Thursday, 9 April 2015

CuKai BeRGaNDa @ CaSHieR 7 eLeVeN SaLaH KiRa?

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Awal pagi tadi ambe singgah 7E Section 2 Shah Alam untuk beli bateri AAA. Harga tertera adalah RM6.20 tapi bila bayar kena RM6.90 termasuk tax.


Nak cepat punya pasal tak semak di kaunter cashier, masuk opis baru cuba-cuba congak. Jika GST sebanyak 6%, tax GST yang ambe kena bayar sepatutnya RM6.20 x 6/100 = 0.372 sen. Jadi total kena bayar adalah RM6.20 (harga bateri) + RM0.372 (GST) = RM6.572.

Tapi kenapa ambe kena bayar RM6.90?

Mana datangnya RM0.328?

Adakah 7E masih mengekalkan service tax? Bukan ke GST akan menggantikan service tax? Atau staf 7E yang salah kira?

Resit pun tak bagi, ambe pun tak mintak!!!

Rugi ambe RM0.328 pagi tadi!!!

2 comments:

  1. Assalam,
    he3
    kena check resit sekarang ni
    jadikan amalan mulia gitew he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.... gitulah gamaknya lepas ni

      Delete