Thursday 6 June 2013

Trip Ke Krabi 2013 - Part VIII: Phi Phi Islands Tour

Hari Ke-2, 30/5/2013
Orang kata.... orang katalah, bukan ambo yang kata.... tak lengkap percutian ke Krabi jika tak layan island hopping. Ada banyak packages sebenornya... ada Phi Phi Islands Tour, 4 Islands Tour, Hong Island Tour dan James Bond Tour. 

Ada yang amik masa sehingga sehari suntuk, dan ada juga yang hanya separuh hari. Sila pilih mengikut kesesuaian itinerary dan daya tahan badan masing2. Boleh pilih juga nak naik speed boat atau long tail boat.

Ambo pula.... untuk hari ke dua percutian di Krabi-Aonang, kami sepakat nak amik tour ke Phi Phi Island yang bermula dari jam 9 am sehingga 4.30 pm. Tour ni kami beli melalui Amorn Mansion Hotel juga.... kira senang, dan malas nak pi lawat travel agent yang bersepah kat pekan Aonang. Walau begitu, bargain tetap bargain ye.... cuba dapatkan harga serendah mungkin.


Tour ke Phi Phi Island ni ambo dapat dengan harga 1000 baht seorang.... jadi kami bertiga total 3000 baht. Dah habis bargain dah tu dengan staff hotel yang tolong uruskan tour kami.... cuba tekan sampai 900 baht tapi tak dapek den nak menolong.... mulut ambo tak berapa nak manis lagi kot!!!!


Harga 900 - 1000 baht tu dah kira shantek dah untuk low @ green season (May - October).... bila dah masuk musim monsoon harga tour dan hotel biasanya merudum kaw2 punyer.....

Kalau nak murah lagi ada.... tapi bukan dengan speed boat..... guna long tail. Long tail ni bot traditional Thai, amat sesuai untuk mereka yang berjiwa adventure. Murah tapi slow la berbanding speed boat.... kalau yang naik speed boat tu 4.30 pm dah pulang ke pantai Aonang, guna long tail pukul 6 pm baru sampai kot..... Satu lagi nak habaq mai, nak hire long tail sendiri pun boleh, amat sesuai untuk mereka yang sukakan privacy tak nak campur2 dengan turis lain.

Harga tour yang kita bayar tu dah termasuk pengangkutan pergi balik dari hotel ke jeti, sewa peralatan snorkeling (mask, snorkel, life jacket), makan tengah hari (halal.... sila confirmkan dengan travel agent masa buat booking), unlimited drinks atas boat (orange juice dan mineral water) dan buah-buahan (masa kami ari tu, tembikai & nanas madu.... manis giler nanas madu Siam, tapi sekali je dia bagi masa dah nak balik.... kodukut).

Kalau ikutkan brochure Phi Phi Island Tour, ada 8 tempat kita akan singgah, tapi sebenarnya 3 pulau je kita jejak kaki kat pasir.... 5 tempat lagi tu sebenarnya teluk dan open sea, singgah untuk tengok, amik gambar dan snorkelling.

Panjang berjela la pulak intro.... okies, mari kita ikuti pengalaman kami sehari suntuk ke Phi Phi Island. 

Tepat jam 8.30 pagi (lebih kurang la der...) receptionist minta kitorang turun ke jalan besar... aik kata hotel pick up!!! Patutnya amik la kami kat pintu hotel... hehehehe.... taw la hotel kami atas bukit.... tak daya kot driver tu nak panjat.....

Turun je kat jalan besar dah nampak sorang macit bertudung lambai2 tangan kat kami. Rupanya dia la driver songthaews (van pick-up yang dibuat taxi) yang akan hangkut kami ke Noppharat Thara Beach.

Kiranya kami last passenger yang kena pick up... kat dalam songthaew tu dah penuh dengan turis termasuklah mat salleh, minah salleh tak de, couple India (Malaysian rasanya...) dan sorang kakak ni orang Malaysia, dia travel bersama 3 anak pompuan. Akak ni dengan anak2 dia baru bercuti kat Hat Yai, terus sambung kat Krabi.... esoknya balik semula ke Hat Yai dan KL.

Kami diturunkan di Noppharat Thara Beach.... port tempat naik speed boat dan long tail untuk island hopping. Kat sana nanti, agent akan tampal kat dada korang tag pengenalan.... kiranya masing2 akan dibahagikan ikut group.... duppppp!!!!! dada kami kena tampal dengan pelekat putih..... maknanya kami masuk kumpulan putih atau white group kata orang kampung ambo!!!!

Lepas nunggu dalam 10 minit gitu.... tak lama mana pun.... masing2 kena panggil dan follow tour guide mengikut kumpulan untuk naik speed boat.... sambil lenggang kangkung menuju speed boat kami pakat bercamwhore secara berjemaah dan candid sana-sini....

Ni masa berkumpul dan menunggu masa untuk naik speed boat...


Deretan speed boat yang akan bawa turis menerokai keindahan laut Andaman....


Sebelahnya, geng2 long tail pula parking shantekkk punyer.... ini murah, kalau tak silap 400 - 500 baht satu kepala....


Inilah ahli jemaah kami..... tepi kanan tu akak yang naik satu songthaew dengan kami tadi....


Jemaah kami ni majoriti geng2 Asia.... mat salleh & minah salleh pun ada dua tiga couple tapi lepak kat depan boat.... kami yang kat tengah dan belakang ni kebanyakkan Malaysian, dan satu group Chinese.... group Chinese ni happening, riuh satu speed boat dibuatnya.... hehehe

Yang dok kat tengah cekak pinggang (pix bawah).... dia ni tour guide kami. Apa nama dia ntahh.... lufer ambo nak tanya, dia pon tak introduce nama dia kat kami.... tapi mulut pot pet pot pet becok sungguh..... hazab kami nak paham bahasa omputih ascent Siam dia tu... hahaha



Naik speed boat ni memang best.... laju giler pilot dia bawak. Melompat-lompat kami kat belakang ni..... kalau mak buyong ada sama mau terberakberanak atas boat. Tips naik speed boat.... kalau nak basah kuyup kena simbah dengan air laut, sila duduk kat depan speed boat. Nak port baik punya senang nak snap pix, pon duduk kat seat paling depan ataupun amik seat tepi boat.

Ni kami singgah kejap kat Centara Resort & Spa untuk pick up satu couple mat salleh dan satu couple melayu.... tengok resort Centara ni macam xclusive juga.... mendamaikan dia punya scene..... jauh dari hiruk pikuk pekan Aonang.



Jeti dia tu unik.... jenis flexi dan meliuk-liuk ikut ombak..... kalau jenis gayat memang tak sampai boat punya lah.....

Opposite kepada Centara ni macam ada tunggul terpacak kat tengah laut....



Scenery Laut Andaman ni memang superb.... laut dia kadang-kala kebiruan, kadang kala kehijauan.... Subhanallah Yang Maha Kuasa... indah sungguh ciptaanMu....

Kemudian kembara kami diteruskan ke persinggahan pertama dalam tour ini, Bamboo Island. Di Bamboo Island para jemaah dibenarkan menjejakkan kaki ke daratan, untuk jalan2 dan snorkeling dalam satu kawasan yang telah dipagari dengan pukat. Nak elakkan dari serangan obor2 agaknya....

Kami jemaah pertama sampai untuk hari tersebut..... speed boat lain masih kat tengah lautan, long tail memang jauh kena tinggal....



Ni la speed boat yang bawa kami, milik Aonang Speed Boat Tour..... speed boat No.11.... Nampak je kecik, 50 orang senang je masuk tu!!!



Eh!!!! Aonang Speed Boat Tour, kalau kami terus beli direct tanpa melalui Amorn Mansion Hotel & Tour boleh dapat harga package lagi murah kot......

Masa nak turun ke darat tadi.... tour guide dah sound awal2..... lepas sejam kena kembali ke speed boat... kalau tak kena tinggal, esok baru dia datang amik..... kerek sehhhhh!!!!

Apa yang ada kat Bamboo Island? Mari kita pakat terjah.....

Pantai yang indah dan nyaman..... masih awal dan belum ramai turis yang sampai. Kalau waktu peak season, nak melangkah pun hazab...



Ini pun wajib ada dalam koleksi kalau berkunjung ke sini.... signage peringatan tsunami....



Nak minum2 atau munchy2 ada bar kecil.... Bamboo Bar nama dia....



Nak berkhemah pun dibenarkan.... tapi kalau ikut tour island hopping kena tinggal la jawabnya....



Beach girl pun kena ada sebagai koleksi.... tapi masa ni masih belum ramai yang turun....



Tengah ambo dok candid sana candid sini.... terdengar suara tour guide kami dah memekak.... allooooo boat No. 11....... allooooo boat No. 11...... suruh naik boat le tu. Berhamburan kami pakat naik boat macam anak hayam takut kena tinggal. Bunguk punya tour guide.

Next kami proceed ke lokasi kedua, Viking Cave. Kat sini tak dibenarkan snorkelling tapi kita boleh tengok gua yang dijadikan tempat mengumpul sarang burung.



Kita kasi close up sikit.... 



Tak lama pun kat Viking Cave...... nama je tour ke Viking Cave, bukan kami jejak kaki pun..... teroleng-oleng kat tengah laut sambil amik piccas.

Perhentian seterusnya Pileh Bay..... teluk yang menyerupai bilik. Katanya.... bukan kata ambo.... Pileh bermaksud bilik dalam bahasa Melayu.



Kat Pileh Bay ni, speed boat akan menyusuri satu laluan di mana kiri kanannya adalah dinding limestone..... kiranya macam teluk yang dikelilingi oleh batuan membentuk seperti bilik.... anda boleh imagine dia punya keadaan?

Kendian singgah lagi kat satu teluk.... nama dia Lohsamah Bay. Sama macam tadi.... singgah dan tengok dari atas speed boat sambil amik piccas.... Bila mahu turun darat daaaaaa...... tapi scene dia memang ngancam.... 

Habis berpoya-poya kat Lohsamah Bay.... baru kami dibenarkan naik ke darat buat kali kedua.... pantai Maya Bay. Maya Bay terkenal sebagai lokasi penggambaran filem The Beach oleh aktor Leornado de Kopi O.

Kami sampai sini dah hampir tengah hari, jadi orang dah makin ramai.... tapi tak sehazab waktu peak season.



Two pieces dimana-mana....



Nak amik speed boat picca pun dia interprem...



Ni ambo tulun sorang macit dari Russia amikkan picca dia depan signage Maya Bay....



Kalau rasa nak terkucil atau terberry tak perlu risau.... Maya Bay lengkap dengan kemudahan berkaitan....



Kat belakang papan tanda tu macam ada laluan menuju ke satu tempat.... rasanya macam menara peninjau tapi sekali ambo and the geng mahu menapak ke sana..... terdengar suara nyaring melalui kanta pembesar suara.... alloooooo sepedddd bot namber elebennnn.... sepeddddd bot namber elebennnnn.... aduyai apa yang kejap benor..... belum abis explore dah kena panggil naik boat.

Les coupeque sebelum meninggalkan Maya Bay...



Bila compem semua dah naik boat, tour guide sup sap sup sap kira ahli jemaah cukup ke idak.... sambil tu pun boleh siap dengar pilot boat tu membebel sebab ada yang terlilewat naik.... ko pe hal der?

Tour guide: ar yuuuu angleeeee?
Ahli Jemaah: Semua terdiam dengan mulut ternganga (sebab tak paham apa dia tanya)
Tour guide: ar yuuuu angleeeee (sambil tunjuk gaya suap something kat mulut)
Ahli Jemaah: Owh yesssss (tanya lapo ke tak rupanya)
Ahli Jemaah: Hahahahaha..... (pakat gelak ramai2)

Dah sampai waktu lunch rupanya. Kekdahnya kami dibawa ke Phi Phi Don untuk santapan tengah hari. 

Usai mendarat.... tour guide bawa kami ke satu blok bangunan, tingkat dua untuk makan..... cara buffet, lambat kalu tinggal sisa (cukup je pon, nak tambah tiga pat kali pun sempat).



Jangan risau, santapan dijamin HALAL.... oleh siapa? 

Oleh travel agent..... muahahahaha. Memang tak ada tanda HALAL kat mana2 pun.

Kalau anda yakin macam ambo, silalah bedal dengan penuh selera. Dengar khabarnya ada yang tak berapa nak yakin, siap bawa bekal dari darat lagi tu.... terpulang pada budi bicara masing2. 

Apa yang masuk ke perut ambo? Ni hah.... sedap giler.... ayam goreng dia garing beraroma.... sotong tu pulak fuhhhhh!!!! Tomyam putih je tak berapa kena dengan selera ambo, terlampau masam.



Dah kenyang buntal... kita lepak2 kejap sambil usyar apa yang ada sekitar Phi Phi Don.

Nak minum2 ada banyak bar.... minuman halal ada, yang tak halal lagi la bersepah...



Ada juga kedai2 jual cenderamata....



Kemudian saya nampak satu kedai jual burger dengan tanda HALAL...



Pastu jumpa wanita muslim jual ais krim....



Kiranya Phi Phi Don memang ada penduduk Muslim.... terus ambo buat fatwa, makanan yang ambo telan tadi memang halal toyyiban. Ingat.... kena yakin ye jangan was-was.... hehehehe

Jalan depan sikit macam ada satu taman kecil...



Kita up close apa yang ada kat taman tu.... ni hah budak comel ni...



Gajah pun hado....



Ni ada sekor lagi gajah!!!!



Sekarang ambo bawa kalian jalan2 sekitar gigian pantai Phi Phi Don pula....

Ini sebab low season taw.... kalau peak season memang penuh yang bersidai kat sini macam dugong....



Ambo nak amik piccas long tail, sekali amoi ni siap posing bagai pulak....



Phi Phi Don pada sudut yang bertentangan...



Nak mandi-manda pun dibenarkan kalau masih ada masa. Lama jugalah kami singgah lunch kat Phi Phi Don...



Les coupeque sebelum Phi Phi Don kami tinggalkan...



Sejurus meninggalkan Phi Phi Don kami singgah sekejap kat Monkey Bay - untuk tengok monyet!!!! Ambo bila dengar je tujuan singgah situ untuk tengok monyet, aduyai.... apa ke jadahnya tengok monyet. Mat & minah salleh tu semuanya excited, terjenguk-jenguk cari monyet - ada sekor je pun kat celah2 pokok.... kami yang geng2 Asia ni semua buat muka poyo - tengok monyet la katakan.... kat belakang rumah mak ambo kat kampung tu pun berlambak monyet dok beranak pinak - tak yah gi Krabi tengok monyet der!!!!

Lepas sightseeing yang cukup memboringkan - tengok monyet tu der!!!! - kami menuju pula ke dua lokasi untuk xtvt snorkelling di laut lepas. Salah satu selang beberapa minit dari pantai Phi Phi Don manakala satu lagi Hin Klarng.



Cuba teka mana satu ambo? Hehehehehe.....



Tour guide merangkap life guard...



Ada juga yang lepak saja atas speed boat lepas kena mabuk laut yang teruk....



Ada yang siap pakai life jacket bagai tapi tak jejak kaki pun kat laut.... tak pe, untuk gaya dan keselamatan...



Geng marijuana pun snorkelling sama... jaga2.... marijuana tu bukan geng panadol!!!!



Bila dekat2 kat hujung baru pencuci mulut dihidangkan. Tembikai ada, nanas madu pun ada...... nanas madu Siam memang manis giler!!!



Tengok tu.... semua potongan nanas madu licin.... tinggal tembikai je....



Bila dia dah keluarkan tembikai dan nanas madu tu.... maknanya berakhirlah island hoping yang memakan masa sehari suntuk. Masa ni ambo harapkan dia keluarkan potongan nanas madu dalam sedulang lagi.... sebab sedap sangat.... tapi nan hado!!!!

Oppppsssss...... ada dia keluarkan something!!!! Bukan potongan buah tapi kotak tips..... hehehehe.

Tour guide kami tu usung kotak tips dan pergi dari seorang ke seorang minta tips. Ko pehal.... siap paksa bagi tips?

Ada minah Malaysia tu nak bagi note RM1 sebab dia tak de duit baht kecik.... muncong je mulut tour guide tu nampak note RM1.... hahahaha

Kami pulak - AT huloq 10 baht je pun kongsi kami 3 orang - hahahaha..... apa ke jadahnya nak bagi tips bebanyak, service bukan marbeles pun. Cukup2 makan je pon .... kena pulak kalau jenis minta tips direct ni, memang ambo tak layan punyalah.

Lepas semua ahli jemaah huluqkan tips (bukan semua pun termasuk ambo....), kami bertolak dari Hin  Klarng menuju Noppharat Thara Beach di mana songthaews telah sedia menunggu untuk bawa kami pulang ke hotel masing2.

Masa balik tu kan.... speed boat dipandu laju dua kali ganda berbanding masa datang tadi. Habis basah semua terpercik air laut - termasuklah kami yang kat dalam ni. Agaknya pilot nak balik awal kot.... tak pun hangin sebab tak banyak tips dapat..... hahahaha - nasiblah, budaya Asia mana main tips mitips ni semua.

Bila sampai di Noppharat Thara Beach, mata kami melilau cari songthaew yang ada tulis nama Aonang Speed Boat Tour. Songthaew itulah yang akan bawa masing2 pulang ke hotel... 

Masa balik ambo dapat duduk depan sebelah drebar.... selesa sikit tak perlu bersesak-sesak kat belakang songthaew. Bila kat sebelah drebar kena la sembang2 sikit kot dia ngantuk ke..... tapi sembang pun macam hayam dengan itik je pon!!!! Ambo tanya lain dia jawab lain..... dia soal balik ke laut ambo punya jawapan..... huhuhu!!!!

Dah sampai Aonang, cadangnya nak ronda2 kejap tapi kaki dah naik lenguh. Last2 masing2 panjat bilik untuk tido rehat kejap. Malam nanti nak merambu lagi cari pancake Siam yang tersohor ke segenap alam.

Okied.... next N3 kita sembang pasal pancake @ roti canai Siam pula.

Babai..... 

18 comments:

  1. Ekau punyo catatan kira best la... siap gambou-gambou yang ehem-ehem... kira oklah.Nak gi juga ni.. itu yang layan perlbagai catatan orang yang dah ke sana.

    ReplyDelete
  2. moga info kat sini banyak membantu.... enjoy the trip bro!!!!

    ReplyDelete
  3. makaseh semua info... catatan pengalaman yang menghiburkan...baca duk sengeh sowang²;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe TQ singgah blog ambo yang tak seberapa ni...

      Delete
  4. baca sambil ketawa sgsorg cm org x brp siuman hahha.. x sabar pon ada nk g esok nh,,hihi, n info2 sblm byk membantu. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sudi singgah sini.... la ni mesti tgh sengih2 sesorang dok ingat memori kat krabi kan? hehehehe....

      Delete
  5. hai u all nak tanya , kalo macam saya , big size nie n tak pandai berenang , kalo pakai life jacket tu confirm terapung tak , takut lah pulak , buatnya tak terapung ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi GA, thanks sudi singgah sini. Boleh.... sebab berat badan saya 78 kg.... dan saya nampak mat salleh yang dua kali ganda saiz badan saya pun masih boleh terapung. Lagi pun guide ada, berpengalaman semuanya... enjoy the trip ^_^

      Delete
  6. hahahaha..terima kasih atas info nye..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sudi singgah sini.... harap info DSKB dapat membantu sedikit sebanyak....

      Delete
  7. saya nak tanya bro.. sy dh booking hotel kt amorn mansio.. berapa erk packaj phi phi island dye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya pergi dulu bukan peak season jadi dapat 1000 baht, masa non peak ada yang dapat bargain sampai 900 baht..... bulan Dis ke Feb dikira peak season, harga tinggi sikitlah....

      Delete
  8. nak tanya..better cari hotel sendiri or cari agent je?dan agent yg mana yg boleh dipercayai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud erin untuk cari penginapan dan tour ke? secara peribadi, untuk hotel saya lebih suka cari sendiri... guna Agoda, booking dot com, airasiaGo etc. pada saya cari sendiri lagi puas hati sebab kita boleh survey dan baca pengalaman orang yang terdahulu. kalau untuk tour di Krabi pula, boleh pergi mana-mana agent yang berlambak di Aonang, cuma elakkan yang dibawa oleh pemandu taxi atau bas sebab harga sure kena mark-up.

      Delete
  9. Ambo dok tergelak besau mlm2 buta ni. Share story dgn husband..dlm melayang2 nk tdo tu pun dia smpt gelak. Ni dh lena pun dia. Ambo nk tanya, agent company yg dok teriak "namber eleben" & "Ayu anglee" tu x marbeles ke svc? Cer suggest rs2 mana yg leh kitorg skodeng bila sampai kat sana. Ambo pg kali kedua ni tp dulu sekerat hari je sbb naik cruise. Mmg nmpk blambak agent kat ctu. Kalau dpt suggest drp pemantauan mu kat sana, molek juga. Kat groupon pun ada dok offer ni. Nk beli dulu ke atau pg sana baru nk beli...ambo conpuse.com. Hrp boleh mbantu ambo yg bingung ni. Acih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe hanie.... welcum to DSKD. tengok tarikh dan masa posting macam baru lepas celebrate new year je.... hehehe

      okies, ni kira pada pandangan peribadi ambo lah ye... Aonang Speed Boat Tour yang ambo ambil masa pergi Krabi dulu ok, cuma agak rushing sedikit pada hari tersebut, tak tahu kenapa. Tetapi secara overall kira ambo puas hati jugalah.

      Satu lagi agency yang selalu dipetik oleh rakyat Malaysia terutamanya muslim adalah Orchid Tours, memang reputasi dia bagus.... highly recommended.

      Ambo tak ada pengalaman dengan Groupon, jadi tak tahu nak advise demo macam mana. Tapi pernah baca blog orang lain, katanya ok juga booking mll Groupon.

      Bila hanie & hubby nak pergi ni? Kalau bukan low season, pada saya baik sampai Krabi baru cari packages tours, senang nak bincang dan tawar menawar harga..... IMHO

      Delete
  10. Salam..tumpang tanya..speed boat untuk island hoping lebih laju dr speed boat island hoping di sabah ke? Rasa ngeri plak nak naik..nak pegi disember ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As-Salam Wan, speed boat kat krabi lagi advance dari speed boat kat sabah (pengalaman peribadi sayalah....) laju memang laju tapi seronok kalau cuaca ok. lg pun setiap passenger memang dibekalkan dgn jaket keselamatan. bergantung juga kepada pilot speedboat, ada yang skima ada yang gila2. enjoy wan percutian anda.

      Delete