Hobi ketua kampung adalah memelihara burung. Pada suatu pagi, kesemua burungnya hilang.
Oleh kerana ketua kampung tersangat marah, dia mengumpulkan penduduk kampung. Hampir 200 penduduk datang ke balai raya.
Ketua kampung : Siapa ada burung?
Semua kaum lelaki yang hadir terus berdiri.
Ketua kampung sedar yang cara dia bertanya adalah salah.....
Ketua kampung : Bukan burung itu, maksud saya adalah siapa pernah nampak burung?
Semua kaum wanita berdiri.
Ketua kampung bertambah marah.....
Ketua kampung : Maksud saya, siapa pernah nampak burung yang bukan miliknya?
Sebahagian kaum wanita berdiri.
Ketua kampung semakin gugup.....
Ketua kampung : Maaf sekali lagi, maksud saya yang sebenarnya adalah siapa pernah tengok burung saya?
Lima orang wanita berdiri!!!
Sesi soal jawab terhenti setelah ketua kampung lintang pukang lari kerana dikejar oleh isterinya dengan penyapu.
Note : Nama ketua kampung tersebut terpaksa dirahsiakan untuk tujuan keselamatan hehehe.
Disclaimer : Credit to originator - idea asal bukan hasil buah fikiran pemilik belog DSKB.
No comments:
Post a Comment