Monday 8 December 2014

RiDe To EaT : Cendol Pulut Behrang (Cawangan Hulu Bernam) | Dec 6, 2014

As-Salam & Salam Sejahtera,

Ride To Eat atau Eat To Ride?

Mana yang paling menyeronokkan?

Edisi sulung siri Ride To Eat ini kita ke Cendol Pulut Behrang, bukan kedai original tapi cawangannya di Hulu Bernam. Kedai cendol ini antara yang menjadi sebutan di Tg Malim, malahan pernah menghiasi dada2 akhbar tempatan.

Kalau anda dari pekan Tanjung Malim, sebaik sahaja melepasi Masjid Hulu Bernam dan Pusat Kesihatan Hulu Bernam (belah kanan anda), terus susur ke kiri. Simpang masuk ini sedikit tersembunyi oleh deretan kedai dan kadang kala kenderaan yang parking di tepi jalan.

Lokasi kedai cuma kurang 10 meter dari simpang tersebut.

Jika anda dari plaza tol Tg Malim pula ada dua arah yang anda boleh sampai ke Cendol Pulut Behrang cawangan Hulu Bernam. 

Jalan pertama, sebaik melepasi plaza tol Tg Malim terus susur ke kiri dan jalan terus sehingga anda nampak Pusat Kesihatan dan Masjid Hulu Bernam di sebelah kiri anda. Anda perlu belok ke kanan, pada simpang yang betul2 menghadap pusat kesihatan.

Jalan kedua dari plaza tol Tg Malim adalah, sebaik melepasi plaza tol, anda teruskan pemanduan ke hadapan sedikit dan belok kiri pada persimpangan lampu isyarat. Teruskan perjalanan sehingga tiba di satu lagi persimpangan isyarat (Taman Bahtera, Hotel Sahara). Di persimpangan tersebut anda perlu susur ke kiri, anda akan melalui kawasan perkampungan, dusun dan anak sungai. Teruskan memandu dan kedai tersebut akan berada di sebelah kiri anda.

Ini dia cendol special. Isinya ada segala rencham seperti pulut, jagung, kacang, cincau dan beberapa lagi yang ambe tidak kenal akan namanya.

Rasanya, anda kena rasa sendiri baru tahu akan kelazatannya. Tekak ambe jelas amat menyukai cendol dari kedai ini. Rasa santan dan manisannya diadun sebati dan secukup rasa.

Tidak terhad kepada cendol special, ada juga lain2 cendol seperti cendol biasa, cendol pulut, cendol kacang, cendol jagung dan cendol cincau.

Harganya, untuk semangkuk cendol di antara RM1.50 sehingga 2.50;

Ini harga cendol bungkus atau take away. Jika makan di kedai tolak saja harga di atas sebanyak 20 sen. Murah kan?

Cendol Pulut Behrang ini bukan sekadar menjual cendol semata malahan makanan dan minuman panas juga. Nasi goreng, mee goreng, mee bandung dan makanan bergoreng yang lain pada harga RM6 ke bawah.

Ambe sempat mencuba mee bandung Cendol Pulut Behrang. Sedap juga, lain 2 menu ambe belum berkesempatan untuk mencubanya.

Apa lagi, hidupkan enjin kereta atau moto anda. Cendol Pulut Behrang sedang menunggu kehadiran anda.

Selamat menunggang dan selamat menjamu selera!!!

No comments:

Post a Comment