Friday, 25 September 2015

SaLaM aiDiL aDHa 2015 DaRi BLoG DiaRI Si KeTaM BaTu





Allah Maha Besar

Allah Maha Besar

Allah Maha Besar

Alhamdulillah sekali lagi diberi napas dan kesempatan oleh Allah SWT untuk bersama-sama meraikan Hari Raya Aidil Adha dan terlibat dalam ibadah Qurban.

Tahun ini ambe sekeluarga meraikan Aidil Adha dikejiranan kami sahaja, pestaim dalam hidup tidak pulang ke kampung untuk beraya (kecuali masa jadi mat salleh celup kat obersea).

Sob..... sob..... sob!!!

Hatta jauh dari keluarga, ada seronoknya juga berhari raya bersama kariah dan jiran tetangga yang merupakan ahli keluarga juga bagi perantau.

Menariknya sambutan Aidil Adha pada tahun ini, tradisi baraan cuba diperkenalkan kembali oleh ahli kariah surau kami. 

Tradisi baraan merupakan satu tradisi masyarakat Jawa, dimana ahli kariah atau kejiranan akan berjalan beramai-ramai melawat dari satu rumah ke satu rumah. 

Ia dijalankan sama ada pada hari raya atau malam raya.

Kariah kami melakukan baraan pada malam raya dan malam berikut. Malam pertama 5 buah rumah diziarahi manakala malam kedua melibatkan 3 buah rumah.

Tidak ramai yang terlibat tapi bolehlah buat permulaan.

Apa aktiviti sewaktu baraan?

Biasanya akan bertakbir raya dari satu rumah ke satu rumah yang terlibat. Pastinya setiap rumah akan menyediakan hidangan, biasanya hidangan yang tidak terlalu berat.

Jika rumah pertama sekadar kenyang, masuk sahaja ke rumah terakhir masing2 seperti ular sawa kekenyangan. Memang kenyang betul, makan sikit2 setiap rumah tapi kalau sudah 5 buah rumah?

Hahahaha.... memang ular sawa jadinya.

Kariah inilah ambe sekeluarga berhari raya pada tahun ini.

Pada tahun ini kariah surau di kejiranan ambe menumbangkan 3 ekor lembu. Mungkin tidak sehebat surau2 atau masjid2 yang lain tapi kemeriahan tetap terasa.

Usai solat sunat Aidil Adha, jamah pula jamuan yang disumbangkan oleh pengerusi surau dan lain2 kariah. Paling umph adalah laksam, ambe punya peberet hahahaha!!!

Jika diikutkan perancangan, ibadah Qurban akan berlangsung tepat jam 10 pagi tapi biasalah kadang kala apa yang dirancang tidak sepertinya berjalan mengikut kemahuan.

Tapi tidaklah terlalu jauh lari dari masa yang sepatutnya, paling utama sifat muafakat sesama ahli kariah.

Menunggu masa dengan penuh debaran!!!

Tukang lapah profesional bersama kapak yang diimport khas dari obersea!!!

Semoga qurban kami diterima oleh Mu Ya Allah.

Berat sama dilapah.

Pengerusi pun turut sama bermandi darah.

Tuan Pengerusi - tadi melapah, ini mencincang tulang pula!

Bersedia untuk diagihkan.

Kariah kami mendapat bantuan dari sekumpulan buruh binaan yang berasal dari Indonesia.

Hebat depa ni semua, bukan main laju melapah. Masing2 dah pro, dari melapah hingga ke mencincang tulang, sekejap sahaja depa selesaikan.

Menariknya menurut warga Indonesia ini, di negara asal mereka, setiap bahagian lembu qurban akan dimanafaatkan termasuklah kulit dan kepala!

Kulit lembu qurban jika di Malaysia akan dibuang begitu sahaja, tapi di Indonesia akan diproses menjadi makanan ringan seperti keropok. 

Ambe sendiri berpeluang merasa keropok yang diproses dari kulit lembu, boleh tahan juga sedapnya.

Jadi kulit2 lembu qurban pada hari tersebut kami sedekahkan kepada warga Indonesia yang turut sama membantu. Selain kulit, kepala dan perut juga disedekahkan kepada mereka. Malahan tapak kaki pun mereka kata sedap dibuat sup, kalau warga Malaysia dibuang sahaja.

Bila dipikirin, sedap juga perut jika dibuat sup atau kerabu tapi surau kami jauh dari sungai, susah untuk bersihkan perut. Rezeki mereka warga Indonesia, sedekah atas jasa baik mereka membantu.

Muslimin bergelumang dengan darah lembu, muslimah pula bergelumang dengan segala jenis perencah. Menu tahun ini adalah sup dan kari daging lembu.

Lembu segar - terasa akan kemanisan dagingnya Alhamdulillah.

Alhamdulillah ibadah qurban kariah kami pada tahun ini berjalan dengan jayanya penuh dengan semangat muhibbah. Kerja melapah dan masak memasak selesai menjelang Zuhur. 

Tapi kerja-kerja pembersihan berlanjutan sehingga waktu Asar. Penat memang penat tapi keseronokkan bersama tetangga mengatasi segalanya.


No comments:

Post a Comment