Alang2 sudah sampai ke Kuala Terengganu, kami menyinggah sekejap ke Taman Tamadun Islam. Taman Tamadun Islam terbahagi kepada dua zon, Zon A menempatkan Taman Monumen (dikenakan bayaran masuk) dan Zon B menempatkan Masjid Kristal (percuma dan terbuka kepada public).
Dari jauh sudah nampak gah, tapi mood nak explorasi tak berapa nak mai, sebab kami sampai waktu remang tengah hari.
Panas ya ampun pak, panas banget. Pokok2 juga masih kurang ditanam, kalau ada pun tak berapa nak merimbun.
Ambe sengaja pilih parking yang paling hampir dengan Masjid Kristal. Hampir pun tak adalah dekat mana, tapi paling penting cepat sampai.
Kenapa nak cepat sampai?
Nak cepat2 menikmati penghawa dingin di Masjid Kristal hahahaha buruk pangai. Tapi hari memang panas masa kami singgah, memang wajar tindakan kami berlarian ke masjid semata-mata nak rasa duduk dalam air-cond.
Lepak2 sekejap hilangkan lelah, baru beransur ambil wuduk dan tunaikan mana yang menjadi kewajipan. Selepas itu baru ada tenaga sedikit untuk meninjau keindahan Masjid Kristal.
p/s: Makluman, solat Jumaat tidak dianjurkan di Masjid Kristal. Anda terpaksa ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Jumaat jika melawat Masjid Kristal pada hari Jumaat seperti kami.
Lampu kristal, entah berapa kilo beratnya.
Kepelbagaian events di Masjid Kristal.
Ruang solat wanita dibelakang, dan depannya ruang solat lelaki.
Ruang solat lelaki.
Saluran udara penghawa dingin, angin sikit punya sejuk, legaaaaa!!! Laju pun ye juga, mahu terselak kain dibuatnya hahaha.
Jom kita tinjau keindahan Masjid Kristal dari luar pula. Udara luar masih panas membahang, tapi tahan sajalah. Sekejap2 beli mineral water, alih2 beli Revive, memang haus dibuatnya.
Tak leh tahan, singgah kiosk dulu beli minuman.
Kristal lip lap ditengah panas yang merelit.
Ada taman untuk lepak2, cantik kalau landskap telah lengkap dan rumput-rumputan telah menghijau kembali.
Lokasi wajib untuk bergambirun sebagai bukti telah menapakkan kaki ke Masjid Kristal.
Done dengan Masjid Kristal, jom kita ke Taman Monumen Islam pula. Taman ini menempatkan replika masjid dan bangunan keagungan Islam dari beberapa buah negara berpenduduk Islam.
Walau seciput jarak, tetap drive dari Masjid Kristal ke Taman Monumen Islam.
Entrance ke Taman Monumen, ada menara dan tembok mengelilinginya seperti kubu.
Buat mana ini rasanya bilangan replika masjid dan bangunan agung masih terhad, belum menyeluruh dari segala pelusuk dunia Islam.
Antara replika yang ada;
1. Xian Mosque, China
2. National Mosque, Malaysia
3. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei
4. Al-manar Kudus Mosque, Indonesia
5. Pattani Central Mosque, Thailand
6. Sultan Mosque, Singapore
7. Taj Mahal, India
8. Etc
Berbanding Masjid Kristal (area Zon B Taman Tamadun Islam) yang tidak mengenakan sebarang bayaran, pengunjung ke Taman Monumen (Zon A Taman Tamadun Islam) dikenakan bayaran sebanyak RM21.20 untuk dewasa, RM15.90 untuk kanak2 warga emas. Kanak2 bawah 6 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran.
Taman Monumen dibuka setiap hari kecuali Selasa. Namun jika hari Selasa jatuh pada musim cuti sekolah dan cuti umum, taman ini akan dibuka seperti biasa. Manakala hari Jumaat pula akan ditutup sementara di antara jam 12.45 hingga 2.30 petang sebagai menghormati waktu solat Jumaat.
Selamat tinggal Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam Terengganu. Ada rezeki kami akan kembali sekali lagi.
Kembali untuk mencuba mengelilingi Masjid Kristal dengan menaiki water cruise. Lain kali kena datang waktu redup, awal pagi atau lewat petang baru selesa untuk menikmati keindahan taman ini.
Kembali untuk mencuba mengelilingi Masjid Kristal dengan menaiki water cruise. Lain kali kena datang waktu redup, awal pagi atau lewat petang baru selesa untuk menikmati keindahan taman ini.
No comments:
Post a Comment