Thursday 9 April 2015

JoM GeDiK SaNTai Ke SuNWaY LaGooN

As-Salam & Salam Sejahtera,

Update story masa cuti sekolah yang lepas. Disebabkan kami tak dapat cuti, anak-anak cuma terperap di rumah sepanjang cuti persekolahan. Waktu opis hour kami siap angkut anak-anak ke tempat kerja.

Saban waktu saban ketika, anak-anak asyik bercerita perihal rakan-rakan sekelas yang merancang untuk bercuti ke sana-sini. Hints nak berjalan le tu agaknya. As usual, ambe cukup malas untuk bercuti pada musim persekolahan, ini kerana kos penginapan pasti semakin mahal. Tambahan pula tempat tarikan pelancongan pasti sesak dengan umat manusia.

Tapi.....

Jika ikut logik, orang Lembah Klang pasti ambil peluang untuk bercuti ke luar kota pada musim cuti persekolahan. Jadi jalan di KL pasti sedikit lengang, tempat tumpuan orang ramai juga mungkin sedikit lega. Berdasarkan logik akal tersebut, ambe mula Google tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi di Lembah Klang.

Google sahaja, Sunway Lagoon antara yang menjadi pilihan ramai. Ok, terus Google lagi untuk cari maklumat lanjut seperti apa aktiviti yang boleh dibuat, maklumat penginapan, makan minum dan yang paling penting harga tiket masuk.

Apabila ditimbang-timbang dan dicongak-congak, rasa sedikit mampu untuk menampung kos tiket masuk tanpa menjejaskan perbelanjaan pada bulan tersebut. Nasib baik juga keluarga kami cuma berempat, dua dewasa dan dua kanak-kanak jadi boleh dapat Family Packages dengan harga RM272. Harga terkini inclusive GST dah jadi RM292. Jimat kami RM20 kerana pergi sebelum tarikh GST berkuatkuasa.

Sunway Lagoon Theme Park dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 6 petang. Jika baca belog2 terdahulu, ramai yang suggest pergi awal untuk elak beratur panjang di kaunter tiket. Tapi kami gedik santai, hampir jam 11 pagi baru sampai ke Sunway Pyramid. Ye, kami parking di Sunway Pyramid. Ada tempat lain lagi ke selain kat situ?

We wuz ere, medan parking tingkat 4 Sunway Pyramid. Access ke Sunway Lagoon dari Sunway Pyramid letaknya di Lower Ground 2. Jika hendak check-in ke Sunway Resort Hotel & Spa serta Pyramid Tower Hotel, sila ke Lower Ground 1 dan juga Ground Floor.


Masa cuti sekolah ari tu (14-22/3/2015), Sunway Lagoon ada buat roadshow. Tiket-tiket yang dibeli mendapat sedikit potongan harga beserta retails voucher RM20 plus foods voucher RM20. Ok dah tu sebab harga makanan kat dalam Sunway Lagoon bapak punya mahal.


Roadshow Sunway Lagoon, menarik tapi masalahnya tiket-tiket yang dijual hanya valid bermula 23/3 sehingga 16/7/2015. Maknanya jika kami beli tiket pada hari tersebut (21/3), lusanya baru boleh guna, tak kuasa nak menunggu sampai lusa. Alang-alang dah sampai, kita masuk terus sajalah. Rugi sikitlah duit voucher RM40.


Akhirnya tercapai juga hasrat anak-anak untuk ke Sunway Lagoon. Excited nak main air katanya, buka sekolah nanti boleh sembang dengan kekawan. Tapi ambe pesan, jangan sembang kencang sangat, nanti kesian kepada classmate yang keluarganya tak mampu untuk bercuti kemana-mana. Rezeki kita tak sama, salah cara sembang boleh jatuh riak. Entah faham ke tidak bebudak tu dengan pesanan ambe.


See, mana ada sesak sangat kaunter. Agak lengang, jadi betullah dimusim cuti sekolah, warga kota akan pulang ke kampung atau bercuti di luar kota. Maknanya kalau tak nak bersesak dengan umat manusia, cuti sekolah kita ke KL, habis cuti sekolah baru ke luar kota. Ok ke?

Tiket-tiket sebenarnya boleh dibeli secara talian. Tapi untuk MyCard dan MyKids promotion serta Family Packages kena beli di kaunter. Jangan lupa bawa sekali MyCard dan MyKid atau surat beranak. Memang dia akan minta dan check masa nak beli tiket. Kami berempat, dua dewasa plus dua kanak-kanak, boleh ambil Family Packages dengan harga RM272. Semua park boleh masuk dan main dengan harga tersebut kecuali BungyJump, G-Force X dan Go Kart. Jangan risau, nak main ketiga-tiga games tersebut boleh top-up duit kat dalam, nama dia e-Loads Kiosk.

Makanan luar adalah dilarang sama sekali. Pemeriksaan setiap isi beg akan dilakukan oleh staf Sunway Lagoon tanpa pengecualian. Memanglah kita nak bawa bekal sebab makanan dan minuman kat dalam Sunway Lagoon bapak punya mahal. Tapi itu juga business strategi mereka, kompeni mana tak mahu buat untung ye tak. Harga cekik darah pun kita beli juga bila dah terlampau haus kat dalam tu nanti.


Kalau dah tertangkap cuba seludup makanan masuk, jangan pula dibuang makanan tersebut. Sayang, kan rezeki namanya, jadi jangan membazir. Ada locker anda boleh sewa, cuma RM5 sekali sewa. Murah kan, baik donate RM5 kepada Sunway berbanding buang makanan begitu sahaja. Tapi kalau nilai makanan tak sampai RM5, ok kut derma saja makanan tersebut pada Bangla yang jaga entrance gate. Boleh depa buat makan tengah hari. Kira sedekah jariah bekalan amal hari akhirat. Kena ikhlas ye, jangan huluq makanan dengan muncung panjang sedepa.


Jika kita lihat map di atas, Sunway Lagoon terbahagi kepada empat tarikan utama. Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park dan Water Park. Orang yang lebih berpengalaman ada berpesan;

"Ko kena plan betul-betul. Sunway Lagoon tu besar. Kena timing betul-betul baru boleh main semua. Besar ko, sehari pun tak boleh cover semua".

Itu kata dia, tapi kami tak plan mana pun. Main terjah saja mana-mana yang anak-anak nak pergi. Lagi pula anak-anak masih belum baligh, saiz badan tak mengizinkan mereka main kebanyakkan games yang ada di Sunway Lagoon. Jadi kami lebih santai, juz look and see.

Mula-mula pergi Amusement Park dulu. Memang sesuai untuk anak-anak yang masih belum baligh. Permainan biasa yang kita jumpa kat mana-mana fun-fair seperti keretapi, mangkuk pusing-pusing, kuda berpusing dan segala jenis games yang berpusing. Pendek kata tak mencabar minda tapi menyeronokkan untuk anak-anak yang masih kecil.


Hatta games di Amusement Park biasa-biasa saja tapi kalau anak masih terlalu kecil, baiklah parents pun ikut sama. Memang boring macam nyonya kat atas ni tapi demi keselamatan anak, baiklah anda follow sama masuk mangkuk berpusing. Anda dah bayar pun kan, mainlah semua yang ada hehehehe. 


Next kami merewang ke Wildlife Park pula. Mula-mula tengok burung, ada pelbagai jenis burung dalam sangkar gergasi. Ingat tak cerita Jurassic Park, masa student PhD Harrison Ford kena patuk dengan burung pra-sejarah, dan burung-burung tersebut dikurung dalam sangkar gergasi. Ingat tak ni?

Singa putih atau orang kampung panggil white lion. Seingat ambe, agak lama jugalah white lion bermastautin di Sunway. Entah berapa usia dia sekarang, nampak dah lanjut usia jugalah. Nampak si jantan sahaja, sang betina entah kemana perginya. Lain-lain yang boleh dilihat di Wildlife Park adalah harimau. Tapi anak-anak dah boring sebab dah banyak kali tengok singa dan harimau kat zoo. Cepat-cepat nak keluar dan layan games perangainya.


Perangai budak, kita pun sebenarnya. Berjalan sikit dah mula haus, merengek minta beli minuman. Tapi tengok sendirilah harga minuman kat Sunway Lagoon, mineral water yang boleh dapat seringgit kat luar boleh dijualnya dengan harga 4 ringgit. Kopak poket ambe, tapi nak buat macam mana, bila haus kena minum. Mahal macam mana pun terpaksa beli. First round, 4 botol 100 plus = RM24. Itu baru first round, lepas ni beround lagi datang rasa haus.


Bila masuk Extreme Park, kesemua games boleh main tanpa bayaran tambahan kecuali BungyJump, G-Force X dan Go Cart. Games yang tak perlu bayaran tambahan seperti Tornado, ATV dan beberapa lagi. Banyak games yang anak-anak tak dapat main sebab belum cukup tinggi. Rasa rugi pula bawa anak-anak yang masih belum baligh masuk Sunway Lagoon.

Jom kita layan gambar dulu;


Tomahawk, anak nak main tapi tak cukup tinggi hehehehe!!!


Jambatan gantung, ditutup pada hari tersebut untuk maintenance. Ditengah-tengah jambatan gantung ada spot untuk BungyJump. Ada berani? Ambe tak berani sebab kena bayar hehehehe.


Disebabkan orang tak ramai, tiga empat round kami duk ulang main paintball hahahaha. Ini bagusnya pergi masa orang tak ramai. Kalau waktu umat tengah ramai, berpeluh ketiak nak tunggu giliran.


Lupa nama games ini, pun anak ambe duk ulang main banyak kali.


Games ini kena bayar. Anda berani cuba?


Nampak betapa tinggi bebola besi tu naik, sayup-sayup kat atas beserta jeritan ketakutan hahahaha!!!


Mana-mana pun mesti ada Bangla. Kebanyakkan staf di Sunway Lagoon adalah Bangla, nak jimat bayar gaji agaknya. Kira berstatus tinggi jugalah Bangla yang dapat kerja dengan Sunway Lagoon. Balik kampung boleh sembang kencang dengan ketua kampung hahahaha!!!


Naik main ATV kena beratur panjang dan lama betul masa menunggu. Tapi dah bayar mahal-mahal tiket masuk, rugi kalau tak layan ATV.


Kanak-kanak bawah 110 cm tak dibenarkan jadi pemandu. Kena naik go cart double seater dan jadi penumpang. Bengang giler sebab depa memang gian nak pegang stereng!!! Last-last mak pak yang seronok main go cart.


Go cart ada bayaran tambahan ye, RM20 untuk single seater dan RM25 untuk double seater.


Rumah hantu pun ada tapi ambe takut nak masuk. Ambe kan ada darah tinggi, kut terpadam ambe kat dalam rumah hantu kena sergah, sapa nak tanggung. Tapi agak-agak jumpa hantu yang pandai selak peha selak perut macam gambar di atas, ada rasa takut tak? Kut ada rasa lain lah?

Puas ronda-ronda Extreme Park, anak-anak merengek untuk mandi pula. Ok, kita tukar baju dan main air. Ada beberapa section, untuk kanak-kanak juga untuk yang lebih extreme. Paling mengancam VUVUZELA, katanya water ride terbesar di dunia.


Vuvuzela, nak juga merasa tapi tunggulah anak-anak besar dulu.


Seronok berendam, main air sambil cuci mata hehehehe!!!


Pelancong Arab memang ramai. Masa beli tiket bertutup lingkup, bila dah masuk cam gini dia punya dressing.


Aummmm grrrrrrrrrrr!!!!

Lama jugalah kami berendam dan main air. Tapi bila main air, perut jadi lapar. Ok, anak-anak cepat naik kita cari makan dulu. Pilihan yang paling mudah dan harga berpatutan, adalah restoran fast food.


First time dalam hidup, lunch duk hadap Marrybrown tapi sedap juga burger Marrybrown. Atau mungkin sebab perut dah lapar sangat, apa pun jadi sedap.

Lepas lunch, anak-anak nak sambung main air lagi. Lepas main air, nak repeat pula beberapa games yang lain. Ok, mainlah puas-puas, bukan selalu kita ke sini. Bayaran masuk pun boleh tahan. Alang-alang orang tak ramai, anak-anak repeat mana-mana games yang mereka suka banyak kali. Bukan ada orang nak halang pun hehehe.

Kira sampai lewat petanglah kami kat Sunway Lagoon. Kebanyakkan masa habis di Water Park sebab anak-anak masih kecil, jadi tak banyak games yang depa boleh main. Apa pun amatlah berpuas hati, bayaran sedikit mahal tapi banding dengan keseronokkan anak-anak kira berbaloi jugalah.


Sebelum balik anak-anak merengek nak makan aiskrim. Jenuh memujuk supaya sabar dan kita beli sahaja kat luar. Tapi nak juga aiskrim Sunway Lagoon. Amik ko harga, seketul kat Sunway Lagoon boleh dapat dua tiga ketul aiskrim yang sama kat luar.


Semasa kita kat Sunway Lagoon, akan ada cameraman atau camerawoman yang approach untuk ambil gambar. Jangan mengelak, ambil saja gambar, bukan kena bayar atau kena paksa beli. Nanti lepas kita ambil gambar dia akan beri satu tag tangan. Nak balik nanti singgah kiosk untuk scan tag tersebut dan tengok gambar. Berkenan beli, tak berkenan buat tak tahu saja.


Tapi bila menyinggah pasti akan terbeli kan. Sebabnya, tetiba wajah nampak hensom dalam gambar hehehe. Hebat betul cameraman depa, muka tak hensom boleh jadi hensom. Harga macam frame di atas kira-kira RM50++. Ada pelbagai saiz dan harga. Pilih saja mana yang berkenan di hati dan di poket.

Jadi selepas itu berakhirnya hari yang menyeronokkan bagi anak-anak dan hari yang mengeringkan poket bagi mak bapak. Apa pun money well spent kata orang kampung ambe.

Wassalam.

13 comments:

  1. Assalam ketam,
    tu mesti nak repeat sunway lagoon tu kan3
    nak cuci mata kekdah nye yer :P
    adehlaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Seronok lak baca blog diari si ketam batu ni. Tersengih2 akak dibuatnya.
    Hajat hati nak pergi sana cuti sekolah hujung tahun ni. Kene siap duit poket lebih ni sebab nak beli makanan dalam sunway lagoon tu.
    Apa pun tengkiu ye.banyak info yang berguna.

    ReplyDelete
  3. Seronok lak baca blog diari si ketam batu ni. Tersengih2 akak dibuatnya.
    Hajat hati nak pergi sana cuti sekolah hujung tahun ni. Kene siap duit poket lebih ni sebab nak beli makanan dalam sunway lagoon tu.
    Apa pun tengkiu ye.banyak info yang berguna.

    ReplyDelete
  4. Hi,

    Nampak bestnya cuti ke Port sunway resort suites.

    Kalau next time nak dapat special member rate, boleh try book melalui website ni - discount rates at sunway resort suites

    ReplyDelete
  5. Hi,

    Nampak bestnya cuti ke sunway resort suites.

    Kalau next time nak dapat special member rate, boleh try book melalui website ni - discount rates at sunway resort suites

    ReplyDelete
  6. Hi there,
    great post about Sunway Lagoon. :)
    You can also get great amazing deal for your Sunway Lagoon 6 Parks Tickets here:

    Buy Sunway Lagoon Tickets with Amazing Discount Promo

    Thank you! :)

    ReplyDelete
  7. Salam.. nk tnya klu kanak2 blh ke masuk rumah hantu scream park tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya kalau bawah 12 kena ada parents ikut sama atau ada dewasa yang iringi. kalau bawah 6 tahun ikut budi bicara staf yang jaga.

      Delete
  8. Salam.. nk tnya klu kanak2 blh ke masuk rumah hantu scream park tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, masa kami pergi dulu memang staf yang jaga benarkan. Cuma anak2 kami yang takut nak masuk.

      Delete
  9. Boleh pakai baju ape je eh? T shirt + swimpant ke? Sbb swimsuit dh kecik🙈 nak beli pun mahal~~ kalau yg bertudung kena pakai tudung awning/sarung tu je kena pakai topi renang tu jgk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa ok je kut, sebab nampak ramai yang pakai t shirt biasa je. bertudung pun ok je, petugas tak kata apa pun.

      Delete