Wednesday 26 November 2014

Kembara Penang 2014 | Episod 01: Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Pulau Pinang atau dikenali juga sebagai Pulau Mutiara sememangnya cukup mencuri tumpuan bukan sahaja dikalangan turis tempatan malahan juga turis dari luar negara. Pearl of The Orient ini cukup masyhur kerana keunikkan budaya, makanan dan juga tapak2 warisan bersejarah.

Pendek kata Pulau Pinang memiliki pakej hampir lengkap sebagai pusat tarikan turis dari segenap benua.

Since turis obersea bertali arus datang ke Pulau Pinang, ambe sebagai orang tempatan juga yang masih terkapai-kapai dalam menikmati keindahan dan keunikkan Pearl of The Orient.

Bukan ambe tak pernah sampai ke Penang, pernah tapi bukan sebagai turis. Kunjungan terdahulu adalah kunjungan kerja, bila kerja mana sempat nak menyelinap untuk cuci mata, kita kuli je pun. Kalu boss lain lah, suka suki tuang kerja pun tak apa.

Bila dah ada kesempatan untuk berkunjung ke Penang sebagai turis, memang ambe cuba maksimakan masa yang ada untuk mengunjungi tempat2 tarikan pelancong sebanyak mungkin.

Tapi ternyata, jika hanya bermodalkan cuti selama 2 hari, memang tidak cukup. Penang terlalu banyak tempat menarik untuk dikunjungi, itu belum ambil kira tempat makan best. Pendek kata kena lebih 2 hari, mungkin 5 hari untuk hayati sepenuhnya keunikkan Pearl of The Orient.

Tambahan pula, kunjungan ke Penang ini disertai oleh anak bongsu ambe yang berumur 6 tahun. Lain2 ahli keluarga tidak dapat turut serta kerna komitmen yang lain. Bila berwisata dengan budak umur 6 tahun, keperluan dan kehendak dia juga perlu diambil kira. Terpaksa ubahsuai schedule perjalanan ambe, kalau tak, ada yang meragam bikin rosak progrem.

Antara tempat2 manarik yang sempat ambe dan anak kunjungi adalah;

1. Taman Negara Pulau Pinang
2. Taman Rama2 Pulau Pinang
3. Taman Rimba Teluk Bahang
4. Empangan Teluk Bahang
5. Batu Ferringhi

Tak banyak kan berbanding dengan wishing list. Nak buat machiam mana, cuti terhad, berjalan pula dengan budak kechik. Tak boleh lasak mana, tapi kira ok jugalah buleh sampai ke Taman Negara Pulau Pinang.

Jadi untuk edisi pertama Kembara Penang 2014 ini, ambe akan fokus pengalaman kami di Taman Negara dulu ye. Lain2 lokasi akan menyusul kemudian dalam entri yang berikutnya.

Taman Negara Pulau Pinang - sirius ambe tak pernah tahu kat Penang ada Taman Negara. Nazak betul pengetahuan ambe akan negara sendiri. 

Lokasi ini menerjah otak ambe dua tiga hari sebelum ke Penang, ye lah nak berjalan kita google2 le dulu tempat menarik untuk dikunjungi.

Tooing - tergoogle Taman Negara Penang, menarik!!! Terus jadi destinasi utama dalam wishing list. 

Untuk ke sana mudah saja, lebih2 lagi jika ada GPS. Dari jambatan Pulau Pinang kita akan susuri Tanjung Bungah, Batu Feringhi dan kemudian Teluk Bahang. Set saja pada GPS anda Taman Negara Teluk Bahang, Inshaa Allah akan tiba dengan jayanya.

Kemudian untuk ke Taman Negara dari jeti Teluk Bahang, buleh guna dua cara. Pertamanya dengan berjalan kaki melalui denai hutan, cukup edvencer tapi akan ambil masa yang agak panjang, stamina pun kena ada sebab kena guna kederat kaki.

Nak je ambe redah denai hutan itu semua, berjalan dipayungi oleh kanopi hutan, tapi disebabkan kunjungan ini turut disertai oleh budak kecik umur 6 tahun, ambe guna pendekatan kedua iaitu dengan menaiki bot untuk ke Taman Negara- lebih pantas dan kederat pun minima.

Ok mesti hang pa nak tahu kan, kat mana nak parking kereta, kat mana nak cari bot penambang, kat mana nak cari turis guide kalau perlu.

Ni dia nak habaq mai, ambe bercerita sambil tayang gambirun baru seronok;

Ni lah pintu masuk ke Taman Negara Pulau Pinang. Ada pejabat Perhilitan, nak masuk ke Taman Negara adalah percuma tapi kena daftarkan diri dan dapatkan permit masuk dahulu dari Perhilitan.

Eh sebelum itu kena parking kereta dulu kan? Ok, kalau anda mengadap pintu masuk ke Perhilitan atau Taman Negara, di sebelah kanan akan ada laluan ke tempat parking milik persatuan nelayan setempat. Mereka ada menyediakan khidmat tempat meletak kenderaan dengan harga RM3 sehari. Inshaa selamat, tempat parking tersebut akan ada orang jaga sehingga jam 10 malam. Lepas dari 10 malam rasanya, kereta anda akan bersendirian bersama kereta2 yang lain.

Jangan lupa lepas bayar pada attendan, dapatkan resit dan pamerkan pada dashboard kereta. Tak pun simpat resit tersebut elok2 untuk mengelakkan kesulitan dikemudian hari. 

Di luar pintu masuk ke Taman Negara, akan ada 3-4 pondok milik travel agent yang menyediakan perkhidmatan bot penumpang, khidmat turis guide dan juga pakej2 lawatan.

Biasanya harga satu bot ke Pantai Kerachut di Taman Negara sekitar RM80-100. Itu kalau anda mahu ambil satu bot yang buleh memuatkan 8-10 penumpang.

Pukul rata satu kepala tambang bot adalah RM10 sehala. Tapi bot tak akan jalan jika hanya anda seorang sahaja penumpang yang ada dan bayar cuma RM10 - tak balik modal katanya, rugi lagi ada.

Nak tak nak anda kena tunggu penumpang yang lain, kalau mampu dan tak mahu menunggu sewa saja satu bot - kalau banyak duitlah. Tapi kira nasib juga, kekadang kalau ada 4 (RM40) orang turis sahaja pun bot dah boleh jalan.

Ini agen yang ambe ambil perkhidmatan - Sinar Bahang Enterprise. Owner dia tak berkira sangat, naseb baik lagi ambe dapat berkongsi bot dengan satu lagi keluarga yang sama destinasi. Selamat duet ambe dari kena charter satu bot.

Inilah pemilik Sinar Bahang Enterprise - Suhaili nama dia. Buleh contact dia ditalian 012-563 3458 untuk bertanyakan sebarang maklumat - harga bot, turis guide malahan penginapan dan makan minum. Memang dia buleh uruskan semua, dari turis persendirian sehinggalah rombongan sekolah atau rombongan Kak Kiah. Semua dijamin beres katanya.

Masa ini juga kena kompemkan dengan agen, anda perlu perkhidmatan bot sehala atau dua hala. Sehala maksudnya ke Taman Negara anda naek bot, balik nanti jalan kaki melalui denai hutan. 

Kalau 2 hala, pergi dengan bot dan balik pun dengan bot. Bot akan datang ambil anda pada masa yang telah dijanjikan. Tak kisah pun pukul berapa anda nak balik, malam pun buleh tapi kena bayar obertime le kut pada pemandu bot hehehehe. 

Kalau dah sampai Pantai Kerachut, dah lepak2 baru teringat belum booking bot untuk balik ke Teluk Bahang machiam mana?

Ada dua penyelesaian, sama ada menapak atau minta saja bantuan dari renjer Perhilitan. Minta depa tulun call agen bot. Tapi kalau buleh janganlah susahkan depa nohhhh, depa pun ada kerja laen nak buat. Kita plan perjalanan kita supaya tak susahkan diri sendiri dan juga tak susahkan orang laen.

Tiket bot dah kompem, jum kita ke pejabat Perhilitan untuk daftar masuk ke Taman Negara dan dapatkan permit masuk. Anda tuju sahaja ke bangunan setingkat bumbung kaler hjau. Kat situlah kaunter untuk dapatkan permit masuk.

Permit masuk adalah percuma, buat masa ini tiada sebarang bayaran dikenakan. Masa hadapan tak tahulah kerana kos untuk menten kemudahan di Taman Negara Penang pun sudah semestinya akan meningkat ikut peredaran masa - kos pungut sampah, baikpulih kemudahan dan sebagainya.

Permit sudah di tangan tapi bot masih belum sampai. Jadi kita jalan2 tengok keadaan sekitar jeti di Teluk Bahang. Gambirun ini adalah bangunan pentadbiran Perhilitan dan penguasa Taman Negara Pulau Pinang.

Jeti kayu yang digunakan oleh nelayan tempatan. Sebelah kirinya jeti milik Taman Negara, tapi ditutup untuk kerja2 selenggaraan.

Disebabkan jeti masih ditutup untuk kerja2 penyelenggaran, bot2 akan mendarat di gigi pantai seperti bot di atas. Ini sekumpulan pelancong Arab yang baru pulang dari Pantai Kerachut, Taman Negara. Ramai depa ni kat Penang!!!

Jeti baru khusus untuk nelaya tempatan. Hanya bersebelahan dengan jeti milik Taman Negara.

Bot untuk ke Pantai Kerachut, Taman Negara Penang telah tiba. Selepas depa turunkan penumpang yang baru balik, giliran kami pula untuk naek ke Taman Negara. Dah rasa machiam naek long tail kat Krabi la pulop.

Nak panjat naek ke bot kena timing bebetul, silap timing basah kuyup kasut kena air laut. Nak selamat pakai selipar jepun sajalah.

Jum kita naek bot - eksaited bukan maen anak ambe. Terus meluru naek dan ambil seat paling depan hehehe. Keselamatan jangan dilupa ye nak, pakai jaket keselamatan!!!

Perjalanan ke Pantai Kerachut dari jeti Teluk Bahang tak lama, paling lama pun 10 min. Kalau pilot bot kaki merempit lagilah cepat sampai. Untuk sampai ke Pantai Kerachut, kita akan lalui beberapa lokasi menarik. Antaranya Monkey Bay dan batu-batuan yang menyerupai buaya, arnab dan penyu.

Monkey Bay dari jauh. Monkey Bay ini bukan sebahagian dari Taman Negara tapi milik persendirian. Ownernya dikatakan keturunan salasilah Boon Siew Honda, pemegang franchise jenama Honda di Malaya. Kaya bagak dia ni!!!

Walau milik persendirian, Monkey Bay terbuka kepada umum untuk mandi manda dan berpicnic. Monkey Bay juga satu-satunya pantai dibenarkan dibuat unggun api. Lain-lain pantai milik Taman Negara tidak dibenarkan pengunjungnya berunggun api sesuka hati.

Nampak kepala buaya tak? Perati betui2 hehehehe!!!

Penyu disumpah menjadi batu oleh Sang Kelembai. Tak pasti penyu jantan atau penyu betina - investigasi lanjut amat diperlukan untuk menentukan jantina penyu berbatu ini.

Sang arnab pun turut jadi mangsa - kesian, tak pasai2 keras jadi batu. Nakai bebenor ko ni Sang Kelembai!!!

Dah nak sampai Pantai Kerachut, Taman Negara. Serunuk budak kecik ni dapat naek bot, ambe suruh toleh nak amek gambirun pun tak dilayannya. Ko hepi abah ko pun hepi sama nak oii!!


Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang. Apa yang menarik kat sini? Antara tarikan utama kat sini adalah denai hutan - buleh sampai ke rumah api Mukahead, juga boleh tembus ke Teluk Bahang. Di sini juga ada tapak perkhemahan, berkhemah lah selama mana pun tak ada siapa akan larang.

Pantai ini juga merupakan lokasi pendaratan penyu - jadi sebuah santuari penyu telah dibina oleh Jabatan Perikanan untuk memulihara khazanah alam ini. 

Satu lagi tarikan utama Pantai Kerachut adalah kewujudan tasik meromiktik. Apa itu tasik meromiktik? Jum ikuti penjelajahan ambe dan budak kecik umur 6 tahun!!!

Kita tinjau dahulu kemudahan yang ada di sini;

Penunjuk arah, geram je nak terokai denai hutan!!! Manyak syiok la baca pengalaman bloggers laen. Ada yang jumpa serangga unik la, anak sungai la dan pelbagai lagi la khazanah alam yang tiada tolok bandingnya.

Ruang serbaguna, tempat solat/surau, tandas dan bilik mandi semua lengkap. Jika anda berkhemah pun, anda tetap dapat berak di tandas dan bukannya maen tonggeng disebalik pokok.

Tapak perkhemahan, siap dengan bekalan elektrik. Pondok kecil dibelakang itu adalah tempat masak memasak. Masak le apa pun, dijamin tak kebuluq kalau berkemping kat sini dengan syarat bawa ramuan dengan secukupnya.

Masa ambe tinjau2 tapak perkhemahan ini, ambe nampak 4 European tengah baek punya lepak sambil sembang2. Menurut renjer Perhilitan yang sempat ambe kenal di Pantai Kerachut, European cukup suka camping di Taman Negara, bukan sehari dua malahan ada yang sampai berminggu-minggu.

Suka nau depa dengan alam sekitar. Orang kita sanggup ka duk merelit dalam hutan sampai berminggu-minggu? Kecuali kerja balak, kalau sesaja je mungkin jarang benau nak jumpa kan nohhhh?

Opis Perhilitan di Pantai Kerachut. Jangan malas2 nak senyum atau bertegur sapa dengan renjer, kelak ada masalah depa lah tempat kita mengadu dan meminta pertolongan. Biasanya 2 orang renjer Perhilitan bertugas pada satu masa, dan turut dibantu oleh renjer Perikanan.

Itu lah serba sedikit kemudahan yang ada di Pantai Kerachut. 

Lepas ni kita ke tasik meromiktik pula.

Apa itu tasik meromiktik? Tasik meromiktik adalah tasik yang terbentuk dari pertembungan di antara air laut (muara) dengan air tawar (sungai). Pendek kata airnya bercampur aduk di antara air masin dari laut dan air tawar dari sungai.

Malangnya masa kami tiba, tasik meromiktik ini kering kontang. Menurut renjer yang sempat ambe temubual bichara, paling baek datang sekitar April-Mei (kalau tak silap memori ambe), masa itu air tasik akan naek mencanak.

Bagi besar sikit gambirun untuk memudahkan anda baca info bagi memahami apa itu tasik meromiktik.


Muara atau omputeh panggil estuary. Masa air pasang, air masin dari laut akan mengalir masuk ke tasik meromiktik. Tapi apa yang dapat anda lihat kat atas, air dari tasik yang mengalir ke laut sebab paras air yang surut. 

Jambatan gantung ini pula merentasi muara meromiktik, menuju ke satu lagi denai hutan. Denai hutan ini boleh dilalui oleh penjelajah yang kental untuk sampai ke rumah api dan juga Teluk Bahang. Berapa jam kena menapak dari Pantai Kerachut ke Teluk Bahang? Entahlah, kurang periksa pula ambe. Kalkulatornya, makin chargas penjelajah makin cepat la sampei.


Pandangan muara dari arah tasik meromiktik. Masa ni air tengah surut. Lepak2 sini sambil tengok helang menyambar pun syiok juga. 


Ini pula pandangan tasik meromiktik dari arah muara/laut. Nampak pancang puteh penanda aras air? Menurut renjer Perhilitan, pernah air naek melebihi pancang tersebut, naek pagi petang baru surut.


Jambatan Pantai Kerachut - menghubungkan Pantai Kerachut dengan hutan simpan Taman Negara Pulau Pinang.


View tasik meromiktik dari atas Jambatan Pantai Kerachut - kering kontang. Siapa tahu kepentingan tasik meromiktik kepada kepelbagaian biologi dan pelestarian alam? 

Khatam lawatan pertama ke tasik meromiktik, kita ke Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut - dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Kedua-dua lokasi ini tak jauh, jalan kaki kira-kira 10 minit kut. Kut la kan sebab tak tengok jam pun, tapi pada ambe memang tak jauh mana pun.

Masa jalan kaki dari tasik meromiktik ke Pusat Konservasi Penyu ternampak beberapa papan tanda menarik. Antaranya adalah;


Amaran bendera pantai - Pantai Kerachut ini ada beberapa lokasi yang tak berapa digalakkan untuk mandi-manda. Satu sebab kerana kehadiran ubur-ubur, satu lagi kerana lantai lautnya yang tidaklah landai tetapi wujudnya cenuram laut yang dalam. 


Biasa kita jumpa zebra crossing, kat Pantai Kerachut ada turtle crossing. Sape kena tengok kiri kanan sebelum melintas, kita atau penyu? Cer sembang!!!


Sapa buleh habaq apa maksud papan tanda ini?


Kan dah habaq dari tasik meromiktik ke Pusat Konservasi Penyu tak jauh mana. Sadar2 saja sudah sampai.


Pusat Konservasi Penyu ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehinggalah jam 4.30 petang. Pusat informasinya pula ditutup seketika dari 1 tengah hari ke 2 petang - renjer Perikanan pun nak rehat kejap, makan tengah hari dan solat Zuhur.


Ini dia bintang dan tarikan utama - anak2 penyu yang cumil lagi gedik. Buleh bergambar bersama anak penyu tapi make sure tak ada cahaya flash ye, kut2 nanti anak2 penyu ini silau sebab tak pakai Rayban!!! Hehehehe - sebab utama kekadang hidupan laut sebegini cukup sensitif kepada kadar pencahayaan - sebab lagi detail kena Google boh!!!


Bila tengok anak2 penyu yang cumil lagi lote mesti timbul rasa nak dipegang-pegang dan dicium-cium kan? Tapi buleh pegang ka? Jawabnya tak buleh, kan dah ditulis kat situ 'JANGAN SENTUH. Tapi ada gak yang buat2 tak nampak!!!

Nak pegang gak, kena minta izin dengan renjer Perikanan sebab depa lebih tahu cara nak handle anak2 penyu ini dengan cara yang betul. Nak pegang bukan sebarangan, ada cara2nya untuk mengelakkan kecederaan pada anak2 penyu. Penyu muda cangkerangnya masih lembut, salah tekan mahu barai badan depa!!!

Ada satu kisah nak kongsi kat sini. Anak ambe yang umur 6 tahun tengah lepak2 sambil tengok2 anak penyu. Ambe pula lepak jauh sikit sambil layan 100 plus, haus bah!!! Tetiba datang segerombolan pelancong dari luar, mungkin China atau yang sama genetik dengannya; species mata sepet. Turis guide pun ada sama duk explain pasal penyu dalam Bahasa Inggeris. 

Dalam duk explain tetiba turis guide tersebut celup tangan dalam besen dan tangkap seekor anak penyu, kemudian diserahkan kepada para pelancong tersebut suruh pegang sambil ambil gambar. 

Apabila melihat turis guide dan pelancong asing tersebut suka suki pegang anak penyu, maka terpacullah perbualan berikut;

Anak ambe: Eh, tak buleh pegang bah anak penyu. Nanti kena marah!!!
Turis guide: Mana lu tahu tak boleh pegang, tiada tulis mana2 sini kata tak buleh pegang (kompiden jawab sambil sengih2)

Anak ambe pun terjenguk-jenguk cari penanda kata 'JANGAN SENTUH'. Tadi ada katanya!!!

Rupanya penanda tersebut terjatuh kat belakang takungan air tempat anak2 penyu disimpan. Lalu anak ambe pun hulur tangan dan capai penanda tersebut, dan diletakkan kembali elok2 tepi takungan berisi anak penyu.

Anak ambe: Ini kan kata "JANGAN SENTUH'
Turis guide: Aiyaaaa, tak buleh sentuh ka?

Masa ni ambe tengok muka turis guide tersebut dah berubah sakan, nak jadi iras2 hulk pun ada hehehehe. Cepat2 dia ajak pelancong yang dibawanya beredar hahahaha.

###Budakkechikmemangjujursejujurnyatiadachilokchilok###


Rangka penyu agar - species penyu yang datang untuk bertelur di Pantai Kerachut. Kalau rajin buleh masuk jenguk apa yang ada di dalam pusat informasi, kena masa renjer Perikanan siap buat tayangan video lagi. Tapi ambe tak masuk sebab malas nak buka kasut. Anak ambe rajin, habis dijelajahnya pusat informasi tersebut, buleh la dia pegang anak penyu dengan IZIN renjer hehehehe.


Telur penyu yang dipungut akan ditetaskan di sini. Inshaa Allah dengan segala usaha oleh Jabatan Perikanan, Pantai Kerachut akan terus menjadi lokasi oleh penyu agar dalam meneruskan kemandirian dan legasi species mereka.


Pantai Kerachut - entah apa bebudak ni duk cari, cari kepah ke hape. Disebabkan tiada tempat lagi untuk dikunjungi, ambe cuma lepak2 di Pantai Kerachut sementara tunggu bot datang untuk ambil kami balik ke Teluk Bahang.

Jadi timing kena adjust bebetul, silap adjust jadi le machiam ambe. Lama betul nak nunggu bot sebab tadi janji jam 2 baru nak balik ke Teluk Bahang. Sekali sebelum jam 12 dah habis lawat apa yang ada di Pantai Kerachut.

Naseb ada bawa bekal air dan roti, buleh la elak kebuluq. Jangan lupa ye bawa bekalan air secukupnya sebab di Pantai Kerachut mana ada seben eleben!!!

Last2 ambe tertidur kat pantai sebab lama sangat menunggu bot.


Akhirnya bot yang dijanjikan dah sampai. Ini view dari atas bot, rumah2 kecil ini rasanya tempat ternakan ikan dalam sangkar ataupun tempat mancheng.


Jeti Teluk Bahang sudah kelihatan. Bila kaki dijejakkan kembali ke Teluk Bahang maka berakhirlah penjelajahan ambe dan anak ambe ke Taman Negara Pulau Pinang >>> Pantai Kerachut je pun hehehehe.

Inshaa Allah ada rezeki kita jelajah lebih jauh lagi. Kali ini kita jalan kaki jangan naek bot dah, buleh naik sampai rumah api tapi stamina kena ada lah. Bebudak stamina tak risau, stamina bapak budak yang perlu dirisaukan hehehe.

Akhirnya siap laporan pertama kembara kami ke Pulau Pinang. Nanti next entri kita sembang pasal lawatan kami ke lokasi lain yang berbaloi untuk dilawati jika ke Pulau Pinang.

Sehingga itu, salamat boh!!!

Kembara Penang 2014 Episod 2 | Kembara Penang 2014 Episod 3

18 comments:

  1. Salam,
    Saya mohon guna gambar untuk tujuan promosi Taman Negara please.
    Khairul Salleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada masalah saudara Amirul asalkan diletakkan caption/kredit kepada laman blog asal.

      Delete
  2. Terbaik !

    Penceritaan terperinci Taman Negara Pulau Pinang !

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. sesuai mandi x situ, pantai bersih n cantik x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali tuan, agak bersih dan terjaga jugalah. ada juga yang mandi manda cuma tidak ramai, dan tidak semeriah Feringhi.

      Delete
  4. kalau nak sewa bot untuk perjalanan balik shj ade x

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. inform sahaja agen atau pun pemilik bot. saya dulu guna khidmat agensi milik Pn Suhaili, contact number ada dlm entri saya di atas.

      Delete
  5. seronok je baca . kalau di monkey beach boleh camping satu malam tak ?

    ReplyDelete
  6. Papan tanda itu rasanya bermaksud dilarang berkhemah di pantai. Maaf jika salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi juga kut. klu berkhemah boleh ganggu ketenteraman penyu yang mendarat. Tqvm

      Delete
  7. Hiking situ boleh pakai selipar or sandal ke? Boleh tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je, ramai tourist selamber pakai sandal. tapi for safety, kasut lg ok.

      Delete
  8. Hiking boleh pakai sandal or selipar? Boleh tk?

    ReplyDelete
  9. maaf en...kalau kite pergi mcm tu je n terus ke pjabat pehilitan untk mohon permit blh ka.....

    ReplyDelete