Saturday, 11 August 2018

DO IT YOURSELF (DIY) : MENAMPAL KEMBALI JUBIN ATAU MOZEK YANG TERTANGGAL

Kejadian mozek, dikenali juga sebagai jubin tercabut atau pecah antara masalah yang sering kita hadapi. Antara puncanya adalah pemasangan yang tidak mengikut prosedur (simen tidak sekata, simen tidak dicampur dengan adhesive ataupun menggunakan adhesive kurang berkualiti), tapak mendap dan juga tekanan (suhu dan persekitaran).

Jika banyak yang tertanggal, boleh juga panggil tukang. Tapi bagaimana kalau hanya dua tiga keping yang tanggal? Nak panggil tukang juga ke...? Ada tukang yang tak kisah, sekeping pun sekepinglah tapi ramai juga yang tak berminat. Sebabnya tak berbaloi dengan upah, atau mungkin upah yang bakal dikenakan agak tinggi berbanding buat yang baru.

Jadi untuk memudahkan, menjimatkan dan juga peluang untuk mempelajari kemahiran baru, apa kata kita DIY. Banyak informasi yang kita boleh dapat melalui Google. Informasi di hujung jari kata orang sekarang. Google punya Google saya jumpa blog Heder House Working. Beliau cadangkan guna saja silikon kayu seperti di bawah (VT-230 Construction Adhesive Sealant). Mudah didapati dan juga murah. Saya dapat dengan harga 9 ringgit sahaja di kedai hardware. Jangan lupa cartridge gun, pun murah harganya tapi saya tak beli, pinjam jiran sebelah rumah.



V-tech Vital Nails Construction Adhesive Sealant (VT-230)


Cartridge gun


Langkah 1
Sediakan semua keperluan. Tak banyak pun, adhesive sealant, cartridge gun dan apa-apa yang perlu untuk bersihkan tempat kerja.

Mozek saya bukan setakat tercabut malahan patah dua

Langkah 2
Bersihkan sisa-sia simen pada jubin dan juga lantai. Kalau nampak ada simen yang retak atau pecah-pecah, kikis atau buang terus. Bersihkan juga dari habuk dengan vacuum cleaner.

Kikis kepingan simen yang melekat kalau ada

Langkah 3
Sapu adhesive sealant pada tapak dan juga jubin. Ada yang kata salah satu sahaja pun dah cukup. Mana-mana sajalah, DIY kan. Saya buat macam dalam gambar di bawah.

Hentam sajalah Labu !

Langkah 4
Tekan dan rapikan supaya sekata atau duduk sama rendah dan tegak sama tinggi dengan mozek-mozek yang lain. Guna tisu atau kain untuk buang sealant yang berlebihan. Kalau dah kering boleh kikis untuk nampak kemas dan bersih.

Tekan bagi padat dan sama rata

Langkah 5
Biarkan kering untuk tempoh sekitar 24 jam. Jangan pijak mozek tersebut dan mozek bersebelahan dalam tempoh masa tersebut. Nak lagi bagus letak ragum supaya mozek benar-benar melekat. Saya tak ada ragum, jadi saya letak benda berat sahaja iaitu storage box berisi buku.

Nak bagi padat, juga halangan dari gangguan

Langkah 6
Selesai sudah DIY menampal kembali mozek yang tercabut (selepas 24 jam). Bersihkan dengan mengikis sealant yang telah kering dan mengeras. Cuba ketuk atau check, bagi memastikan mozek benar-benar telah lekat. Jika masih longgar (sepatutnya tidak !), ulang balik langkah-langkah di atas.

Senang dan mudah !

Selamat duit upah, paling utama dapat ilmu baru. Selain adhesive sealant, ada juga yang cadangkan guna simen dicampur dengan adhesive. Pun boleh juga, pernah tengok orang buat. Tapi saya lebih suka guna adhesive sealant sebab lebih cepat dan memudahkan. 

Sekian.

No comments:

Post a Comment