Monday 13 August 2018

TOYOTA FORTUNER 2.7 SRZ : KOS PENYELENGGARAAN BERKALA (TOYOTA SERVICE CENTRE)


Aku mula menggunakan Toyota Fortuner 2.7 SRZ mulai Mac 2018, maknanya sudah 6 bulan dengan jarak pemanduan menghampiri 15,000 km. 

Sepanjang tempoh itu, Fortuner tersebut telah tiga kali diselenggara di Toyota Service Centre (1000, 5000 dan 10,000 km). Entri ini aku buat khusus untuk merekod kos penyelenggaraan Fortuner (simpanan sendiri dan juga rujukan untuk pengguna Fortuner yang lain jika perlu).

Compulsary 1st Service (1000 km)
Penyelenggaraan pertama dibuat setelah jarak pemanduan mencapai 1000 km. Antara kerja-kerja yang dibuat hanyalah penukaran minyak hitam (6L) dan pemeriksaan rutin dengan kos sekitar RM150++

Compulsary 2nd Service (5000 km)
Penyelenggaraan kali kedua ini pun hampir sama dengan penyelenggaraan kali pertama.

Maxcheck Advance (10,000 km)
Penyelenggaraan kali ke-3 ini aku dah agak mesti akan naik kos sebab tiada lagi free labour charges. Maxcheck Advance ini khusus untuk kenderaan yang telah mencapai jarak pemanduan setiap 10000 km. Antara kerja-kerja yang dibuat adalah penukaran minyak hitam (6L), engine oil filter, drain plug gasket dan spark plug (jika ada keperluan untuk menukar spark plug, jika masih baik tak perlu tukar). 

1. Toyota Genuine Engine Oil (4L) : RM104.29

2. Toyota Genuine Engine Oil (2 x 1L) : 2 x RM28.69 = RM57.38

Nota: Semi synthetic. Setiap kali penukaran perlu sekitar 5L lebih. Jadi botol kecil kedua ada lebihan, boleh simpan untuk next service.

3. Drain plug gasket : RM1.81

4. Engine oil filter : RM32.40

5. Window washer : RM2.38

6. Petrol injector cleaner : RM96.34

7. Wheel balancing : RM43.23

8. Wheel alignment : RM30.88

Nota: Item 5-8 adalah optional. Kita boleh tolak, tiada masalah dan tidak mengganggu warranty.

9. Maxcheck Advance labour charges : RM123.50

TOTAL : RM492.21

Kemudian dapat complimentary carwash dan free gift (water tumbler).

Penyelenggaraan berikutnya apabila Fortuner telah mencapai jarak pemanduan 15,000 km. Jika diikutkan manual penyelenggaraan Toyota, Maxcheck Basic dengan kos dianggarkan sekitar RM205.25 (engine oil + drain plug gasket + labour charges). Kos mungkin bertambah jika main angguk sahaja dengan cadangan service advisor (injector cleaner (RM96.34) + cleverin (RM55.45) + etc). Cleverin bila aku Google-ed, merupakan produk mencegah bau dan pembasmi kuman serta kulat. Perlu sangat ke.... tepuk dahi tanya poket !

Sekian buat masa ini, akan update untuk penyelenggaraan yang berikutnya.


UPDATE 1/10/2018

Maxcheck Basic (15,000 km)

Fortuner kami sudah mencapai jarak perjalanan sejauh 15,000 km. Jadi pada hari Sabtu yang lepas telah dihantar sekali lagi ke service centre bertauliah untuk penyelenggaraan berkala. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat adalah penukaran;

1. Toyota Genuine Engine Oil (semi-synthetic)
          *1 x 4L : RM104.27
          *2 x 1L : 2 x RM 29.17 = RM58.34

2. Window washer : RM2.38

3. Gasket : RM1.90

4. Petrol injector cleaner : RM96.34

5. Wheel alignment : RM32.73
         *Wheel alignment setiap 5000 km
         *Wheel balancing setiap 10,000 km

6. Maxcheck Basic labour charges : RM39.00
    *Engine Inspection:
          *Inspect drive belt
          *Inspect cooling system, hoses and connections
          *Inspect exhaust, pipes and mountings
          *Inspect engine compartment area for fluid leakage
          *Inspect engine coolant level
          *Clean air cleaner element
    *Brakes and clutches Inspection:
          *Inspect brake pedal
          *Inspect parking brake
    *Chassis Inspection:
          *Inspect steering wheel
          *Inspect tyre condition and inflation pressure
          *Inspect front and rear suspension leakage
          *Inspect undercarriage for fluid leakage
    *Electrical Inspection:
          *Inspect horn, wiper and washer
          *Inspect all lights
          *Inspect seat belt operations
          *Inspect battery terminals and electrolyte

TOTAL : RM335.25

Akan datang, Maxcheck Advance apabila kenderaan telah mencapai jarak perjalanan sejauh 20,000 km. Kos selenggaraan dianggarkan sekitar RM570.30 !

Regards


UPDATE 26/03/2019

Maxcheck Advance (20,000 km)

Kali ini lambat sikit kami update. Fortuner kami mencapai perbatuan 20,000 km pada awal bulan 12, 2018. Sebagai penutup tahun 2018, kami ke Toyota Service Centre pada 8/12/2018 untuk kerja-kerja penukaran berikut;

1. Toyota Genuine Engine Oil (semi-synthetic)
          *1 x 4L : RM102.32
          *2 x 1L : 2 x RM29.17 = RM58.34

2. Oil filter : RM33.82

3. Gasket : RM1.90

4. Window washer : RM2.38

5. Petrol injector cleaner : RM48.17

6. Petrol engine flush additive : RM40.11 + RM13.09 (labour charge)

7. 4 wheels balancing : RM45.82

8. 2 wheels alignment : RM32.73

9. Maxcheck Advance labour charges : RM130.91

TOTAL : RM509.60

Sepatutnya Fortuner kami perlu diselenggara semasa mencapai perbatuan 25,000 km (Maxcheck Basic) dengan anggaran kos RM291.35. Tetapi sehingga kini kami masih belum ke Service Centre, perancangannya dah dekat2 30,000 km baru nak hantar service.

Regards


Update 05/08/2019

Maxcheck Basic (25,000 km)

Penyelenggaraan berkala pada perbatuan 25,000 km (Maxcheck Basic) kami lakukan apabila perbatuan mencapai 27,368 km (30/03/2019). Sedikit tersasar tapi masih dalam syarat2 untuk warranty kenderaan (5 tahun tanpa had perbatuan).

1. Toyota Genuine Engine Oil (semi-synthetic)
          *1 x 4L : RM109.35
          *2 x 1L : 2 x RM29.17 = RM58.34

2. Oil filter : N/A : RM0

3. Gasket : RM1.90

4. Window washer : RM2.38

5. Petrol injector cleaner : RM48.17

6. 2 wheels alignment : RM32.73

7. Maxcheck Basic labour charges : RM39.27

TOTAL : RM292.15


Maxcheck Advanve (30,000 km)

Disebabkan penyelenggaraan Maxcheck Basic terdahulu kami lakukan agak lewat iaitu pada perbatuan 27,368 km (sepatutnya 25,000 km), Fortuner kami hanya diselenggara untuk Maxcheck Advance pada perbatuan 34,014 km (sepatutnya semasa mencapai perbatuan 30,000 km).

1. Toyota Genuine Engine Oil (semi-synthetic)
          *1 x 4L : RM102.32
          *2 x 1L : 2 x RM29.17 = RM58.34

2. Oil filter : RM33.82

3. Gasket : RM1.90

4. Window washer : RM2.38

5. Petrol injector cleaner : RM51.30

6. Petrol engine flush additive : Additive, RM42.96 + Labour, RM13.09 = RM56.05

7. 4 wheels balancing : RM45.82

8. 2 wheels alignment : RM32.73

9. Maxcheck Advance labour charges : RM130.91

Apabila mencapai perbatuan 30,000 km, mengikut manual perlu buat penyelenggaraan sistem penghawa dingin. Boleh tolak jika mahu, tak meyebabkan hilang warranty kenderaan. Air-cond pun masih sejuk dan ok, tapi aku service juga ! Berikut apa yang dibuat atau ditukar.

10. Ventilator : Ventilator, RM51.97 + Labour, RM6.55 = RM 58.52

11. GASR134A/NO8 : RM61.75

12. Evaporator detergent : RM42.75

13. Basic aircond service : RM98.19

TOTAL : RM776.80

Regards

7 comments:

  1. best. cerita sikit pemanduan. masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah, Alhamduillah setakat ini belum ada, mintak jauh la kan :) pemanduan kalau jarak jauh sedap (highway) sebab kereta berat dan agak stabil. Tapi aku tak pernahlah lenjan lebih 140 km/h sebab bawa family. Model SRZ (petrol) tork agak kurang berbanding VRZ (diesel). Tak rasa sangat kekurangan tork sebab aku drive santai2 sahaja.

      Delete
  2. Cerita sikit pasal penggunaan minyak petro tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendek kata macam ni. Kalau short distance, memang terasa makan minyak. Kalau drive long distance, bagi saya ok kalau diikutkan dengan cc dan saiz body kenderaan. Details nanti saya update ye.... eg; full tank berapa jauh boleh pergi.

      Delete
  3. Boleh sambung stori tuan?pasal penggunaan petrol?

    ReplyDelete
    Replies
    1. FC (petrol) sekitar 12-14L/100 km. Ini berpandukan data pada konsol, saya tak pernah buat kiraan secara manual. Bacaan pada konsol ini (12-14L/100 km) dicapai dengan jarak pemanduan bercampur-campur (jarak dekat sekitar 20 km, jarak jauh sehingga 500 km), kebanyakkannya di atas highway dengan mode economy, dan sesekali saya on power mode.

      Delete
  4. Apa gred engine oil yg tuan guna.

    ReplyDelete