le tu kut.

Kepada yang minat ektibiti ekstrim, sebelah je PD Ostrich adalah Alam Bumi Jungle Extreme Park, buleh naik ATV, buggy dan entah apa kenama yang lagi dua. Malangnya hanya terbuka untuk 12 tahun ke atas, sekali lagi si Sulung dan si Bongsu kempunan hehehehe.

Sila kontek untuk tanya harga.


Ding dong ding dong dah masuk waktu Zuhur dan makan tengah hari. Zuhur kami singgah Masjid RAMD sekali lagi, makan tengah hari pula di mamak nama apa ntah. Shedap ke tak shedap? Buleh lah sekadar nak masuk tekak. Sebelum tu singgah Corus dulu untuk kembalikan kunchi apartment dan dapatkan balik duit deposit - bukan deposit apartment tapi deposit kad untuk masuk swimming pool Corus Paradise - kami tak guna pun.

Next.....

Last call sebelum bertolak balik ke habitat asal - lepak2 di Pantai Teluk Kemang Batu 8. Happening dan tak sesuai untuk mereka yang suke kan pribesi. Penuh dengan umat, dan banyak kedai untuk beli sobinier. Pendek kata machiam machiam hado, jum layan gambirun;

Welkam welkam!!!

Du yu lap mi?

Piley jangan tak piley!!!

Phobia nak maen benda ni!!!

Hak ni depa suke!!!

Ada kude, RM5 untuk kanak2. Kereta kude tak taw berape.

Tak puas2 naik kude!!!

Jum kita skodeng area pantai pula....

Pisang di sana sini.

Dah machiam kat Siam.

Lapo, no hal sebab ada banyak gerai.


Memang serunuk lepak sini, bermachiam ragam manusia kita boleh lihat. Ada yang datang bersantai dengan keluarga, ada yang berchumbu rayu dengan bf/gf, ada mat mutur yang gian duk preng preng dan memachiam lagi lah. Tapi paling tak best tang sampah, masih ada lagi spesies yang tak reti nak buang sampah ke tempat yang sepatutnya. Bekas minuman maen tinggal atas bangku, bekas makanan main buang ke tanah. Aiyooooo!!!!

Menjelang petang kami beransur pulang ke habitat asal, harap2 jalan tak jem. Makin lama kami lepak makin susut duit ambo. Kejap2 nak main beskal, kejap2 nak naik kude, hehehehe. Tapi sebelum tu pekena ais kerim dulu. Shodap....

TQ Nyonya.

Serunuk rasanya sesekali dapat berchuti, rasa nak lagi dan nak lagi. Tapi kena tinguk isi puket juga, bila pinensial dah stabil, baru kita jalan2 lagi ye nak, tiap2 bulan pun buleh. Tapi dalam pinensial tak berapa nak menjadi pun pelen untuk perchutian seterusnya dah ada. Pertengahan bulan depan mungkin ke Bachok, Kelantan - berchuti sambil menghadiri perkahwenan anak buah. Mungkin juga ke Penang, untuk chuti-chuti Malaysia. Kita chuti-chuti Malaysia dulu lah, tahun depan baru kita gi obersea hehehehe.

Sekian dulu untuk kali ini - chuti2 Malaysia.

Roger and out.

2 comments: