Thursday 4 December 2014

Riadah Renang | Bukit Beruntung Golf and Country Club | 30/11/14

As-Salam & Salam Sejahtera,

Ini cerita minggu sudah, anak2 bising nak berenang. Maklumlah sudah cuti sekolah. Masing2 bosan tinggal di rumah dan banyak pula tenaga berlebihan. Lagi pun anak2 masih belum dibawa ke mana2 hotel (hotel maksudnya mandi kolam, booking hotel kena pastikan ada kolam renang) pada musim cuti persekolahan pada kali ini.

Lokasi paling dekat dan senang untuk sampai, Bukit Beruntung Golf & Country Club. Memang ini destinasi terdekat kami bila tiba2 anak2 gian mahu berenang atau main bowling.

Bayaran masuk agak murah, RM10 untuk kanak2 dan RM15 untuk dewasa. Kalau sekadar temani anak dan duduk2 tepi kolam renang FOC. Pernah suatu ketika dulu pihak kelab mewajibkan bayaran untuk semua, maknanya kalau hanya datang untuk temankan anak2 pun kena bayar RM15 untuk dewasa. 

Enggan bayar, anda tidak dibenarkan masuk ke kawasan kolam renang. Maka anak kecil anda terpaksa berenang tanpa pengawasan anda. Mungkin ramai yang komplen, sistem kembali kepada asal hingga kini. 

Mandi-manda baru bayar, jika sekadar datang untuk temani anak, FOC dan dibenarkan masuk ke kawasan kolam renang.

Hanya kolam renang dan arena bowling terbuka kepada public. Lain2 kemudahan seperti golf, tenis dan gym hanya terhad kepada ahli kelab. Yuran keahlian Bukit Beruntung Golf & Country Club kalau tak silap sekitar RM1k setahun. Boleh rujuk website mereka untuk maklumat yang lebih tepat.

Sekian, puas berenang dan main air anak-anak? 

Dah puas, jom kita balik hehehehe!!!

No comments:

Post a Comment