Saturday 5 August 2017

CERITA RAYA 2017 PART III - AKU RAYA DI TENOM SABAH !



PART IPART II - Kisah sebelumnya.

Caca-merba penceritaan aku tapi bertabahlah kalau korang masih minat nak baca. Tak berapa menarik mungkin cerita raya aku tapi cukuplah untuk aku coret dan jadikan kenangan.

Boleh dikatakan hampir kesemua warga desa aku dan sekitarnya adalah warga tani. Hidup sebagai petani korang tahulah, pendapatan tidak menentu. Kadang-kadang sekadar cukup-cukup makan sahaja.

Jadi tak kesemua mampu memiliki kenderaan 4 roda melainkan motosikal semata. Sekadar motosikal mana nak muat seisi keluarga nak pergi beraya.

Sebagai alternative, mereka biasanya akan pergi beraya secara berkonvoi. Cari dua tiga buah 4 wheels ataupun truck pick-up, kemudian naik ramai-ramai. Kekadang belakang truck pick-up penuh dengan penumpang.

Berdiri ramai-ramai dalam pick-up, terhuyung-hayang sebab jalan kampung bukan elok sangat, sambil bergelak ketawa. Nampak macam membahayakan diri tapi seumur hidup aku tak pernah pula dengar sebarang malapetaka.



Kalau di bandar-bandar besar, menjadi kebiasaan politician buat rumah terbuka. Jemput rakyat jelata dan potential voters datang bertandang. Tempat aku yang pedalaman pun ada juga. 

Siapa sangka, Tenom menyimpan seorang ahli politik yang berpotensi, Jamawi Jaafar yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom.

Turut menerima jemputan tetapi atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan aku dan keluarga tidak dapat menghadirkan diri.



Jika diikutkan cerita orang lama, tapak surau ini diwakafkan oleh seorang mualaf. Aku tak tahu nama asalnya tetapi selepas memeluk agama Islam, beliau lebih dikenali sebagai Haji Azmi.

Namun selepas kematian beliau, dan semakin kurang penduduk beragama Islam kerana berhijrah ke tempat lain, surau tersebut terbiar dan diabaikan untuk tempoh yang agak lama. 

Seingat aku memang belasan jika tidak puluhan tahun surau ini ditimbuni semak samun. Tapi Alhamdulillah, pada Ramadhan yang lepas Surau Haji Azmi kembali diimarahkan. Solat tarawikh diadakan saban malam sepanjang Ramadhan, begitu juga dengan solat 5 waktu.

Semoga surau ini akan terus diimarahkan dan tidak terbiar seperti dahulu. Jika diimarahkan, maka tertunai hasrat arwah Haji Azmi sewaktu beliau mewakafkan tapak surau ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tenang di sana sementara menunggu hari kebangkitan.



Foto ini aku ambil selepas solat Jumaat, misi mencari ayam pencen untuk dibuat sup. Tahu ayam pencen kan, ayam telur yang sudah tidak bertelur secara produktif. Bagilah makan sebagus mana pun, hasil tetap tak seberapa. Jadi dipencenkan dari barisan hadapan yang masih sakan bertelur.

Orang kata ayam pencen, dagingnya agak liat. Tapi bagi aku masih sedap dan empuk. Bergantung kepada cara masakan dan penyediaan. Permintaan untuk ayam pencen sentiasa ada, kadang kala permintaan mengatasi pengeluaran. Kata orang juga, ayam pencen lebih berkhasiat berbanding ayam daging.

Melalut betul entri aku kali ini, memang caca merba. Terima kasih jika ada yang sudi baca. Nanti aku sambung lagi dalam PART IV.

Sekian.

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment