Monday 10 October 2016

PeNYaKiT MeSiN BaSuH SaMSuNG, ON TaPi TaK BoleH STaRT - MaSaLaH PCB BoaRD


Kami beli mesin basuh Samsung dengan kapasiti 7 kg pada bulan Jun tahun 2012. Ada masa seminggu sekali guna, dan acapkali juga hari-hari pulun.

Kira-kira 4 tahun kemudian, Oktober 2016, mesin basuh Samsung kami mula buat perangai, sakit buat pertama kalinya. ON power tapi bila tekan butang START, sunyi sepi. Tiada apa yang berlaku, air tak masuk dan rotor tak berpusing.

Mula Google untuk kenal pasti masalah. Antara blog yang dirujuk adalah Repair Peti Sejuk. Hatta nama blog repair peti sejuk, tuan tanah kedaung juga berkebolehan untuk repair mesin basuh.

Blog tersebut dan beberapa blog lain yang dirujuk menyatakan masalah tersebut memang sering berlaku pada model mesin basuh Samsung dengan kapasiti 7 kg.

Punca masalah adalah kerosakan pada PCB board.


Harga semasa PCB board sekitar RM300. Harga mesin basuh tersebut RM750, harga 4 tahun lalu. Kami buat timbang tara, mana lagi untung - tukar PCB board atau beli mesin basuh baru saja.

Timbang punya timbang, kami ambil keputusan mesin basuh tersebut masih boleh berkhidmat dengan baik jika dibaikpulih. Kami call technician yang kami kenal dan beliau quoted RM350 untuk PCB board beserta dengan upah.

Ambil masa tiga empat hari juga untuk PCB board yang dipesan untuk sampai, dari Johor kata technician kami. Akhirnya semalam mesin basuh Samsung kami bernafas semula selepas PCB board asal ditukar ganti dengan yang baru.

Alhamdulillah sekarang kembali berkhidmat, entah untuk berapa lama sebelum kembali sakit. Harap-harap genaplah 10 tahun berkhidmat macam mesin basuh yang lain.

Sekian.

Update 25 September 2017

Tidak sampai setahun mesin basuh Samsung berkapasiti 7 kg kami berganti PCB board, datang sakit buat kali ke-2 pula. Kali ini semua butang berfungsi dengan baik (boleh ON, boleh wash dan boleh juga rinse), tapi tak boleh nak spin atau keringkan kain pula.

Sekali lagi panggil technician yang sama. Beliau godek sana-sini cuba trouble-shoot. Check valve, pressure system dan segala komponen di panel belakang mesin. Semuanya ok, jadi technician tersebut jumped to conclusion, PCB board rosak lagi.

Mendengar saja perkataan PCB board, on the spot kami buat keputusan untuk biarkan saja Emchek Samsung tanpa dibaiki. Kami beli mesin basuh baru, Pensonic manual saja.

Leceh sikit guna mesin basuh manual sebab dah biasa dengan mesin basuh auto, tapi kami dah malas nak keluar belanja untuk PCB board yang harganya hampir sama dengan mesin basuh manual.

Sekian sekali lagi.

137 comments:

  1. cepat rosak jgk jnama ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib, 4 tahun dah meragam. Sebab itu ramai yang suka Toshiba, lebih tahan lasak katanya.

      Delete
    2. dekat mana pcb board ni ada jual ek?

      Delete
    3. boleh layari laman web Samsung Service Centre.

      Delete
    4. kat lazada ad jual...295 satu sekarang ni

      Delete
    5. saya menghadapi masalah yg sama - mesin booleh ON, tapi x nak START. terima kasih cerita pengalaman tuan/puan, oleh yg semikian sy buat keputusan beli baru... TQ.

      Delete
  2. baru kenaa sesaat lepas ni.. xboleh start juga. on ok je. selepas 4 tahun jugak πŸ˜‚πŸ˜‚ tu google info pasal mesin basuh ni. terjumpa blog ni. hahahaha.. nak melayang la duit nii. cobaannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesin kami pun dah rosak buat kali kedua. Terus tamatkan khidmat dan beli mesin basuh manual saja.

      Delete
    2. baru kena juga. 5 tahun berkhidmat. adeh..

      Delete
    3. hehehehe.... memang itu usia PCB board samsung kot. Saya give-up terus beli mesin basuh baru, manual sajalah sebab bajet tak berapa nak ada untuk angkut mesin basuh auto yang baru.

      Delete
  3. Uit..model samsung bro sama cam kita..sama penyakit..baru je terjadi xmasuk air. hanya boleh spin saja..mau repair atau tukar baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak masuk air, cuba tengok pump dan valve kat belakang. check juga PCB board. saya tak mahir, jadi terpaksa panggil technician tolong check.

      repair atau tukar baru, bagi saya bergantung pada kos. First time dulu repair, kali kedua tukar baru terus. Kalau PCB board rosak, pada saya baik beli mesin basuh baru saja. Kalau valve atau pump yang rosak, masih berbaloi untuk diperbaiki.

      Delete
    2. Alamak... Sy oun baru kne ni... Button on dan yag lain ok.. Tp button start xidup. 5 tahun gak berkhidmat... Huhu

      Delete
    3. Aisemen En Ejat. Ada modal tukar baru, mesin lama jual spare part kalau ada yang nak beli hehehehe.

      Delete
  4. Masalah yg sama ni...tdi pergi beli injet valve sbb air xmasuk..tukar baru sama juga ni...asalnya ok jer button start blh guna lg..cuma lps tukar injet valve button start dh x idup..masuk balik injet valve yg asal dahhh xblh guna lg button start..call techician td die ckp PCB board problem tu...adoiiii..klu 300lebih elok tukar mesin ka tukar PCB..budget larii niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..... tambah sikit lagi dah boleh beli mesin basuh baru, tapi manual sajalah. Ikut nasib juga encik, saya tukar PCB board baru tak sampai setahun, rosak balik. Kalau saya, baik saja beli mesin baru.

      Delete
  5. Sama la ngan saya mesin basuh button start x function br seminggu.peti sejuk pun sama rosak tahun lepas model samsung gak.dua2 beli thn 2012. Serik dah beli model samsung ni.

    ReplyDelete
  6. Huhu sama la. Beli tahun 2014. On kejap pastu mati. Kene beli baru jawabnyee.

    ReplyDelete
  7. Mesin basuh sy pun br gak rosak...model yg sama cuma sy pnya 10kg..pc board mcm ok je..on off start suma ok...cuma bla isi air..air xnk btakung dlm tu..hbs keluar melimpah ruah suma..dlm mesin lgsung xda air haaaa...tp nk spin bole lak..td tnya kedai pc board tu yg mslh..emm enthlh..xtau sm ada nk tuka or x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba buka drain pump, Ada getah hitam didlm, bersihkan stay ganti Yg baru

      Delete
  8. same la kite,jdi benda yg sama

    ReplyDelete
  9. Dh buat..tp still xleh jg..last2 anta kedai..kta pc board rosak..mcm xpcya pun ada hehe

    ReplyDelete
  10. Kalau keluar error code F1
    Maksudnya apa

    ReplyDelete
  11. Ado yai.. Kami pon baru alami masalah sama pg td.. Blh on tp xleh start.. Riki2 hok baru nmpk gayanya huhu

    ReplyDelete
  12. Sy guna brand hisense.bru guna 2 tahun.plastic pon x bukak lagi..pcb board rosak..rm250����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errrrr..... saya baru beli Hisense hehehehe.

      Delete
  13. Sy br jadi tadi...boleh on dan start,pastu air masuk. Tiba2 die off sendiri..bbrp minit tu die on balik. Then die on-off balik byk kali.... Ini pon selepas 4 tahun...knp ye tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Electronoc (PCB board) barang kali....

      Delete
    2. Alamak...mcm sya punya smlm..selepas 4 thn guna gak..semua berfungsi cuma suku on off je..x pandai habislah dia wash..nak tinse dgn spin terpaksa off dulu nak buang air diaπŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯

      Delete
    3. Sama la..selepas 4tahun.
      Lepas tgok komen2 smua,rasanya lebih baik tukar mesin manual jer la.tukar board rm450,tp nth brp lama ble tahan.πŸ˜…πŸ˜…

      Delete
  14. Baru kene gak ngan brand samsung ni..tga cuci tibe2 power off xbole cuci utk setting yg lama ..lepastu nk on balik xboleh,kne tggu sehari baru bole on..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Model ini memang kurang elok, nasib kita terbeli.

      Delete
  15. sape2 yg rosak mesin basuh samsung ni boleh beli pcb board atau part lain direct dari samsung centre. rm160 ori pcb board. waranti dua minggu. sye pn da dua kali rosak. memg tak bape elok brand ni. kalau pangil org luar cek lagi sakit hati cas dia. baik tkr sendiri. tak ssh pn.

    bole wasap samsung centre dkt bently 018-9891663 utk beli part. pos pn bole

    ReplyDelete
  16. Baru terjadi jugak. 4 tahun pakai model Samsung ni. Tgh wash n rinse.. Lepas dah buang air.. Tak boleh nak spin. Apa masalah dia.

    ReplyDelete
  17. Kalau perlukan khidmat sy utk repair mesin basuh d rumah blh roger 01111487469..

    ReplyDelete
  18. Mesin saya semua ok msuk air semua tpi bla wash dia xjln.spin jln plk.apa msalahnya ye.btu repair ja

    ReplyDelete
  19. Saya punya LG 8KG..beli harga rm850.. Pakai hampir 7 tahun. Bahagian dalam rosak.gedegang gedegang masa spin. technician kata bendelah apa patah. Mungkin kami suka overstuffed jadi motor terbeban. Rasanya dah capai ROI unit ni jadi beli baru ja.. Coba Sharp 9 kg plop..(Rm970 siap delivery)

    Kesimpulannya : Samsung tatak tahan.. πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. LG boleh juga masuk sampai 7 tahun, Samsung kami 3-4 tahun saja. Memang saya dah tak berani nak cuba mesin basuh Samsung (tapi kalau henpon dan TV LED saya masih setia dengan Samsung hehehehe).

      Delete
    2. Mak dan kakak sy pun pakai mesin basuh LG. Gedegang2 mcm bunyi kapal terbang nk berlepas.. haha tp lama juga kakak dan mak pakai, dlm 4-5tahun. dlm pada tu byk kali juga repair. Melayang Rm100++ setiap kali repair. Henpon samsung pun sama. Sy punya galaxy note 2 tiba2 mati x boleh hidup. IC part dia rosak.. dgr2 kat luar negara mesin basuh samsung ni meletup.. handphone pun sama. Skrg dh kurang percaya dgn produk samsung.

      Delete
    3. Ingat belikan mak mesin basuh brand BEKO. td survey nmpk review customer puas hati dgn kualiti. Brand dari eropah. Harga masih dlm lingkungan berpatutan. 9kg RM900++

      Delete
    4. Nanti bagi review pasal BEKO ye :)

      Delete
    5. Bergantung kekerapan penggunaan juga. Saya guna model SAMSUNG auto 7.5kg. Tahun ke-11 baru keluar masalah. Pernah tukar valve & board. Tapi belajar2 buat sendiri, kos tinggi jika hantar kedai untuk baiki.

      Delete
    6. 11 tahun, Alhamdulillah. Memang lepas ni buat sendiri saja, sebab bila tengok tukang buat, mudah sahaja sebenarnya.

      Delete
  20. kebanyakkn semua mesin auto blh tahan 5thn je

    ReplyDelete
  21. Hari ni mesin basuh sy Samsung wobble 7.5kg mula meragam. Wash ok tp bila time rinse air tak mau turun. Semua mode mcm Tu. Smlm bila guna mode quick boleh lg turun airnya. Masalah PCB juga ke ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba check valve dahulu, kalau valve semua ok boleh jadi masalah PCB.

      Delete
  22. Salam mesin sharp npa ye bila on pas2 terpadam balik

    ReplyDelete
  23. Aku punya mesin basuh toshiba 7kg bru rosak smlm. Bru beli 4th. Bila check, rosak pcb. Nk baiki caj dlm Rm320. Aku tak ckp byk, ptg td beli mesin basuh baru hitachi 16kg. Body grey colour. Geram punya pasal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tindakan yang bijak tuan. Terus saja beli baru. Saya dulu tukar PCB board pun tahan setahun je... nyesal buang duit sia-sia.

      Delete
  24. Ha cantik mesin basuh samsung 7 kg aku dah buat hal lps 4 tahun. Tetiba berhenti. Pcb la tu. Mau terbang rm 300 lebih. Aduhhh. Nampaknya semua terkena dgn samsung 7 kg ni.
    Apa pandangan en nak tukar pcb ke atau tukar baru?

    ReplyDelete
  25. biasanya samsung ni jika ganti pcb board mesti ganti water inlet valve sekali,jika x power akan masuk berlebihan dan pcb board akn cpt rosak lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq En Sanusi, info yang sangat berguna.

      Delete
    2. Salam nak tanya mesin basuh saya Singer 11kg wt5313 bila nak spin keluar isyarat de rosak apa ya? Basuh ok

      Delete
  26. kali ke dua problem..button start saja xmo jalan plak.tp ada time2 kena makan pujuk dan sumpah seranah die ok..tp bnyak yang xok.patut beli baru ke ni...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejap ok, kejap tak ok (jampi sumpah seranah hahahaha).... cuba riki2 dulu kos kalau nak baiki. Senang nak decide.

      Delete
    2. dah decide bulan depan nak beli baru...babai sumsung... kohkoh.btw, model apa yang bagus yer...

      Delete
    3. Toshiba ok kot.... kot la hehehehe. Dulu2 Toshiba memang tahan lama.

      Delete
  27. betul kot...family kat kg pakai toshiba tapi semi auto..problem skali saja. lepas repair elok sampai sekarang..usia sudah lebih 15 tahun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... Toshiba kat kampung pun sampai la ni boleh pakai, berapa belas tahun dah.

      Delete
  28. Sama model mcam msin bsuh saye..bru arini buat prangai..tekan button start dia xnak idup..tpi kire dh halal gna laa.,sbab bli dlu thun 2011..skang tgh pkir2 nk bli bru or nk baiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira ok jugak la, sempat 7 tahun. kami ni 3-4 tahun saja.

      Delete
  29. mesin basuh saya jenama midea. bila on air x keluar. lepas tu berpusing sekejap then berhenti. gara2 ada tikus kat dalam tu. xnak keluar. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh! degil bebenor la pulak hahaha. jangan mati membusuk dalam mesin sudah...

      Delete
  30. Mesin basuh boleh on..bila tekan button start..terus off smpi tendang electric breaker..masalah pcb jgk ke tu?

    ReplyDelete
  31. Pcb board w95v3.. cari kat shopee.. ori dlm RM220. Made in china dalam RM145-RM160.

    ReplyDelete
  32. Terima kasih atas info Blog ini kerana mesin basuh saya mempunyai symptom yang sama juga. Saya baru berjaya membaiki sendiri mesin basuh dengan membeli spare PCB di Lazada. Cuma taip part number dan harganya dalam RM 150 sahaja. Plug and Play, alhamdulillah berfungsi seperti biasa.

    ReplyDelete
  33. Mesin basuh mak saya Samsung 10kg tekan button Start takde function. Ahad minggu lepas baru tukar PCB board melayang rm340. Tadi nak basuh baju dah takleh tekan button Start tu. Taktau la ape masalahnye lg aduiii

    ReplyDelete
  34. samsung..ohhhh samsung...hari ni tjadi air tk btakung...valve blkng cntik...buka sdiri tgk..
    lampu kt main suis belah set air asyik nyala kt low...set kat medium pun kedua2nya nyala...kikikik...cnfirm pcb ni...fikir dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh DIY bagus juga tuan, kat Lazada katanya cuma RM150

      Delete
  35. samsung 7kg...mula meragam.. on/off lepas 4tahun...beli baru ka nak pebaik. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai umur dah kot, beli baru je lah hehehehe.....

      Delete
  36. Salam. Sapa dapat membantu ye.. air x mau stop smpi melimpah dari tab. (Da ganti pcb board, water pressure control). Rinse n spin ok. Ssmsung 10kg wooble.

    ReplyDelete
  37. Baru pakai 2tahun lebih. Mesin asyik mati tiba2.

    ReplyDelete
  38. Ari ni jd kat sy plk...tp bukan samsung..pensonic 6.5kg....penin jgk pala pikir nk repair or nak beli baru...tkut nti repair...bole pki 2 3 bulan je....adoiiiyai

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli baru je hehehehe..... cari trusted brand.

      Delete
  39. assalamualaikum..pcb yg bermasalah button start atau button lain masih boleh repair..sy pun technician ..harga repair tak sampai rm130 pun..alhamdulillah setakat ni customer sy dah guna 5 tahun masih tiada masalah..pcb local dalam rm160. pcb ori dalam rm360 dan bergantung atas model2 board.. walaupun beli di centre tapi tiada waranty ya..melainkan beli mesin basuh baru tau..kalau ada sesiapa nak repair pcb atau apa2 pertanyaan boleh whatapps sy 01121779743..biar untung sikit janji anda puas hati dengan apa yang anda bayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan, info yang bagus.

      Delete
    2. Terima kasih boss dtg repair button start sy..harap2 bertahan lama la ye..

      Delete
    3. Sama2 aminz ..Apa2 whatapps je saya

      Delete
  40. Samala kita tuan samsung 7kg ni mmg suka buat hal. Pakai baru dlm 4-5 thn, on off suka suki dia. Abisla bonus thn ni buat beli mesin baru haha..

    ReplyDelete
  41. mesin basuh auto dpt jln dlm 3 mnit je pastu mati..bila nk kne hidupkn semual kne ttp suis lbh krg 15 mnit bru dpt power blik tu pn jln dlm 3 mnit mati balik..ape mslh yea 4 thn pkai 3 kali pindahπŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya samalah dgn kes sy..tp kenape ye jadi begitu..

      Delete
    2. Pcb dah problem tu boss ..Boleh tukar board baru atau nak murah pakai universal board je ..Apa2 boleh whatapps sy 01121779743

      Delete
  42. Assalamualaikum nak tanya mesin basuh saya Singer 10kg wt5010 bila nak spin keluar isyarat E2 ? Basuh ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, E2 biasanya berkaitan drain error. Mungkin tak dapat drain sepenuhnya (jika rujuk manual).

      Delete
  43. Baru jadi semlm..nak on masuh baju tak dapat...saya pun mcm encik jgk..baiki dlm setahun lbh...ingat nak beli baru tapi terbaca ada baget repair rm150 mcm nak repair je...sblm ni dah berkhidmat 6y...tp suami suruh beli baru nak pi tgk2 ada sale boleh dgn baget ok lah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada readers kat atas kata beli sendiri parts kos 150 je, terpikir juga nak baiki sebab masih belum buang. tapi bila dipikir karang setahun je ok, buang duit je..... ada bajet lebih beli baru lagi ok kot.

      Delete
  44. saya pakai manual gn auto..sebb takut salah satu rosak..last mesin auto saya ni buka tkda api..lektrik tk msuk..kes tempias hujan entah mna puncanya

    ReplyDelete
  45. Asslamulaikum Tuan, saya ada masalah dgn mesin basuh automatik 5.2kg, basuh boleh bila nak kering buang air boleh masa nakmula.pusing mesin basuh dia dah pergi mode masukan air balim ...moho m pencerahan dari Tuan terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, maaf tuan. Kita tunggu respon dari readers lain.

      Delete
  46. Mesin basuh samsung saya pon sama. Start button tak berfungsi. Saya repair sendiri. Kalau nak tukar PCB, pastikan valve pun ditukar. Sebab biasa valve tu punca PCB rosak.

    ReplyDelete
  47. Ni pun baru kena..melayang duit..

    ReplyDelete
  48. Sy pn samsung 6.5kg Alhamdulillah..guna dr thn 2005-2019 (14thn)..rosak pn sbb button tu mmg dah berlubang..lps tu ank tertuang air..so mmg confirm pcb kna tkr.. skrg tgh servey nak beli baru..ttp xtahu lah samsung skrg blh setahan model yg penah sy guna atau sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas hati, 14 tahun berjasa. Orang kata model sekarang bertahan 4-5 tahun je.....

      Delete
  49. Salam.........mesin basuh jenama Samsung dah meragam...... Bila mode on air tak masuk senyap saja............. Aap masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba check valve dulu. http://seventhwo.blogspot.com/2017/08/diy-baiki-mesin-basuh.html

      Delete
  50. Mesin basuh sy pun Samsung juga, yg 7.5kg.. beli tahun 2009, kiranya hampir 10 tahun jg guna..alhamdulillah setakat ni belum pernah ada masalah apa2, penggunaan kerap jg dan tiap kali mendobi mesti 2 kali basuh, kali pertama guna mode economy dan kali kedua super clean.. ni sy duk fikir nk upgrade mesin basuh kpd 12@16kg, rasa syg pd mesin basuh yg xpernah beri masalah ni menebal juga cuma ahli rumah dh mkin bertambahπŸ˜… dan kalau boleh mmg nk cari brand samsung lg, berkenan dgn mesin samsung yg ada teknologi wooble dan besen kt atasnya tu.. tp bila baca confession kat sini, hmm kena try tukar brand lain agaknya...kalau ada apa2 cadangan dialu-alukan ya...😊

    ReplyDelete
  51. Saya guna Samsung turbo drum 8.5kg dah masuk 10tahun.hari ni pula dia buat hal.blh on tapi bila tekan start keluar kod.error dE. Tu yg merayau sampai sin

    ReplyDelete
  52. Salam tuan..mesin basuh sy mule2 on dah pusing..3-4 minit die off tibe2..dan lepas tu sy cabut dan pasang plug blik ok plak..same jgk 3-4 minit of sndri..skrg dh x on2 terus..sbb ape ye tuan..mohon info tuan hehehe nak nangis pun ade ni

    ReplyDelete
  53. Di hari merdeka ni mesin basuh sy buat hal.. x leh nk tekan button start..bila on ok jer..bru nk rehat2 cuti2 ni..tgah pkir2 nk beli bru ke x..huhuhuhu

    ReplyDelete
  54. Mesin basuh saya Sharp inverter 14 kilo, bila on,lampu timbang turun naik, turu naik terus senyap, tak boleh basuh dan spin,nak check capacitor,tiada capacitor, motor pun tiada,rupanya pakai torque motor.Apa masalahnya,mungkin pcb rosak

    ReplyDelete
  55. Baru hari ni rosak.ntah ttba pnyakit nk sama macm ni atas .x silpin.. on pon x leh

    ReplyDelete
  56. Mesin basuh samsung 7 kg mmg selalu problem..baru pakai setahun dh buat hal..tgh2 basuh boleh mati skrin dia..mmg board dia rosak la ni

    ReplyDelete
  57. Mesin basuh sy sama jenama Samsung 7.5kg dh 8 tahun guna..ni kes kedua..yg first htr repair kena c as rm90..2 tahun berkhidmat..tiba2 dalam minggu ni masalah yg sama juga muncul.. start button xberfungsi..harap2 dapat la harga yg sama mcm 2 tahun lps..��

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau 90 boleh tutup mata lagi, sebab murah.

      Delete
  58. Benda yang sama baru terjadi pada mesin basuh saya selepas hampir 5tahun mengunakan khidmatnya 😭😭.. Terima kasih atas perkongsian.. Akan membuat timbang tara untuk membeli brand toshiba

    ReplyDelete
  59. 1) Mesin basuh Samsung 7:~9 kg sekarang bukan buatan Korea dah..OEM Thailand

    2) PCB & Components & Parts...Manufacrurer warranty tak lebih 2 tahun..kecuali Motor 5 tahun...tapi Motor + Belting sepanjang 2000~2019 tak pernah bermasalah...

    3) Code uE= drum unbalance...atur semula pakaian dalam drum...berat tengah...ringan keliling...InsyaAllah boleh spin...

    4) Code dE= Door Sensor Error...tutup switch + buka panel belakang...ada switch pintu dekat spring....spray WD40 ...

    ReplyDelete
  60. Setelah 5 thn,akhirnya samsung saya buat hal...RM 370 melayang.PCB rosak😭😭😭,lain kali saya tak nak beli samsung,moga2 dia boleh brkhidmat 5 thn lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. PCB memang naya, harga hampir separuh dengan harga mesin basuh. Tapi ada orang ajar DIY sendiri, nampak mudah dan harga PCB pun dalam 150++ kat Shoppee.

      Delete
  61. Minggu lepas mertua sy menghubungi sy mengadu medin basuh beliau samsung WA95V3 7.5kg merajuk, sy pun tak ingat dah bila adik ipar sy beli dulu.
    Mertua sy ni gitulah bila ada masalah sy la org pertama dia mengadu, baik mentol lampu padam ke, perkakas dapur rosak ke, masalah anai2 ke, kereta rosak ke hingga lah rumput halaman rumahpun sy uruskan.
    Pendekkan cerita kebetulan masa tu sy berada di Shah Alam hantar anak belajar di MSU terus menghubungi kedai elektrik tempat sy beli mesin basu sblm ni model toshiba 7.0 kg, kecik aja sbb mertua sy ni tinggal sorang dah.
    Pulang dr Shah Alam terus sy ambik model ssmsung yg rosak tu bawa ke rumah utk didiagnos apa kerosaksnnya,
    Wah power supply bernasalah, buka controll board , check punya check nampak la satu resistor kat bhgn power supply tu macam terbakar.
    Check electric supply pd resistor memang confirm di situ masalahnya, tp problemnya tak tau berapa nilai ohm pulak resistor tu sbb dah terbakar, klu ganti yg baru tak sepadan nilai ohm lain pulak jadinya.
    Search kat google skematk diagram tak ada, klu nak beli set tu adalah kat lazada @shoppi. Klu ori agak mahal hampir rm200 tp klu cina @ thai punya rm100
    gitu
    Kot2 mana pun sblm order nak cuba ganti part yg risak dulu, doakan sy berjaya diy

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum...Post ni da lama..tapi saya rasa tak salah kalau saya kongsi pengalaman saya dengan mesin basuh samsung 7kg ni tak kira apa model..selalunya kalau tukar pc board memang wajib kena tukar water inlet dia sekali.Baru mesin akan tahan lama macam saya dah hampir 5 tahun tukar masih lagi berfungsi dengan baik.mesin pun dah lebih 10 tahun dah.

    ReplyDelete