Salam Kemerdekaan yang ke 58.
Merdeka!!!
Merdeka!!!!
Merdeka!!!!!
Kemana kome cuti kemerdekaan yang lepas, balik kampung atau joint B.E.R.S.I.H 4.0?
Hahahahahaha!!!!!
Kami sekeluarga meraikan hari kemerdekaan dengan jalan2 balik kampung. Hari Jumaat lepas, ambe ambil cuti. Lepas sahaja solat Jumaat, kami terus gerak balik kampung.
Tersenyum lebar muka anak2, bukan sebab seronok balik kampung tapi dapat ponteng sekolah agama!!!!
Perjalanan balik kampung kebiasaannya mengambil masa diantara 6 hingga 8 jam bergantung kepada keadaan trafik dan juga berapa kali terpaksa berhenti disebabkan ada yang hendak terkucil.
Menjadi kelaziman ambe jarang meneruskan perjalanan jika hari telah gelap atau masuk waktu Maghrib. Kami tiba disekitar Kuala Lipis sekitar jam 7 petang, dan ada kira-kira 4 jam lagi untuk tiba ke kampung halaman ambe.
Jadi minta my wife Google hotel2 yang ada sekitar Kuala Lipis, juga rujuk TripAdvisor untuk lebih maklumat. Antara yang disyorkan oleh TripAdvisor adalah Lipis Plaza Hotel, Hotel Jelai dan Centre Point Hotel Kuala Lipis.
Baca komentar di TripAdvisor memang ketiga-tiga hotel di atas mendapat review yang bagus. Jadi kami decide, jumpa mana-mana yang terdahulu, itulah yang akan kami check-in.
Jadi, memang rezeki big boss Lipis Plaza Hotel untuk dapat duit kami. Lipis Plaza Hotel yang kami jumpa dahulu, masuk ke perkarangan hotel dan bertanyakan bilik.
Lobi hotel yang agak luas dan lapang. Jom kita tanya ada bilik kosong lagi ke tak.
Ada banyak bilik yang masih kosong rupanya. Bilik mana yang menjadi pilihan hati? Kami ber-4, jadi baik ambil Family Suite.
Family Suite yang kami pilih mempunyai konfigurasi 1 Queen Bed dan 1 Single Bed. Ngam-ngam untuk kami, 2 dewasa dan 2 kanak2. Siap ada 3 voucher sarapan. Kadar semalaman adalah RM160, kira murah jugalah dengan keadaan sekarang. Teringat 15 tahun yang sudah, RM160 sudah dapat tidur hotel bertaraf 3 bintang di Kuala Lumpur!!!
Receptionist minta juga deposit RM50 masa check-in dan akan dikembalikan semasa check-out. Kertas kaler kuning adalah voucher untuk sarapan pagi.
Dah dapat kunci, jom kita naik ke bilik. Kunci masih mengekalkan unsur-unsur hotel bajet hehehehe. Tapi sudah banyak hotel bajet tak pakai dah kunci sebegini, pakat guna swipe card dah!!!
Bilik kami di Tingkat 3, guna lif dan size lif agak kecil. Muat-muat dalam 5 atau 6 orang. Setiap laluan dilengkapi CCTV, jangan duk buat benda tak senonoh tak tentu tempat ye!!!
Nombor bilik kami!!! Buka pintu cepat, sape pegang kunci? Kami memang kecoh kalau nak masuk bilik hahahaha!!!
Sebelum ada yang berkubang atas tilam, baik ambil gambirun cepat-cepat. Saiz bilik kira2 10 x 20 kaki. Duh, siap bawa measuring tape ke? Tak lah, kira saja bilangan jubin dalam bilik der!
Gambirun bilik dari sudut yang lain pula.
Suka sakan kalau bilik ada beranda tapi ambe pula yang gerun, takut anak2 mengigau malam2 terjun bangunan hotel!!!
Lipis pesat membangun, agaknyalah.
Ruang parking luas dan banyak.
Ada kedai makan tidak jauh dari hotel, jalan kaki je dah boleh sampai.
Ada TV ada peti ais, mohon abaikan model kaki di atas.
Tandas ok bersih kebiruan, tak adalah geli sangat nak menenggek nanti.
Lepas fully inspection, kira puas hati jugalah dengan Lipis Plaza Hotel. Bilik tak adalah luas mana, lagipun hotel bajet maaaaaa. Nak luas sila ambil Executive Suit. Kebersihan lantai marbeles tidak berpasir, tandas pun bersih cuma terjumpa rambut seurat atas cadar. Think positive, rambut kami sendiri kut!!!
Rasa lapar pula, malas mahu keluar hotel boleh order room service.
Menu ada logo H.A.L.A.L dan harga kira ok lah. Tapi jangan terkejut kalau masa nak order, tetiba tak jumpa telefon dalam bilik.
Communal phone, setiap aras ada satu dan kebiasaannya berhampiran lif. Jika anda mahu call room service atau reception, anda kena keluar bilik.
Alang2 nak telefon room service kena keluar dari bilik, baik kita makan luar terus. Kami ke Abe Jo Cafe, sebelah je dengan Lipis Plaza Hotel. Kami lenggang kangkung jalan kaki tak sampai 5 minit. Makanan ok dan sedap, tapi portion sikit sangat la Abe Jo! Nanti ambe review pasal Abe Jo Cafe.
Malam berlalu tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Maknanya kami tidur nyenyak, tilam bantal semua ok walau tak senikmat tidur rumah sendiri.
Pagi keesokkannya...
Turun breakfast di coffee house Lipis Plaza Hotel. Pilihan makanan agak terhad, cuma ada kuey teow goreng, roti, cereal dan minuman. Ok lah dari tak ada langsung kan?
Kami kena tambah RM8 sebab kami ber-4 dan voucher sarapan cuma ada 3. RM8 kira harga untuk kanak2. Dewasa RM16 seorang le kut.
Jangan over expectation ye, makanan nak kata sedap sangat pun tak, tak sedap pun bukan. Pendek kata boleh diterima oleh tekak dan Alhamdulillah ambe suka.
Tak jumpa cari nama coffee house ini. Ruang coffee house pun tak adalah besar mana.
Pestaim jumpa benda ni kat coffee house hotel, mesin untuk buat potato mash. Anak2 suka banget dan berkali-kali tambah.
Hanya anak2 dan my wife yang cuba potato mash, depa kata sedap.
Basikal unta di luar coffee house. Atasnya billboard berkaitan Hutan Rimba Kenong. Jika berminat, boleh minta receptionist call tour guide untuk jelajahi Hutan Rimba Kenong.
Ramai pelancong menjadikan Lipis Plaza Hotel sebagai transit untuk ke Hutan Rimba Kenong, iaitu sebahagian daripada Taman Negara Pahang.
Memang dah set dalam kepala hotak, ambe akan kembali ke Kuala Lipis untuk terokai Hutan Rimba Kenong.
For us sekeluarga, kami berpuas hati dengan Lipis Plaza Hotel. Hotel bajet yang bersih, selesa dan kena dengan harganya.
Cuma jika anda tidak berkenderaan sendiri, mungkin agak sulit untuk kemana-mana terutamanya pada waktu malam. Ini kerana hotel ini pada perkiraan ambe agak jauh dari pusat bandar dan agak jauh dari convenience shop. Kut la tetiba malam2 haus atau lapar nak makan maggie.
Jadi baik top-up stok munchy2 awal2.
Sekian.
Terima Kasih sebab memberikan comment untuk hotel kami. Encik masih check in hotel kami semasa balik kampung?
ReplyDeleteYup... beberapa kali.
DeleteEncik boleh buat reservation via link ini:
Deletehttps://goo.gl/forms/gUhQy6a3bnqtgwYw1
Selain itu, sila encik memberikan feedback untuk kami:
https://goo.gl/forms/5f7DLQH1juvFKexH3
Encik pun boleh send email kepada reservation assistant untuk dapat promosi semasa check in: hwalipisplaza@gmail.com
Terima Kasih untuk pilih hotel kami! Saya harap boleh jumpa anda next time! :)
Terima kasih dan selamat maju jaya :)
Delete