Swiss Garden Beach Resort
2656-2657 Mukim Sungai Karang
Pantai Balok
26100 Beserah
Kuantan, Pahang
Tel: +609-544 7333
Fax: +609-544 9555
Website: http://www.swissgarden.com/hotels/sgrk/
Resort ini merupakan salah satu resort yang tersenarai dalam wishing list percutian kami. Jauh dari hiruk pikuk kota.
Perancangan sebelum ini beberapa kali tertangguh kerana bilik fully booked. Boleh dikatakan bilik2 di resort ini sentiasa penuh terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.
Kami pula memang weekend dengan public holiday je la pun kalau nak gi bercuti. Weekdays memang haram la nak dapat pelepasan cuti, tambah lagi anak bersekolah semuanya.
Kami pula memang weekend dengan public holiday je la pun kalau nak gi bercuti. Weekdays memang haram la nak dapat pelepasan cuti, tambah lagi anak bersekolah semuanya.
Tempahan bilik dibuat melalui Agoda, Executive Deluxe Room dengan kadar RM433.25 untuk semalaman. Secara peribadi, ambe rasa lebih menguntungkan jika membuat tempahan terus dengan pihak resort. Kerap kali pihak resort membuat promosi harga untuk bilik2 tertentu.
Lepas booking bilik melalui Agoda, baru gatal tangan nak klik promosi bilik di website Swiss Garden. Adeh amek ko, dapat murah dalam 50 hengget, banyak 50 hengget tu de!
Lepas booking bilik melalui Agoda, baru gatal tangan nak klik promosi bilik di website Swiss Garden. Adeh amek ko, dapat murah dalam 50 hengget, banyak 50 hengget tu de!
Room Promotions di Swiss Garden Beach Resort Kuantan klik
Dipendekkan cerita, tepat jam 3 kami sudah tiba di perkarangan resort. Disebabkan dari tempat parking ke lobi resort terpaksa mendaki bukit sedikit, drop off family dan barang2, baru ambe cari parking yang available. Nak parking kereta pun terpaksa berpusing beberapa kali, penuh dan penuh. Akhirnya terpaksa letak kereta di luar perkarangan resort.
Anak2 gigih mahu check-in awal, tapi malangnya bilik belum tersedia kerana bilangan pengunjung yang agak ramai. House keeping agaknya tak menang tangan ataupun ada pengunjung yang check out lewat.
Sementara menunggu bilik kami dipersiapkan, pihak reception membawa kami ke Malibu Pub yang dijadikan sebagai waiting room.
Ada makan minum tersedia, mee goreng dan lemonade. Tapi agak kurang selesa sebab semerbak bau rokok, lemas dibuatnya. Lepas makan minum, buang masa dengan jalan2 sekitar resort.
Pihak reception menganggarkan kami hanya boleh check-in sekitar jam 4 petang. Hambek, ada masa 1 jam lagi, cuma mundar mandir tak tentu hala. Selepas setengah jam menunggu, ambe mencuba nasib untuk bertanya dengan receptionist jika2 bilik kami telah tersedia.
Yippee nasib baik, bilik dah ready untuk kami check-in. Executive Deluxe Room, here we cum!!!
Barang2 ditinggalkan bersama bell boy, manakala kami semua pakat2 melenggang menuju bilik. Anak2 memang galak nak melompat atas katil, manakala ambe sendiri memang memerlukan tempat yang selesa untuk berehat selepas beberapa jam pemanduan. Dapat lelap mata sekejap pun jadilah.
Bilik kami - 8215. Mata masa ni dah layu sakan. Pintu belum buka tapi mata dah terbayang tilam nan empuk. Tilam oh! tilam di mana kau tilam. Haku nak baring golek2 dah ni.
Mashaa Allah, seronok rasa hati bila mata tengah mengantuk tetiba di depan mata terhidang bantal tilam sebegini. Namun memikirkan anak2 yang tengah excited untuk menyepahkan bilik hotel, terpaksa gagahkan mata sekejap untuk ambil gambirun.
Area solek-solekan dan aktiviti merenung cermin ajaib. TV masih belum terpasang kerana anak2 tengah gigih melompat atas katil. Jika TV telah on, sah2 kartun yang tertayang.
Fokus sikit apa yang ada kat sebelah TV. Ok, pamplet info untuk makan2 dan massage.
Menu room service - ada yang dah lapar tak?
Selipar hotel - setiap bilik ada disediakan selipar. Jika tak silap selipar ini boleh dibawa balik. Tapi rasanya kami tinggalkan di resort saja sebab bila sampai rumah, tak jumpa pun selipar ini dalam kereta.
Lantai bilik juga tidak dipasang karpet. Mungkin sebab itu selipar bilik disediakan. Bagus juga bilik tidak dipasang karpet, sebab belakang resort ini adalah pantai, silap2 karpet bilik penuh dengan pasir2 halus.
Nak puji sikit, lantai bilik cukup bersih tanpa butiran pasir. Maknanya housekeeping menjalankan tugas mereka dengan baik. Bukan sahaja lantai, bilik air pun bersih. Tepuk sikit untuk houskeeping Swiss Garden Beach Resort.
Clap! Clap! Clap!
Warna ceria di bilik air. Terasa begitu teruja dan energetic. Bath tub ini anak2 tak pandang pun sebab belakang resort ada pantai, juga swimming pool yang tunggu masa sahaja untuk diterjah.
Toiletries - warna warni yang memeriahkan sesi mandi manda.
Beranda bilik menyajikan pemandangan menghijau dan angin sepui2 language dari arah laut. Mata makin layu, campak kamera ke tepi dan hempaskan badan yang gebu ini ke tilam.
Baru sesaat mata terpejam;
Abah.... abah.... nak mandi kolam!!!!
Adeh.....
Menemani anak2 di swimming pool sambil cuci mata. Masa ini swimming pool belum fully occupied lagi. Kalau semua dah turun, nak adjust tangan untuk kuak lentang pun susah.
Biasanya ambe joint sekali untuk main cepuk2 air dalam swimming pool. Tapi kali ini malas pula untuk sexy berbikini bagai. Duk melepak je tepi swimming pool sambil bersembang dengan satu brade ni. Brade Maxis, hahahaha sebab dia kerja dengan Maxis dan ambe tak tanya apa nama dia.
Biasanya ambe joint sekali untuk main cepuk2 air dalam swimming pool. Tapi kali ini malas pula untuk sexy berbikini bagai. Duk melepak je tepi swimming pool sambil bersembang dengan satu brade ni. Brade Maxis, hahahaha sebab dia kerja dengan Maxis dan ambe tak tanya apa nama dia.
Puas mandi-manda di swimming pool, anak2 ajak main pantai dan mandi laut pula. Pantai di belakang Swiss Garden Beach Resort memang landai dan bersih. Namanya Pantai Balok.
Ombak pun tak kuat mana, sesuai untuk anak-anak berenang. Tapi keselamatan perlu diutamakan, jika anak2 masih kecil pengawasan ibu bapa amatlah penting kerana tiada Baywatch yang bertugas.
p/s: tetiba timbul mood nak sarung spender kaler merah dan berlari-larian ala2 David Hasselholf!!!
p/s: tetiba timbul mood nak sarung spender kaler merah dan berlari-larian ala2 David Hasselholf!!!
Senja di Pantai Mukim Balok - model yang sedang melentik seperti dalam gambirun di atas tiada sebarang kaitan dengan pemilik DSKB sama ada secara langsung ataupun tidak langsung hehehehe!
Jika sebelumnya gambirun senja, ini pula gambirun seawal pagi di Pantai Mukim Balok. Terasa aman dan cukup mendamaikan.
Apa lagi yang menarik di Swiss Garden Beach Resort Kuantan?
Ada banyak sebenarnya tapi ambe tak sempat terokai semuanya.
Antaranya adalah Tupai Kid's Club. Kelab ini khusus untuk anak2 yang berusia di antara 4 hingga 12 tahun, terletak di ground floor resort.
Aktiviti menarik di Tupai Kid's Club termasuklah batik painting, colouring contest, Wii Games dan sebagainya.
Details mengenai leisure activity di Swiss Garden Beach Resort Kuantan klik
Dine and unwind, tak ada apa yang ambe boleh review sebab sepanjang penginapan di Swiss Garden Beach Resort Kuantan, kami makan di luar. Malahan bersarapan pun di luar walaupun kami ada voucher sarapan daripada pihak resort.
Makan minum tak perlu risau sebab di sekitar resort ada banyak warung2 tomyam dan juga warung2 masakan melayu. Kalau rajin, boleh drive ke Tanjung Lumpur untuk menikmati seafood dan ikan bakar.
Dine and unwind di Swiss Garden Beach Resort Kuantan klik
Tempat menarik untuk dikunjungi si sekitar resort dan Kuantan klik
Secara ringkas, ini yang dapat kami simpulkan dari percutian kami ke Swiss Garden Beach Resort yang lalu;
1. Service and hospitality - excellent, kami beri 4 bintang.
2. Kebersihan - excellent dan harap boleh dikekalkan.
3. Rekreasi - mungkin agak terhad tapi mencukupi untuk kami yang ke sana sekadar untuk berehat.
4. Makan minum - sekitar resort ada banyak restoran tomyam dan seafood (kami tidak mencuba hidangan di dalam hotel).
5. Pendek kata kami amat berpuas hati dan bergembira sepanjang menginap di Swiss Garden Beach Resort Kuantan.
Hi, saya Azam, staff Swiss Garden Residences & Hotel KL, Berminat nak tahu utk promotion Swiss garden boleh call/WhatsApp
ReplyDeleteAzam 0148174706.
Kite bagi voucher free 3D2N.
Terms & Conditions :
Berumur 27Tahun Ke atas & Belom pernah dapat voucher drpd company swiss garden (bukan bank)
macamana nk dapatkan voucher tu..cdang hujung bulan 12 ni nk lepak kat swiss garden residences n hotel kuantan
DeleteHi, saya Azam, staff Swiss Garden Residences & Hotel KL, Berminat nak tahu utk promotion Swiss garden boleh call/WhatsApp
ReplyDeleteAzam 0148174706.
Kite bagi voucher free 3D2N.
Terms & Conditions :
Berumur 27Tahun Ke atas & Belom pernah dapat voucher drpd company swiss garden (bukan bank)