Saturday, 21 April 2012

Mid season sale kembali lagi!!!!!

Shopping..... shopping..... shopping.....
Memang best, cuma kena ikut kemampuan wallet.... jangan sampai terganggu perbelanjaan wajib yang lain. Okies, Perth dah hampir masuk pertengahan autumn dan seperti biasa mana2 akan ada mid season sale. Discount sana-sini, rambang mata... berbaloi kalau masa ni nak beli branded items.

Where to go then? This week kami ke Carousel Shopping Centre di Cannington. Shopping barang sikit sambil2 cuci mata. Awal pagi orang belum ramai, senang sikit nak dapat parking. Persingggahan pertama Strandbags..... cari beg untuk diri sendiri dan juga untuk keluarga terdekat.




Colorado, Guess, Fossils semua ada discount.... Agak murah berbanding dengan harga di Malaysia. Alang2 dah ada kat sini, apa salahnya sambar mana yang perlu.


Me and Mrs sempat sambar beberapa items kat Strandbags..... ada rezeki lebih sikit.


Mantoman pun tengah sale.... tapi Mantoman ni sale saja sepanjang tahun!!!!! Nak cari baju kerja dengan suit. Harga dan kualiti sama saja dengan pakaian kat Malaysia, cuma design dia lain sikit. Tu yang best tu, tak le sama je design baju macam orang lain... terserlah ke'Aussie'an si pemakai!!!!! Kemeja no problem tapi bila masuk tang suit, atas dah ok sekali tang seluar longgar semacam le pulak.... pergh, perut makin kecik le pulop. Make a booking for suitable size, next 2 weeks datang ambil.

Selesai dengan barangan peribadi, kena cari barang dapur pula. Sebab esok Mrs nak belajar buat laksa Johor, kena singgah kedai seafood cari udang.


Kemudian singgah Carousel Meats cari ayam dan daging.



Carousel Meats ni milik immigran dari Middle Eastern. Ladies yang kerja sini semua hidung mancung mata bundar rambut karat seh!!!!!!



 Suka tengok potongan daging kat sini... cantik dan profesional, disediakan oleh butcher yang dilatih secara formal.


Buah2an juga kena beli... baru seimbang gizi pemakanan, tu Mrs tengah bayar. Oriental shop ni hampir serba lengkap. Cakap saja nak apa, hampir semua dapat diperolehi dari sini. Salah satu rangkaian oriental shop yang besar di WA adalah Kong's Oriental.


Target adalah antara tempat wajib masuk kalau kemana2 shopping complex. Harga secara relative agak murah. Kat sini Mrs sempat sambar dua tiga helai baju lagi. Me.... ada yang berkenan tapi malas nak cuba try test baju tu sebab ramai sangat yang beratur kat fitting rooms.

Perut pun dah berkeroncong, cari tempat nak lunch. Kami ke Nando's. Nando's di Carousel menjual product halal tapi tak semua Nando's di WA halal. Sebelum order cuba tanya atau jenguk kat dinding dekat cashier kot tertampal sijil halal.




Lapar punya pasal kami order chicken platter dengan chips. Alhamdulillah...... Dah kenyang mesti rasa mengantuk.... mood nak shopping pun dah lari.

On the way balik rumah singgah di The Cheesecake Shop. Nak beli cake untuk dihadiahkan kepada sahabat rapat kami, Bro Shem and Sister Linda sempena ulang tahun ke 6 perkahwinan mereka.



Tiba di Victoria Park kami cilok ke Officeworks sebab kena cari bubble wrap dengan kotak. Sambil tu nak cari juga portable disk untuk download movies.



Bubble wrap ada tapi kotaknya kecik2 dan comel2. Kami nak kotak yang bersaiz sederhana. Portable disk pun mahal2 seh.... tiada yang bawah 100 dollars.


Nak ke Officeworks lain pun malas... lagipun on Saturday Officeworks close at 5, dah tak sempat pun kalau nak pergi yang kat Claremont. Okies, call our shopping day off.


Dari Riverside Drive nak masuk ke Mountbay Road, sempat snap pic kota Perth. Kota metropolitan (metropolitan ke?) yang cukup sempoi......

~ End of day ~

No comments:

Post a Comment