Thursday, 3 September 2015

JoM MaKaN : NaSi BeRLauK SeDaP Di KuaLa KRai, KeLaNTaN


Tradisi rakyat Kelantan untuk bersarapan adalah dengan nasi berlauk. Nasi berlauk maksudnya, nasi putih besertakan lauk pauk. 

Tak kiralah sama ada ayam gulai, ayam goreng ataupun lauk pauk yang lain. Ditambah pula dengan ulam timun dan sambal cili.

Kalau makan nasi berlauk di warung2 kecil, lauknya agak terhad, mungkin hanya ayam gulai.

Tapi jika ke restoran atau kedai yang agak besar dan ramai pelanggan, lauknya makin meriah. Ayam, daging, udang, sotong dan ikan dengan aneka jenis masakan, persis hidangan makan tengah hari.

Antara kedai nasi berlauk yang agak popular di Kuala Krai, Kelantan adalah Restoran Tanjung. Restoran ini menjadi sebutan dan telah wujud jika tidak silap dari tahun 80an lagi. 

Restoran asal letaknya di tengah2 pekan Kuala Krai, tetapi tidak pasti masih dibuka atau ditutup setelah kejadian banjir besar baru2 ini.

Restoran yang ambe sekeluarga kunjungi baru2 ini merupakan cawangan mereka yang ke-3 dan letaknya di Guchil, tidak jauh dari bandar Kuala Krai.

Alamat lengkap;

Restoran Tanjung 3
PT 4918 Jalan Besar Guchil (Guchil 4)
18000 Kuala Krai
Kelantan
HP: +6012-955 4144


Rambang mata nak pilih lauk yang mana kan? Ayam goreng ada, ayam gulai pun ada. Ambe biasalah ambil nasi berlauk tradisional, nasi putih dengan gulai ayam plus ulam timun dan sambal lebih.

Anak2 sudah pasti berlaukkan ayam goreng dan my wife fishball. Jarang jumpa nasi berlauk berlaukkan fishball!!!

Nasi sudah depan mata, apa lagi anak2, sila jamah dan mulakan dengan Bismillah.

Sedap anak-anak?

Sedap abah, tambah lagi sepinggan. 

Huh?

Memang sedap, berbaloi datang. Harga pun kira berpatutan tapi my mom kata mahal hehehehe.

Pelanggan berbilang bangsa turut mengunjungi restoran ini. Agak lengang mungkin disebabkan hari cuti. Jika hari bekerja, biasanya akan penuh sesak.

Sedap dan sedap, highly recommended jika anda tercari-cari kedai nasi berlauk yang sedap di Kuala Krai, Kelantan.


2 comments: