Tuesday, 14 October 2014

EXPLORASI BUKIT FRASER : LaYaN KoRNeR BuKiT FRaSeR

As-Salam & Salam Sejahtera,

Ad-hoc plan, tetiba teringin nak henjut naik Bukit Fraser. Tengok jam hampir 4 petang - sempat lagi ni. Tengok langit, mendung semachiam saja - apa kisah, hujan kalu kita berhenti berteduh.

Nekad terus capai riding gear, panaskan engine dan gerak sepantas kilat menuju Kuala Kubu Baru.

Ini kiranya kali ke-2 bawa FZ ambe ke Bukit Fraser. Pestaim dulu masa mula2 FZ keluaq kedai, terus henjut naik Fraser's. Masa tu masih guna tayar Kenda, punya la gayat nak kontrol muto. Ada rasa belut duk main geli2 kat tayar. 

Masa turun dari rumah, langit masih mendung2 manja gitu, sampai saja Kuala Kubu Baru hujan terus menchurah, amek ko. Terpaksa tumpang berteduh di Masjid Kuala Kubu - solat Asar teruslah.

Sejurus solat Asar hujan agak reda tapi masih merintik-rintik. Hujan machiam gini memang lambat nak berhenti, jadi redah sajalah. Chuma kena lebih berhati-hati sebab jalan agak lichin.

Pit perhentian yang pertama adalah Empangan Sungai Selangor;

Ini kali ke-2 FZ ambe berpeluang untuk bergambirun berlatar-belakangkan merchu tanda Empangan Sungai Selangor. Nak masuk dalam tak boleh kerana laluan ditutup, agaknya sebab hari Ahad. 

Memang berkabus atau lensa S3 yang berkabut? 

Paras air di Empangan Sungai Selangor masih tak berapa nak chun. Kesian warga Selangor/KL/Putrajaya. Moga2 catuan air tidak akan berulang dalam masa terdekat. Nak cebok pun berkira, nak jimat air punya pasal.

Pemandangan yang chukup chun. Hutan hujan tropika selepas hujan, berkabus dan mendamaikan. Khazanah alam ini agaknya sampai bila mampu kita pertahankan?

Biasanya ramai bikerz/riderz singgah sini tapi ari ni ambe sesorang saja. Maklumlah dah lewat petang, agaknya semua bikerz/riderz dah sedap layan selimut kat Fraser's tak pun tengah syiok duk layan pau Yik Mun. Ambe pula baru terhegeh-hegeh nak panjat Fraser's. Ilham lambat mai le katakan.

Next gerak ke Sungai Chiling dan santuari ikan air tawar pula. Sungai Chiling ni memang tempat untuk mandi-manda. Air dia sejuk dan nyaman, air bukit le katakan.

Tapi ambe tak mandi, main tinjau2 saja. Satunya sebab tak bawa baju mandi, keduanya kalau bawa pun malas ahhh nak tukar2 baju. Lagipun Fraser's belum sampai lagi ni, jam dah dekat kul 5.

Termenung kejap, sempat naik ke ni?

Ish datang rasa was2 la pulop. Apekejadah!!!!

Alang2 dah sampai henjut sajalah. On the way naik memang syiok, selekoh2 pendek, memang best layan. Tapi lutut tak boleh la nak cechah tar. Jalan lichin beb, kita korner sikit2 sudahlah.

Uik, sampai sini dah!!! Tak terasa beb.

Terserempak dengan geng2 Ninja dari Seremban. Kental depa ni, tayargolek dari Seremban, asah tayar kat Kuala Klawang, kemudian henjut Fraser's. 

Depa masa ni duk tunggu member lagi 2 orang tengah meleper kat Bentong. Muda2 lagi dah merasa pakai muto best. Ambe dah hujung 3series hanya mampu layan FZ saja, apa2 pun Alhamdulillah.

Lepas depa semua menyambung kembali tunggangan, ambo pun follow sama jauh dari belakang. Nak follow dekat2 segan ahhhhh, lagipun memang tak mampu nak follow pun ekekekeke. Bukan setakat makan asap, nak chium asap pun tak sempat.

Bagusnya la ni, nak naik ke puncak Fraser's Hill tak perlu tunggu giliran dah. Kalau dulu, ada masa2 tertentu kita buleh naik dan turun, sebab hanya guna satu laluan. Bila dah ada laluan berasingan untuk naik dan turun, banyak masa dapat dijimatkan.

Kat ataih memang wajib singgah menara jam Bukit Fraser's. Sekali nak selfie, tut tut tut bunyi bateri dah weak. Lupa nak off data rupanya, S3 ambe lately kalau on data mesti makan bateri. Nak minta kena setting le tu. Nak lepak minum hot choc pun tak best sebab sesorang. Jadi hanya mundar mandir tanpa arah.

Lagi pun tak boleh lama kat ataih tu sebab hari makin gelap. On the way turun ambe follow buntut Isuzu Dimax. Seram wei kalau turun sorang2 dikala Maghrib hampir menjelang. Nasib baik kat belakang ambe pun ada Storm sebijik, kira ambe jadi sandwich. 

Lega rasa hati bila dah sampai Kuala Kubu Baru. Pin-pin Storm belakang ambe bagi horn sambil angkat tangan. TQ sebab sudi jadi penyepit.

Dari Kuala Kubu Baru tak menyinggah mana dah, pulas minyak teghuih balik rumah mandi ayaq panas. Legaaaaaaa!!!!

Pin-pin..... Roger and out!!!

No comments:

Post a Comment