Monday 24 June 2013

Trip Ke Krabi 2013 - Part XII: Amorn Mansion Review


Amorn Mansion
310 Moo 2, Ao Nang Soi 6
Krabi, Thailand.
Phone: +66 7569 5652
Email: amorn_mansion@hotmail.com

Rate per nite: THB600 (booking.com, May 2013)


Location: Kedudukkan Amorn Mansion memang strategik der... dekat dengan Aonang Beach, McD tak halal, CIMB Bank, masjid.... semuanya by walking distance. Tapi dari jalan besar nak ke hotel kena menapak naik bukit sikit.... 

Facilities: Nak terjun tiruk memang mustahil der.... sebab Amorn Mansion tak de swimming pool. Spa halal pun tak ada, spa haram apatah lagi. Memang basic sangat dia punya facilities.... yang ada cuma small cafe (menu pun basic yang amat tapi HALAL - owner hotel Muslim Thai), laundry service, minimal room service (bukan 24 jam) dan ada wifi. Nak sewa motor dan pakej tour pun ada.

Kalau anda perlu apa2 sewaktu menginap di Amorn Mansion, roger saja receptionist bertugas atau mana2 staff hotel..... mereka memang mesra alam dan sedia berkhidmat untuk anda....


Meh sini ambo bawa anda semua tinjau keadaan bilik.... standard room.... 15 x 15 kaki dia punya keluasan.

Bilik 202..... sarang ambo dan pasangan untuk 4D3N di Krabi...


Sebelum renyuk cadar tu semua kita snap piccas dulu.... tapi ambo hampa der, sebab tuala kat katil tu tak ada bentuk gajah!!!!


Kalau amik bilik standard, memang tingkap dia kecil yang amat macam picca kat atas.... bukan masalah besar kan?

Walau TV bukan flat-screen tapi dia punya channels.... tak daya ambo nak layan.... ada small fridge... tapi tak ada safety box, kalau terdesak sangat nak guna safety box kena contact reception.


Orang kata kebersihan toilet kat Thailand memang superb.... betul ke?


Memang betul la der.... walau sekadar hotel bajet, toilet kat Amorn Mansion memang terjaga rapi kebersihannya. Ada pili paip lagi tu.... senang nak bersuci.... hehehehe

Amenities memang basic sangat tapi dengan 600 baht semalaman, kira ok dah tu.....


Paling best dia punya wifi.... memang laju giler dan sudah termasuk dalam harga bilik. Jadi sila online sampai lebam.....


CCTV pun sedia terpasang bagi tujuan keselamatan pengunjung.....

Memang puas hati ambo menginap kat sini.... harga pun berpatutan. Tapi bergantung juga kepada tujuan anda ke Krabi. Kalau untuk honeymoon sampai tahap tak keluar bilik, rasanya Amorn Mansion tak berapa nak sesuai sangat. Tapi kalau sekadar nak cari tempat untuk lelap mata selepas seharian bergelut dengan tours.... Amorn Mansion memang pilihan yang tepat.

5 comments: