6.52 am, 3 Jun 2015 - Disertakan dengan lafaz mulia kalam Allah, kami sekeluarga memulakan percutian ke pantai timur semenanjung pada awal pagi 3 Jun 2015. Perjalanan peringkat pertama ini yang bermula dari TM menuju KB dijangkakan mengambil masa di antara 6 - 8 jam. Jarak perjalanan yang bakal ditempuh kira-kira 461 km.
Antara bandar atau pekan kecil yang bakal kami lalui adalah pekan Grik, bandar Jeli dan seterusnya Kota Bharu. Kami sengaja memilih laluan Grik berbanding Gua Musang atas beberapa sebab. Antaranya kerana jarak perjalanan yang lebih singkat, dan lebih banyak tempat yang menarik untuk kami singgahi.
Lebuhraya pada pagi tersebut agak lengang. Tapi masih perlu berhati-hati dengan kamera AES.
Kamera AES ini letaknya di Sungai Siput arah utara lebuhraya Plus. Ambe sendiri pernah beberapa kali terjerat dengan perangkap kamera ini. Tapi cuma sekali surat saman sampai ke rumah, lebur RM300. Sejak itu, cukup berhati-hati. Nasib tidak menyebelahi beberapa kereta di hadapan kami, meluncur laju di lorong kanan dan kamera AES galak menyala.
Ini antara lokasi yang menjadi kegemaran ambe untuk mengambil gambar. Telah berbelas kali melalui kawasan ini, tapi kamera tetap berada di tangan untuk mengambil gambaran 'IPOH'. Bila dikenang kembali, satu stereng memegang stereng dan satu lagi memegang DSLR bukanlah tindakan yang bijak. Tapi ada otai overlander yang lagi hebat, satu tangan memulas throtle Versys manakala tangan kiri galak memetik kamera disepanjang lebuhraya. Bagi peminat tegar overlander, anda pasti cukup mengenali rider otai tersebut.
Menjelang 8.21 am, kami menghampiri RTC Gopeng dan mengambil keputusan untuk bersarapan di sini. Kebiasaannya kami bersarapan di RnR Sungai Perak jika berkelana ke utara. Tapi pengalaman lalu membuatkan kami muak dengan hidangan di RnR Sungai Perak. Terus terang kata, tidak sedap dan tidak berbaloi dengan harga.
Food court di RTC Gopeng ambe kira dibuka sedikit lewat. Ketibaan kami sebelum jam 9 mungkin terlalu awal. Kebanyakkan kiosk makanan baru buka pintu untuk memulakan operasi. Satu-satunya kedai makan yang beroperasi awal di sini adalah restoran mamak, Nasi Kandar Padang Kota.
Peminat mamak mungkin tiada masalah, seperti si bambam yang hidupnya cukup ceria berkuahkan kari sepanjang masa. Tapi yang bercitarasakan masakan melayu agak bermasalah juga, termasuklah ambe. Terus hilang selera untuk bersarapan.
Setelah mengisi perut dengan hanya segelas teh tarik, ambe meneruskan pemanduan dan tiba di Kuala Kangsar kira-kira jam 9.30 pagi. Kuala Kangsar kami sekadar lalu sahaja tanpa menyinggah.
Destinasi kami seterusnya adalah pekan Grik. Tapi mungkin pada masa hadapan, kami patut meninjau pekan Kuala Kangsar. Jika tidak silap, pekan ini menyimpan banyak khazanah dan sejarah berkaitan keluarga diRaja Perak. Kena sekali dengan gelaran untuk Kuala Kangsar, Bandar Di Raja.
Antara yang sempat ambe Google berkaitan tarikan pelancong ke Kuala Kangsar adalah;
a. Masjid Ubudiah
b. Istana Iskandariah
c. Istana Kenangan (Muzium DiRaja)
d. Galeri Sultan Azlan
e. Malay College
f. Menara Pavilion
g. Medan cendol dan laksa
h. Jambatan Sultan Abdul Jalil
i. Jambatan Victoria
j. Perusahaan labu sayong
k. Pokok getah tertua di Malaysia
Ini merupakan laluan yang menghubungkan Kuala Kangsar - Lenggong - Gerik. Kiri kanan dipenuhi kampung-kampung Melayu dan kebun. Nun dihujung sana pula bukit-bukau yang menghijau, kadang kala diliputi awan.
Tahukah anda, kawasan berbukit dan gunung ganang sekitar Lenggong dan kawasan berhampiran pernah menjadi penempatan manusia purbakala?
Jika berkesempatan, ada baiknya anda singgah seketika ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong (Koordinat 5 3.265N 100 58.45E).
Galeri Arkeologi Lembah Lenggong - Tarikan utama galeri ini sudah tentulah Perak Man.
Siapa itu Perak Man?
Perak Man adalah rangka manusia tertua yang pernah ditemui di Malaysia dan rangka manusia Paleolitik paling lengkap pernah ditemui di luar Afrika.
Penemuan ini dibuat pada tahun 1991 di Gua Gunung Runtuh, Lenggong oleh sekumpulan ahli arkeologi USM yang diketuai oleh Prof Zuraini Majid. Mengikut catatan, Perak Man berusia diantara 40-45 tahun sewaktu kematiannya. Dikira agak tua kerana jangka hayat manusia pada zaman Paleolitik hanyalah sekitar 30 hingga 35 tahun.
Selain daripada rangka asal Perak Man, galeri ini turut menempatkan artifak-artifak sejarah lain seperti alatan batu, batu bersurat atau lukisan purba pada batuan dan juga tayangan video berkaitan Perak Man.
Jika tingkat bawah galeri kaya dengan maklumat berkaitan Perak Man dan kehidupan manusia pada zaman Paleolitik, tingkat atas galeri pula menempatkan informasi berkaitan pemasyuran Lembah Lenggong selaku Tapak Warisan Dunia.
Untuk makluman, tiada bayaran masuk dikenakan ke atas pengunjung. Jadi jangan ralat untuk menyinggah ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong jika anda berpeluang mengunjungi daerah sekitar Lenggong.
Kami menghabiskan masa kira-kira satu jam di Galeri Arkeologi Lenggong. Meninjau dan berehat sejenak tanpa kit-kat. Sebenarnya lawatan singkat kami ke galeri ini tiada dalam perancangan. Ad hoc menyinggah setelah ternampak papan tanda menuju ke galeri, yang mana letaknya di persekitaran ladang kelapa sawit.
Selain daripada itu, anda boleh juga singgah sebentar di Tasik Raban dan sememangnya itulah perancangan sebenar kami. Tapi masalahnya Tasik Raban terletak agak jauh ke dalam, kena menyimpang sedikit jauh dari jalan utama Kuala Kangsar - Lenggong - Gerik. Memandangkan perjalanan kami masih jauh dan anak-anak kecil turut serta, perancangan ke Tasik Raban ditangguhkan ke lain waktu.
Cerita lanjut berkaitan Galeri Arkeologi Lembah Lenggong sila KLIK
Kira-kira 11.30 pagi, kami memasuki bandar Gerik. Singgah seketika untuk mengisi minyak di Petron. Kemudian melepasi pekan Gerik dan masuk ke Lebuhraya Timur-Barat.
Lebuhraya ini mempunyai sedikit nostalgia dalam keluarga ambe. Abang ipar ambe merupakan salah seorang kakitangan JKR yang menyumbang tenaga dan keringat sewaktu lebuhraya ini masih dalam pembinaan.
Lebuhraya Timur - Barat mengambil masa kira-kira 12 tahun untuk disiapkan (1970 - 1982).
Kenapa memakan masa yang terlalu lama?
Ini kerana, persekitarannya yang berbukit-bukau serta masih dipenuhi oleh hutan rimba pada masa tersebut. Mengikut catatan, lori dan jentera untuk pembinaan terpaksa diangkut melalui jalan air oleh tongkang besar.
Namun sebab yang paling utama akan kelewatan pembinaan adalah disebabkan Gerik merupakan kawasan hitam, pengganas komunis cukup aktif terutamanya di sekitar Banding.
Sejarah telah mencatatkan, beberapa orang pekerja JKR terbunuh akibat serang hendap komunis sewaktu bertugas untuk menyiapkan lebuhraya ini.
Sebuah tugu telah dibina untuk menghargai jasa-jasa mereka yang terkorban ini.
Tugu ini letaknya betul-betul di tepi Lebuhraya Timur-Barat. Lokasi secara tepat tidak ambe pasti, namun anda pasti akan temuinya jika memandu disepanjang lebuhraya.
Tugu ini dulunya hanya sekadar binaan tugu tanpa gazebo kecil. Kini persekitarannya telah diperindah dengan beberapa buah gazebo atau wakaf kecil. Sesuai untuk pemandu berhenti rehat seketika untuk menghilangkan lelah mahupun mengantuk. Nak picnic pun boleh, belakangnya ada anak sungai kecil. Tapi ambe tidak temui jalan untuk turun ke anak sungai tersebut.
Catatan pada tugu tersebut;

Jalan Raya Timur Barat (Gerik-Jeli) telah dibuka kepada lalulintas pada 1 Julai 1982. Banyak nyawa telah terkorban semasa kerja pembinaan dilaksanakan mulai tahun 1970. Ada yang terkorban semasa kemalangan di dalam kerja pembinaan dan ada yang diserang oleh pengganas komunis.
Di lokasi ini, 63 buah mesin jentolak tanah telah diletupkan oleh pengganas komunis pada 23 Mei 1974. Di lokasi ini juga tiga nyawa pekerja JKR telah terkorban dan beberapa lagi cedera dalam serangan pengganas pada 27 Ogos 1974. Beberapa serangan lain telah juga berlaku di sepanjang jalan Raya Timur Barat yang melibatkan nyawa dan kecederaan pekerja JKR dan anggota pasukan keselamatan. Kita memperingati semua yang telah berkorban nyawa bagi menjayakan pembinaan Jalan Raya Timur Barat ini.
Sila sedekahkan Al-Fatihah pada orang-orang yang terkorban di sini.
Tidak jauh dari tugu tersebut, terbinanya sebuah kem milik Rejimen Sempadan, asalnya Regimen Askar Wataniah Siri 300 yang bertanggungjawab mengawal keselamatan sekitar Banding dan jalan raya Timur-Barat.
Ambe singgah seketika, sekadar untuk mengambil gambar kereta perisai di atas. Tapi tersilap parking pada mulanya di kawasan larangan tentera, sehinggalah dihalau oleh sentri bertugas hahahaha. Nasib baik dihambur dengan kata-kata dan bukannya peluru.
Merentasi jambatan yang menghubungkan dua daratan yang dipisahkan oleh Tasik Banding. Jika diikutkan catatan sejarah, Tasik Banding merupakan tasik buatan bagi tujuan pembinaan empangan hidroelektrik. Kewujudan tasik ini juga menyukarkan pengganas komunis untuk melarikan diri ke sempadan Thailand.
Tasik Banding dikelilingi oleh hutan simpan yang telah diwartakan sebagai Royal Belum. Royal Belum cukup kaya dengan kepelbagaian spesis sama ada flora mahupun fauna.
Kepada yang cukup cintakan alam sekitar, Royal Belum cukup sesuai dijadikan lokasi untuk bercuti. Malahan terdapat beberapa hotel dan resort telah dibina disekitar Tasik Banding dan Royal Belum.
Belum Rainforest Resort - semakan di Agoda, harga bilik di antara RM500 hingga RM800 semalaman. Agak mahal bagi ambe tapi pengalaman jika berpeluang untuk bercuti di sini pasti tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Masih lagi di Lebuh Raya Timur Barat;
Nampak menarik untuk disinggahi. Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi dan ditutup pada pukul 6 petang. Tiada tiket masuk dikenakan ke atas pengunjung.
Jom kita tinjau persekitaran Pulau Banding Rainforest Research Centre. Agak lengang dan tiada kelibat manusia kelihatan.
Ada pameran berkaitan biodiversiti dan sosio budaya Tasik Banding. Tapi tiada sesiapa yang ambe temui untuk berkomunikasi.
Pandang kiri bangunan, pandang kanan bangunan eh! mana manusia?
Tinggalkan sajalah!!!
Menjelang 2 petang kami tiba di Jeli dan mula mencari masjid atau surau untuk bersolat dan makan tengah hari. Hidangan makan tengah hari memang telah dimasak awal-awal sebelum meninggalkan rumah.
Masjid Al Taqwa di mukim Bukit Lakota, Jeli menjadi tempat kami menunaikan kewajipan kepada Ilahi dan seterusnya mengisi perut. Bekalan dari rumah dinikmati dengan penuh berselera. Maklumlah pagi tadi tiada selera untuk bersarapan.
Perjalanan kami masih berbaki kira-kira 85 km sebelum tiba di hotel penginapan, Khalifa Inn Wakaf Che Yeh. Daripada Jeli, kami mengambil laluan yang merentasi pekan Rantau Panjang sebelum tiba di Kota Bharu.
Ramai yang lebih mengenali Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor sebagai zon bebas cukai yang utama di Kelantan. Sebenarnya ada satu lagi zon bebas cukai di Kelantan, yang dikenali sebagai zon bebas cukai Bukit Bunga.
Zon bebas cukai Bukit Bunga ini letaknya di Jeli, Kelantan. Disebabkan dalam laluan kami, jadi tidak sah jika tidak disinggahi.
Lazimnya, zon bebas cukai di Kelantan menawarkan barangan dari Thailand seperti buah-buahan, beras, permainan, alatan dapur dan juga pakaian. Begitu jugalah dengan zon bebas cukai Bukit Bunga yang terdiri dari deretan kedai kayu. Deretan kedai kayu di Bukit Bunga beroperasi dari jam 9 pagi hingga 7 malam. Kebanyakkan peniaga sama ada penduduk tempatan mahupun warga Thailand.
Barang jualan di zon bebas cukai Bukit Bunga, Jeli, Kelantan. Senario hampir sama jika anda berkunjung ke Rantau Panjang, Pengkalan Kubor mahupun Padang Besar.
Makanan, buah-buahan, jeruk dan beras secara relatifnya masih murah. Tapi lain-lain seperti pakaian, bergantung kepada kemahiran anda untuk tawar-menawar. Harga buka kadang kala tak masuk akal jika dikira dengan statusnya sebagai zon bebas cukai. Lebih-lebih lagi jika mereka sedar anda berasal dari luar Kelantan. Bersedialah untuk diperah habis-habisan jika malu untuk tawar menawar.
Tiada apa yang kami borong di sini melainkan buah mangga siam. Rasanya cukup sedap dan manis. Lazatnya mangga siam!!!
Seperti yang dikatakan, kami mengambil laluan ke Rantau Panjang untuk ke Kota Bharu. Tapi kami tidak singgah di zon bebas cukai Rantau Panjang kerana tiada keperluan. Jika nak memborong pun tiada guna, kerana kereta kami sendat dengan penumpang dan beg pakaian. Mana lagi mahu disumbat barang-barang shopping?
Kira-kira 10 km dari Wakaf Che Yeh, jalan raya tiba-tiba sesak. Merujuk kepada Waze, berlaku kemalangan di depan sana. Kami sangkut kira-kira 30 minit dalam kesesakkan tersebut.
Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta kancil dan kereta pesona. Pemandu kereta kancil yang merupakan seorang guru wanita terkorban dalam kemalangan tersebut. Berita kemalangan ini masuk berita jam 8 pada malam tersebut.
Al-Fatihah.
Akhirnya tepat jam 5.30 petang kami tiba di Wakaf Che Yeh. Hotel penginapan kami di Kelantan iaitu Khalifa Inn letaknya di zon komersial Wakaf Che Yeh. Wakaf Che Yeh ini sebenarnya tidak jauh dari Kota Bharu, jaraknya cuma kira-kira 8 km.
Review lengkap Khalifa Inn, sila KLIK
Apa yang menariknya di Wakaf Che Yeh?
Pasar malam, ye!!!!
Pasar malam Wakaf Che Yeh. Lokasinya adalah di zon komersial Wakaf Che Yeh, turun saja dari tangga Khalifa Inn, depan mata ada pasar malam. Berbagai jualan pada harga yang agak murah. Malam tersebut kami ronda-ronda cuci mata sambil mengunyah keropok lekor.
Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Baru nak memulakan perniagaan. Pasar malam Wakaf Che Yeh dibuka mulai jam 5 petang dan ditutup pada agak lewat malam. Disebabkan pasar malam ini terletak di zon komersial yang menempatkan banyak blok perniagaan, ruang parkir mungkin agak terhad. Parkir kenderaan juga dikenakan bayaran sebanyak RM2 bagi setiap kenderaan. Menariknya, bayaran parkir ini adalah percuma pada waktu bekerja (8 pagi hingga 5 petang).
Kedai makan pun banyak, boleh dikatakan sebahagian besar menawarkan menu selatan Thailand.
View pasar malam dari lobi Khalifa Inn. Ini masih awal, selepas waktu Isya' biasanya kawasan pasar malam akan penuh sesak dengan pengunjung.
Disinilah kami menjamu selera untuk makan malam. Lauk ikan kerapu masak stim dan dua tiga lauk yang lain dengan harga di bawah RM50. Sedap dan murah, Alhamdulillah.
Selamat Pengantin Baru Aida & Jang
4 Jun 2015 - Maklum mengetahui tujuan utama kami ke KB dan KT adalah untuk meraikan majlis perkahwinan saudara mara.
Jadi sepanjang 3 hari 2 malam kami di Kota Bharu, tidak banyak tempat yang sempat kami lawati. Dua hari habis untuk perjalanan manakala sehari untuk kenduri kendara.
Tiada masalah sebenarnya, kerana ini bukanlah kali pertama kami berkunjung ke Kelantan dan sudah pasti bukanlah yang terakhir. Jadi jika tidak sempat pada kali ini, Inshaa Allah kita berkunjung lagi ke Kelantan.
Keesokkan harinya kami bertolak ke Kuala Terengganu pula. Inshaa Allah ambe akan sambung penceritaan dalam entri yang seterusnya.

Assalam,
ReplyDeletepenuh bersejarah
ralit baca he3
soka3
kita ke timur dia ke utara hehehehe. best coti2 penang kan...
Delete