Tuesday, 15 September 2015

JoM BReaKFaST : WaRuNG TaNPa NaMa Di SuNGai SeLiSiK HuLu SeLaNGoR


Warung ini memang tak jauh dari rumah tapi ambe sendiri tak pernah menyedari akan kefemosannya. Cukup femos amos dikalangan penduduk setempat untuk bersarapan.

Mujur ada rakan yang ajak bersarapan di sini, jadi barulah sedar akan kewujudan warung ini. Lokasinya di Sungai Selisik, Hulu Selangor dan landmark paling mudah adalah Sekolah Agama Rakyat Sungai Selisik. 

Warung ini bertentangan dengan SRA Sungai Selisik.

Pernah dengar Restoran Selera Rimba? Restoran yang menyajikan lauk pauk rimba seperti landak, kijang, rusa, ikan baung etc. 

Jika menggunakan laluan dalam dari Behrang/Tg Malim, anda pasti akan limpas warung ini sewaktu menuju Restoran Selera Rimba.

p/s : Tunggu akan review Restoran Selera Rimba di lain siaran.

Apa yang istimewa di warung tanpa nama ini?

Nasi lemak dan roti canai.....

Hahahaha memang menu biasa-biasa sahaja tapi rasanya memang enak membuatkan warung ini menjadi tumpuan. Memang pelanggan tak putus2 tiba.

Selain nasi lemak dan roti canai, ada juga meehun sup dan mee sup. Tapi kebanyakan kastemer yang datang sini memang semata-mata kerana nasi lemak dan roti canai.

Memang tak ada papan tanda nama kedai kan? Tempat duduk pun tak banyak, warung kampung le katakan. Jadi lepas makan jangan duk sembang lama sangat noh, kesian kastemer lain tunggu tempat duduk.

p/s : WiFi percuma pun hado.

Kadang kala rupa biasa2 mempunyai rasa yang agak luar biasa. Ini nasi lemak paru yang ambe order, member order nasi lemak paru plus kerang. Menang sedap dan rasa nak menambah je. Harga pun berpatutan, kami order nasi lemak paru 2, nasi lemak paru plus kerang 2, nasi lemak ayam 2, roti canai 2 keping dan minuman, baru RM30++.

Esok cuti Hari Malaysia, dah ada rasa nak mai breakfast kat sini lagi hehehehe!


No comments:

Post a Comment