Thursday, 30 April 2015

JaLaN-JaLaN Ke AiRPoRT SuBaNG [SKYPaRK TeRMiNaL - LaPaNGaN TeRBaNG SuLTaN aBDuL aZiZ SHaH]

As-Salam & Salam Sejahtera,

Sebelum wujudnya KLIA dan LCCT (kemudiannya pindah menjadi KLIA2), airport Subang ataupun LTSAAS merupakan lapangan terbang utama di negara kita.

Dulu kiranya, nak naik kapal terbang ke luar negara, airport Subanglah tempatnya. Apabila KLIA siap dan beroperasi, airport Subang ditutup sehinggalah ianya dibuka semula apabila Firefly memulakan operasi.

Ambe tak sempat dengan era kegemilangan airport Subang. Rezeki nak naik kapal terbang hanya muncul bila usia hampir menjelang 30 tahun dan pada masa itu KLIA dan LCCT telah beroperasi. 

Kali pertama naik kapal terbang, AirAsia di LCCT. Sesekali guna MAS, boarding dari KLIA. Jadi ambe tak pernah berpeluang nak jejakkan kaki ke airport Subang.

Sehinggalah baru-baru ini ambe terpaksa menjadi supir kepada rakan yang akan terbang ke Singapore menggunakan penerbangan Firefly. 

Penerbangan pula awal pagi, maka dinihari lagi terpaksa membelah lebuhraya menuju airport.

Kali pertama tiba di Subang Airport, seakan tidak percaya, itulah lapangan terbang utama negara suatu ketika dahulu. Kecil dan tidak se gah KLIA hatta KLIA2.

Nak parking pun agak susah, tak seperti di KLIA.

Mungkin juga kerana sebahagian sahaja yang masih beroperasi, jadi tidak memerlukan ruang yang luas. Kini hanya Firefly dan Malindo beroperasi dari Subang.

Kini lebih dikenali sebagai Skypark Terminal, tapi ambe masih panggil airport Subang!!!

Belum Subuh, sudah ramai yang berbaris.

Flite Firefly ke Singapore.

Verdict: ambe lebih suka ambil MAS atau AirAsia di KLIA!!!

4 comments:

  1. Last ke airport subang tahun 2003 rasanya.transit dr kuching nak ke kuantan.dah 12 tahun berlalu

    ReplyDelete
  2. Assalam ketam batu,
    ooooooo
    iols ingatkan kat genting tadi
    sebab kalo tak silap
    hat tempat naek menda alah yang gantung2 tu nama dia skypark jugaks he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh! ye ke... dah lama tak ke genting

      Delete