Wednesday, 3 February 2016

BiJaK MaTeMaTiK BeRSaMa MaSTeR HaLiM UPSI

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Matematik oH! Matematik. Antara subject peberet ambe tapi seringkali juga menjunamkan gred peperiksaan. Minat tapi tak tahu technique yang betul dalam menjawab soalan peperiksaan.

Tak mahu pisang tanduk berbuah lima nam kali, ambe sedaya upaya menghantar anak-anak ke bengkel Matematik kelolaan pakar. Antara pakar Matematik yang sempat anak-anak ambe sedut ilmunya adalah Master Halim.

Sapa tak kenal Master Halim, antara bijak pandai Matematik di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang aktif berkongsi ilmu dengan para pelajar sekolah dan ibubapa.

Bengkel KBAT Matematik kelolaan beliau senantiasa mendapat sambutan hangat dan sering dijalankan secara konsisten dan berkala. Selain giat menjalankan bengkel, Master Halim juga aktif menulis buku latihan berkaitan KBAT Matematik.

Master Halim !

Pada 23 Januari 2016 yang lepas, ambe telah membawa anak-anak ke bengkel KBAT kelolaan Master Halim bertempat di Kampus UPSI Proton City, dengan yuran yang cukup minima, RM30. Pada bengkel tersebut, Master Halim telah berkongsi rahsia akan kaedah terbaik untuk menjawab soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

KBAT merupakan jenis soalan yang agak menduga akal, jenis soalan yang tak pernah kita hadapi di zaman persekolahan dahulu. Silap percaturan, kita ibu bapa pun terkial-kial untuk menyelesaikan soalan KBAT Matematik.

Selain daripada itu, Master Halim turut menurunkan ilmu akan kaedah alternative dalam menyelesaikan permasalahan Matematik. Kaedah yang jauh menarik berbanding teknik konvensional.

Dewan gamat dengan suara kanak-kanak riang !

Master Halim bermesra dengan ibubapa.

Karya Master Halim.

Ikuti bengkel pun tiada guna juga jika ibu bapa tidak membimbing anak-anak di rumah. Itu antara nasihat Master Halim kepada ibu bapa. Maksudnya, ibu bapa pun perlu faham dan mahir akan KBAT, baru boleh membantu anak-anak di rumah.

Nampak gaya, mak bapak pun oneday kena turun berbengkel berkaitan KBAT !

Friday, 8 January 2016

NaSi MMaNGGeY DaN aiR KeLaPa BaLDi Di WaRuNG KiTa, KaMPuNG MeLaYu SuNGai BuLoH

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Bila ada member ajak pergi makan nasi mmanggey dan air kelapa baldi, ambe tertanya-tanya juga apakebende nasi mmanggey ni. Pestaim dengar nama makanan sebegitu. Air kelapa baldi pula dah boleh agak, mesti minum dari baldi !

Kedai makan nasi mmanggey yang kami pakat terjah ini letaknya di Kampung Melayu Sungai Buloh, nama kedainya Warung Kita. Khabarnya beratus-ratus bungkus nasi mmanggey terjual setiap hari, begitu juga dengan air kelapa baldi. 

Sempoi je signage !

Menu simple, tak banyak pilihan serta murah tapi rasanya padu baq ang !

Warung Kita mengamalkan konsep layan diri, maknanya tadak pelayan akan gi tanya 'nok make gapo abe' ! Semua pelanggan kena beratur kat kaunter ambik nasik dan minuman. 

Kebanyakan masa pelanggan memang ramai dan barisan agak panjang. Kena berbaris lebih dari setengah jam dah kira biasa. Tapi masa kami terjah, pelanggan dah reda kerana dah hampir jam 7 malam (kedai dibuka seawal jam 7 am dan ditutup pada jam 7 pm).

Lengang sebab tuan rumah dah nak tutup kedai.

Nak makan sambil bersila pun boleh di Warung Kita.

Pelanggan boleh pilih nak take away atau makan kat kedai saja. Tapi mana-mana pun pilihan, nasi mmanggey akan dibungkus dengan kertas dan daun pisang. Jimat sabun tuan kedai, tak payah basuh pinggan mangkuk LoL !

Moh kita berkenalan dengan nasi mmanggey !

Nampak timbunan kelapa kat belakang nun?

Gulai, ayam goreng dan sambal. Itu saja kah?

My name is nasi mmanggey !

Simple gilos, rupanya nasi mmanggey adalah nasi kukus berlaukkan ayam goreng yang dipotong kecil, sambal cili dan kuah gulai. Sekali imbas dah macam kembar nasi berlauk Kelantan. But don't judge the nasi by its daun pisang.

Sekali dah masuk ke mulut, rasanya amat padu bang ang ! Ayam goreng biasa-biasa saja tapi sedap dikunyah. Kehebatan nasi mmanggey ini juga letaknya pada kuah gulai. Rasa lemak yang tidak keterlaluan dan tidak memuakkan.

Baldi kecil dan bukannya baldi basuh kain !

Makan nasik kena ada air, nanti tercekik. Minuman wajib order di warung kita adalah coconut shake dan air kelapa baldi. Selain unik kerana dihidangkan dalam baldi, rasanya tiada yang istimewa dengan air kelapa di Warung Kita. Cuma rasanya agak pure kerana tidak dicampur dengan air gula secara keterlaluan.

Warung Kita
95 Jalan Kusta
Kampung Melayu Batu 13
47000 Sungai Buloh
Selangor.

Tel : +613-996 2525

Facebook : Warung Kita

GPS : 3.224826, 101.569062

Final verdich, highly recommended kepada pencinta nasi berlauk !

Thursday, 7 January 2016

NaSi PaDaNG Di ReSToRaN SiMPaNG TiGa, iPoH - MaKaN SeDaP Di iPoH DeNGaN HaRGa YaNG aMaT BeRPaTuTaN !


Restoran Simpang Tiga
Jalan Dato Seri Ahmad Said
Greentown Square
30450 Ipoh, Perak.

Tel : +605-255 1220


As-Salam dan Salam Sejahtera,

Nak review satu restoran di Ipoh yang menyajikan masakan Padang yang teramat lazat dan marbeles. Nama restoran tersebut adalah Restoran Simpang Tiga. Letaknya di Greentown Square Ipoh.

Masakan Padang atau Masakan Minang adalah menu istimewa masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia. Kali terakhir ambe menikmati masakan Padang yang lazat adalah semasa bercuti ke Bali beberapa tahun yang lepas.

Lepas daripada itu susah sangat nak jumpa restoran nasi Padang yang betul-betul kaw dan original sehinggalah ambe berkunjung ke Restoran Simpang Tiga.

Jika kita sebut masakan Padang, sah-sah dalam kepala kita ter'imagine' pelayan akan bawa beraneka lauk-pauk dan letak atas meja depan pelanggan. Pelanggan pun dengan lahapnya melantak kesedapan, dan cashier hanya akan kira makanan yang dijamah.

Makanan yang tak terjamah akan dibawa masuk balik ke dapur dan di 'recycle' untuk hidangan pelanggan yang lain pula. Itu pengalaman sewaktu di Indonesia.

Tapi kaedah itu jarang sangat diamalkan di mana-mana restoran Padang di Malaysia atas faktor kebersihan. Kut la pelanggan terdahulu ada terbersin terpercik air liur dan sebagainya. Di Restoran Simpang Tiga, pelanggan akan pilih dahulu apa yang hendak dimakan, barulah waiter atau waitress bawa ke meja pelanggan.

Antara menu yang kami suami dan isteri pilih adalah gulai ayam kampung, ayam penyet, ikan pekasam loma, gulai nangka dan sambal merah serta sambal belacan. Minum pula jus avocado untuk orang rumah dan ambe mencuba minuman ala minang yang disyorkan oleh waiter nama Azra. 

Azra ni bagus budaknya, layanan tip top. Dia yang banyak suggest apa yang sedap dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan jika ke Restoran Simpang Tiga. As a first timer, ambe follow sahaja apa yang Azra suggest kan.

Sementara menunggu hidangan sampai, ambe snappy dulu sekitaran restoran.

Aneka lauk-pauk untuk dipilih, rambang mata !

Bar untuk segala jenis minuman dibancuh.

Grill dan bakar-bakar pun ada.

Setting kedai kemas dan tidak terlalu padat !

Lepak-lepak untuk perokok tegar !

Pantas dan cargas, sekembali ambe ke meja, makanan telah terhidang dan setia menunggu untuk dijamah. 

Bismillah !

Minuman ala Minang nama dia !

Jus avocado.

Jemput makan semua !

Ngap-ngap makan dengan penuh lahap dan bernapsu. Dah kenyang ambe review satu-satu apa yang ambe dan isteri makan.

Minuman ala Minang, kata Azra antara yang istimewa di Restoran Simpang Tiga. Minuman ini adalah campuran air berkarbonat seperti sprite yang dicampur dengan potongan kecil buah-buahan. Hampir sama dengan es soda gembira yang sering ambe nikmati sewaktu menetap di Perth suatu masa dahulu. Pada ambe agak sedap dan tidak terlalu manis, kalau tambah saiz potongan buah lagi bagus hahaha !

Jus avocado pula, isteri kata sedap tapi ambe cuba, tak sedap la pulok. Sebab rasa semacam dan ambe pula bukanlah peminat tegar avocado !

Lauk-pauk pula, paling win adalah ikan pekasam loma, ikan pekasam yang disediakan mengikut cara Minang. Kalau makan dengan nasi panas, mahunya bertambah lima nam pinggan. Memang padu baq ang ! Aromanya cukup wangi, basuh tangan pun tak hilang dia punya bau.

Kena pula dengan sambal merah dan sambal belacan, sehingga menjilat jari dibuatnya. Sambal pun tidak terlalu pedas, dan ada rasa manis sedikit, pendek kata secukup rasa.

Gulai ayam kampung dan gulai nangka memang lemak berkrim disukai ramai. Gulainya cukup pekat dan likat, naik kolesterol pemakan tapi masa makan mana nak ingat itu semua.

Ayam penyet biasa-biasa sahaja, sedap tapi tak lah marbeles ! Kira ok lah tak rugi order.

In total kami cuma bayar kurang dari RM50 untuk kesemua hidangan di atas. Kira berpatutan jugalah berbanding sesetengah restoran yang kami pernah masuk sebelum ini.

Info tambahan, restoran ini dibuka setiap hari dari seawal jam 11 pagi sehingga 11 malam. Selain masakan Padang dan grill bakar segala, western food pun ada.

Selamat menjamu selera !

Friday, 18 December 2015

BaTeRi PiLiHaN uNTuK YaMaHa FZ150i

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Setelah berkhidmat dengan penuh cemerlang selama 1 tahun 8 bulan, mileage lebih kurang 38,000 km, tamatlah riwayat GS Battery iaitu bateri asal yang dibekalkan oleh Yamaha untuk melengkapi FZ150i ambe.

Kisah penamatan riwayat ini agak sadis juga, ini semua berpunca dari kelalaian sendiri yang lupa untuk turn off ignition switch. Agaknya lampu menyala sepanjang malam, tenaga dari bateri diperah sampai kering.

Esok pagi baru perasan ignition switch belum turn off, itu pun sebab ternampak kunci motor masih melekat cantik pada ignition switch. Cuba turn off kemudian turn on balik, semua indicator light tak menyala, hon pun tak ada bunyi, sah2 bateri sudah kong !

GS GTZ5S iaitu bateri asal FZ150i yang baru keluar dari kilang.

Nak bawa bateri ke bengkel untuk charging masih awal pagi, mana ada bengkel buka seawal jam 7 pagi. Terpaksa bawa kereta ke tempat kerja, dan angkut bateri yang kong tadi sekali. Cadangnya petang nanti singgah bengkel untuk charge bateri.

Petangnya, sembang2 dengan mekanik, dia advise tukar sahaja bateri baru, sebabnya dah nak masuk 2 tahun usia bateri asal. Lagi pun dikhuatiri bateri asal gagal untuk menyimpan tenaga walaupun selepas proses charging dilakukan.

Time to choose : Yuasa atau Koyoko?

Kalau tinjau di forum atau group, jenama bateri ini sahaja yang sering disebut oleh pengguna FZ150i. Berkualiti dan berdaya tahan.

Secara peribadi, ambe lebih berminat dengan Koyoko atas dua sebab - teknologi nanogel dan intelligent capacity detector indicator pada setiap bateri Koyoko.

Koyoko Nano-Gel YTZ5S-BS.

Kelebihan teknologi nano-gel secara teorinya, mampu memanjangkan hayat bateri dan membekalkan tenaga dengan lebih konsisten. Tambahan pula free maintenance, maksudnya tak perlu check dan tambah air bateri.

Manakala inovasi capacity detector pada bateri memudahkan kita sebagai pengguna untuk mengetahui hayat atau prestasi bateri dengan lebih mudah. Tekan sahaja butang 'TEST' pada bateri, indicator tertentu akan menyala.

Inovasi capacity detector pada bateri keluaran Koyoko.

Jika lampu hijau yang menyala selepas butang 'TEST' ditekan, ini bermaksud bateri dalam keadaan baik. Tetapi jika lampu kuning atau merah yang menyala, ini menunjukkan tenaga bateri berkurangan dan pengguna perlu charge bateri secepat yang mungkin.

Mudah bukan, dan ini juga satu inovasi yang cukup bijak dari pihak Koyoko !

Harga Koyoko nano-gel untuk FZ bergantung kepada bengkel dan lokasi. Ada pengguna FZ yang dapat harga serendah RM60, ada yang kena sembelih sehingga RM90. 

Kalau dapat harga dalam range RM65 ke RM75 kira ok dah tu. Ambe pun dapat dengan harga RM68, ngam2 ! Tak murah dan tak juga mahal.

Sekian. 

Thursday, 10 December 2015

ReVieW HoTeL SRi BiNTaNG, GeRiK, PeRaK


Hotel Sri Bintang
No. 1428 Jalan Cengal
Taman Ibu
33300 Gerik, Perak.

No. Tel : +605-791 5178

Kadar bilik semalaman : RM40 - RM100


As-Salam dan Salam Sejahtera,

Gerik, kalau zaman 70 hingga 80-an, memang pemes sebagai bandar hitam. Bukan bandarnya yang kaler hitam legam tapi hutan belantara sekitarnya merupakan tempat para pengganas komunis berumah tangga.

Mana2 bekas sojar yang pernah ditugaskan ke belantara Gerik, termasuklah bapak mertua ambe, memang tak kering liur duk sembang betapa marabahayanya Gerik pada waktu itu.

Itu belum lagi ditambah pengalaman para pekerja JKR yang ditugaskan untuk membina lebuh raya Timur-Barat. Ada yang kehilangan nyawa angkara pengganas komunis.

Salah seorang buruh yang membina lebuh raya tersebut adalah abang ipar ambe, mujur ada Pamoga nyawanya masih panjang dan masih meneruskan perkhidmatan bersama JKR sehingga kini.

Tapi kini Gerik dah berubah wajah, bukan lagi bandar kelam tapi agak membangun jugalah. Hotel-hotel pun agak banyak dibina, sebagai indikasi ramai juga pengunjung yang menjejakkan kaki ke bandar Gerik.

Gerik merupakan pintu masuk ke lebuh raya Timur-Barat, juga bandar sempadan sebelum memasuki wilayah Betong di Thailand. Agaknya para pelancong ke Royal Belum, pantai timur dan juga pelancong ke Betong (Kelab Atuk Nakal klik) menjadikan Gerik sebagai bandar persinggahan untuk bermalam.

Lagi pun sekitar Gerik ada banyak institusi pendidikan, MRSM pun sudah 3 buah, ditambah lagi dengan kolej komuniti. Hotel2 ini pasti menjadi tumpuan ibu bapa yang datang ke Gerik untuk melawat anak2 mereka.

Jadi mungkin sebab itu hotel budget tumbuh bak cendawan di bandar ini.

Ambe sendiri pun bukan asing dengan bandar Gerik, acap kali singgah tetapi cuma baru2 ini berkesempatan untuk bermalam. Itu pun sebab sudah melangkaui waktu Maghrib, rasa tak selamat pula nak mengharungi lebuh raya Timur-Barat dengan hanya sebuah kereta. Disepak dek gajah nanti tak ke naya !

Disebabkan Hotel Sri Bintang mudah ditemui, hanya tepi jalan raya utama, keadaan bangunan pun agak baru (dibuka pada tahun 2013 kalau tidak silap) ditambah malas nak cari hotel lain, ambe mengambil keputusan untuk bermalam di hotel ini.

Masa ambe masuk untuk check-in, ada seorang pakcik duk senyum2, ambe ingatkan salah seorang pelanggan rupanya dialah receptionist yang bertugas pada shif malam. Mungkin dia jugalah owner Hotel Sri Bintang.

Malas nak tanya lebih2, straight to the point tanya kat pakcik tu; 'ada bilik kosong Encik, berapa harga semalaman' ?

Murah dak ?

Kalau datang secara solo, boleh amek bilik berharga RM40, ada satu single bed. Kalau datang dengan marka atau bini berdua sahaja, boleh sewa bilik berharga RM50, ada 1 queen bed. Kalau makin ramai ahli rombongan, makin meningkatlah harga bilik tapi maksimum boleh muat pun 4 orang sahaja, bilik berharga RM80, ada 2 queen bed.

Disebabkan ambe cuma berdua dengan orang rumah, anak-anak semua dah export balik kampung, ambe ambil bilik yang berharga RM50 semalaman. Kira murah jugalah, bilik siap dilengkapi dengan hot shower, aircond dan Asteruk yang sah2 limited channels.

Sementara pakcik tu tuliskan item pengenalan diri kat buku catatan hotel, ambe ambil kesempatan untuk tinjau sekitar ruang legar reception.

Come-lote aje !

Menu-menuan & harga-hargaan !

Tepi kaunter reception ada macam satu bar kecil. Ada jual-jual minuman dan makanan ringan. Harga agak murah dan ikut standart harga biasa. Kalau malam-malam haus atau lapar, selongkar sahaja bar mini Hotel Sri Bintang. 

Ruang legar kaunter reception, ada muka Najib !

Dah dapat kunci, moh kite ke bilik.

Bilik ku syorga ku !

Bilik memang kecik dan sempit tu memang lah ! Bayar RM50 je pun, tapi paling best, lantai dia bersih dan masih berkilat. Tak rasa pun terpijak pasir ke hapa. Pendek kata bilik memang bersih walau kelengkapan seadanya seperti dalam gambar di atas.

Tak kisahlah janji bersih !

Bau-bauan yang kurang menyenangkan pun yillek ! 

WiFi ada cuma signal agak kemalu-maluan nak tonjolkan diri. Antena pendek sangat kut !

Bilik air pun ok, ada hot shower dan air pun laju, amat syiok mandi, inzal dibuatnya. Cuma kotak flush tandas ada leaking. Flush sahaja bercucuran air keluar, tapi najis tak sangkut mana2 hahahaha ! Laju je memecut ke salur pembentungan.

Khadam, mana towel beta, perut beta tengah memulas ni !

Tempat tidur dah settle mettle ! Kena cari tempat makan pula. Tak perlu risau sebab Hotel Sri Bintang cuma tak sampai 5 minit pemanduan ke pusat bandar Gerik, ada banyak kedai makan. Tak nak ke bandar pun tak apa, sekangkang kera dari hotel pun ada banyak kedai makan Siam.

Abe ! Abe nok make gapo? 

Hahahaha ! Abe nok make gotu buleh !

Melantak sakan !

Lupa pulak nama kedai, tapi makanan dia memang sedap, handal betul tukang masak melemparkan segala jenis ramu-ramuan. Harga pun stendet kedai siam. 

Kekenyangan kami dibuatnya ! Dah kenyang buat apa lagi, rasa nak balik tido sahajalah. Tapi singgah 7-E dulu untuk beli minum-minuman dan keropok-ropokan. 7E pun tak jauh mana dari Hotel Sri Bintang.

Pendek kata, tak perlu risau pasal makan kalau menginap di Hotel Sri Bintang melainkan selera hang pa lain dari kebiasaan.

Esok pagi dah ni ! 

Masa check-out, pakcik malam tadi dah tak ada. Yang ada cuma seorang awek muda cun tengah kemaskan kaunter.

Agaknya selepas menelan sebotol Pamoga Qu Puteh sumbangan Dato' Sri Vida, pakcik tersebut telah berubah wajah menjadi semakin jelita muahahahaha !

Sebelum meneruskan perjalanan, kena sarapan dahulu. Bayaran ciput sah2 hotel tak sediakan sarapan, jadi kena bersarapan kat luar. Sekali lagi tak perlu risau, bandar tak jauh mana pun. 

Kami ke blok paling belakang bandar Gerik, sekitar Jalan Mat Saman Utama, ada banyak hotel dan deretan kedai makan. Disitulah kami bersarapan.

Deretan gerai makan di Jalan Mat Saman Utama, pekan Gerik.

Gerai yang kami masuk.

Menu istimewa Gerik - terung pipit.

Tengok jam belum pukul 9 pagi, tapi bila tengok makan-makanan yang terhidang, mengalahkan nak makan tengah hari. Semuanya makanan berat, nasi putih dan lauk pauk.

Tapi ambe suko !

Dah biasa makan berat walau masih awal pagi. Paling champion menu pada pagi tersebut adalah sambal terung pipit atau Kelantanese panggil terung manggur. Jarang dah kedai yang hidang juadah terung pipit, agaknya ada generasi baru yang dah tak kenal rupa terung pipit.

Kecik-kecik dulu tak suka sangat makan terung pipit atau terung manggur ini, tapi selalu guna terung ini sebagai peluru senapang kayu, main perang2 dalam kebun getah.

Pistol kayu berpelurukan terung pipit ! (Google Image)

Terung pipit ! (Google Image)

Selain daripada sambal terung pipit, menu unik yang lain adalah ikan pekasam goreng. Fuh semerbak dia punya aroma, lepas makan sabun tangan pun tak hilang dia punya bau. 

Makanan sedap dan harga pun berpatutan, tak ke heaven hidup kat Gerik !

Nak review hotel melalut ke pasal makan semua, tapi tak apa kira package gitu. Kan ke antara benda paling nikmat di atas muka bumi ini adalah membuta dan melantak !

Entri ini sudah pun tiba ke penghujung, jadi kena rumus berbaloi ke tidak bermalam di Hotel Sri Bintang.

Ambe simpulmatikan memang berbaloi dengan harga, kemudahan dan keselesaan. Tidur lena dan makan pun sedap, apa nak lagi?

Sekian.

Monday, 7 December 2015

HoTeL Di BaNDaR GeRiK, PeRaK

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Senarai hotel budget di bandar Gerik, Perak. Ambe cuma fokus hotel di sekitar bandar sahaja.

Kadar sewa hotel di bandar ini agak murah, dalam lingkungan RM50 hingga RM100 sahaja.

Sehingga entry ini ditulis, ambe cuma sempat untuk menginap di Hotel Sri Bintang.

Kemudahan yang disediakan, bersesuaian dengan tarafnya sebagai hotel budget.


Sri Bintang Hotel
No. 1428 Jalan Cengal
Taman Ibu
33300 Gerik, Perak.

No Tel : +605-791 5178



SMZ Hotel
No. 17 Jalan Mat Saman Utama
33300 Gerik, Perak.

No Tel : +605-791 7822



Sri Temenggor Hotel
No. 20 Jalan Toh Shahbandar
33300 Gerik, Perak.

No Tel : +605-791 2417

Hotel Gerik
No. 21 Jalan Toh Shahbandar
33300 Gerik, Perak.

No Tel : N/A