Saturday 4 October 2014

Trip Ke Kuala Selangor 2014

As-Salam, Salam 1Malaysia & Salam Sejahtera,

Esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Jadi ambo mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidil Adha kepada semua readers yang beragama Islam.

Berhati-hati memandu kepada mereka yang pulang ke kampung. Pandu selamat jiwa selamat, Inshaa Allah.

Ambo pun sekejap lagi akan pulang ke kampung, sambut Aidil Adha di kampung halaman. Balik sechara solo kali ini, sebab anak2 akan mula sekolah pada hari Selasa depan manakala ambo akan sedikit lama di kampung untuk menyelesaikan beberapa perkara penting.

Jadi sebelum ambo full throttle untuk balik kampung, ambo nak kongsi cherita masa kami jalan2 ke Kuala Selangor baru-baru ini. Ini jalan2 makan kenduri sebenarnya, tapi alang2 dah sampai ke Kuala Selangor, ada jalan2 jugalah ke beberapa lokasi tarikan pelanchong.

Untuk ke Kuala Selangor, kami dari utara ini akan exit Plus masuk ke Lebuhraya Guthrie. Masuk sahaja Guthrie akan ada papan tanda susur ke Kuala Selangor melalui Lebuhraya Latar. 

Tak nak guna Lebuhraya Latar pun boleh. Anda masuk Lebuhraya Guthrie, kemudian susur keluar melalui persimpangan Paya Jaras, kemudian jumpa simpang, jika kiri anda akan menuju Paya Jaras/Sungai Buloh/Damansara/Kepong, jika ke kanan akan menuju Kuala Selangor.

Kalau keluar dari Guthrie melalui persimpangan Paya Jaras, jalan tak berapa nak cantik sangat. Jadi awal2 lagi kami susur ke Kuala Selangor melalui Lebuhraya Latar. Laluan memang chun, maklumlah lebuhraya yang agak baru. 

Pasar Pasir Penambang Kuala Selangor

Setibanya kami di Kuala Selangor, lokasi pertama kami tuju adalah Pasar Pasir Penambang. Masih awal pagi, ikan2 dan hidupan laut masih segar bugar.

Khabarnya ikan2 dan makanan laut di sini disamping segar, harganya agak murah. Jadi jika kebetulan anda ke Kuala Selangor, bolehlah singgah sini untuk beli hidangan laut.

Kalau anda memang balik hari, tak ada masalah kerana peniaga akan bekalkan anda dengan ketulan ais yang menchukupi untuk membolehkan ikan2 yang anda beli tetap segar setibanya di rumah.

Ice box jangan dilupa. Kalau tak bawa atau terlupa untuk bawa, ada peniaga yang jual ice box dalam pelbagai size. Harga di antara RM5-7 bergantung kepada saiz.


Kekdahnya kalau balik hari bolehlah borong ikan banyak2. Tak pun hari nak balik baru gi pasar untuk tapau.

Harga tak adalah lah murah mana, kira murah sikit je la kut. Cuma ikan2 memang segar bugar baru turun dari bot nelayan.

Tak puas hati satu gerai, buleh borong dari gerai yang lain pula.

Ikan bawal, RM24 sekilo. Amachiam?

Udang tak berapa nak galah, RM38 sekilo. Lai, lai beli!!!

Ok tak dia punya harga?

Tak adalah murah sakan ye dok. Tapi alang2 dah sampai bulehlah beli makanan laut yang masih fresh. Kalau purposely datang nak beli ikan, tak berbaloi kut bila dah tambah kos petrol dan tol.

Kami borong kira chukup2 stok untuk satu minggu. Ikan bawal, ikan pari, sutun dan dua tiga jenis lagi.

Bakar memang best, goreng pun shodap!!!!

Kenduri walimatul-urus

Habaq awal2 tadi, ini le tujuan utama kami ke Kuala Selangor, makan kenduri. Lepas borong ikan di Pasar Pasir Penambang, ngam2 dah tiba masa untuk pergi makan kenduri.

Lupa nama kampung, ada mula dengan Parit, parit apa pun dah lupa. Area kampung yang kami tuju ni dah machiam Johor. Nama kampung banyak yang bermula dengan phrase 'Parit'.

Parit itu, parit ini. Agaknya sebab kawasan pertanian dan banyak tali air, sebab itulah nama kampung pasti bermula dengan nama parit.

Tuan rumah sebenarnya rakan sekerja binik. Adik kepada rakan sekerja tersebut yang jadi raja sehari.

Makanan memang marbeles, bukan katering tapi hasil air tangan penduduk kampung yang bergotong royong memasak lauk pauk. Memang puas hati makan.

Belanja gambirun sedikit;

Nak snap pelamin pengantin tapi line tak clear.

Tu dia, masih hangat fresh dari dapur kayu.

Memang tak rugi jemput ambo makan kenduri, memang ambo pulun sakan. Rugi pada tuan rumah le kut ekekekeke!!!!

Kreatip, tempat cuchi tangan.

Ais kerim sebagai penchuci mulut.

Ada yang minat koke? Jum kita layan pop yeh yeh!!!!

Selamat pengantin baru buat Aiman & Nadiya.

Raja & Permaisuri sehari dah mai dah, pung pang pung pang bunyi kompang.

Terima kasih yang amat kepada tuan rumah yang sudi menjemput kami untuk sama2 memeriahkan upachara. Tak rugi jemput kami, memang kami enjoy hidangan yang disediakan oleh tuan rumah hehehehe.

Inshaa Allah jika dijemput, kami pasti akan datang sekali lagi. Majlis chukur jambul atau akikah le kut lepas ni hehehehe.

p/s: Jebat, jum kita bertikam!!!!

Bukit Malawati, Taman Ikan Air Tawar & Taman Alam

Ini kira destinasi wajib kunjung jika ke Kuala Selangor. Tak pigi Bukit Malawati jangan duk sembang pasal Kuala Selangor, kira gitulah kekdahnya.

Lepas kenyang pulun makan kenduri, kami terus shoot ke Bukit Malawati. Nak habaq, kalau hujung minggu dan chuti am, kenderaan awam tidak dibenarkan naik ke punchak Bukit Malawati.

Jadi pengunjung kena beli tiket untuk naek benda ni;

Hari minggu inilah angkut untuk naek Bukit Malawati.

Tapi kena beli tiket dulu. Nak beli tiket kena beratur, bila beratur ya ampun sikit punya panjang barisan. Terus kensel planning nak naik Bukit Malawati.

Dah tak jadi nak naek Bukit Malawati, kami terus saja tuju ke Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor. Nak masuk kena bayar tiket RM2 untuk dewasa, RM1 untuk kanak2.

Selamat datang ke Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor.

Makhluk ni memang banyak di parkir Taman Ikan Air Tawar. Jinak2, buat dunno je dengan manusia. 

Beli tiket dulu. Bukan mahal pun!!!

Ada juga yang ketegaq, bawa masuk kenderaan walau memang dilarang.

Apa yang ada dalam Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor?

Dah namanya taman ikan, akuarium wajib hado.

Chuba teka apa nama ikan ini?

Kolam ikan keli, besau2 kata orang Melake.

Salah fokus, ayam pun hado.

Kerek betul, seko pun tak nak kembangkan ekor. Lagi haprak tuan punya kotak minuman, suka suki buang sampah merata, mentaliti nan-hado.

Pelbagai machiam info buleh dapat dari muzium mini Taman Ikan Air Tawar.

Amachiam, ok tak Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor?

Ada yang kata ok, ada yang kata kalau tak mai pun tak pe. Tapi kalau dah alang2 sampai Kuala Selangor, mai le lawat Taman Ikan Air Tawar. Tak rugi pun datang, boleh hiburkan anak2.

Kemudian kami ke Taman Alam sekejap, sebelah je pun dengan Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor.

Chuma kat Taman Alam tak berapa banyak benda yang buleh dibuat oleh kanak2 umur 7 tahun ke bawah. Kami look see look see terus balik hehehehe.

Map Taman Alam Kuala Selangor. Sesape yang minat kemping, inilah salah satu tempat yang patut dikunjungi jika ke Kuala Selangor.

Karipap gergasi Kuala Selangor

Ada dijual ditepi-tepi jalan. Kami singgah masa on the way balik ke rumah. Memang besar betul dia punya saiz. Kira kenyang jugalah kalau dapat telan habis dalam satu biji.

Gerai yang ni berhampiran dengan cendol bakar Kuala Selangor.

Saiz dia 1/3 saiz muka anak ambo!!!!

Beli jugalah dalam tigat pat biji. Ada inti daging ada inti ayam. harga 3.50 sebiji.

Sembang2 dengan tuan punya gerai. Katanya ada kilang yang buat karipap gergasi, deme chuma goreng dan jual tepi jalan.

Shedap jugalah, sape le tokey kilang ni agaknya.



Jadi readers2 budiman sekalian, itu sajalah pengalaman kami ke Kuala Selangor. Lain2 lokasi menarik kami tak sempat pergi seperti medan ikan bakar Jeram, lihat kunang2 dan beberapa tempat lagi termasuklah Bukit Malawati. Mungkin lain kali kalau ada peluang, Inshaa Allah.

Sekian dahulu, cuti-cuti Malaysia kami buat kali ini.

Roger and out!!!

2 comments:

  1. Wah bestnyer...baru tahu ada taman air tawar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita, sebelum ni sebut Kuala Selangor kenal Bukit Malawati je. TQVM sudi singgah sini.

      Delete